Pelangi Selepas Hujan

by - 7:27:00 pm

Image Extracted From Google

Aku meminta pada Allah setangkai bunga yang segar,
DIA berikan kaktus yang berduri..
Aku meminta pula kupu-kupu yang cantik,
DIA berikan ulat bulu..
Aku sungguh kecewa dan sedih..
Namun tidak lama kemudian,
Kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat bulu telah menjadi kupu-kupu yang cantik.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
DIA datangkan hujan dan petir..
Kita bersedih dan tertanya-tanya
Ke mana hilangnya matahari?
Rupa-rupanya,
DIA hendak hadiahkan pelangi yang cukup indah.

Begitulah betapa Allah mengasihi kita.. 
Kadang-kadang DIA tidak berikan apa yang kita mahukan, 
kerana ada yang lebih baik untuk kita..
Yakinlah setiap kesulitan yang kita lalui ada kemudahan yang menanti. 

Allah tidak akan menzalimi hambaNYA. 
Setiap dari kita telah disediakan ujian mengikut kemampuan masing-masing 
dan Allah tidak memberikannya andai kita tidak mampu.

Usahlah mengeluh dan persoalkan ‘Mengapa aku?’
Namun, bersyukurlah di atas setiap ujian yang diberi 
dan berterima kasihlah kepadaNya kerana kita insan yang terpilih. 
Tentu DIA mahu berikan ganjaran hebat di atas setiap ujian andai kita berjaya melaluinya dengan penuh REDHA..


You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit

  1. betul tu,,,
    Pelangi pasti muncul..cuma sblm tu kna sabar n tabah mghadapinya

    ReplyDelete