Blogger templates

Sunday, 20 September 2015

Blogger Raya Day Out Di Tudia Char Kuey Teow!

Blogger Raya Day Out Di Tudia Char Kuey Teow! | Assalamualaikum & salam sejahtera semua.. Cerita apa ni ekk? Hahaha! Tetiba cerita riang raya pulak.. Erm, kalau roti dah berkulapuk dah ni.. Dah boleh buat yeast.. -_-" Rasa bersalah sangat dengan pihak penganjur sebab lambat update. Huhu.. Ku tak tau lah entri ni qualified lagi ke tidok.. Tapi 'hutang' WAJIB dibayar.. Dah pandai berhutang, pandai-pandailah membayor.. Tak kisahla qualified tak qualified.. Huhu~


Okay cukuplah intro seperenggan yang ke lautan itu.. Back to topic.. Last month (Pergh! Sebulan sudah berlalu baru nak update.. -_-"), kak Diamond (nickname baru.. Lalalala~) berpeluang menghadiri majlis sambutan raya bersama rakan-rakan blogger Malaysia yang lain di bawah anjuran @haibloggerofficial. Majlis ini diadakan bertujuan mengumpulkan para blogger untuk beraya bersama-sama dan saling bermaafan di antara satu sama lain serta mengeratkan lagi silaturrahim di antara sesama blogger.

Blogger Raya Day Out Di Tudia Char kuey Teow!

Bezanya majlis yang diadakan buat pertama kalinya ini diadakan di sebuah warung tepi jalan berbanding kebiasaan majlis yag diadakan di rumah, restoran-restoran bertutup, atau pun di hotel-hotel yang berhawa dingin. Ianya bertepatan dengan konsep bersederhana di hari raya yang cuba diterapkan dalam sambutan perayaan di Malaysia. Memang suatu pengalaman yang sangat menarik dan lain dari biasa. Walaupun bersederhana, tetapi suasana dan kemeriahan raya tu masih dapat dirasa. 


Majlis bermula pada pukul 4.00 petang bertempat di Putra Height Subang Jaya, betul-betul depan petron petrol pump. Walaupun cuaca masa tu agak bad dengan hujan lebat dan angin kemain kuat, tapi majlis masih berjalan seperti biasa.. Kebasahan jugakla weols dalam baju raya vouge lagi gojes itu.. Apap pon still happening dan meriah dengan chit chat para blogger yang hadir. Yang belum kenal, jadi kenal.. Yang dah lama kenal, boleh mengeratkan lagi hubungan dalam family blogger malaysia. Alhamdulillah.. ^__^


Okaylah, sesi biarkan gambar berbicara bermula..

Sajian pembukaan.. Ali's Fried Chicken.. Pergh! Crispy & Spicy.. Memang citarasa tekak kakak sangat nih.. ^^,
Tak sabar nak makan Kuey Teow Special di Tudia Char Kuey Tow nih.. Jadi mari kita skodeng abam ni menggoreng.. Kihkih! ^_^
Haa, nak sangat kan? Nah amik! TUDIAA!! Besaq gedang hoiii ketam dia.. Kus semangat! Tanjat gegirl.. ^_^"

 Bersama Mr. Crab yang handsome..

Bersama rakan blogger YayaC..

Bersama rakan blogger Sis Hanny Abdullah..

Bersama rakan blogger Cik IenaEliena..

Bersama rakan blogger Syafiqah Hashim.

Sempat menggila dengan BroFramestone & Cik IenaEliena dalam kereta sementara tunggu hujan reda.. Hahah! ^_^"

Malam tu kami dihiburkan dengan penampilan istimewa dari @sakurabandmy yang sedang meningkat naik nama mereka di dalam industri muzik tanahair. Persembahan akustik yang sempoi very happening.. Thank you sudi memeriahkan majlis kami.. ^__^

Inilah dia band yang nyanyi lagu berhantu 'MELEPASKANMU' tu.. Kami dapat dengar diorang perform secara life hokay.. Jangan jelly melly! Kak Diamond siap boleh posing peluk2 pinggang lagi dengan vocalist Sakura Band,  @melleymetius

Para blogger yang hadir..

Ucapan dari big bos Tudia! Char Kuey Teow ~ Tuan Ikram Al-Banjari. Thank you boss atas menu yang super special & sedap2! ^__^

Las but not leas.. Bagilah can kakak enterprem sikit.. Hahah! Kbai! v^_~




Majlis Blogger Raya! Di Tudia Char Kuey Teow 

Tarikh & Masa : 01.08.2015 | 4.00 - 8.00 PM
Lokasi : Putra Height Subang Jaya
Anjuran : @haibloggerofficial 
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih-Muih Dan Minuman
Makanan Disediakan Oleh : @tudiacharkueyteowhq 
Artis Jemputan : @sakurabandmy 
Live Update, Photo & Video : @reezqicinematography






2 comments:

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com