Nasi Goreng Kampung Stail Kak Diamond!

by - 8:30:00 am

Nasi Goreng Kampung Stail Kak Diamond! | Alhamdulillah, kelmarin sempat bekalkan encik suami dengan nasi goreng kampung ni. Dah 2,3 hari jugak dia mintak suruh kakak gorengkan. Tapi sekarang ni memang ke laut sungguh la mood nak masak. Tambah2 kalau waktu tengahari & malam.. Maafla, bukan sengaja tak nak masak.. *Sejenis alasan yang orang tak berapa nak faham.*^^||

Lunch.. Nasi Goreng Kampung + Keropok + Jus Carrot Susu Without Ice

Malam sebelum tu tengok suami tidur sayu pulak rasa di hati.. Kesian.. Nak makan masakan air tangan isteri tapi isteri belayar jauh sangat ke lautan. So bangun jugakla tanak nasi & siapkan bahan2 untuk goreng nasi pagi esoknya. Alaaa, takdela special apa sangat pon nasi goreng kakak ni.. Tapi bila suami request tu, kita akan masak dengan penuh kasih sayang.. Lepas tu, bila suami dah makan kat ofis then dia mesej just untuk say thanks masakkan nasi goreng yang dia request, dia punya rasa besar hati tu semacam tahuu.. Ihiks!


Cara masaknya simple je.. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, & ikan bilis.. Sukatan or bilangan ulas bawang tu ikut la berapa banyak nasik nak goreng.. Macam kakak buat ni anggaran 2/3 orang makan gitulah kot.. Kakak guna 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 3 tangkai cili padi, satu ruas ibu jari belacan lebih kurang, segenggam ikan bilis..


Lepas tu panaskan minyak untuk menumis.. Bila minyak dah panas, tumiskanlah bahan2 yang ditumbuk tadi.. Pastikan api tu sedang2 je.. Jangan besar sangat.. Nanti bawang tak sempat garing, ikan bilis dah hangus dulu.. So pandai2lah main api tu ye.. Bila tumisan dah garing & naik bau, pecahkan sebijik telur ke dalamnya.. Biar sekejap then kacau sehingga rata.. Kemudian boleh terus masukkan nasi..


Kacau sehingga semua bahan tumisan sebati dengan nasi.. Masukkan garam secukup rasa.. Kakak tak guna MSG so kakak tambah secubit gula bagi balance rasa dia.. Kemudian masukkan sayur.. Apa2 sayur pon boleh.. Kakak buh sayur kubis hijau dengan lobak yang dipotong dadu je.. Kalau ada fish cake or bebola ikan pon boleh jugak masuk sekali.. Ikot suka hati korangla nak masuk apa pon.. Hahah! Kakak memang stail masak campak2 je apa yang ada.. 


Goreng sehingga lobak tadi lembut sikit then siap! Kakak bekalkan suami nasi goreng ni dengan nugget & telur mata.. Happy bila suami suka apa yang dimasak dengan penuh kasih sayang.. Nak masakan rasa sedap sebenarnya bukan kemewahan rencahnya, tapi kasih sayang.. Satu lagi sepanjang memasak tu selawat je banyak2.. Haaa, gitu petua mak & mak mertua kakak.. Kakak masak lebih sikit supaya boleh makan untuk tengahari sekali.. Maklumla, tengahari ialah waktu untuk kembali ke 'laut'.. Kirim salam jela periuk belanga kat dapur tu..


Macam dah kena start buat menu bekalan setiap pagi je nih untuk suami.. ^_^

You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit

  1. best la boleh masakkan untuk suami..SA ni masakkan untuk tunang je...itupun bukan selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, takpe.. Tu pon dah cukup bagus dah tu.. Boleh praktis2.. Nnti dah kawen bolehla masakkan utk suami hari2.. Mesti suami suka..^_^

      Delete
  2. bila baca rasa lapar pulak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Nnti mintak kesayangan masakkan..^_^

      Delete