Blogger templates

Sunday, 28 June 2015

Aplikasi OneNote Mudahkan Urusan

Aplikasi OneNote Mudahkan Urusan | Assalamualaikum! Hai korang! Hari ni ku just nak share satu aplikasi yang best nih.. Ku baru jumpa tapi tak tau la kot korang dah lama tau pasal aplikasi OneNote ni.. Tapi tak mengapalah, ku tetap jugak nak share memandangkan blog ni pun dah berminggu tak berupdate.. Sendu sangat dah ku nengok blog sendiri.. Pakai baju cecantik tapi tak ada orang nak singgah.. Hahah! ^_^"



Dengan adanya aplikasi sebegini, urusan mencatit nota menjadi mudah! Memang berguna sangatlah untuk sejenis manusia seperti ku ni.. Suka menulis, catit nota merata.. Konon senang nak refer balik nanti kalau terlupa.. Tapi bila cari balik haram tak jumpa.. Kahkah! ^_^" Jadi bergigihlah ku mencari solusi.. Try search apa2 apps yang boleh dijadikan sebagai buku nota alternatif.. Akhirnya jumpa apps OneNote ni.. Laju2 install.. Senang.. Boleh organize notes ikut kategori.. Tidaklah ku kehilangan nota2 lagi.. Dan semestinya tiada lagi isu opis bersepah dengan buku nota seorang perempuan bernama Rosmiza Ali..


Siap boleh senaraikan menu berbuka puasa untuk sebulan.. Tiada la pecah kepala memikirkan nak masak apa setiap hari.. Dah tau menu apa, senangla sikit.. Tinggal mencari bahan je.. Lepas tu bolehlah bersilat di dapur dengan sukaria.. Jimat masa dari berfikir terlalu lama.. Tidakkah anda merasa bahawa aplikasi sebegini adalah sesuatu yang amat ohsem terutama untuk orang2 yang ohsem sepertiku??.. Ngahahaha!;p


Tapi satu jelah, apps ni hanya untuk pengguna Iphone & Ipad sajo.. Untuk pengguna selain darinya, maybe boleh try search apps lain.. Mesti ada yang lebih kurang sama cenggini.. Oklah, tu jelah ku nak share hari ni.. Semoga mampu istiqamah mengupdate setiap hari.. Kbai! ^_~



Read More

Saturday, 13 June 2015

Aku Ada Blog Rupanya..

Aku Ada Blog Rupanya.. | Hahaha! Boleh intro gelak dulu? Sebenarnya blog ini ku yang punya! Hahaha! Gelak woi gelak.. ^_^"  Haaa, ginilah ni bila lama sangat tak aktif berblog.. Konon dah touch up cecantik rajinlah ku mengupdate.. Tapi naharommm..  Hangat2 najis ayam jer.. Bila tengok blogger2 lain aktif berblog & beraktiviti, terasa sangat jelesnya.. Tapi ku?? Blog baru tukar baju pon tak kunjung tiba jua moodnya.. Huuuu~~


Nampaknya warna aqua green bukanlah warna untukku.. Tak mampu menarik semangatku untuk kembali rajin berblog.. Adakah perlu tukar ke purple pink balik? Haih~~ Kecelaruan identitikah ku? Haha! Kesahnya, nak kembali aktif berblog tu ada.. Tapi macam biasalah, setiap kali mengadap laptop otakku blank tak mau bekerjasama.. Padahal banyak jer sebenarnya benda ku boleh share.. Ermmm.. 


Nak berblogwalking pon bukan main liat lagi moodnya.. Eee, geram pulak kite wakk.. Kalau dulu hari2 update.. Sampai kadang sehari 2,3 kali update.. Skang?? Sebulan sekali pon payah.. Sampaikan lupa yang ku sebenarnya ada blog.. Hahah! Sian blogku dah tak berpengunjung seperti dulu..  Cane nak buat ekk??  Any idea??



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com