Blogger templates

Monday, 10 August 2015

Tips : Makanan Terbaik Dan Rawatan Semulajadi Merawat Sunburn

Tips : Makanan Terbaik Dan Rawatan Semulajadi Merawat Sunburn | Assalamualaikum & selamat petang sahabat! Petang2 macam ni ku malas nak bercerita panjang.. Eloklah kiranya ku terus sambung entri pasal sunburn pagi tadi tu ye.. Seperti yang dijanjikan, petang ni ku nak share sedikit tips untuk merawat sunburn.. Semoga bermanfaat! ^_^

Image Source : Google


Makanan Terbaik Untuk Mengawal Sunburn
  • Minum air untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna jingga serta sayur-sayuran berdaun hijau tua untuk membekalkan beta karoten dan vitamin C.
  • Kekacang untuk membekalkan Vitamin E dan Zinc.
  • Bijirin dan ikan untuk membekalkan Vitamin B.

Rawatan Semulajadi Sunburn


Masker Timun & Susu Tepung
Masker Timun
Image Source : Google
Ambil beberapa batang timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yang terbakar.


Mayonis
Mayonis
Image Source : Google
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit. Anda akan dapat rasakan kesan kelegaannya. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.


Tembikai
Tembikai, Watermelon
Image Source : Google
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris tembikai secara nipis, kemudian tekapkan pada wajah yang telah dibersihkan selama 20 minit. Bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.


Daun Lidah Buaya
Aloe Vera, Daun Lidah Buaya
Image Source : Google
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari dan rasakan kesannya.


Tomato
Tomato
Image Source : Google
Cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai ejen penyejukan tersendiri.


Okay, sampai sini dulu perkongsianku untuk petang ni.. Selamat mencuba! ^_~



NOTA :
*CarotoMax merupakan sejenis suplemen yang mengandungi beta karoten yang bagus untuk kesihatan mata.
*Vitamin E adalah sejenis suplemen yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk menentang radikan bebas.



4 comments:

  1. salam lebaran.
    senang sebenarnya merawat sunburn ni kan. bahan sedia ada di sekitar kita saja, tak perlukan modal yg besar untuk merawatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kakyon.. Hehe.. Sebenarnya semua bahan ada kat sekeliling kita.. Cuma tak tau kegunaan je.. Hehe..

      Delete
  2. Paling senang mayonis. Boleh buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sila2.. Lepas tu share la sikit hasilnya.. ^^,

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com