Aplikasi OneNote Mudahkan Urusan

by - 2:10:00 pm

Aplikasi OneNote Mudahkan Urusan | Assalamualaikum! Hai korang! Hari ni ku just nak share satu aplikasi yang best nih.. Ku baru jumpa tapi tak tau la kot korang dah lama tau pasal aplikasi OneNote ni.. Tapi tak mengapalah, ku tetap jugak nak share memandangkan blog ni pun dah berminggu tak berupdate.. Sendu sangat dah ku nengok blog sendiri.. Pakai baju cecantik tapi tak ada orang nak singgah.. Hahah! ^_^"



Dengan adanya aplikasi sebegini, urusan mencatit nota menjadi mudah! Memang berguna sangatlah untuk sejenis manusia seperti ku ni.. Suka menulis, catit nota merata.. Konon senang nak refer balik nanti kalau terlupa.. Tapi bila cari balik haram tak jumpa.. Kahkah! ^_^" Jadi bergigihlah ku mencari solusi.. Try search apa2 apps yang boleh dijadikan sebagai buku nota alternatif.. Akhirnya jumpa apps OneNote ni.. Laju2 install.. Senang.. Boleh organize notes ikut kategori.. Tidaklah ku kehilangan nota2 lagi.. Dan semestinya tiada lagi isu opis bersepah dengan buku nota seorang perempuan bernama Rosmiza Ali..


Siap boleh senaraikan menu berbuka puasa untuk sebulan.. Tiada la pecah kepala memikirkan nak masak apa setiap hari.. Dah tau menu apa, senangla sikit.. Tinggal mencari bahan je.. Lepas tu bolehlah bersilat di dapur dengan sukaria.. Jimat masa dari berfikir terlalu lama.. Tidakkah anda merasa bahawa aplikasi sebegini adalah sesuatu yang amat ohsem terutama untuk orang2 yang ohsem sepertiku??.. Ngahahaha!;p


Tapi satu jelah, apps ni hanya untuk pengguna Iphone & Ipad sajo.. Untuk pengguna selain darinya, maybe boleh try search apps lain.. Mesti ada yang lebih kurang sama cenggini.. Oklah, tu jelah ku nak share hari ni.. Semoga mampu istiqamah mengupdate setiap hari.. Kbai! ^_~



You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. nice sharing ... bagus juga aplikasi ni. balas kunjungan dari blog ohresepiku :)

    Jemput join segmen, Klik Sini.

    ReplyDelete
  2. LOrr ! baru nak download..emm tggu next hp la..kalau ada rezeki guna iphone

    ReplyDelete