Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment By Amel Fawz Beauty & Spa

by - 9:00:00 am

Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment By Amel Fawz Beauty & Spa | Assalamualaikum & selamat pagi earthlings! Okay, hari ni kak Diamond nak share pengalaman kak Diamond berspa di Amel Fawz Beauty & Spa beberapa minggu lepas. Tapi sebelum tu kak Diamond nak minta maaf banyak-banyak, sebab entri kak Diamond 2,3 hari ni semua berkisar tentang event dan aktiviti-aktiviti kak Diamond bulan lepas. Segala kesulitan dan keterlewatan amatlah dikesali.. -_-|


Okaylah, terus ke perkongsian hari ni. Lasth month kak Diamond berpeluang memanjakan diri di Spa kecantikan Amel Fawz Beauty & Spa yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Jujur cakap, kak Diamond ni tak pernah berspa bagai ni. Agak kejakunan lah sikit. Maklumlah first time.. Kihkih! Tapi nasib baiklah owner spa, Kak Nana dah brief dulu awal-awal. Layanan staf-staf Amel Fawz Beauty pun tip top. Selesa betul kakak.. Fefeeling princess gituuu.. Ihiks! ^^,

Selamat datang ke Amel Fawz Beauty & Spa
Masa kak Diamond pergi tu masih lagi dalam bulan Syawal.. Kebetulan ada promosi raya untuk Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment. So apa lagi, mestilah kakak tak lepaskan peluang mencuba. Maklumlah, bila umur dah masuk 3 series ni kulit semua dah tak firm macam zaman 20-an dulu.. Pipi pun dah start mengendur.. Nak lift up & bagi firm balik lah ni kononnya.. Ngehehee.. ^^,

Interior design yang cantik dan selesa..

Mesotherapy V-Shape Lifting & Firming Treatment ni tujuan dia ialah untuk membuang lemak-lemak di wajah terutamanya di bahagian pipi, dagu dan leher kita. So that nanti muka kita ni jadi runcing slim melim gitu.. Ewah! Eh, ada lagi tau.. Selain memberi efek runcing, ia juga membantu mengembalikan keanjalan kulit wajah serta mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada wajah. Ha, sesuai sangatlah umur baya-baya kakak ni pergi.. Hahah! Dia ada teknik urutan dia tau, bukan sebarangan.. Syok betul muka kena urut-urut manja.. Biasa kalau kat rumah main gonyoh je.. Asal boleh je cuci muka.. Kahkah! ^_^"


Sebelum mula treatment tu, kak Nana akan consult dulu jenis kulit kita, apa masalah yang ada pada kulit wajah kita & apa treatment yang sesuai semua tu.. So kita boleh la tau produk yang macamana yang bersesuaian dengan keperluan kulit kita jugak. ^_^

Sebelum mula treatment, kena isi form ni dulu.. Then diorang akan consult tentang condition kulit kita.

First step tu biasalah, dia akan bersihkan dulu wajah kita dari kesan makeup dengan menggunakan Cleansing Milk. Kemudian muka kita akan dibersihkan lagi sekali dengan Facial Cleanser khas.. Lepas tu seluruh wajah kita akan diurut2 manja dengan menggunakan urutan tangan menggunakan massage cream.. Urutan tangan mengambil masa sealma 10 minit.. Kemudian sejenis alat yang dipanggil Mesotherapy Machine digunakan untuk langkah urutan menggunakan mesin. Sebelum urutan, wajah kita akan disapu dengan sejenis serum yang dipanggil Lifting & Firming Serum.. Masa sentuh muka dengan alat tu rasa macam karen-karen sikit.. Tapi tak sakit pun, rasa macam semut-semut je.. Urutan dengan menggunakan Mesotherapy Machine mengambil masa selama 15 minit.. Lepas dah siap tu, diorang akan apply Firming & Lifting Mask kat muka kita.. Masa tempekan pertama tu, pergh! Sejuknya la hai.. Macam letak ais atas muka.. Nyaman & very refreshing.. Terlena kakak ko dik.. Haha!  Dalam15-20 minit macam tu diorang akan apply Lifting & Firming Serum lagi sekali ke wajah kita untuk kaedah Ultrasonic. Langkah seterusnya, wajah kita akan dispray dengan Skin Avtivator Spray untuk lift up & firm up kulit wajah kita.. Langkah terakhir, apply Moisturiser.. Then siap! Kakak keluar fefeeling jelita gitu.. Kuikui! 

Muka baru lepas treatment.. Konfiden je berselfie tanpa secalit make up..

Lepas dah selesai rawatan semua, kak Diamond dihidangkan dengan teh hijau. Amboi! Special sangat tau. Dah dibelai-belai dimanja-manja, dapat pulak minum teh hijau, asikkkkk sangat.. Jangan tak tau, teh hijau ni tinggi dengan kandungan anti-oksidannya. Bagus minum ni.. Tambah-tambah pulak baru lepas treatment macam ni kan.. 

After treatment refresher.. Green tea..

Orang jakun memang cenggini.. Dengan teko pun nak ajak selfie.. ^__^"

By the way, di Amel Fawz Beauty & Spa ni juga ada sediakan rawatan-rawatan wajah dan kecantikan yang lain. So, boleh la datang minta konsultansi dari kak Nana dulu then boleh decide rawatan mana yang bersesuaian dengan korang. Antara jenis-jenis rawatan lain yang ditawarkan ialah Single Mask Relaxing & Refreshing, Double Mask (Pigmentation, Anti-Aging, Scar, Whitening, Soothing), RF-V Shape Lifting, Double Mask Clinical Acne, Diamond Dermabrasion, DermaPen Metal Plate, dan DermaPen Micro Needle. 

Rawatan-rawatan lain yang turut ditawarkan oleh Amel fawz Beauty & Spa.

Syok juga ye berspa ni.. Hahah! Asyik paksa badan bekerja je.. Stress memanjang.. Tidur pulak tak cukup.. Hasilnya wajah kelihatan tua dari usia.. Sebab tu lah kena ambil suplemen bermula dari sekarang.. Jaga kecantikan bermula dari dalam.. Sesekali pergi reward diri ke spa-spa macam ni.. Sesekali memanjakan diri tiada salahnya. Asalkan jangan membazir ke tempat yang tak sepatutnya. 


Okaylah, kalau nak tau lebih lanjut tentang promosi-promosi terkini, boleh follow :-

Official Page : Amel Fawz Official
Instagram : @amelfawzbeaute




You May Also Like

1 Silent Hunter's Footprints

  1. harga boleh tahan,,,
    ambe x pernah ber spa.. haha..

    ReplyDelete