Hormon Anti-Penuaan

by - 7:30:00 am

Hormon Anti-Penuaan | Anti Penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup usia pada usia tua, mengekalkan kesihatan & kehidupan ideal manusia, megekalkan fungsi organ dalaman seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelanjar yang penting, serta kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon di dalam tubuh kita berfungsi semula sebagaimana semasa ketika usia kita masih muda.

Image Source : Google

Apabila usia bertambah, kelenjar hormon pada badan akan bekerja lebih keras bagi memastikan penghasilan hormon yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang amat penting dan mempunyai fungsi-fungsi khas bagi memberi keseimbangan dan memastikan fungsi tubuh badan menjadi lancar. Namun apabila usia meningkat, kelenjar-kelanjar ini mula mengecut dan menjadi kurang aktif. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui kaedah CT Scan.


Seseorang yang menghadapi masalah kekurangan hormon akan mudah merasa letih, lesu dan kuang gembira. Badan terasa berat dan sukar untuk bersenam, Apabila kadar hormon di dalam tubuh rendah, kita akan berasa malas dan sentiasa letih. Namun apabila hormon metabolik tertentu ditambah, badan kita akan mula berasa lebih baik, segar dan cantik. Ini kerana tubuh mula membakar lemak di dalam badan.


Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan, maka penghasilan hormon akan turut terjejas. Kelenjar-kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu dan lemah serta menjadi salah satu punca kepada faktor penuaan.



NOTA :
Antara punca patah tulang dan tulang rapuh adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan kalsium menjadi tidak efektif. 


Credit Info : Utusan Online



You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. tq for sharing...bw dr ww.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Ummul.. Tq sudi singgah sini.. Bw ke blog awak juga.. ^__^

      Delete