Blogger templates

Monday, 31 August 2015

1 Day Merdeka SALE!

1 Day Merdeka SALE! | Salam Merdeka!! Bersempena HARI KEMERDEKAAN yang ke-58 ini, Rafhanah Health & Beauty ingin menawarkan 1 DAY MERDEKA SALE untuk setiap pembelian Rafhanah's Beauty Skin Set!



Di dalam setiap Set Rafhanah's Beauty Skin, terdapat sebotol Vitamin E (120 biji), sebotol Vitamin C (180 biji), dan  sebotol Vitamin B Complex (120 biji). Tempoh penggunaan setiap set adalah 4-6 bulan bergantung kepada pengambilan. Berikut adalah manfaat setiap vitamin yang terdapat di dalam Set Rafhanah's Beauty Skin.


VITAMIN E

  • Anti-Penuaan — 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton pada kulit wajah, dada dan otot peha.

  • Memperbaiki Parut — Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

  • Anti-Oksidan Yang Kuat — Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari dapat mengukuhkan sistem imun dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.


VITAMIN C

  • Merangsang pembentukan kolagen semulajadi badan — Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan penghasilan kedutan pada kulit dan menghalang otot menjadi lembik.

  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.


B COMPLEX

  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.

  • Merangsang perjalanan darah dalam tubuh — Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing/kemerahan).

  • Mengekalkan keadaan kulit dalam hidrasi (tidak kering) — Kulit yang tidak kering nampak tampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan.

Kenapa Anda Perlu Dapatkan Tawaran Ini?

  • Anda akan mendapat penjimatan sehingga hampir RM50.00 untuk setiap set!!!
  • Penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia!!! (*Add on RM9.00 untuk penghantaran ke Sabah/Sarawak)
  • Konsultansi PERCUMA seccara berterusan dari SID yang terlatih.
  • Jemputan Exclusive Ke Group Permata Diamonds! ^^,



TAWARAN SAH SEHINGGA PUKUL 10.00 MALAM INI SAHAJA! 
Dapatkan set anda segera sebelum tawaran ditutup!! ^___^v




Read More

Salam Kemerdekaan!

Salam Kemerdekaan! | Assalamualaikum.. Pergh! Kemain payah lagi ku nak start mengadap blog.. Hutang dah berlungguk, ntah bila nak clearkan.. Hadoilaaa.. Maafkanlah.. Lepas ni nampak gaya dah tak boleh nak join event merata dah.. Asyik berhutang je dah ni.. Matilanakkkk.. -_-"


On laptop sedari jam 9 tadi.. Baru sekarang bergagah nak duduk mengadap.. Huhu.. Cita2 nak draft post untuk seminggu entah kesampaian ke tidok.. Hmmm.. Sama2lah kita nantikan.. Malam ni nak cuba membalas jejak dulu.. Hutang blogwalking pun menimbun sudah.. Hahah! Tak tau nak nangis ke nak gelak.. Sepertinya kehuru-haraan sungguh kehidupanku seminggu dua ni.. Moga hari2 mendatang lebih lancar hendaknya.. Aminn..


Eh, seperti ke laut sangat pulak cerita kita nih.. Hahahah! ^_^"


Baiklah, sebelum ku membawa kalian lebih jauh dan hanyut bersamaku di lautan sepi, inginku ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-58 buat semua pembaca dan pengunjung setia blog RosmizaAli.Com. Selamat memerdekakan diri semua..! Merdeka dari apa? Banyak perkara.. Merdeka jiwa, merdeka hati, merdeka minda, merdeka dari hutang piutang,  merdeka dari dibelenggu kemiskinan, merdeka! merdeka! merdeka segala-galanya.. 

Selamat Hari Kebangsaan, Merdeka 58, Hari Kemerdekaan Ke-58

Read More

Thursday, 27 August 2015

Hormon Anti-Penuaan

Hormon Anti-Penuaan | Anti Penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup usia pada usia tua, mengekalkan kesihatan & kehidupan ideal manusia, megekalkan fungsi organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelanjar yang penting, serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon di dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa ketika usia kita masih muda.

Image Source : Google

Apabila usia bertambah, kelenjar hormon pada badan akan bekerja lebih keras bagi memastikan penghasilan hormon yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang amat penting dan mempunyai fungsi-fungsi khas bagi memberi keseimbangan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancar. Namun apabila usia meningkat, kelenjar-kelanjar ini mula mengecut dan menjadi kurang aktif. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui kaedah CT Scan.


Seseorang yang menghadapi masalah kekurangan hormon akan mudah merasa letih, lesu dan kuang gembira. Badan terasa berat dan sukar untuk bersenam, Apabila kadar hormon di dalam tubuh rendah, kita akan berasa malas dan sentiasa letih. Namun apabila hormon metabolik tertentu ditambah, badan kita akan mula berasa lebih baik, segar dan cantik. Ini kerana tubuh mula membakar lemak di dalam badan.


Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan, maka penghasilan hormon akan turut terjejas. Kelenjar-kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah serta menjadi salah satu punca kepada faktor penuaan.



NOTA :
Antara punca patah tulang dan tulang rapuh adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif. 


Credit Info : Utusan Online



Read More

Sunday, 23 August 2015

4 Mekanisme Penuaan Pada Peringkat Selular

4 Mekanisme Penuaan Pada Peringkat Selular | Proses penuaan bermula dari peringkat selular (sel) dan sejak dari usia kita belum mencapai alam dewasa lagi. Dalam artikel sebelum ini, telah diberikan sedikit kupasan info berkaitan faktor-faktor proses penuaan dan beberapa mekanisme penuaan di peringkat sel. Dalam artikel kali ini, ku akan kupaskan pula 4 Mekanisme Penuaan yang berlaku di peringkat sel tersebut dan bagaimana ia mempengaruhi di dalam proses penuaan tubuh badan kita.

Penuaan Di Peringkat Sel, 4 Mekanisme Penuaan Peringkat Sel, Anti-Aging, Anti-Penuaan
Image Source : Google

4 Mekanisme Penuaan Pada Peringkat Selular :-
A. Kerosakan DNA
  • Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik dan menghasilkan sejenis 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel serta jangka hayat seseorang.
B. Pengawalan Genetik
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Kelemahan keupayaan pengawalan genetik boleh mengurangkan keberkesanan fungsi sel berikuran faktor usia. 
C. Kemerosotan Pengeluaran Tenaga Oleh Sel Badan
  • Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel juga turut merosot.
D. Penimbunan Protein AGE
  • Pengumpulan protein-protein makanan ringan atau lebih dikenali sebagai protein Advanced Glycation End Products (AGE) boleh menyebabkan kerosakan di peringkat selular yang akan mengganggu keutuhan sel serta jangka hayat seseorang.


Kemerosotan fungsi sel yang terjadi secara beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang. Antara perubahan yang dapat dilihat akibat kemerosotan fungsi sel ini adalah kemunculan kedutan/garis-garis kasar pada kulit wajah, penipisan rambut, pertambahan berat badan, kemerosotan tahap tenaga dan lain-lain. 


NOTA :
Kajian saintifik membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada kerosakan sel dan faktor usia boleh dicegah dan diperlahankan. Ia boleh dilakukan menerusi beberapa perubahan ringkas dari aspek gaya hidup dan amalan diet yang seimbang. 




Read More

Saturday, 22 August 2015

Biologi Penuaan

Biologi Penuaan | Penuaan adalah suatu proses yang tidak dapat dielakkan. Setiap daripada kita akan mengalami proses penuaan. Proses penuaan melibatkan kemerosotan fungsi-fungsi organ dan sistem tubuh secara perlahan-lahan. Setiap individu mengalami proses penuaan yang berbeza. Kadar kepantasan proses penuaan bergantung kepada beberapa faktor iaitu faktor genetik, gaya hidup, pemakanan, dan juga persekitaran.


Proses penyembuhan dari penyakit atau luka juga menjadi semakin perlahan seiring dengan peningkatan usia. Ramai yang beranggapan bahawa proses penuaan dapat dilihat melalui kemunculan garis-garis kasar dan kedutan pada kulit wajah. Tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Para saintis mengesahkan proses penuaan telah bermula sebelum usia kita mencecah alam dewasa. Malah ia sebenarnya berlaku secara dalaman dan pada peringkat berbilang.

Kesan Penuaan, Anti-Penuaan, Anti-Aging, Faktor Penuaan
Image Source : Google

Kesan penuaan bermula di peringkat selular (sel). Penuaan sel berlaku berdasarkan kepada kekerapan proses replikasi berulang sel tersebut. Setiap sel badan boleh melalui proses replikasi (penggandaan) sehingga 50 kali. Namun, pendedahan sel tubuh kepada radikal-radikal bebas telah menyebabkan sel-sel tubuh rosak sekaligus mendorong kekerapan keperluan sel melalui proses replikasi.


Ketua Pegawai Saintifik Shaklee Corporation, Dr. Carsten R. Smidt berkata, proses penuaan biologi boleh ditangani secara positif dengan mengenal pasti 4 mekanisme dalam proses penuaan selular iaitu :-
  • Kerosakan DNA
  • Kelemahan keupayaan penyelarasan genetik
  • Kemerosotan penghasilan tenaga
  • Penimbunan Protein AGE


Bagaimana mekanisme-mekanisme ini mempengaruhi proses penuaan tubuh badan kita? Ikuti kupasan lanjut dalam artikel seterusnya. 




Read More

Friday, 21 August 2015

Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex Shaklee | Para saintis Shaklee mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat di dalam pasaran sekarang adalah bersifat sintetik.


B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin  B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna untuk tubuh badan. Kelebihan atau kekurangan komponen-komponen tersebut akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin B di dalam tubuh. 


Vitamin B adalah sejenis vitamin larut-air. Sebarang lebihan tidak akan disimpan di dalam badan, sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil Vitamin B Complex setiap hari.


Manfaat Utama Vitamin B Complex :
A. Menukar Makanan Kepada Tenaga
  • Membantu penghadaman;
  • Menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga;
  • Mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
B. Melawan Tekanan

  • Memastikan kesihatan fungsi saraf;
  • Membantu meredakan sakit kepala;
  • Mengatasi masalah tekanan/kemurungan/insomnia.
C. Membantu Tumbesaran
  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak;
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru;
  • Mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
D. Mengatasi Masalah Rambut Beruban Dan Gugur
  • Membaiki masalah kulit kepala (kelemumur/rambut gugur/beruban);
  • Mengekalkan kesihatan rambut.
E. Baik Untuk Mata
  • Mengurangkan masalah keletihan mata;
  • Mencegah katarak;
  • Meningkatkan kualiti penglihatan;
  • Memperkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
F. Mencegah Anemia
  • Membantu pembentukan antibodi dan sel darah merah yang sihat; 
  • Merangsang peredaran darah dalam badan;
  • Merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular;
  • Merawat atau mencegah anemia / sakit kepala / pening / lemah semangat / keletihan / migrain / muntah-muntah / mabuk darat / mabuk laut.
G. Meredakan Senggugut
  • Baik untuk masalah senggugut (PMS);
  • Meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman (terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit).
H. Mencegah Perlcche
  • Mencegah masalah kerekahan mulut (mouth chilitis);
  • Mencegah jangkitan lidah (glossitis);
  • Mencegah masalah nafas berbau.
I. Detoksifikasi
  • Meredakan alahan.


Bagaimana Memilih B Complex Yang Baik?
  1. Mengandungi kesemua 8 Vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.




HARGA : RM53.75 (120 Biji)
PENGGUNAAN : 4 Bulan



*NOTA :
Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).





Read More

Thursday, 13 August 2015

Open House Johara Pagi Era

Open House Johara Pagi Era | Assalamualaikum sahabat! Selamat pagi.. Pada 1 Ogos yang lepas, ku berpeluang menghadiri rumah terbuka anjuran salah satu stesen radio kegemaran ramai iaitu Era Fm.. Majlis diadakan di perkarangan Rumah Baitul Fitrah yang terletak di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, buat pertama kalinya ku berpeluang bersama-sama rakan blogger iatu Broframestone dan Cik Ienaeliena sama-sama menjayakan charity event sebegini.


Kalau ikutkan, majlis bermula pukul 9.00 pagi. Tapi kami bertiga sampai agak lewat iaitu kira-kira dalam pukul 10.00 lebih macam tu. Biasalah kan, sorang dari kutub utara, sorang dari kutub selatan, sorang lagi kat antartika.. Huwa3! Kemain memasing palnning nak kuar awal.. Sekali ada la pulak hamba Allah tu terlepas train la, tersalah platform la, terbangun lambat la, terlewat kuar rumah la bagai.. Last-last pukul 10.00 pagi baru dapat bersua muka.. Kihkih! >_<v 

Open House Johara Pagi Era Di Rumah Baitul Fitrah, Rawang, Selangor.

Haa, gitu.. Haruslah kan tempek gambar tuan tanah kedaung dulu sepam dua.. Ark3! Masa kitorang sampai tu, diorang tengah bagi-bagi duit raya & ada persembahan dari band artis tempatan. Ramai jugak artis yang turut sama-sama menjayakan rumah terbuka ni tapi disebabkan kami terlewat, so tak sempat nak bergambar kenangan dengan semua artis.. Yang sempat pon dengan Ayda Jebat & Johan je.. 

Bersama Rakan Blogger Ienaeliena & Broframestone
Selfie Bersama Rakan Blogger Ienaeliena

Masa kitorang tengah makan-makan tu la Ayda Jebat sampai.. Memang cantik orangnya.. Putihnya la hai.. Sampai nak bergambar dengan dia ku terpaksa guna effect chrome agar tak nampak sangat perbezaan warna kulit weols.. Wahahaha! >.<" Ayda sempat menghiburkan adik-adik di Rumah Baitul Fitrah dengan dendangan lagu hari raya bersama rakan-rakan artis yang lain iaitu kumpulan De' Fam, Drama Band, Firman, Ziha dan ramai lagi..

Antara Barisan Selebriti Yang Hadir Menghiburkan Adik-Adik Baitul Fitrah

Bersama Noorul a.k.a Ayda Jebat
Johan sampai agak lewat jugak. Sampai-sampai je terus bahagi-bahagi sandwich sedap dari Garsa Kitchen yang tengah hot sekarang ni.. Sebelum ku berselfie dengan tuan yang bawak sandwich tu haruslah ku berselfie dengan sandwichnya dulu.. Ngahahah! Bukan blogger namanya uols kalau takde aktiviti selfie melfie sana sini ni.. ;p

Garsa Kitchen Sandwiches

Bersama Johan
Selain dari Garsa Kitchen sandwich, Johan juga ada bawa banyak barang-barang permainan untuk adik-adik di Baitul Fitrah.. Allah, patutla murah rezeki dia ni, pemurah sangat orangnya.. Sponsor makanan lazat lagi, bagi duit raya lagi, lepas tu bai toys pulak lagi satu sorang.. Toys bukan alang-alang weyh.. Besar gedang semuanya.. Sama besar dengan adik-adik Baitul Fitrah pon ada. Seperti mahu je ku beratur sekali join amik toys.. Hahaha! Tiada kesedaran umur dah lanjut.. Tsskkk! -..-' 

Keberangkatan Pulang Barisan Blogger Malaysia Yang Turut Sama Menjayakan Majlis.. Kahkah! Wefie dulu seround! ;p

Sebenarnya, pada hari tu kitorang ada 2 event untuk dihadiri.. Petang tu nak ke Subang pulak.. So, tak sempat nak tunggu sampai habis majlis.. Lepas makan-makan semua, kitorang terus shoot ke Subang.. Event di Subang nanti ku update dalam entri lain k.. Btw, ku tak banyak sangat bergambar dengan selebriti masa ni. Sempat bergambar bersama Ayda Jebat & Johan je. Maklumlah, ku kan pemalu orangnya.. Wakakaka! Padahal...... Last but not least, sempatla jugak aku rakamkan video ucapan selamat hari raya ni dari Ayda Jebat untuk semua pembaca-pembaca blog RosmizaAli.Com yang ku sayangi.. Live dari Ayda ni tau.. Teruskan menyokong blog picisan ku ini ye.. Kbai! Xoxo! ^_~

  



Read More

Tuesday, 11 August 2015

Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg)

Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) | Vitamin C Shaklee (500 mg) adalah sejenis suplemen yang mengaplikaskan teknologi 'Sains Pembebasan Berterusan  Secara Semulajadi'. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg). Setiap jam, ia membebaskan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam tablet vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. 
Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg), Vitamin C Semulajadi, Vitamin C Shaklee
1 tablet Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) = 7 1/2 biji buah oren


Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 120 mg bioflavoid (25% dari bioflavoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Manfaat Utama Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) :

A. Membentuk Kolagen
  • Merangsang pembentukan kolagen semulajadi tubuh; 
  • Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan; 
  • Ianya mampu mengurangkan kesan penuaan (kedut) dan menghalang otot menjadi lembik;
 B. Memperbaiki Simptom Pendarahan
  • Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah;
  • Lebam di kulit;
  • Pemulihan kecederaan yang lambat;
  • Kulit kering, ruam dan kulit kasar.
C. Peningkatan Sistem Imun
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik;
  • Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman;
  • Mengukuhkan sistem imun tubuh;
  • Membantu mengurangkan alergi hidung dan kulit serta asthma.
D. Memerangi Kanser
  • Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh;
  • Merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser; 
  • Menyingkirkan bahan kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan;
  • Menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel badan. 
E. Mencantikkan Kulit
  • Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat memberikan kesan kulit yang lebih cerah;
  • Melambatkan penuaan;
  • Menyekat pembentukan pigmen (pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat).
F. Memperbaiki Insomnia
  • Ia membantu memperbaiki masalah insomnia, stress, dan masalah berkaitan mental seperti keresahan etc.
G. Mengekalkan Kolestrol Sihat
  • Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah;
  • Mengekalkan kapilari darah yang sihat;
  • Menghindarkan arteriosclerosis, thrombus;
  • Menghalang pendarahan dalaman (hidung berdarah/pendarahan serebral/skurvi).



HARGA : RM92.50 (180 Biji)
PENGGUNAAN : 6 Bulan



*NOTA :
Pengamal kolagen digalakkan mengambil kolagen bersama Vitamin C untuk penyerapan yang optimum.




















Read More

Monday, 10 August 2015

Tips : Makanan Terbaik Dan Rawatan Semulajadi Merawat Sunburn

Tips : Makanan Terbaik Dan Rawatan Semulajadi Merawat Sunburn | Assalamualaikum & selamat petang sahabat! Petang2 macam ni ku malas nak bercerita panjang.. Eloklah kiranya ku terus sambung entri pasal sunburn pagi tadi tu ye.. Seperti yang dijanjikan, petang ni ku nak share sedikit tips untuk merawat sunburn.. Semoga bermanfaat! ^_^

Image Source : Google


Makanan Terbaik Untuk Mengawal Sunburn
  • Minum air untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna jingga serta sayur-sayuran berdaun hijau tua untuk membekalkan beta karoten dan vitamin C.
  • Kekacang untuk membekalkan Vitamin E dan Zinc.
  • Bijirin dan ikan untuk membekalkan Vitamin B.

