Blogger templates

Wednesday, 30 September 2015

Girlfriend's Wedding

Girlfriend's Wedding | Another backdated entry maybe? Well, it is! Hahah! Sekarang agak busy dengan macam2 urusan. Jadi nak harap kak Diamond buat live update report kat dalam blog ni memang tinggal harapanlah dik.. Kalau ada pon, tu semua dah draft awal2.. Lepas tu schedule auto publish je.. Kalau kakak cakap kakak busy kang ada pulak yang berbulu kata mengalahkan pak menteri.. Tapi memang itulah pon hakikatnya.. Banyak benda nak kena mengadap, tapi pelan2 la ku kayuh walaupun keletihan ya amat.. Huhu~


So, here another back dated report dari kak Diamond.. Ni cerita bertarikh 12 September yang lepas.. Alhamdulillah, sorang lagi girlfriend kak Diamond telah menamatkan zaman bujang.. Ni girlfriend zaman keje kat IMR dulu.. Geng gossip, geng hangout, geng karok, geng menggila di ofis, semualah.. Sekarang semua dah berpecah mengejar cita-cita dan impian masing2.. But still kitorang tak pernah lost contact.. Cuma nak spend time hangout macam dulu2 tu dah payahla sikit.. Maklumlah, ada yang busy dengan komitmen kerja, ada yang busy dengan komitmen further study, ada yang busy dengan komitmen rumahtangga dan lain2.. Dulu semua bujang2 belaka, bolehla nak berhur har selalu.. Sekarang bukan tak boleh, tapi kekangan la sikit dengan pelbagai komitmen.


It's time for photo spam! ^_^v

Exclusive invitation card.. 

Ni sorang je lagi bujang.. Tapi tak lama lagi dah naik pelamin jugak dah.. 

Coursemate.. Housemate.. Roomate.. Ofismate.. ^_^

Maaf.. Kakak over excited.. Hahah!

I just love the makeup looks.. So beautiful.. 
Last but not least.. Pengapit lapuk nak tumpang duduk atas pelamin jugekss.. ^^,


To my dear girlfrien, Azrina dan pasangan Hisyam, aku doakan korang berbahagia sehingga ke jannah.. Kekalkan kerukunan dan keharmonian dalam rumahtangga.. Banyakkan bersabar menempuh ujian dalam rumahtangga dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.. Xoxo! ^_~



Read More

Monday, 28 September 2015

Bacaan Index Pencemaran Udara Seluruh Malaysia Pada 28 September 2015

Bacaan Index Pencemaran Udara Seluruh Malaysia Pada 28 September 2015 | Berikut adalah bacaan terkini Index Pencemaran Udara Seluruh Malaysia setakat jam 11.00 pagi tadi. 


Di sekitar Putrajaya nampaknya bacaan dah makin menurun. Sekitar Bangi alhamdulillah hujan lebat sebentar tadi. Harapnya bacaan makin menurunlah petang ni. Sesak dah nafas rasa ni.. Huhu~


Read More

Wednesday, 23 September 2015

Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment By Amel Fawz Beauty & Spa

Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment By Amel Fawz Beauty & Spa | Assalamualaikum & selamat pagi earthlings! Okay, hari ni kak Diamond nak share pengalaman kak Diamond berspa di Amel Fawz Beauty & Spa beberapa minggu lepas. Tapi sebelum tu kak Diamond nak minta maaf banyak-banyak, sebab entri kak Diamond 2,3 hari ni semua berkisar tentang event dan aktiviti-aktiviti kak Diamond bulan lepas. Segala kesulitan dan keterlewatan amatlah dikesali.. -_-|


Okaylah, terus ke perkongsian hari ni. Lasth month kak Diamond berpeluang memanjakan diri di Spa kecantikan Amel Fawz Beauty & Spa yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Jujur cakap, kak Diamond ni tak pernah berspa bagai ni. Agak kejakunan lah sikit. Maklumlah first time.. Kihkih! Tapi nasib baiklah owner spa, Kak Nana dah brief dulu awal-awal. Layanan staf-staf Amel Fawz Beauty pun tip top. Selesa betul kakak.. Fefeeling princess gituuu.. Ihiks! ^^,

Selamat datang ke Amel Fawz Beauty & Spa
Masa kak Diamond pergi tu masih lagi dalam bulan Syawal.. Kebetulan ada promosi raya untuk Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment. So apa lagi, mestilah kakak tak lepaskan peluang mencuba. Maklumlah, bila umur dah masuk 3 series ni kulit semua dah tak firm macam zaman 20-an dulu.. Pipi pun dah start mengendur.. Nak lift up & bagi firm balik lah ni kononnya.. Ngehehee.. ^^,

Interior design yang cantik dan selesa..

Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment ni tujuan dia ialah untuk membuang lemak-lemak di wajah terutamanya di bahagian pipi, dagu dan leher kita. So that nanti muka kita ni jadi runcing slim melim gitu.. Ewah! Eh, ada lagi tau.. Selain memberi efek runcing, ia juga membantu mengembalikan keanjalan kulit wajah serta mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada wajah. Ha, sesuai sangatlah umur baya-baya kakak ni pergi.. Hahah! Dia ada teknik urutan dia tau, bukan sebarangan.. Syok betul muka kena urut-urut manja.. Biasa kalau kat rumah main gonyoh je.. Asal boleh je cuci muka.. Kahkah! ^_^"


Sebelum mula treatment tu, kak Nana akan consult dulu jenis kulit kita, apa masalah yang ada pada kulit wajah kita & apa treatment yang sesuai semua tu.. So kita boleh la tau produk yang macamana yang bersesuaian dengan keperluan kulit kita jugak. ^_^

Sebelum mula treatment, kena isi form ni dulu.. Then diorang akan consult tentang condition kulit kita.

First step tu biasalah, dia akan bersihkan dulu wajah kita dari kesan makeup dengan menggunakan Cleansing Milk. Kemudian muka kita akan dibersihkan lagi sekali dengan Facial Cleanser khas.. Lepas tu seluruh wajah kita akan diurut2 manja dengan menggunakan urutan tangan menggunakan massage cream.. Urutan tangan mengambil masa sealma 10 minit.. Kemudian sejenis alat yang dipanggil Mesotherapy Machine digunakan untuk langkah urutan menggunakan mesin. Sebelum urutan, wajah kita akan disapu dengan sejenis serum yang dipanggil Lifting & Firming Serum.. Masa sentuh muka dengan alat tu rasa macam karen-karen sikit.. Tapi tak sakit pun, rasa macam semut-semut je.. Urutan dengan menggunakan Mesotherapy Machine mengambil masa selama 15 minit.. Lepas dah siap tu, diorang akan apply Firming & Lifting Mask kat muka kita.. Masa tempekan pertama tu, pergh! Sejuknya la hai.. Macam letak ais atas muka.. Nyaman & very refreshing.. Terlena kakak ko dik.. Haha!  Dalam15-20 minit macam tu diorang akan apply Lifting & Firming Serum lagi sekali ke wajah kita untuk kaedah Ultrasonic. Langkah seterusnya, wajah kita akan dispray dengan Skin Avtivator Spray untuk lift up & firm up kulit wajah kita.. Langkah terakhir, apply Moisturiser.. Then siap! Kakak keluar fefeeling jelita gitu.. Kuikui! 

Muka baru lepas treatment.. Konfiden je berselfie tanpa secalit make up..

Lepas dah selesai rawatan semua, kak Diamond dihidangkan dengan teh hijau. Amboi! Special sangat tau. Dah dibelai-belai dimanja-manja, dapat pulak minum teh hijau, asikkkkk sangat.. Jangan tak tau, teh hijau ni tinggi dengan kandungan anti-oksidannya. Bagus minum ni.. Tambah-tambah pulak baru lepas treatment macam ni kan.. 

After treatment refresher.. Green tea..

Orang jakun memang cenggini.. Dengan teko pun nak ajak selfie.. ^__^"

By the way, di Amel Fawz Beauty & Spa ni juga ada sediakan rawatan-rawatan wajah dan kecantikan yang lain. So, boleh la datang minta konsultansi dari kak Nana dulu then boleh decide rawatan mana yang bersesuaian dengan korang. Antara jenis-jenis rawatan lain yang ditawarkan ialah Single Mask Relaxing & Refreshing, Double Mask (Pigmentation, Anti-Aging, Scar, Whitening, Soothing), RF-V Shape Lifting, Double Mask Clinical Acne, Diamond Dermabrasion, DermaPen Metal Plate, dan DermaPen Micro Needle. 

Rawatan-rawatan lain yang turut ditawarkan oleh Amel fawz Beauty & Spa.

Syok juga ye berspa ni.. Hahah! Asyik paksa badan bekerja je.. Stress memanjang.. Tidur pulak tak cukup.. Hasilnya wajah kelihatan tua dari usia.. Sebab tu lah kena ambil suplemen bermula dari sekarang.. Jaga kecantikan bermula dari dalam.. Sesekali pergi reward diri ke spa-spa macam ni.. Sesekali memanjakan diri tiada salahnya. Asalkan jangan membazir ke tempat yang tak sepatutnya. 


Okaylah, kalau nak tau lebih lanjut tentang promosi-promosi terkini, boleh follow :-

Official Page : Amel Fawz Official
Instagram : @amelfawzbeaute




Read More

Tuesday, 22 September 2015

Cool Hijab Penyelesai Masalah Rambut Dan Kulit Kepala

Cool Hijab Penyelesai Masalah Rambut Dan Kulit Kepala | Kak Diamond pasti ramai di kalangan kita terutamanya wanita bertudung yang mengalami masalah rambut dan kulit kepala. Pelbagai jenis syampu dan tonik rambut digunakan, namun tidak semua dapat membantu menyelesaikan masalah kegatalan, bau yang kurang menyenangkan termasuk masalah-masalah lain.


So hari ni kak Diamond nak share tentang satu produk istimewa yang dicipta khusus untuk membantu kaum wanita dalam mengatasi masalah-masalah yang berkaitan rambut dan kulit kepala. Rasanya ramai yang dah tau tentang produk ni. Tapi tak mengapa, Kak Diamond share lagi sekali untuk mereka yang mungkin baru pertama kali dengar nama Cool Hijab

Cool Hijab

Cool Hijab adalah sejenis serum yang dirumus eksklusif untuk wanita berhijab bagi memastikan wanita sentiasa dalam keadaan selesa dan berkeyakinan sepanjang masa walaupun bertudung sepanjang hari. Ia dapat membantu mengatasi masalah yang berkaitan rambut dan kulit kepala seperti rambut gugur, kelemumur, rambut bercabang, rambut kering, kepala berpeluh dan berbau hapak, dan kegatalan pada kulit kepala. Bukan itu sahaja, Cool Hijab juga dapat membantu meredakan stress dan migrain. 

Cool Hijab



Apakah Kebaikan Cool Hijab?
  • Menyejukkan kepala dan rambut.
  • Mengurangkan kelemumur.
  • Membaiki rambut bercabang.
  • Membantu pertumbuhan rambut baru.
  • Melembutkan rambut.
  • Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
  • Melegakan sakit kepala dan migrain.
  • Memberi kesegaran minda.
  • Rambut berbau harum 24 jam.


Kenapa Anda Perlu Memilih Cool Hijab?


Bahan Yang Terbaik Untuk Rambut Anda!

Cool Hijab dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan rambut. Ia dirumus khas daripada bahan-bahan berikut :
  • Enriched Virgin Olive Oil
  • Jojoba Oil
  • Aloe Vera Oil
  • Peppermint Oil
  • Aleurites Moluccana Oil
  • Melaleuca Leucadendra Oil
  • Aromatic Essential Oil


Kak Diamond dah try sendiri produk ni.. Boleh sapu kat kulit juga. Bau dia sangat refreshing. Tengah-tengah sakit kepala tu titik sikit kat tapak tangan, ratakan, then hidu bau dia.. In Shaa Allah dapat membantu meredakan sakit kepala. Pulak tu sejenis yang selalu kena migrain macam kak Diamond ni, memang elok sangatla standby satu dalam handbag.. Angkut je pergi ke mana-mana sebab botol dia memang muat untuk disumbat masuk dalam handbag.  

Saiz botol yang mesra handbag.. ^^,
Revolusi packaging.. Terbaru yang Kak Diamond pegang tu..

Oh, ya! Walaupun produk ini dicipta khusus untuk kaum wanita terutama wanita bertudung, namun ia juga boleh digunakan oleh kaum lelaki juga. So, kaum lelaki janganlah pula segan silu nak mencuba produk yang ohsem ni.. ^__^


HARGA : RM70.00

Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila lawati :-

Official Page : Cool Hijab
Website : Cool Hijab
Instagram : @coolhijabofficial




Read More

Sunday, 20 September 2015

Blogger Raya Day Out Di Tudia Char Kuey Teow!

