Blogger templates

Friday, 30 December 2016

LAZADA BACK TO SCHOOL!

LAZADA BACK TO SCHOOL! | Musim persekolahan bakal bermula! Time2 macam ni parents yang ada anak yang dah bersekolah tu memang tengah sibuk la siapkan kelengkapan persekolahan anak2 kan? Anak2 pon seronok jugak sebab dapat kelengkapan persekolahan serba baru. Teringat zaman2 persekolahan dulu. MD paling seronok bila nak start penggal baru persekolahan. Seronok sebab semuanya baru! Ngehehehe.. Well, siapa tak seronok kalau dari head to toe dilengkapi dengan persiapan serba baru uolls.. Baju baru, tudung baru, kasut baru, beg baru, pencil case baru, stationeries semuaaaa baru! Berjoget pergi school punya semangat.. Ahahahah! >_<


Ada yang awal2 dah setel semua sebab tak nak kelam kabut. Kalau bab baju sekolah, zaman MD dulu mak just beli kain je then jahit sendiri. Untung jugakla mak pandai menjahit. Tapi zaman sekarang kadang2 tailor pon dah tak menang tangan nak terima tempahan. Lagi satu kalau dulu, nak beli kelengkapan sekolah ni memang kena keluar bawa anak2 semua pilih barang sekolah masing2.. Tapi zaman sekarang ni seboleh2 nak cuba jimatkan masa & wang betul tak? Maklumlah, sekali keluar dah confirm2 terbang fulus untuk isi minyak kereta, nak bayar tol, nak bayar parking semua.. Dah jalan dalam mall tu maunya la kan anak2 tak demand nak makan kepci la nak makan manhattan fish market la kan.. Hehe.. Biasalah tu.. Tihihi!


LAZADA BACK TO SCHOOL!

Haa, bercakap pasal kelengkapan sekolah ni MD nak sharelah dengan parents sekalian yang LAZADA sekarang ada promosi BACK TO SCHOOL! So, mana yang belum setel buat persiapan untuk anak2 tu bolehla cuba usha2 kat lazada. Jimat masa, tenaga & kos2 tambahan lain.. Tinggal bayar untuk harga barang & cas penghantaran je. Tau2 barang dah sampai depan rumah. Mudah sungguh membeli-belah zaman serba di hujung jari ni kan?


BACK TO SCHOOL promotion ni valid sehingga 5 JANUARI 2017 tau! So sempat lagilah nak cuci2 mata tengok apa lagi kelengkapan sekolah anak2 yang belum lengkap. Ada beg sekolah, stationeries, tumbler untuk anak2 bawak bekal air ke sekolah, dan macam2 lagilah. Selamat kembali ke sekolah anak2! ^__^


Lazada Malaysia




Read More

PENGAMBILAN VITAMIN C BANTU PENYEMBUHAN SEGERA!

PENGAMBILAN VITAMIN C BANTU PENYEMBUHAN SEGERA! | Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Hari ni MD just nak share testimoni salah seorang pengamal Sustained Release Vita C Plus Shaklee. Haa, selalu kalau kita sebut tentang Vitamin C ni, dalam kepala mesti ingat cantik je kan? Well, MD masa mula-mula kenal Vitamin C ni pon cuma tau nak kulit cantik je sebab Vitamin C ni sangat sinonim dengan kecantikan. Tapi sebenarnya, Vitamin C sangat memainkan peranan yang penting untuk kesihatan tubuh kita. Paling penting yang MD tersangatlah suka ambil Vitamin C ni ialah ia mempunyai antioksidan yang membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh kita.


Lagi satu, Vitamin C sangat membantu MD dalam proses penyembuhan luka bersalin. MD bersalin secara ceaseran, so pengambilan Vitamin C ni sangatlah penting supaya luka cepat sembuh. Bukan sahaja luka bersalin, malah luka2 pembedahan lain juga. Pada masa yang sama, baby yang direct feeding pon dapat khasiat kesihatan yang baik. Kita makan Vitamin C untuk boost sistem imun tubuh kita, pada masa sama dapat boost sistem imun baby sekali. So far alhamdulillah #puterakenit MD sihat walaupon lahir tak cukup bulan. Sehingga ke hari ini, belum pernah demam or sakit teruk. Sekali je hari tu dia kena selesema tapi alhamdulillah, tak lama.. 2,3 hari je then dah okay dah.. Masa selesema tu memang MD upkan dose Vitamin C ni sebab tak nak makan ubat lain. Okay, pasal tu nanti MD share dalam entri yang lain.

Vitamin C Semulajadi, Vitamin C 500mg, Vitamin C


Hari ni MD nak kongsikan testimoni salah seorang pengamal Vitamin C shaklee. Ini bukti yang Vitamin C sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Bukan MD je cakap tau..  


Alhamdulillah, sepanjang lebih 50 tahun Shaklee di pasaran Malaysia, telah ramai yang mendapat manfaat kesihatan yang baik dengan pengambilan secara konsisten suplemen2 Shaklee. Dan MD merupakan salah seorang pengamal suplemen2 Shaklee yang mana MD sendiri merasai kesannya pada kesihatan tubuh badan MD. Jagalah kesihatan kita selagi kita masih sihat dengan mengamalkan pengambilan suplemen yang betul. Ada banyak brand di luar sana yang anda boleh pilih. Pastikan pilihan anda semulajadi, selamat, dan berkesan. Nak yang confirm selamat dan berkesan, boleh pilih Shaklee.. ^_^

Lazada Malaysia


Jangan Lupa Follow Untuk Lebih Info & Tips Kesihatan :-

Instagram : shaklee_by_diamonds
Whatsapp : 019.532.7438


Read More

Sunday, 18 December 2016

Kolagen Bukan Sekadar Untuk Cantik!

Kolagen Bukan Sekadar Untuk Cantik! | Bercerita tentang kolagen ni ramai yang berpandangan bahawa ia hanya bertujuan untuk kecantikan kulit semata. Namun tidak ramai yang tahu manfaat lain dan kepentingan kolagen terhadap kesihatan tubuh badan. Memandangkan PROMOSI SHAKLEE DISEMBER 2016 masih lagi berlangsung dan berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, jadi MD teringin nak berkongsi tentang kepentingan & manfaat lain kolagen selain untuk cantik.


suplemen kolagen, kolagen shaklee, kolagen semulajadi, manfaat shaklee collagen powder

Untuk pengetahuan bersama, tubuh kita terdiri daripada 75% kolagen. Namun kandungan kolagen di dalam tubuh akan semakin hilang seiring dengan peningkatan usia kita. Menjelang usia 20 tahun tubuh kita akan mula kehilangan 1.5% kolagen dari badan. Pada usia 30-an, badan kita akan kehilangan 15% kolagen, seterusnya 35% akan hilang apabila usia kita mencecah 40-an.



Semakin banyak kita kehilangan kolagen dalam badan, semakin kurang agen sokongan untuk kulit jadi anjal. Kehilangan kolagen dari dalam badan manusia bergantung kepada individu. Ada sesetengah individu agak pesat dan ada pula yang agak lambat. Ini bergantung kepada pemakanan, persekitaran dan toksin yang secara tidak kita sedari mengganggu sistem kesihatan tubuh kita. Tanda-tanda kolagen dalam badan semakin berkurang dapat dilihat apabila kulit semakin mengendur dan berkedut serta kering, rambut menjadi tidak sihat dan gugur, kuku menjadi rapuh, sendi-sendi mula terasa sakit, dan penglihatan semakin kabur.



Sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kandungan kolagen dalam badan ialah dengan mengambil kolagen tambahan. Pengambilan kolagen tambahan membantu badan menambah dan memperbaiki kolagen di bahagian-bahagian seperti kulit, ligamen, tulang, sendi, 'muscle', 'tendon', gusi, gigi, mata, saluran darah, kuku dan rambut.


7 KESAN LANGSUNG KOLAGEN TERHADAP FIZIKAL :-

  • Anti-Penuaan - mengurangkan liang2 pori, kedutan, dan garis2 halus.
  • Menghidrat - melembapkan kulit.
  • Mengembalikan Keanjalan Kulit - kulit lebih tegang dan lembut.
  • Melicinkan - meningkatkan kelicinan kulit.
  • Menyuburkan - mengekalkan kesuburan rambut dan kuku yang sihat.
  • Mencerahkan - mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan tona kulit yang tidak sekata.
  • Menegang - membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.


Bagaimana Ingin Memilih Kolagen Terbaik?
Bagi memilih kolagen terbaik di pasaran, pastikan terdapat 8 ciri berikut terdapat pada kolagen pilihan anda :-

  1. Kolagen yang diambil dari jenis kolagen yang dimakan atau diminum, bukan melalui suntikan.
  2. Saiz molekul kolagen bersaiz kecil untuk penyerapan pantas (1000 Dalton).
  3. Mempunyai emolient unggul dan mampu mengunci kelembapan berpanjangan.
  4. Mempunyai antioksidan yang tinggi.
  5. Mengandungi elemen B Complex untuk sintesis dan membina kolagen semulajadi tubuh.
  6. Mengandungi glucosamine untuk menjaga kesihatan sendi.
  7. Mampu merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang.
  8. Kolagen tersebut adalah selamat dan tidak bertoksik.

Shaklee Collagen Powder mempunyai kelapan-lapan ciri di atas. Ia dijamin SELAMAT, SEMULAJADI, dan SENTIASA BERKESAN! Adakah anda tergolong dalam kalangan mereka yang memerlukan kolagen tambahan? Haa, cuba cek balik diri anda.. Kalau dah mula nampak kedut2 halus kat muka, atau dah mula nampak ada jeragat pada kulit, itu antara tanda badan anda dah mula hilang kolagen. Jadi, cepat2lah top up kolagen tubuh anda dengan pengambilan suplemen tambahan kolagen! ^_~




Jangan Lupa Follow Untuk Promosi Dan Lebih Tips Kesihatan :-

Instagram : @shaklee_by_diamonds



Atau boleh juga hubungi MD melalui SMS/WHATSAPP di talian di bawah :-
>>>>>019.532.7438<<<<<


Read More

Saturday, 17 December 2016

PROMOSI BESAR-BESARAN JUBAH & BLOUSE SAARA 2016!