Rawatan Semulajadi Sunburn


Masker Timun & Susu Tepung
Masker Timun
Image Source : Google
Ambil beberapa batang timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.


Mayonis
Mayonis
Image Source : Google
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit. Anda akan dapat rasakan kesan kelegaannya. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.


Tembikai
Tembikai, Watermelon
Image Source : Google
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris tembikai secara nipis, kemudian tekapkan pada wajah yang telah dibersihkan selama 20 minit. Bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.


Daun Lidah Buaya
Aloe Vera, Daun Lidah Buaya
Image Source : Google
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari dan rasakan kesannya.


Tomato
Tomato
Image Source : Google
Cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai ejen penyejukan tersendiri.


Okay, sampai sini dulu perkongsianku untuk petang ni.. Selamat mencuba! ^_~



NOTA :
*CarotoMax merupakan sejenis suplemen yang mengandungi beta karoten yang bagus untuk kesihatan mata.
*Vitamin E adalah sejenis suplemen yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk menentang radikan bebas.



Read More

Sunburn! Bagaimana Mengatasinya?

Sunburn! Bagaimana Mengatasinya? | Assalamualaikum & good morning earthlings! Ramai tak yang ada masalah kulit mudah terbakar atau omputih panggil sunburn kat sini? Biasanya orang yang kulit dia jenis sensitif & nipis mudah kena sunburn ni kan? Paling mudah nampak kesan sunburn ialah orang yang berkulit cerah.. Kemerah-merahan kulit ko dik terbakar dek panahan mentari.. Tapi orang yang berkulit sawo matang macam ku ni pon boleh terkena sunburn.. Zaman sekolah dulu memang berbelang mukaku.. Yela, lasak sangat.. Mana reti nak duduk berteduh di bawah pepohon bak puteri lilin.. Banyak sangat aktivitinya.. Berkawad lah, marathon lah, basikalton lah, perbarisan rumah sukan lah bagai.. Balik rumah buka tudung, nah! Bertopeng mukaku.. T_T 


Tapi tu dulu la.. Masa tu mana reti nak pakai sunblock, sunscreen, santun segala.. Haha! Duit belanja pon mak pak yang bagi.. Memang serius tak pandai nak berlawa lagi masa tu.. Sekolah lagi kot.. Even dah masuk kolej, masuk u pon tak retiku nak berlawa2 weyh.. Dah start keje je baru terpengaruh tepek makeup 3,4 inchi.. Plastik sungguhla rupa di kala itu.. Hahahah! Eh, panjang pulak mukaddimah ku hari ni.. Okay, jom ku share sikit bagaimana sunburn boleh terjadi & apa tips untuk mengelakkannya.. Jom!

Tips Elak Sunburn
Image Source : Google
Bagaimana Sunburn Terjadi?
Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan di mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin.

Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu yang membahayakan iaitu ultra violet (UV) terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang. Gelombang ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan ia membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menjadi gelap bahkan turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi, dan kulit tampak lebih tua.


Langkah Awal Mengelak Sunburn
  • Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari (SPF) sekurang-kurangya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum (nanti ku share apa sunscreen yang ku guna sekarang ni ye..^^,)
  • Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan (hand socks) sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
  • Kenakan pakaian dari kain jenis woven. Ia merupakan material yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar.
  • Jika terlalu panas, contohnya jika anda berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau payung.
  • Amalkan penggunaan cermin mata (sunglasses) yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah terjadinya katarak.
  • Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit dan jika terlalu kerap terdedah kepadanya, boleh menyebabkan kanser kulit.

Nak tau apa makanan terbaik untuk mengawal sunburn dan apa rawatan semulajadi untuk merawat sunburn? Tunggu ku share dalam next entri k.. Panjang sangat dah ni.. Kang kome yang boring baca.. Haha! Jangan lupa baca my next entri.. Kang terlepas tips penting merawat sunburn! ^_^



*NOTA : 
Vitamin E merupakan sejenis suplemen antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV serta radikal-radikal bebas. 



Read More

Saturday, 8 August 2015

Wake Up! & Let's Work!

Wake Up & Let's Work | Assalamualaikum.. Selamat pagi sunshine! Erm, sun pon belum keluar lagi.. Tapi ku dah tercongok depan lappy buat kerja.. Time2 macam ni je selalu idea datang mencurah2 bak coco crunch tumpah ke ladang mangkuk.. Hahah! Merepek apa pepagi buta ni Mieza oiii! Just a quick update je nih.. Banyak post tertunggak.. Huwa2! Tak sempat lagi nak mengarang.. Ampunkanlah.. Hari ni petang2 or tengah2 malam sikit boleh start draft.. In Shaa Allah..


