Sunburn! Bagaimana Mengatasinya?

by - 8:00:00 am

Sunburn! Bagaimana Mengatasinya? | Assalamualaikum & good morning earthlings! Ramai tak yang ada masalah kulit mudah terbakar atau omputih panggil sunburn kat sini? Biasanya orang yang kulit dia jenis sensitif & nipis mudah kena sunburn ni kan? Paling mudah nampak kesan sunburn ialah orang yang berkulit cerah.. Kemerah-merahan kulit ko dik terbakar dek panahan mentari.. Tapi orang yang berkulit sawo matang macam ku ni pon boleh terkena sunburn.. Zaman sekolah dulu memang berbelang mukaku.. Yela, lasak sangat.. Mana reti nak duduk berteduh di bawah pepohon bak puteri lilin.. Banyak sangat aktivitinya.. Berkawad lah, marathon lah, basikalton lah, perbarisan rumah sukan lah bagai.. Balik rumah buka tudung, nah! Bertopeng mukaku.. T_T 


Tapi tu dulu la.. Masa tu mana reti nak pakai sunblock, sunscreen, santun segala.. Haha! Duit belanja pon mak pak yang bagi.. Memang serius tak pandai nak berlawa lagi masa tu.. Sekolah lagi kot.. Even dah masuk kolej, masuk u pon tak retiku nak berlawa2 weyh.. Dah start keje je baru terpengaruh tepek makeup 3,4 inchi.. Plastik sungguhla rupa di kala itu.. Hahahah! Eh, panjang pulak mukaddimah ku hari ni.. Okay, jom ku share sikit bagaimana sunburn boleh terjadi & apa tips untuk mengelakkannya.. Jom!

Tips Elak Sunburn
Image Source : Google
Bagaimana Sunburn Terjadi?
Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan di mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin.

Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu yang membahayakan iaitu ultra violet (UV) terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang. Gelombang ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan ia membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menjadi gelap bahkan turut menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi, dan kulit tampak lebih tua.


Langkah Awal Mengelak Sunburn
  • Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari (SPF) sekurang-kurangya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum (nanti ku share apa sunscreen yang ku guna sekarang ni ye..^^,)
  • Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan (hand socks) sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
  • Kenakan pakaian dari kain jenis woven. Ia merupakan material yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar.
  • Jika terlalu panas, contohnya jika anda berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau payung.
  • Amalkan penggunaan cermin mata (sunglasses) yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah terjadinya katarak.
  • Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit dan jika terlalu kerap terdedah kepadanya, boleh menyebabkan kanser kulit.

Nak tau apa makanan terbaik untuk mengawal sunburn dan apa rawatan semulajadi untuk merawat sunburn? Tunggu ku share dalam next entri k.. Panjang sangat dah ni.. Kang kome yang boring baca.. Haha! Jangan lupa baca my next entri.. Kang terlepas tips penting merawat sunburn! ^_^



*NOTA : 
Vitamin E merupakan sejenis suplemen antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit dari sinaran UV serta radikal-radikal bebas. 



You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. terima kasih atas tips ni... kalau kena sunburn memang lambat nak pulih kulitnya... uwaaaaa

    psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

    ReplyDelete
  2. ni memang masalah ayu.klr sikit ja dh sunburn..paling ektara muka tangan kaki..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau burn saja ok lagi.. Tapi yg perit kulit tu tak tahan.. Huhu..

      Delete