OMG!! MURAHNYA SEMUA...
PROMOSI SEHINGGA 70% & SERENDAH RM30‼️


"NAK SEMUA PLISSS!!!"



Susah nak cari blouse cantik siap ZIP GOLD di dada dan tangan serendah RM30?? Dan nak cari jubah terbaik, sedap pakai, selesa, flowwy, terus nampak cantik, sizing besar kurang daripada RM100?? Dah puas terjah & belek semua design di butik... Semua mahal dan tidak berkenan di hati...



Haaaa... Tak payah pening2 kepala dah... Jom tengok koleksi jubah dan blouse daripada SAARA ni!! Kami gerenti anda akan TERBELI punyaaa....



KENAPA HARGA MURAH SANGAT??

Alhamdulillah setelah setahun SAARA di pasaran, maka kami berbesar hati nak bagi REWARD pada semua yang bersama2 kami selama setahun sambil kami nak clearkan semua stok2 yang ada..



SALE BESAR-BESARAN sampai LICIN STOK sepanjang DISEMBER 2016!!!



Produk Apa Yang Ada Y.E.S Tu?
🌼 Blouse SAARA Ariana RM30 (Net Price RM65)
🌼 Jubah SAARA Medina RM60 (Net Price RM89)
🌼 Jubah SAARA Lorea RM69 (Net Price RM129)
🌼 Jubah S.E.D.D RM70 (Net Price RM109)


Blouse Murah Bawah RM50, Blouse Wudhu' Friendly, Tunic Murah Malaysia
Blouse SAARA Ariana

Jubah Murah Malaysia, Jubah Murah Bawah RM100
Jubah SAARA Medina

Jubah SAARA Lorea Ombre

Jubah S.E.D.D


Masa YEAR END SALE (Y.E.S) ni lah boleh beli banyak2.. KENAPA??
🍁 Buat stok jual pada kawan2 @ keluarga;
🍁 Pakai sedondon raya tahun depan;
🍁 Untuk majlis2 yang perlu pakai sedondon (marhaban, majlis kahwin, majlis graduation, majlis sekolah etc.);
🍁 Buat koleksi baju pergi kerja tahun 2017;
🍁 Buat koleksi baju jalan2 cuti sekolah;

.
HARGA DIJAMIN MURAH SAMPAI TERMIMPI2 TAU..


Yang berminat tu tunggu apa lagi uollsss?? Stok dah makin susut & SGT2 LIMITEDJom PM MD laju2 atau komen atau whatsapp untuk book. Biar kami periksa stok dulu, kalau ada stok baru bayar! Siapa cepat dia dapat!!


SMS/WHATSAPP : 019.532.7438
SMS/WHATSAPP : 019.532.7438
SMS/WHATSAPP : 019.532.7438


Jangan Lupa Follow Untuk Update Terkini :-

Instagram : @pakaianmuslimahsaara
Page : Pakaian Muslimah SAARA Kajang/Bangi



Read More

Tuesday, 13 December 2016

TUDUNG LABUH SAARA AISYAH

TUDUNG LABUH SAARA AISYAH | Berita baik buat penggemar tudung labuh. Memperkenalkan tudung labuh daripada SAARA iaitu SAARA AISYAH!


Alhamdulillah tudung labuh #saara_aisyah mendapat sambutan yang sangat2 menggalakkan. Sesuai untuk dibawa menunaikan umrah dan haji. Juga boleh dipakai bila2 masa di mana saja. Tinggal 3 pilihan warna sahaja lagi untuk anda pilih.


Tudung Ready Solat – Umrah & Haji Friendly :-
  • Black
  • Brown
  • Yellow

Pakaian Muslimah SAARA, pakaian muslimah patuh syariah, tudung labuh malaysia

Harga SAARA Aisyah :
1 helai — RM70
2 helai — RM120


Berminat boleh SMS/Whatsapp MD cepat2 ya. MD akan reply mesej uols secepat mungkin.. In Shaa Allah..


Promosi sah selagi stok masih ada!

📲SMS/Whatsapp : 019.532.7438
📲SMS/Whatsapp : 019.532.7438
📲SMS/Whatsapp : 019.532.7438

Jangan lupa follow channel SAARA MD di instagram ye..




