Cerita Sahur 17 Ramadahan

by - 8:59:00 am

Cerita Sahur 17 Ramadahan | Assalamualaikum & selamat pagi sahabat! Alhamdulillah hari ni dah masuk 17 Ramadhan bersamaan Hari Nuzul Al-Quran.. Cepat sungguh masa berputar sekarang ni.. Rasa macam baru je start puasa.. Tapi rupanya dah lebih separuh bulan dah.. Lagi 2 minggu dah nak raya.. Huhu..


Sepanjang 17 hari berpuasa ni, ada la 3 kali ku terbabas sahur.. Sedar2 dah azan subuh.. Pasrah jelah.. Nasib baiklah dah niat puasa sebulan awal2 hari tu.. Kalau tak, sia2 je 3 hari burn puasa..  Hari ni pon sipi2 dah nak terbabas.. Celik2 mata dah pukul 5.35 pagi.. Dalam mamai2 ku bangun berlari ke dapur.. Tak sempat nak sikat rambut dah.. Fuh! Dah rupa mak lampir je ku rasa.. Sempat jugakla shake ESP & makan kurma 2 biji.. Sekali lupa sebenku belum bangun.. Laju2 tuang air dalam gelas, bawak vitamin c 2 biji & vitamin B Complex 1 biji bawak ke katil bagi seben minum..


Begitulah kehuru-haraan sahur kami laki bini hari ni.. Alhamdulillah, walaupun kelampiran tapi masih sempat bersahur walau hanya segelas air cuma.. Pagi2 dah berpeluh berkejaran di dapur.. Kahkah! Kalian pulak macamana? Ada tak yang pernah terbabas sahur sepanjang Ramadhan tahun ni? ^_^



You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints