Blogger templates

Wednesday, 30 March 2016

Nasi Goreng Kampung Stail Kak Diamond!

Nasi Goreng Kampung Stail Kak Diamond! | Alhamdulillah, kelmarin sempat bekalkan encik suami dengan nasi goreng kampung ni. Dah 2,3 hari jugak dia mintak suruh kakak gorengkan. Tapi sekarang ni memang ke laut sungguh la mood nak masak. Tambah2 kalau waktu tengahari & malam.. Maafla, bukan sengaja tak nak masak.. *Sejenis alasan yang orang tak berapa nak faham.*^^||

Lunch.. Nasi Goreng Kampung + Keropok + Jus Carrot Susu Without Ice

Malam sebelum tu tengok suami tidur sayu pulak rasa di hati.. Kesian.. Nak makan masakan air tangan isteri tapi isteri belayar jauh sangat ke lautan. So bangun jugakla tanak nasi & siapkan bahan2 untuk goreng nasi pagi esoknya. Alaaa, takdela special apa sangat pon nasi goreng kakak ni.. Tapi bila suami request tu, kita akan masak dengan penuh kasih sayang.. Lepas tu, bila suami dah makan kat ofis then dia mesej just untuk say thanks masakkan nasi goreng yang dia request, dia punya rasa besar hati tu semacam tahuu.. Ihiks!


Cara masaknya simple je.. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, & ikan bilis.. Sukatan or bilangan ulas bawang tu ikut la berapa banyak nasik nak goreng.. Macam kakak buat ni anggaran 2/3 orang makan gitulah kot.. Kakak guna 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 3 tangkai cili padi, satu ruas ibu jari belacan lebih kurang, segenggam ikan bilis..


Lepas tu panaskan minyak untuk menumis.. Bila minyak dah panas, tumiskanlah bahan2 yang ditumbuk tadi.. Pastikan api tu sedang2 je.. Jangan besar sangat.. Nanti bawang tak sempat garing, ikan bilis dah hangus dulu.. So pandai2lah main api tu ye.. Bila tumisan dah garing & naik bau, pecahkan sebijik telur ke dalamnya.. Biar sekejap then kacau sehingga rata.. Kemudian boleh terus masukkan nasi..


Kacau sehingga semua bahan tumisan sebati dengan nasi.. Masukkan garam secukup rasa.. Kakak tak guna MSG so kakak tambah secubit gula bagi balance rasa dia.. Kemudian masukkan sayur.. Apa2 sayur pon boleh.. Kakak buh sayur kubis hijau dengan lobak yang dipotong dadu je.. Kalau ada fish cake or bebola ikan pon boleh jugak masuk sekali.. Ikot suka hati korangla nak masuk apa pon.. Hahah! Kakak memang stail masak campak2 je apa yang ada.. 


Goreng sehingga lobak tadi lembut sikit then siap! Kakak bekalkan suami nasi goreng ni dengan nugget & telur mata.. Happy bila suami suka apa yang dimasak dengan penuh kasih sayang.. Nak masakan rasa sedap sebenarnya bukan kemewahan rencahnya, tapi kasih sayang.. Satu lagi sepanjang memasak tu selawat je banyak2.. Haaa, gitu petua mak & mak mertua kakak.. Kakak masak lebih sikit supaya boleh makan untuk tengahari sekali.. Maklumla, tengahari ialah waktu untuk kembali ke 'laut'.. Kirim salam jela periuk belanga kat dapur tu..


Macam dah kena start buat menu bekalan setiap pagi je nih untuk suami.. ^_^
Read More

Tuesday, 29 March 2016

Bibimbap.. Omnomnom!

Bibimbap.. Omnomnom! | Ini namanya pengaruh mata.. Kalau orang yang anti Kpop mesti kata ni pengaruh Kpop.. Apa2 saje yang berkaitan dengan Korea mesti kata pengaruh Kpop bla bla bla.. Sampai ke makanan pon terkena tempias pengaruh Kpop jua.. Ish2! Janganla cenggitu.. Inikan salah sebahagian daripada culture.. Apa salahnya kita cuba mengenali culture negara lain.. Salah satunya melalui makanan.. Sama juga dengan mereka yang berasal dari negara selain Malaysia, diorang pon mencuba makanan2 tradisional kita.. Tak mati ponnnn.. 

Bibimbap, Makanan Tradisional Korea
Bibimbap.. Salah satu makanan tradisional Korea..
Bercakap pasal makanan ni, bukan makanan2 dari negara Korea je yang Kak D selalu terliur, makanan dari Jepun macam bento pon salah satu yang jadi kegemaran jugak. Paling Kak D suka ialah Karai Chicken Bento.. Sampai selalu la jugak dulu experimen sendiri buat kat rumah.. Bergigih sangat cari beras Jepun/Korea..  Makan pon dalam mangkuk, pakai chopstick kami hubby wifey kat rumah.. Ko rase? ^_^".. Alaa, dia macam ayam masak pedas je pon.. Tapi diorang biasa masak ada tambah minyak bijan.. So pandai2la alter sampai jadi rasa ala2 karai tu.. Dah lama tak buat sejak dah pindah ni.. Boleh la ni diusulkan kelak.. Kihkih!


Korang ada tak apa2 makanan atau masakan dari negara lain yang korang suka makan? Kalau ada resipi bagus jugak.. Boleh la share sekali.. Kak D pon teringin jugak nak try.. Jom share2 resipi jom! 

Read More

Sunday, 27 March 2016

Masalah?? Jangan Fikir..

