Open House Johara Pagi Era

by - 6:24:00 am

Open House Johara Pagi Era | Assalamualaikum sahabat! Selamat pagi.. Pada 1 Ogos yang lepas, ku berpeluang menghadiri rumah terbuka anjuran salah satu stesen radio kegemaran ramai iaitu Era Fm.. Majlis diadakan di perkarangan Rumah Baitul Fitrah yang terletak di Rawang, Selangor. Alhamdulillah, buat pertama kalinya ku berpeluang bersama-sama rakan blogger iatu Broframestone dan Cik Ienaeliena sama-sama menjayakan charity event sebegini.


Kalau ikutkan, majlis bermula pukul 9.00 pagi. Tapi kami bertiga sampai agak lewat iaitu kira-kira dalam pukul 10.00 lebih macam tu. Biasalah kan, sorang dari kutub utara, sorang dari kutub selatan, sorang lagi kat antartika.. Huwa3! Kemain memasing palnning nak kuar awal.. Sekali ada la pulak hamba Allah tu terlepas train la, tersalah platform la, terbangun lambat la, terlewat kuar rumah la bagai.. Last-last pukul 10.00 pagi baru dapat bersua muka.. Kihkih! >_<v 

Open House Johara Pagi Era Di Rumah Baitul Fitrah, Rawang, Selangor.

Haa, gitu.. Haruslah kan tempek gambar tuan tanah kedaung dulu sepam dua.. Ark3! Masa kitorang sampai tu, diorang tengah bagi-bagi duit raya & ada persembahan dari band artis tempatan. Ramai jugak artis yang turut sama-sama menjayakan rumah terbuka ni tapi disebabkan kami terlewat, so tak sempat nak bergambar kenangan dengan semua artis.. Yang sempat pon dengan Ayda Jebat & Johan je.. 

Bersama Rakan Blogger Ienaeliena & Broframestone
Selfie Bersama Rakan Blogger Ienaeliena

Masa kitorang tengah makan-makan tu la Ayda Jebat sampai.. Memang cantik orangnya.. Putihnya la hai.. Sampai nak bergambar dengan dia ku terpaksa guna effect chrome agar tak nampak sangat perbezaan warna kulit weols.. Wahahaha! >.<" Ayda sempat menghiburkan adik-adik di Rumah Baitul Fitrah dengan dendangan lagu hari raya bersama rakan-rakan artis yang lain iaitu kumpulan De' Fam, Drama Band, Firman, Ziha dan ramai lagi..

Antara Barisan Selebriti Yang Hadir Menghiburkan Adik-Adik Baitul Fitrah

Bersama Noorul a.k.a Ayda Jebat
Johan sampai agak lewat jugak. Sampai-sampai je terus bahagi-bahagi sandwich sedap dari Garsa Kitchen yang tengah hot sekarang ni.. Sebelum ku berselfie dengan tuan yang bawak sandwich tu haruslah ku berselfie dengan sandwichnya dulu.. Ngahahah! Bukan blogger namanya uols kalau takde aktiviti selfie melfie sana sini ni.. ;p

Garsa Kitchen Sandwiches

Bersama Johan
Selain dari Garsa Kitchen sandwich, Johan juga ada bawa banyak barang-barang permainan untuk adik-adik di Baitul Fitrah.. Allah, patutla murah rezeki dia ni, pemurah sangat orangnya.. Sponsor makanan lazat lagi, bagi duit raya lagi, lepas tu bai toys pulak lagi satu sorang.. Toys bukan alang-alang weyh.. Besar gedang semuanya.. Sama besar dengan adik-adik Baitul Fitrah pon ada. Seperti mahu je ku beratur sekali join amik toys.. Hahaha! Tiada kesedaran umur dah lanjut.. Tsskkk! -..-' 

Keberangkatan Pulang Barisan Blogger Malaysia Yang Turut Sama Menjayakan Majlis.. Kahkah! Wefie dulu seround! ;p

Sebenarnya, pada hari tu kitorang ada 2 event untuk dihadiri.. Petang tu nak ke Subang pulak.. So, tak sempat nak tunggu sampai habis majlis.. Lepas makan-makan semua, kitorang terus shoot ke Subang.. Event di Subang nanti ku update dalam entri lain k.. Btw, ku tak banyak sangat bergambar dengan selebriti masa ni. Sempat bergambar bersama Ayda Jebat & Johan je. Maklumlah, ku kan pemalu orangnya.. Wakakaka! Padahal...... Last but not least, sempatla jugak aku rakamkan video ucapan selamat hari raya ni dari Ayda Jebat untuk semua pembaca-pembaca blog RosmizaAli.Com yang ku sayangi.. Live dari Ayda ni tau.. Teruskan menyokong blog picisan ku ini ye.. Kbai! Xoxo! ^_~

  



You May Also Like

10 Shaklee Lovers Visit

  1. Replies
    1. Kite pun follow orang ni ha.. Hehehe..

      Delete
  2. wah.. open house johara. bestnya.

    Jemput ke blog saya.

    www.nasznadzeri.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dapat makan sedap2.. Hehe.. Done visit ur blog.. ^^,

      Delete
  3. wah2 siap ada ucapan raya tuk pembaca blog lagi.. kelass..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh.. Untunglaa kan jadi pembaca blog picisan ni.. ^__^

      Delete
  4. Wah bestnyer Miza..Untungla dapat jumpa sahabat blogger hehehe...Miza guna hp apa ..Gambar cantik sangat hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dapat juga jumpa rakan blogger lain.. Kite guna ipong je.. ^^,

      Delete
  5. bestnya pergi open house.. jeles.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time farhain pulak pegi ye.. Hehe.. ^^,

      Delete