#saaracandies #saaraangels #saara_muslimahwearing #saara_aisyah #aisyah #tudunglabuh #tudunglabuhmurah #muslimah #bazarpaknil #murahmeriah #muslimahfashion #muslimahwear #muslimahattire



Read More

Thursday, 8 December 2016

Cara Semulajadi Mantapkan Perisai Tubuh

Cara Semulajadi Mantapkan Perisai Tubuh | Hujung2 tahun macam ni kalau belah Pantai Timur dah masuk musim tengkujuh. Musim tengkujuh, musim banjir. Biasa waktu2 macam ni lah macam2 penyakit mudah merebak. Kalau antibodi tak kuat, memang mudahlah badan dijangkiti penyakit. So kakak nasihatkan pastikanlah diri kita sentiasa diperisaikan dengan baik.


Bagaimana Memperisaikan Diri Secara Semulajadi ?
Sekarang ni ada macam2 produk organik & semulajadi yang boleh bantu tingkatkan sistem imun tubuh kita. Salah satunya ialah produk2 makanan tambahan (suplemen) semulajadi Shaklee! 

Antara rangkaian produk Shaklee yang sangat bagus untuk membantu mempertingkatkan sistem imun tubuh ialah NutriFeron®, Sustained Release Vita C Plus™, Garlic Complex, dan Zinc ComplexTapi hari ni MD nak berkongsi dengan korang semua tentang NutriFeron®


NutriFeron® adalah produk yang dipatenkan dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Ia adalah sejenis formula yang membekalkan perlindungan imun tubuh harian yang tinggi. Ramuan proprietari berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun.


Kalau korang nak tau, dalam badan kita ni ada sejenis protein yang penting untuk sistem pertahanan tubuh iaitu interferon. Badan kita lemah & mudah dijangkiti penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan nutrien yang menggalakkan penghasilan interferon dalam badan kita. NutriFeron® dicipta bagi memenuhi keperluan nutrisi untuk merangsang penghasilan interferon sekaligus memantapkan fungsi imun tubuh kita.  


8 Manfaat NUTRIFERON® Terhadap  Tubuh :-
  1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari — ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi di dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.
  2. Melawan kanser dan tumor — interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  3. Melindungi dari influenza — ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.
  4. Meringankan tekanan dan kelesuan — membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.
  5. Melambatkan penuaan — formula unik Nutriferon® merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.
  6. Mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C — keberkesanan Nutriferon® dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan muntah pesakit Hepatitis B dan C.
  7. Mengurangkan simptom Menopous — membantu mengurangkan masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.
  8. Mengurangkan simptom PMS — terbukti secara klinikal dalam mengurangkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


8 Manfaat NutriFeron Shaklee


NutriFeron® dipek dalam sachet2 kecil (stik) untuk memudahkan pengambilan. Caranya mudah saja! Boleh terus tuang ke bawah lidah & hisap2 sampai larut. Atau boleh juga kalau nak tambah dalam minuman kegemaran korang seperti jus oren.


Untuk 1 pek NutriFeron® ni, harganya ialah RM181.25 sahaja. 1 pek ada 30 stik. Tahan untuk penggunaan selama sebulan jika diambil 1 stik sehari. SMS/Whatsapp ke 019-5327438 untuk sebarang pertanyaan atau pembelian. ^_~



Read More

Tuesday, 6 December 2016

Homemade Beauty Drink!

Homemade Beauty Drink! | Selamat pagi uols! Hari ni MD just nak share sejenis minuman kecantikan yang tersaaaangatttlah mudah untuk uols amalkan hari2.. Jom cuba! ^_~

Beauty Mango Smoothie!


Mango tu kalau dapat harumanis laaagi menyengat rasa dia uols.. Tapi kalau tak ada harimanis pon boleh je guna mana2 manga yang ada. Lemak2 manis masam cukup rasa.. Kalau tak ada buah pelam, boleh cuba dengan jus buah2an yang ada kat rumah uols.. Pon sedap jugak! ^^,


Okay selamat mencuba! 


Oh by the way, untuk dapatkan bahan2 seperti collagen, esp & performance tu boleh roger2 MD ye.. Harga kasih sayang terjun ke gaung MD bagi bersempena hujung tahun ni..^_^ 


Plus! Collagen Powder sekarang ni tengah promosi uols.. Beli 2 boxes dapat 5% discount! Murah nak mati i tell ya! Nak tau lebih lanjut boleh direct sms/whatsapp MD orait! --> 0195327438





Read More

Monday, 21 November 2016

MamyPoko Open Air Fit – Lampin Pakai Buang No. 1 Di Jepun!

MamyPoko Open Air Fit – Lampin Pakai Buang No. 1 Di Jepun! | Sebagai newbie parents, MD & suami memang langsung tak ada pengalaman & sangat kurang pengetahuan dalam pemilihan lampin yang baik untuk keperluan bayi kami. Jadi kami banyak bertanya kepada experienced mommies dari kalangan keluarga, kenalan dan juga sahabat handai tentang ini. Sepanjang 3 bulan usia bayi kami, kami dah cuba pelbagai jenis lampin pakai buang yang ada di pasaran. Boleh kata 60% jenama lampin yang ada kat pasaran Malaysia ni kami dah cuba. Dan kami dapati, setiap jenama ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.