Blogger Raya Day Out Di Tudia Char Kuey Teow! | Assalamualaikum & salam sejahtera semua.. Cerita apa ni ekk? Hahaha! Tetiba cerita riang raya pulak.. Erm, kalau roti dah berkulapuk dah ni.. Dah boleh buat yeast.. -_-" Rasa bersalah sangat dengan pihak penganjur sebab lambat update. Huhu.. Ku tak tau lah entri ni qualified lagi ke tidok.. Tapi 'hutang' WAJIB dibayar.. Dah pandai berhutang, pandai-pandailah membayor.. Tak kisahla qualified tak qualified.. Huhu~


Okay cukuplah intro seperenggan yang ke lautan itu.. Back to topic.. Last month (Pergh! Sebulan sudah berlalu baru nak update.. -_-"), kak Diamond (nickname baru.. Lalalala~) berpeluang menghadiri majlis sambutan raya bersama rakan-rakan blogger Malaysia yang lain di bawah anjuran @haibloggerofficial. Majlis ini diadakan bertujuan mengumpulkan para blogger untuk beraya bersama-sama dan saling bermaafan di antara satu sama lain serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara sesama blogger.

Blogger Raya Day Out Di Tudia Char kuey Teow!

Bezanya majlis yang diadakan buat pertama kalinya ini diadakan di sebuah warung tepi jalan berbanding kebiasaan majlis yag diadakan di rumah, restoran-restoran bertutup, atau pun di hotel-hotel yang berhawa dingin. Ianya bertepatan dengan konsep bersederhana di hari raya yang cuba diterapkan dalam sambutan perayaan di Malaysia. Memang suatu pengalaman yang sangat menarik dan lain dari biasa. Walaupun bersederhana, tetapi suasana dan kemeriahan raya tu masih dapat dirasa. 


Majlis bermula pada pukul 4.00 petang bertempat di Putra Height Subang Jaya, betul-betul depan petron petrol pump. Walaupun cuaca masa tu agak bad dengan hujan lebat dan angin kemain kuat, tapi majlis masih berjalan seperti biasa.. Kebasahan jugakla weols dalam baju raya vouge lagi gojes itu.. Apap pon still happening dan meriah dengan chit chat para blogger yang hadir. Yang belum kenal, jadi kenal.. Yang dah lama kenal, boleh mengeratkan lagi hubungan dalam family blogger malaysia. Alhamdulillah.. ^__^


Okaylah, sesi biarkan gambar berbicara bermula..

Sajian pembukaan.. Ali's Fried Chicken.. Pergh! Crispy & Spicy.. Memang citarasa tekak kakak sangat nih.. ^^,
Tak sabar nak makan Kuey Teow Special di Tudia Char Kuey Tow nih.. Jadi mari kita skodeng abam ni menggoreng.. Kihkih! ^_^
Haa, nak sangat kan? Nah amik! TUDIAA!! Besaq gedang hoiii ketam dia.. Kus semangat! Tanjat gegirl.. ^_^"

 Bersama Mr. Crab yang handsome..

Bersama rakan blogger YayaC..

Bersama rakan blogger Sis Hanny Abdullah..

Bersama rakan blogger Cik IenaEliena..

Bersama rakan blogger Syafiqah Hashim.

Sempat menggila dengan BroFramestone & Cik IenaEliena dalam kereta sementara tunggu hujan reda.. Hahah! ^_^"

Malam tu kami dihiburkan dengan penampilan istimewa dari @sakurabandmy yang sedang meningkat naik nama mereka di dalam industri muzik tanahair. Persembahan akustik yang sempoi very happening.. Thank you sudi memeriahkan majlis kami.. ^__^

Inilah dia band yang nyanyi lagu berhantu 'MELEPASKANMU' tu.. Kami dapat dengar diorang perform secara life hokay.. Jangan jelly melly! Kak Diamond siap boleh posing peluk2 pinggang lagi dengan vocalist Sakura Band,  @melleymetius

Para blogger yang hadir..

Ucapan dari big bos Tudia! Char Kuey Teow ~ Tuan Ikram Al-Banjari. Thank you boss atas menu yang super special & sedap2! ^__^

Las but not leas.. Bagilah can kakak enterprem sikit.. Hahah! Kbai! v^_~




Majlis Blogger Raya! Di Tudia Char Kuey Teow 

Tarikh & Masa : 01.08.2015 | 4.00 - 8.00 PM
Lokasi : Putra Height Subang Jaya
Anjuran : @haibloggerofficial 
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih-Muih Dan Minuman
Makanan Disediakan Oleh : @tudiacharkueyteowhq 
Artis Jemputan : @sakurabandmy 
Live Update, Photo & Video : @reezqicinematography






Read More

Saturday, 12 September 2015

Lazy Saturday..