Inilah rupa meja kerjaku.. ESP + Cinch Cafe Late sebagai peneman di kala penghuni dunia yang lain masih ramai yang sedang lena diulit mimpi.. Pesan mentorku, tiada jalan pintas jika benar kamu ingin berjaya.. Kena korban banyak benda.. Korban masa tidur, korban masa rehat, korban masa bersukaria, korban masa mengangkang depan tv tengok hindustan, korban tenaga, serta korban kasih dan setia ku korbankan (eh, tu tajuk lagu..Haha!).. Okaylah, 'pengatur' tertinggi sudah memanggil.. Jom sahut panggilan dulu.. Lepas ni nak update logbook pulak.. Main kira2 sampai pengsan.. Huwa! Huwa! Huwa! Kbai! Xoxo..! ^.^v



Read More

Friday, 7 August 2015

Rafhanah's Beauty Skin Set Untuk Kulit Cantik Berseri!

Rafhanah's Beauty Skin Set Untuk Kulit Cantik Berseri! | Assalamualaikum & selamat pagi lovelies! Seperti yang dijanjikan dalam entri lewat malam semalam, hari ni ku nak sambung share tentang Vitamin Untuk Kulit yang sedang ku amalkan sekarang ni iaitu Rafhanah's Beauty Skin Set By Rafhanah Health & Beauty..

Rafhanah's Beauty Skin Set, Set Kulit Cantik, Vitamin Untuk Kulit, Suplemen Untuk Kulit

Terdapat 3 jenis vitamin di dalam Rafhanah's Beauty Skin Set ini iaitu Vitamin C, Vitamin E, dan Vitamin B Complex.. Setiap jenis vitamin ini mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri dalam membantu menghasilkan kulit yang sihat dan cantik berseri. Jom baca fungsi dan peranan setiap vitamin2 ni..! ^_^


Apakah Setiap Vitamin Di Dalam Rafhanah's Beauty Skin Set Dan Bagaimana Ia Membantu Dalam Mencantikkan Kulit?


VITAMIN C

  • Merangsang pembentukan kolagen semulajadi badan - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan penghasilan kedutan pada kulit dan mengahlang otot menjadi lembik.
  • Mencantikkan kulit - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.


VITAMIN E

  • Anti-Penuaan - 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton pada kulit wajah, dada dan otot peha.
  • Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Anti-Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari dapat mengukuhkan sistem imun dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. 


VITAMIN B COMPLEX


  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.
  • Merangsang perjalanan darah dalam tubuh - Bila perjalanan darah lancar, kulit akan nampak lebih cantik (glowing/kemerahan).
  • Vitamin B juga mengekalkan keadaan kulit dalam hidrasi (tidak kering) - Kulit yang tidak kering nampak tampak lebih sihat dan gebu dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan penuaan. 


Setiap set Rafhanah's Beauty Skin Set ni boleh tahan sehingga 4-6 bulan.. Ada yang cakap mahal, tapi bagiku berbaloi lah dengan kuantiti dan tempoh penggunaannya.. Plus, vitamin2 ini semuanya berasaskan bahan semulajadi yang dijamin kualiti, keselamatan, dan keberkesanannya..^^,


Okaylah, untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut korang bolehla ke Page Rafhanah Health & Beauty.. Boleh inbox atau pon whatsapp je nombor yang tertera for fast response..




Read More

Thursday, 6 August 2015

Vitamin Dan Kulit

Vitamin Dan Kulit | Assalamualaikum lovelies! Lewat ku mengupdate hari ni.. Maafkanlah, ku kebizian di siang hari sampai tak sempat nak update blog.. Usahkan blog, IG dan FB ku pon sunyi sepi hari ni.. Huhu.. Jika semalam ku kongsikan tentang Tips Untuk Kulit Sihat Dan Cantik, malam ni ku nak kongsikan sedikit rahsia untuk kulit sihat dan cantik dari dalam.. Haa, cantik kalau setakat luaran je tapi tak terjaga dari dalaman pon tak sihat jugak.. So, jagalah kecantikan kulit kita dalam dan luar secara sihat.. 


Bagaimana Menjaga Kecantikan Kulit Dari Dalam Secara Sihat?