Dalam banyak2 jenama yang dah dicuba, salah satu lampin pakai buang yang MD paling berpuas hati & baby pon selesa sangat ialah MamyPoko Open Air Fit Tape Diaper!
Dengan teknologi pengeringan yang super pantas, MamyPoko Open Air Fit adalah lampin terbaik yang memberikan kekeringan maksimum untuk keselesaan bayi. MamyPoko Open Air Fit mempunyai teknologi aliran udara yang baik untuk membantu memelihara punggung bayi kita daripada bauan yang kurang menyenangkan dan juga memberi perlindungan dari bakteria yang menjadi punca kepada ruam. Bahagian pinggang lampin yang stretchable memastikan bayi kekal selesa dengan pengudaraan yang baik.


Kenapa MamyPoko Open Air Fit Patut Menjadi Lampin Pakai Buang Pilihan Anda?


MamyPoko Open Air Fit adalah lampin pakai buang pilihan nombor 1 di Jepun! Ruam lampin? Tumpahan dari bocor lampin? Tak perlu bimbang tentang itu lagi! MamyPoko Open Air Fit direka khusus dengan bentuk yang sempurna sesuai untuk si kecil yang aktif. Ia memberikan perlindungan yang terbaik untuk mengelakkan air kencing dari melimpah atau bocor semasa bayi kita sedang sibuk meneroka dunia. ^_^


Kat bawah ni MD kongsikan keistimewaan yang terdapat pada MamyPoko Open Air Fit yang para ibu bapa patut tahu untuk menjadikan lampin pakai buang ini sebagai pilihan utama anda! ^^,


Haaa, menarik kan? Ada lagi yang special tau.. Selain dari design yang cute, apa yang buat MD tertarik sangat dengan MamyPoko Open Air Fit ni ialah 'indicator line' yang terdapat pada lampin. Indicator ni berwarna kuning jika lampin masih kering. Tapi bila lampin dah basah, kita boleh tengok line tu akan berubah ke warna hijau. Kira bila line dah bertukar sepenuhnya ke warna hijau, so kita taulah yang lampin si kecil kita tu dah penuh. So senanglah nak cek lampin bayi kita. ^^,


Garisan penunjuk (indicator line) yang berubah warna apabila lampin basah..

Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa terlepas pandang keperluan penting bagi lampin yang baik untuk keselesaan bayi kita. Dengan lampin yang betul, bukan sahaja bayi, malah kita sebagai ibu bapa juga turut dapat menikmati keselesaan yang berpanjangan sepanjang hari. Jadi pemilihan lampin yang betul amatlah penting untuk bayi kita. Kalau ada bajet lebih bolehlah bertukar ke MamyPoko Open Air Fit! Bayi selesa, ibu pon gembira.. ^_^



MamyPoko Open Air Fit special design dari Jepun ni boleh didapati secara online di portal membeli belah LAZADA. So, apa tunggu lagi? Jom bertukar ke MamyPoko!..^_~



Read More

Wednesday, 9 November 2016

Mudahnya Bergaya Dengan Easy Wrap Shawl By Emma_For_GBK!

Mudahnya Bergaya Dengan Easy Wrap Shawl By Emma_For_GBK! | Lama betul ambil masa nak sharing review pasal easy wrap shawl ni.. MD pernah janji di instagram nak review sejak sebelum bersalin lagi.. Tapi tak sempat nak up entri, dah terberanak dulu.. Huhu~ Hari ni tengah nak clear gallery phone, baru perasan ada lagi gambar teaser yang MD pernah up di IG dulu.. Yang konon2 nak sharela kat blog lepas tu.. Last2 tak tershare pon.. Aduhaiii~ Maafla noh.. Masa shawl ni sampai, MD tak sempat nak gayakan pon. Tau2 dah kena tahan masuk wad. Memang tak lah nak beriya melawa dalam wad uols.. That's why la terdelay entri review ni.. Gugugu~


Jadi hari ni MD akan tunaikan janji untuk share dengan korang tentang shawl yang best ni. Sekarang ni memang banyak instant shawl yang dijual di pasaran. Pelbagai jenama ada. Salah satu yang MD suka ialah dari @emma_for_gbk. Shawl2 dari @emma_for_gbk ni lain dari yang lain tau. Pluss limited edition. Selalu memang cepat sangat habis stok untuk satu2 design. Kalau lambat, menganga la uols.. Terbaru yang MD suka ialah easy wrap shawl! Sangat2 mudah nak pakai. Tak payah dah bersusahan nak lilit2 nak ejas2 kasi stail. Sebab easy wrap shawl by @emma_for_gbk ni adalah sejenis shawl jenis instant yang memberikan gaya tersendiri untuk si pemakai.