Lazy Saturday.. | Dah berapa puluh kali buka tutup new post.. Niat nak keep blog updated.. Tapi tak tau nak cerita apa (walhal hutang entri event dah berlungguk tak sempat nak update -_-").. Nak bayar hutang blogwalking tapi tak boleh lagi sekarang.. Petang2 or malam2 baru boleh.. Tapi kalau dah keletihan situasinya sama juga.. Buka tutup buka tutup dashboar blogger.. Klik new post, lepas tu termenung sampai tertidur.. Begitulah hari2ku 2,3 menjak ni.. -_-||


Maafkanku tuan penganjur yang invite pergi event coz tak dapat join.. Bukan tak mau pergi tapi tak berani nak menambah 'hutang'.. Takut jadi macam event2 baru ni.. Blog ku masih sepi tanpa sebarang update.. Ku perlukan satu waktu yang tenang dan selesa serta berkualiti untuk hasilkan satu entri yang menarik sikit bunyinya berbanding entri2 merepek sebegini.. Tapi sekarang ku keterbatasan waktu yang berkualiti itu.. T_T


Kepada mentorku, maaf kerana kurang memberi komitmen.. Bukan ku mau beralasan namun ku kekurangan daya nak catchup everything.. Namun begitu, ku tetap cuba follow semua tunjuk ajar walau hanya dalam diam.. Hari2 ku cuba buat apa yang disuruh, tapi terkadang lupa nak update.. Jadi mohon jangan give up denganku.. Huuu~ 


Sekian dulu celoteh pagi hari.. Letih betul rasa mataku.. Mau sahaja rasanya ber'beauty sleep' barang seminit dua.. Beauty sangattttt.. Eyebag dah selambak.. Pipi mana pipi?? Dah kendurrrr hoiii..! sesungguhnya ku sudah semakin dimamah usia.. Kbai!


Read More

Friday, 11 September 2015

Energizing Soy Protein - ESP

Energizing Soy Protein - ESP | Bulan ni promosi salah satu produk kegemaran ramai keluaran Shaklee iaitu Energizing Soy Protein atau ada sesetengah pengguna panggil 'susu soya'.. Tak kisahla nak panggil apa pun. Yang penting semua yang dah consume Energizing Soy Protein (ESP) ni dah tau & dah rasa kelebihan yang diberikan oleh produk ni. So hari ni ku nak share lah serba sedikit berkenaan perbezaan ESP Shaklee ini dengan produk2 lain di pasaran.

Energizing Soy Protein, ESP, Perbezaan ESP Shaklee Dengan Product Lain

Perbezaan Shaklee
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah mem buktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui yang protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.


Energizing Soy Protein telah diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang ekstensif dan komprehensif serta memiliki protein berkualiti tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "NON-GMO" (Non-Genetically Modified Organism) di mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 


Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (I.G) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.


Manfaat Utama Energizing Soy Protein :
A. Awet Muda
  • Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, hormon, kulit, kelenjar dan lain-lain.
  • Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
B. Baik Untuk Hormon

  • Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones.
  • Fungsi isoflavones bersamaan dengan fungsi hormon wanita.
  • Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
C. Baik Untuk Prostat

  • Genistien yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya dalam mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
  • Genistien membantu memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.
  • Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
D. Kulit Remaja
  • Merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot.
  • Mengurangkan kedutan (agen anti-penuaan).
  • Mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Mengurangkan kesan parut.
E. Pembekal Tenaga
  • Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.
  • Membantu mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
F. Membaiki Pigmentasi
  • Membantu membaiki masalah rambut seperti rambut beruban dan rambut gugur.
  • Membaiki masalah pigmentasi (jeragat, tona kulit tidak sekata etc.)
  • Mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan dan garis halus pada kulit.



 *NOTA :
Setiap 850 gm (1 canister ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya "NON-GMO" dan memberikan sumber tenaga segera serta boleh bertahan lama.