Beautiful Skin
Image Source : Google

Paling utama ialah amalkan pemakanan yang seimbang dan minum air putih banyak2. Bab minum air tu okaylah kan, senang sikit nak buat.. Tapi bab pemakanan ni payah sikit.. Sebabnya, biasa yang sedap2 tu lah yang banyak minyak, banyak lemak, banyak kolestrol.. Semua jenis makanan tu menyumbang ke arah kulit yang kurang sihat. Ada pula yang tak gemar makan sayuran, buah-buahan dan sebagainya.. Jadi nak dapatkan makanan yang seimbang tu sedikit sukar.. Samalah sepertiku, sayur-sayur ku tak berapa gemar.. Tapi kalau ulam-ulaman ku suka.. Makanan berminyak, berlemak tu memang lah favourite.. Pendek kata makanan yang berzat tu kurang diambil.. So, inisiatifnya ialah dengan pengambilan vitamin/suplemen sebagai makanan tambahan untuk kesihatan dan kulit semestinya.. ^^,


Sekarang ni berlambak produk2 untuk kecantikan yang dijual di pasaran.. Macam2 suplemen dijual.. Ada yang murah, ada yang mahal.. Terpulanglah kepada anda untuk memilih produk anda.. Ikut bajet masing2, jangan ikut orang.. As for me, tentulah ku inginkan yang terbaik untuk kesihatan kulit sendiri.. Almaklumlah, bila dah masuk 3 series ni faktor2 penuaan tu akan makin jelas kelihatan.. Jadi, kenalah jaga dari sekarang.. Heheh..

Rafhanah's Beauty Skin Set, Set Kulit Cantik, Vitamin Untuk Kulit, Suplemen Untuk Kecantikan Kulit

Inilah vitamin untuk kesihatan dan kecantikan kulit yang ku amalkan sekarang.. Rafhanah's Beauty Skin Set by Rafhanah Health & Beauty.. Terdapat 3 jenis vitamin/suplemen di dalam set ni iaitu Vitamin C, Vitamin E, dan Vitamin B Complex.. So apa fungsi setiap vitamin ini & bagaimana ia membantu dalam mencantikkan kulit? Ha, nantikan entri berikutnya esok k.. Saja kasi suspen sikit.. Haha! Stay tune! Kbai! ^_~



Read More

Wednesday, 5 August 2015

7 Tips Kulit Sihat Dan Cantik

7Tips Kulit Sihat Dan Cantik | Assalamualaikum & selamat petang lovelies! Hari ni rajin sikit nak update blog. Dah lama rasanya ku tak berkongsi tips dan petua dengan pembaca-pembaca blog ni. Ku tahu ramai yang mendambakan kulit yang sihat, cantik dan berseri.. So, apa kata petang ni sambil2 bersantai minum kopi tu kita baca Tips Kulit Sihat Dan Cantik ni. 


7 Tips Kulit  Sihat Dan Cantik


1. Aloe Vera

Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Aloe vera atau daun lidah buaya mampu membantu memudarkan parut dan kesan cela pada wajah.
Caranya : Potong daun lidah buaya, ambil lendir di dalamnya dan sapukan ke bahagian wajah yang mempunyai kesan parut/cela. Amalkan setiap hari sehingga hilang kesan parut.



2. Minyak Kelapa

Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Selain untuk memasak, minyak kelapa juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan. Antaranya ialah untuk melebatkan dan menghitamkan rambut. Selain itu, ia juga dapat membantu dalam merawat kulit kering dan gatal-gatal.
Caranya : Hanya sapuka ke rambut dan bahagian kulit yang bermasalah.



3. Timun

Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak, mengecilkan rongga kulit, dan merawat kesan selar akibat sinar uv (sunbrn). 
Caranya : Hiris nipis-nipis dan letakkan di atas mata dan ke seluruh wajah.



4. Kunyit

Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Kunyit adalah sejenis antiseptik semulajadi dan digunakan sebagai scrub muka oleh kebanyakan india dan cina untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah.
Caranya : Gaulkan serbuk kunyit dengan susu. Sapukan ke bahagian muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh muka sehingga bersih. Amalkan 2-3 kali seminggu.



5. Oat
Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Oat adalah sejenis bijirin yang kaya dengan serat. Ia sesuai dijadikan masker wajah untuk kesihatan kulit wajah.
Caranya :   Campurkan bijirin oat dengan madu dan kisar halus. Kemudian sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, basuh wajah sehingga bersih. Amalkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.



6. Teh Hijau
Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Selain mengandungi agen antioksidan yang tinggi, teh hijau juga bagus untuk membantu melembapkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Caranya : Hanya letakkan uncang teh hijau yang telah dilembapkan ke atas mata dan biarkan selama 15-20 minit.



7. Air Beras
Petua Kulit Wajah Sihat Dan Cantik

Air beras kaya dengan antioksida dan dapat membantu melambatkan proses penuaan. Ia merupakan salah satu tips kecantikan klasik para geisha di Jepun. 
Caranya : Ambil kapas muka dan rendamkan di dalam air beras. Kemudian sapukan ke seluruh wajah sebagai toner atau pelembap wajah. Amalkan setiap hari untuk kulit lembap dan berseri.

 
Ha, macamana? Mudah kan? Murah lagi jimat.. Tapi ini semua untuk penjagaan kulit wajah dari luar sahaja. Untuk penjagaan dari dalam, amalkan pengambilan suplemen yang betul. Later ku share suplemen yang betul untuk kesihatan dan kecantikan kulit pulak okay.. Selamat bercantik2! Kbai! ^_~


 
Read More

July Top Komentator!