Nak cecantik dah tak susah dah sekarang dengan easy wrap shawl by @emma_for_gbk! Tak sampai 5 minit dah siap! Nak2 golongan mak2 anak kecik ni kan? Teringin nak fefeeling gojes macam dulu tapi tak sempat nak melilit tudung bagai.. Last2 sarung tudung instant biasa je.. Huhu.. Tapi dengan adanya easy wrap shawl by @emma_for_gbk ni, mak2 anak ramai pon dah boleh bercantik2 macam anak dara.. Ewahhhh!~




Cantik kan shawl ni? ^^, Materialnya dari high quality chiffon. Selesa, flowy, sejuk & tak jarang. Design easy wrap shawl by @emma_for_gbk ni cepat berubah tau. Sebab tu ia special & limited. Harga pon affordable.. Kalau nak order boleh direct hubungi ownernya k! ^_~



INSTAGRAM : @emma_for_gbk
HP NO. : +60 12 507 0505



Read More

Tuesday, 8 November 2016

3rd Trimester Pregnancy? Memang Macam Ni.. Berbeza Dengan Pengalaman Pertamaku..

3rd Trimester Pregnancy? Memang Macam Ni.. Berbeza Dengan Pengalaman Pertamaku.. | Putera soleh MD dah nak masuk 3 bulan dah lagi beberapa hari. Sekejap je rasa masa berlalu. Masa tengah struggle hamilkan dia pada trimester ke-3 dulu memang tak dapat lupa. Banyak sangat pengalaman & kenangan. Tak boleh tidur malam sedang encik suami kemain enak berdengkur kat sebelah itu biasa dah.. Jelesnya time tu rasa nak main drum je tengah malam atau sengaja buat2 kocak tin biskut konon2 lapar supaya encik suami terjaga & join MD berjaga malam sekali.. Dengki sangattt tauuu.. ^^,"


Jalan serupa penguin itu juga biasa. Penat tahu kite cuba nak catwalk supaya berjenis sikit kejadiannya bila berjalan tapi memang impian jela kau nak acah2 santun bila dah sarat sebegitu.. Memang gaya penguinwalk je paling sesuai. Kadang encik suami gelakkan jua. Tapi MD bolayan je. Malas nak layan. Bila badan terlebih penat, perut mengeras. Bila dah kena false alarm macam tu maka mohonlah berehat. Bila tengah rileks pula baby mula aktif. Perut kau umpama lautan bergelora dibuatnya. Haha! Lain2 pengalaman yang normal, kain baju makin sendat.. Kerap ulang-alik ke tandas. Itu semua akan dialami oleh ibu2 mengandung di trimester ke-3 kehamilan. 


Tapi MD ni special kes sikit. MD ada masalah placenta previa type 3-4. Tak boleh berjalan sangat. Tak boleh buat kerja berat even kerja2 rumah biasa pon tak dibenarkan. Memang kena bedrest betul2 sebab risau bleeding. Kena tahan wad awal even masa tu still sihat walafiat & tak ada tanda2 nak bersalin. Elok check in wad petang tu, pagi esoknya dalam pukul 2.40 am bleeding teruk. Tengah sedap tidur tiba2 terasa basah. Ingatkan air ketuban pecah ke apa. Rupanya berdarah! Allah! Memang panik habis masa tu even tak sakit pon. Sebab melencun habis kena katil. Masa tu tak risau lain dah, cuma risaukan bayi dalam kandungan. Huhu.. Hari tu saja MD kena tukar uniform spital sampai 4 kali sebab bleeding banyak sampai habis melencun uniform & alas katil. Tapi mujurlah tak berlarutan. Mujur jugakla MD check in masuk petang tu. Ikut hati nak mengelat lagi tu. Nak check in esoknya je. Tapi percaturan Allah itu Maha Hebat. Digerakkan hati MD supaya check in cepat. Kalau tidak, tak taulah apa jadi kalau bleeding masa kat rumah or masa on the way ke hospital. Na'uzubillah.. 


Lepas kejadian bleeding tu MD terus tak dibenarkan bergerak sangat. Apetah lagi nak berjalan even nak ke toilet pon. Doktor suruh mintak tolong nurse tolak dengan wheelchair kalau nak mandi atau nak buang air. Tapi MD degil, tetap pergi toilet sendiri. Weyh, kite tengah sarat2 macam gitu kerjanya asyikla nak ke tandas mengucil. Takkan la setiap kali tu nak mintak tolong nurse. Tak sampai hatiku. Kesian kat nurse even memang tanggungjawab diorang. Macam tak ada kerja lain lah pulak kang asyik nak mengadap muka ni je tolak ke tandas 4,5,6 ploh kali sehari.. Hahah! Mujurlah tak ada continuos  bleeding lepas tu. But still tak dibenarkan pulang ke rumah. Kena jadi pemastautin kat dalam tu sampailah selamat bersalin. 


