Masalah?? Jangan Fikir..

by - 7:58:00 am

Masalah?? Jangan Fikir.. | Salam hujung minggu earthlings! Setiap manusia pasti tak akan terlepas dari menghadapi masalah. Betul tak? Walau kadang nampak macam tak ada masalah, tapi siapa tahu apa yang ada dalam hati & fikiran orang lain. Hanya mereka & Allah sahaja yang tau. Cuma bezanya, besar atau kecik je masalah tu.

 

Selalu bila timbulnya satu2 masalah, apa yang korang buat? Ada orang menangis tiada berlagu, ada yang termenung murung sampai tak lalu makan, ada yang mengurung diri tak nak jumpa sesiapa, ada yang suka ke pusat2 hiburan melepaskan tekanan, ada yang makan tak henti, dan macam2 cara lagilah.. Macam Kak D dulu pon suka layan perasaan bila timbul masalah sampai tak makan tak minum.. Bila fikir2 balik merosak diri je semua tu. Terasa berdosanya pada diri sendiri.. Allah bagi sihat sempurna, tapi diri sendiri gi rosakkan.. Tak ke bodoh namanya tu.. Tapi tu dulu la.. Faktor usia jugak mungkin.. Maklumla jiwa remaja ni memang suka memberontak plus kurang matang.. ^..^"


Tapi bila dah meningkat usia ni, barulah faham kenapa Allah turunkan ujian dalam bentuk pelbagai jenis masalah kepada kita.. Sebenarnya Allah sedang uji sejauh mana kita mampu bersabar, sekuat mana diri kita mampu bertahan, setabah mana hati kita.. Dan sebenarnya Allah rindu nak dengar kita berbicara denganNya.. Itu tandanya jugak yang kita makin lupa asal usul kita, makin jauh dariNya.. Leka dengan perangkap dunia.. T_T


Jadi jika rasa sulit menghadapi hidup, ingat Allah sedang rindu.. Jadi jangan terlalu fikirkan tentang masalah yang timbul tu.. Kembali pada sang Pencipta.. Dia tahu jawapan & penyelesaian kepada teka teki kesulitan dalam kehidupan kita.. SABAR & SOLAT.. Pasti ada jalannya.. ^_^


P/S : Peringatan untuk diri sendiri.. 




You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. hmm......nampaknya saya masih belum matang...ada masalah jer saya cepat stress =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress tu biasa.. Cuma kena pandai atasinya.. Kak D pon ada jugak rasa stress kadang2.. Tapi kena pandai la cari jalan legakan stress tu.. ^^,

      Delete
  2. Replies
    1. Benar.. Bila Allah dah mula anugerahkan kita dengan sesuatu yang indah, itulah dia pulangan berkat dari sabar.. Jadi sabarlah walau seperit mana pon hidup ni..^^,

      Delete