PROMOSI SEPTEMBER 2015!
Beli 2 Canister Pada Harga Diskaun!
FREE Postage!
FREE Shaker!
FREE Consultation!
~Exclusive Only For My Customer~



Read More

Tuesday, 8 September 2015

Testing Aplikasi Blogger

Testing Aplikasi Blogger | Yuuhuu! Selamat petang sahabat.. Sebenarnya kakak mu ini baru nak belajar guna blogger apps.. Padahal bendanya dah berkurun dah wujud.. Kahkah! Bukan apa.. Dulu macam timbul isu gak guna apps ni.. Ada yang post jadi 2 kali la, ada yang tak publish la.. Jadi ku malas nak mengambik risiko panas hati nanti..


Tapi hari ni tiba2 rasa nak cuba pulak.. Mana tau lagi mudah kerjaku memgupdate blog lepas ni.. Cumanya ada beberapa part ku kena edit balik guna browser. Biasalah, orang yang perfectionist sepertiku memang begini.. Runsing rasanya kalau tak terusun entri2ku.. Ni pon ku rasa dah start runsing sebab tak buleh nak alignkan jadi justify.. Ke boleh, atau ku je yang tiada pengetahuan?? ^..^"


Okay, sudahlah tu.. Sikit2 sudah.. Kata mai test sahaja.. Jadi marilah kita tengok hasilnya.. Kbai! ^_~v




Read More

Monday, 7 September 2015

August Top Komentator!

August Top Komentator! | Assalamualaikum sahabat! Selamat pagi semua.. Hari ni ku nak senaraikan 10 Top Komentator di blog RosmizaAli.Com sepanjang bulan Ogos yang lepas. sebelum tu ku nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada semua yang masih sudi singgah ke blog picisanku ini dan tinggalkan komen. Ok, jom tengok siapakah yang berjaya tersenarai di dalam August Top Komentator bulan lepas..

Kat bawah ni ku link kan kalian ke blog2 Top Komentator ku untuk kalian singgah melawat.. Jom berkenalan dan follow blog diorang! Sambil2 blogwalking boleh juga mengembangkan network.. Tak gitu? ^_^

Farhain Azmi - Farhain Azmi (4)
Akif Imtiyaz - Akif Imtiyaz (4)
Lyafrina - H.A.T.I (3)
Nazlee Ismail - PCL (2)
Dayana Bahar - Di Sini Ruangku Berkongsi (2)
Ctfand - Ctfand.Com (2)
Zie Madini - Zie Madini's Territory (2)
Cetusan Minda - Sumber Informasi (2)
Ummul Azkee - Housewifearts (2)
Potia Casadelarossa - SilenceBlogz (1)

Siapa nak being future dalam entri Monthly Top Komentator ku, rajin2lah singgah sini & tinggal komen ye.. Btw, selamat berkawan2! Muahciked! Xoxo! ^_~v


Read More

Sunday, 6 September 2015

Happy Weekend!

Happy Weekend! | Hai awok! Selamat berhujung minggu.. Apa je aktiviti korang hari ni? Ku takde apa aktiviti yang menarik melainkan lepak di rumah sahaja.. Haha! Malas nak ke mana2.. Rasa nak berehat je pepuas.. 


Erm, kalau dapat makan sate ni sedap jugak.. Ada sape2 nak belanja? Kekekeke.. Kbai!^_~v



Read More

Friday, 4 September 2015

OsteMatrix™ : Kalsium Untuk Kesihatan Tulang

Ostematrix™ : Kalsium Untuk Kesihatan Tulang | 2,3 hari ni ku kurang sihat.. Demam akibat kekurangan kalsium dalam badan.. Patutla jari selalu kebas2 & selalu cramp 2,3 hari ni.. Lutut pun dah start sakit2.. Huhu.. Beginilah nih kalau usia dah meningkat.. Stok suplemen kalsium dah abis lama.. Tak tertopup2 lagi.. Tu yg kurang kalsium tu agaknya.. -_-"


Alang2 tu suka ku nak share di sini tentang sejenis kalsium dalam bentuk kaplet khas untuk mereka yang kurang gemar minum susu sepertiku..

Ostematrix, Suplemen Untuk Kesihatan Tulang, Kalsium Dalam Bentuk Tablet Atau Kaplet, Kalsium Pengganti Susu


OSTEMATRIX™
Ia padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain.


MANFAAT OSTEMATRIX™ :-

  • Membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat
  • Membantu mengatasi masalah sembelit.
  • Membantu tidur yang lena.
  • Mengurangkan kebas-kebas badan dan kekejangan otot.


4 kaplet OsteMatrix™ membekalkan:-
✔️ 1,000mg elemental kalsium
✔️ 400mg magnesium
✔️ 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium


P/S : Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan
.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com