Kalau ikutkan, MD kena stay kat dalam wad lebih kurang sebulan. Sebab kondisi MD masa tu dah okay. Dah tak ada pendarahan. Cuma still kena pantau sehingga selamat bersalin. Sampailah satu hari tu. MD & the gang (siap ada geng dah kau dalam tu.. Kihkih!) curi2 keluar pergi kedai runcit cari kudapan & bahan bacaan buat penghilang bosan. Tak adalah jauh mana pon. Dalam kawasan hospital lagi, cuma memang terasa jugaklah penat dia.  Sekali balik tu terus diserang rasa sakit pinggang ya amat. Lepas tu rasa sakit perut memulas. Allah, panik lagi sekali! Takut kena marah dengan nurse sebab gatal sangat pergi berjalan dah orang pesan jangan berjalan. Huhuhu~ So MD diam2 je sembunyi dalam surau tahan sakit. Sampai prang nak datang melawat pon MD tak bagi. Mujurlah tak berlarutan. Kalau tak, masaklah telinga nak kena tadah bebelan nurse. Huhuhu~ 


2 minggu dalam wad, semua nurse dah kenal dah dengan MD. Siap kena gelar 'ketua darjah' lagi sebab MD la paling lama kat dalam tu masa tu. Orang lain, masuk hari ni esok dah keluar bawak anak. Aku tak beranak2 kat dalam tu. Tapi tak sampai sebulan pon MD kena tahan sebab dalam minggu kedua tu jugaklah MD kena emergency operate sebab contraction dah kerap even MD sendiri macam tak perasan sangat pon rasa cobtraction tu. Hahah! So dipendekkan cerita pada tarikh 15 OGOS 2016, maka selamatlah seorang putera dilahirkan secara ceaseran. Lahir tak cukup bulan which is at 36 weeks dengan berat 2.2 kg. Hari pertama lahir MD tak sempat jumpa pon putera hati MD sebab still lalok ubat bius. MD special kes, kena bius penuh. So memang tak tau apa berlaku masa lahirkan putera sulong MD ni. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.


Sekarang tuan putera dah makin membesar. Berat dah bertambah2. Dukung lama2 pon dah terasa lenguh tangan ibu ni. Pengalaman hamil & melahirkan kali ni memang sangat memberi kenangan. Harapannya, jika masih dikurniakan rezeki untuk hamil kali kedua biarlah semuanya normal & bersalin pon secara normal. Aminnn.. ^_^




Read More

ALERGIK SEAFOOD HILANG DENGAN ALFALFA COMPLEX DAN VITAMIN CSHAKLEE!

ALERGIK SEAFOOD HILANG DENGAN ALFALFA COMPLEX DAN VITAMIN C SHAKLEE! | Alhamdulillah, regular customer repeat order suplemen Shaklee & bagi feedback positif. Untuk pengetahuan semua, customer MD ni dah start beli suplemen sejak dari awal penglibatan MD dalam bisnes Shaklee lagi iaitu sejak 2013! Kami kenal sebab sama2 blogger & masa tu memang rancak berblogwalking ke blog antara satu sama lain. Pada masa sama kami juga kenalan di facebook. Lama2 tersangkut jadi customer MD sampailah sekarang. ^_^


Customer MD ni ada masalah ALERGIK dengan makanan laut. Bila makan makanan laut jadi naik gatal2 katanya. So MD suggest Set Alergik/Resdung Shaklee (ALFALFA COMPLEX + VITAMIN C + B COMPLEX) untuk diamalkan. Dan sepanjang pengambilan set ni secara konsisten, alhamdulillah masalah alergik beliau dah hilang. Sampailah sekarang, beliau memang tak miss amalkan ALFALFA COMPLEX & VITAMIN C Shaklee ni.. Cuma B COMPLEX je beliau stop sebab katanya selera makan membuak2 bila makan B COMPLEX.. Ihiks!


Btw, B COMPLEX ni memang bantu tambah selera makan. Selalu MD akan suggest customer yang ada masalah berat badan (underweight) atau kurang selera makan amalkan B COMPLEX untuk bantu tambah selera makan. Tapi ia bergantung pada kondisi badan seseorang individu juga. Ada yang makan, tak ada pula kesan selera bertambah. Tapi ada orang selera dia memang bagai juara bila ambil vitamin B COMPLEX ni.. ^_^"

Testimoni Alergik Seafood, Testimoni Alfalfa Complex Shaklee, Testimoni Vitamin C Shaklee, Shaklee Untuk Alergik Seafood, Shaklee Untuk Resdung

MD happy sangat bila dapat bantu orang lain dapatkan kesihatan yang lebih baik dengan asbab pengambilan suplemen Shaklee ni. Apa pun semuanya dengan izin Allah jua. Kita manusia ni hanya mampu berusaha & berikhtiar untuk dapatkan yang terbaik untuk diri kita. Selebihnya tawakal & doa agar diizinkanNya. Tak kiralah kita makan suplemen apa2 pun. Cuma pada MD, buat masa sekarang ni vitamin/suplemen yang paling melekat di hati hanyalah Shaklee! 


