Bersederhana Sahaja

by - 11:20:00 am

Bersederhana Sahaja | Assalamualaikum sahabat! Selamat pagi! ^_^ Pagi tadi banyak idea nak update blog. Lepas dah hadap kerja rumah segala, time mengadap laptop langsung hilang idea. Hmm, ni lah puncanya blog tak berupdate. Dari elok2 idea kemain bernas, asal nak start mengarang je hilang habis.. Inilah sebabnya kena ada 'teman baik' selalu di sisi. Fungsi untuk catit lintasan baik. Tapi tu lah, delay2 punya pasal langsung burn idea.. -_-"


Tak mengapalah, kita buka cerita lain dulu. Cerita pasal raya ni ku tau ramai yang dah start excited nak raya. Maklumlah, lagi berapa hari je dah nak raya. Semua dah sampai mood bershopping sakan. Baju baru, langsir baru, perabot baru, handbag baru, kasut baru, tudung baru, segalanya nak ditukar baru. Barulah raya khonn.. Jangan partner pon tukar baru sudaaa.. ^_^"

Alhamdulillah, tahun ni ku belajar sesuatu yang baru.. Sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, tapi baru je ku faham istilahnya baru2 ni iaitu 'berpuasa'. So, raya tahun ni ku cuba belajar 'berpuasa' dari benda2 yang tak perlu. Beraya seadanya. Bersederhana sahaja. Walaupun 'puasa'ku masih tak sempurna.. Huhuh.. Dah puasa dari beli baju baru tapi terpeleot pulak membeli kuih raya.. Kalah ku pada nafsu tekak sendiri.. -_-||


Takpelah, niat nak tolong member2.. Tu jelah kot yang ku terbeli untuk raya tahun ni.. Hehe.. Lain2 semua recycle je tahun2 lepas punya.. Semua pon elok lagi.. Jangan membazir. Puasa! Puasa! Hihih.. Okaylah, tu jelah nak share.. Hahah! Macam tak ada apa yang menarik sangat pon.. Sekadar perkongsian dan catatan untuk diri sendiri. Apa2 pon berbeblanjalah ikut kemampuan dan keperluan.. Jangan sampai berhutang.. Jangan tambah pemberat hidup.. Kbai! 



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM310 - [9/7/2015] 
RAYA GIVEAWAY : JUALAN RAYA MELETOP 201 - [14/7/2015]


You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. ada orang kedekut sedekah bukan sebab dia bakhil, tapi tak ada benda nak bagi... tapi kalau kita ikut cara Baginda Rasulullah saw.. bersedekah walau dengan sebelah buah tamar dan sabda Baginda "sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik" .

    Rujukan : Daripada ‘Adi bin Hatim RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,”Takutlah kamu semua kepada Neraka sekalipun dengan bersedekah dengan sebelah buah tamar. Sesiapa yang tidak dapat berbuat demikian hendaklah ia bercakap dengan perkataan yang baik.”

    ReplyDelete