July Top Komentator! | Assalamualaikum.. Hello lovelies!  Lama tak review Monthly Top Komentator di blog RosmizaAli.Com ni.. So hari ni sebagai tanda penghargaan kepada pembaca setia dan komentator blog ni, ku buat satu entri khas untuk kalian semua..

Ucapan ribuan terima kasih ku ucapkan kepada penama2 di atas yang sudi berkunjung dan tinggalkan komen di blog picisan ku ini.. Blog dah suam2 kuku pon masih ada yang sudi singgah melawat.. Terharuku tahu.. Sobs! T_T


Okay, takmo touching lelebih.. Kat bawah ni ku link kan kalian ke blog2 Top Komentator ku untuk kalian singgah melawat.. Jom berkenalan dan follow blog diorang! Sambil2 menambah kenalan.. Berkawan biar seribu kannnn.. ^_^ 

Maria Firdz - Blog Maria_Firdz
Azhafizah Md Nor - Blog Sihatimerahjambu
Nazlee Ismail - Blog PCL
Farhain Azmi - Blog Farhain Azmi
Hajar Shikin - Blog HajarShikin.Com

Siapa nak being future dalam entri Monthly Top Komentator ku, rajin2lah singgah sini & tinggal komen ye.. Ihiks! Btw, selamat berkawan2! Muahciked! Xoxo! ^_~v


Read More

Monday, 3 August 2015

Hello August!

Hello August! | Assalamualaikum.. Hai korang! Dah masuk 3 hari dalam bulan Ogos, baru sempat hakak nak update blog.. 2 hari lepas agak pack jadual dengan event, open house, coaching class etc.. Balik rumah pon dah malam.. Memang tak sempat nak mengadap blog.. Nak buka kaunter blogwalking pon tak sempat lagi ni.. In Shaa Allah, petang or malam ni ku buka ye.. So siapa2 yang nak hakak ko ni terjah blog dia, silalah tinggalkan link entri terbaru korang di kaunter.. Link ENTRI TERBARU ye.. Bukan lin blog.. Mohon alert.. ^^,


Bagi yang tak tau mana nak cari kaunter ku tu, sila lah terjah my personal FB hokay.. Mana yang belum friend tu, boleh add dulu.. Tapi hakak ko skang ni susah sikit nak approve friend request sebarangan.. Banyak friend request yang ku belum approve.. Bukan apa, risau sekarang ni banyak sangat stalker, hacker, segala2 ker kat luar nun.. Bimbang lak ku.. Huhu.. So, if korang ada add ku di FB , silalah inbox bagitau korang ni sape, nama apa, dari blog mana sume tu ye.. Barulah ku approved.. Yela, kadang nama FB memasing kemain peliknye.. Dp lak scary ku nak approve dik.. Huhu..


Oklah, agenda hari ni nak ke HQ satgi register new member & order barang.. So, see u all later k.. Muahciked! Kbai! ;)



Read More

Saturday, 1 August 2015

Shaklee Vita E Complex

Shaklee Vita E Complex | Ia diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak di-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap di pasaran. 

Kandungan Vitamin E Shaklee
1 kapsul Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 400 IU vitamin E.


Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah, dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksin semulajadi logam berat seperti raksa dan kadmium, mengukuhkan anti-oksidan, dan melindungi retina.


Manfaat Utama Vitamin E :
A. Melindungi Jantung
  • Pengambilan harian 800 IU vitamin E untuk jantung yang sihat; 
  • Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; 
  • Meningkatkan kolesterol HDL; 
  • Mengurangkan tekanan darah; 
  • Menghalang platelet darah dari melekat ke dinding arteri; 
  • Menghalang anemia hemolitik; penyakit jantung dll.
B. Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif

  • Kajian pada tahun 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
C. Anti-Penuaan
  • 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan;
  • Mengurangkan kedutan / garis halus / parut / akne dan bintik penuaan;
  • Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tona wajah, dada dan otot peha.

D. Anti-Oksidan Semulajadi Yang Kuat
  • Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser;
  • Mengukuhkan sistem imun;
  • Menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor;
  • Mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas;
  • Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.
E. Kelestarian Tenaga
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
F. Memperbaiki Arthritis
  • Meningkatkan keanjalan salur darah;
  • Memperbaiki kitaran darah;
  • Merawat bahu kejang;
  • Mengatasi masalah buasir / pening / urat varikos / dan sakit sendi.
G. Menghalang Keguguran
  • Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada;
  • Mengurangkan sindrom pra-haid dan sindrom menopaus seperti hot flush;
  • Digunakan dalam ujian klinikal untuk menghalang kematian janin / keguguran.
H. Memperbaiki Kesan Parut
  • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit;
  • Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


HARGA : RM149.00 (120 biji)
PENGGUNAAN : 4 Bulan


*NOTA :
Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vitamin C, dan Vitamin E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas.



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com