Bukanlah kata vitamin dari jenama lain tu tak bagus. Setiap produk tu ada kelebihan yang tersendiri. Kita sebagai penggunalah yang menilainya. MD jatuh cinta dengan Shaklee & mula ambil langkah berbisnes Shaklee ni pon sebab MD sendiri dah amalkannya dan rasa kesannya. Walhal MD asalnya hanyalah seorang pengguna yang membeli suplemen ni dari distributor lain. Tapi bila sendiri dah beli, dah amalkan, dah dapat rasa perubahan pada diri sendiri selepas amalkannya, lama2 terjatuh cinta. Dan alhamdulillah sehingga ke hari ini MD masih seorang pengamal suplemen semulajadi terbaik ini! 


Jadi kepada anda di luar sana yang mementingkan kesihatan tubuh badan anda dan masih tercari2 vitamin atau suplemen terbaik untuk diri anda, MD sarankan sangat untuk anda cuba Shaklee! Amalkan pengambilan suplemen tambahan sedari muda. In Shaa Allah, badan kita akan kekal sihat sehingga ke usia emas.. ^_^

Set Resdung Shaklee, Set Alergik Shaklee




Read More

Friday, 4 November 2016

Kandungan Nutrien Di Dalam Alfalfa Complex Serta Manfaatnya

Kandungan Nutrien Di Dalam Alfalfa Complex Serta Manfaatnya | Semalam MD dah kongsikan tentang tumbuhan alfalfa yang tinggi kandungan nutriennya. Dan MD dah kongsikan juga secara ringkas berkenaan salah satu produk promo bulan ni iaitu Alfalfa Complex.


So hari ni MD nak berkongsi pula tentang kandungan nutrien yang terdapat di dalam Alfalfa Complex beserta manfaat setiap nutrien tersebut terhadap kesihatan tubuh kita. Sebelum tu suka MD kongsikan lagi sekali tentang sejarah penghasilan Alfalfa Complex secara ringkas sebagai pengenalan sebelum kita teruskan dengan khasiat yang dibekalkan untuk tubuh kita. 


Alfalfa Complex telah dibangunkan oleh Dr. C Forrest Shaklee sejak tahun 1950an dan merupakan satu produk Formulasi Signature Shaklee.  Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa L) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia.

Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan. 


Kandungan Dan Manfaat Setiap Nutrien Yang Terkandung Di Dalam Alfalfa Complex :-



Vitamin A

  • Baik untuk penglihatan;
  • Membina daya tahan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan;
  • Menggalakkan pertumbuhan sel;
  • Menggalakkan kulit yang sihat.

Vitamin U

  • Menggalakkan kesihatan badan;
  • Membantu mengatasi ulser peptik. 

Vitamin E

  • Melindungi sel-sel daripada sinar uv;
  • Baik untuk kesihatan jantung & kesihatan otot;
  • Memperbaiki sistem imun badan;
  • Menguatkan dinding pembuluh darah;
  • Membantu fokus mata.

Vitamin B6 

  • Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak;
  • Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit;
  • Membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.

Vitamin K

  • Penting dalam fungsi hati dan pembekuan darah..


Vitamin D 

  • Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan.


Kalsium 

  • Membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi;
  • Membantu pembekuan darah;
  • Mengawal rentak jantung;
  • Membantu dalam pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.

Zat Besi  

  • Diperlukan dalam penghasilan hemoglobin (sel darah merah).

Kalium 

  • Membantu fungsi otot, jantung, dan tindakbalas enzim;
  • Membantu dalam pencernaan lemak.

Fosforus 

  • Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (Klorida)

  • Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan;
  • Memgawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium 

  • Mengawal keseimbangan cecair dalam badan;
  • Meneutralkan asid dalam badan;
  • Menghalang pembekuan darah;
  • Mengaktifkan sistem limpa, usus dan fungsi perut.

Silicon Magnesium 

  • Membantu badan untuk menangani sembelit;
  • Merangsang fungsi otak;
  • Melindungi kulit dan badan;
  • Baik untuk ketahanan saraf; 


Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya adalah 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. Protein diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan kita. Kekurangan protein di dalam badan menyebabkan kita cepat lesu dan letih.



Khasiat Keseluruhan Alfalfa Untuk Kesihatan Badan :-
  • Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
  • Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
  • Untuk atasi masalah badan dan ketiak berbau
  • Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst dikalangan wanita
  • Untuk kecantikan kulit dan jerawat
  • Untuk allergy, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
  • Untuk gastrik dan perut sensitif
  • Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
  • Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
  • Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan tanda asid tinggi dalam tubuh
  • Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
  • Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
  • Baik untuk menghadapi menopause
  • Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien

Sekian dulu perkongsian MD untuk hari ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan tentang produk Alfalfa Complex Shaklee berkenaan kandungan dan manfaatnya terhadap kesihatan tubuh badan kita. Jadi bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini atau ingin mencubanya, bolehlah berhubung dengan MD secara langsung melalui sms/whatsapp di talian 019-532 7438..^_^



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com