Blogger templates

Sunday, 23 August 2015

4 Mekanisme Penuaan Pada Peringkat Selular

4 Mekanisme Penuaan Pada Peringkat Selular | Proses penuaan bermula dari peringkat selular (sel) dan sejak dari usia kita belum mencapai alam dewasa lagi. Dalam artikel sebelum ini, telah diberikan sedikit kupasan info berkaitan faktor-faktor proses penuaan dan beberapa mekanisme penuaan di peringkat sel. Dalam artikel kali ini, ku akan kupaskan pula 4 Mekanisme Penuaan yang berlaku di peringkat sel tersebut dan bagaimana ia mempengaruhi di dalam proses penuaan tubuh badan kita.

Penuaan Di Peringkat Sel, 4 Mekanisme Penuaan Peringkat Sel, Anti-Aging, Anti-Penuaan
Image Source : Google

4 Mekanisme Penuaan Pada Peringkat Selular :-
A. Kerosakan DNA
  • Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik dan menghasilkan sejenis 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel serta jangka hayat seseorang.
B. Pengawalan Genetik
  • Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Kelemahan keupayaan pengawalan genetik boleh mengurangkan keberkesanan fungsi sel berikuran faktor usia. 
C. Kemerosotan Pengeluaran Tenaga Oleh Sel Badan
  • Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel juga turut merosot.
D. Penimbunan Protein AGE
  • Pengumpulan protein-protein makanan ringan atau lebih dikenali sebagai protein Advanced Glycation End Products (AGE) boleh menyebabkan kerosakan di peringkat selular yang akan mengganggu keutuhan sel serta jangka hayat seseorang.


Kemerosotan fungsi sel yang terjadi secara beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang. Antara perubahan yang dapat dilihat akibat kemerosotan fungsi sel ini adalah kemunculan kedutan/garis-garis kasar pada kulit wajah, penipisan rambut, pertambahan berat badan, kemerosotan tahap tenaga dan lain-lain. 


NOTA :
Kajian saintifik membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada kerosakan sel dan faktor usia boleh dicegah dan diperlahankan. Ia boleh dilakukan menerusi beberapa perubahan ringkas dari aspek gaya hidup dan amalan diet yang seimbang. 




4 comments:

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com