Masalah?? Jangan Fikir.. | Salam hujung minggu earthlings! Setiap manusia pasti tak akan terlepas dari menghadapi masalah. Betul tak? Walau kadang nampak macam tak ada masalah, tapi siapa tahu apa yang ada dalam hati & fikiran orang lain. Hanya mereka & Allah sahaja yang tau. Cuma bezanya, besar atau kecik je masalah tu.

 

Selalu bila timbulnya satu2 masalah, apa yang korang buat? Ada orang menangis tiada berlagu, ada yang termenung murung sampai tak lalu makan, ada yang mengurung diri tak nak jumpa sesiapa, ada yang suka ke pusat2 hiburan melepaskan tekanan, ada yang makan tak henti, dan macam2 cara lagilah.. Macam Kak D dulu pon suka layan perasaan bila timbul masalah sampai tak makan tak minum.. Bila fikir2 balik merosak diri je semua tu. Terasa berdosanya pada diri sendiri.. Allah bagi sihat sempurna, tapi diri sendiri gi rosakkan.. Tak ke bodoh namanya tu.. Tapi tu dulu la.. Faktor usia jugak mungkin.. Maklumla jiwa remaja ni memang suka memberontak plus kurang matang.. ^..^"


Tapi bila dah meningkat usia ni, barulah faham kenapa Allah turunkan ujian dalam bentuk pelbagai jenis masalah kepada kita.. Sebenarnya Allah sedang uji sejauh mana kita mampu bersabar, sekuat mana diri kita mampu bertahan, setabah mana hati kita.. Dan sebenarnya Allah rindu nak dengar kita berbicara denganNya.. Itu tandanya jugak yang kita makin lupa asal usul kita, makin jauh dariNya.. Leka dengan perangkap dunia.. T_T


Jadi jika rasa sulit menghadapi hidup, ingat Allah sedang rindu.. Jadi jangan terlalu fikirkan tentang masalah yang timbul tu.. Kembali pada sang Pencipta.. Dia tahu jawapan & penyelesaian kepada teka teki kesulitan dalam kehidupan kita.. SABAR & SOLAT.. Pasti ada jalannya.. ^_^


P/S : Peringatan untuk diri sendiri.. 




Read More

Thursday, 10 March 2016

Subhanallah! Awan Rukuk Saat Gerhana..

Subhanallah! Awan Rukuk Saat Gerhana.. | Semalam telah berlakunya gerhana matahari.. Ramai jugak kawan2 yang post di laman2 sosial mereka. Siap ada yang hantar gambar & video sekali.. Tapi sayangnya kakak terlepas nak tengok.. Rugi betul.. Apa pon terima kasih kepada rakan2 & kenalan yang sudi berkongsi gambar2 kejadian gerhana semalam.. Boleh jugakla tengok walau tak dapat tgk life.. Huuu~


Biasa bila terjadi kejadian yg jarang2 berlaku macam ni, mesti akan ada kejadian2 luar jiasa lain yang turut membuktikan kekuasaan Allah SWT kan? Kak D tak pernah la lagi jumpa kejadian2 macam tu.. Atau mungkin sebenarnya ada berlaku di sekeliling Kak D tapi kakak yg tak perasan.. ^_^"


Salah satu kejadian luar biasa yang berlaku semalam ketika terjadinya gerhana ialah penampakan segumpal awan yang kelihatan seperti bentuk seorang manusia sedang rukuk di langit.. Kejadian ni berlaku di Kota Ambon.. Kak D pon tak pasti Kota Ambon tu di mana.. Maklumla kakak ni memang buta geografi sikit.. Jumpa gambar ni pon sebab muncul di timesfeed fb kakak.. Tapi memang jelas bentuknya.. Terasa kerdilnya diri bila tengok kejadian2 luar biasa macam ni..

Credit : Sumber

Credit : Sumber

Gambar2 ni kongsi oleh saudari Husnul Khatimah. Boleh tengok di wall fb beliau kalau nak tengok lebih jelas. Kakak pon tak pasti ni gambar betul or edit.. Tapi apa pon ianya, tetap harus ingat kekuasaan Allah tu Maha luas.. Bila Dia kata jadi maka jadilah! Tiada yang mustahil bagiNya.. Wallahu'alam..


Credit : SUMBER
Read More

Wednesday, 9 March 2016

Apa Khabar Dunia Blog!

Apa Khabar Dunia Blog! | Assalamualaikum penduduk buana! Alamakaiii, rasa macam newbie pula.. Lama benar tak menulis kat sini.. Tengok poster saje sudahlaaa.. Berkurun tak tukar2.. Ermmm.. -..-"


Rindu sungguh rasa nak aktif berblog macam dulu.. Tapi makkumlah kalau dah lama tak menukis ni, kekok sikit.. Hahah! Bila tengok blogger2 seangkatan yang masih aktif & semakin maju dalam dunia blog ni, memangla ada timbul sedikit rasa jeles.. Bukan jeles apa, cuma jeles dengan konsistensi diorang yang masih kreatif & berilham menulis blog.. Tak macam kakak ni haa, tenggelam timbul macam sabut.. Gahahaha! ^_^||


Sebenarnya tengah berkira2 nak tukar template blog ni.. Kengkonon nak bagi naik mood berblog balik.. Namun bimbang dah tukar nanti pon blog sama jua.. Krikk! Krikk! Krikk! Hahah! Banyak krikk dari cerita.. Nantilah difikirkan.. 


Agak2 kalau kakak kembali aktif, ada lagi ke yang sudi singgah sini?? Krikkk! Krikkkk! Krikkkkkkkk~


Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com