TIPS POSTING DI FB

by - 9:31:00 am

TIPS POSTING DI FB | Assalamualaikum & selamat pagi semua! Hari ni kakak nak share tips bagaimana nak tentukan waktu terbaik untuk posting  di FB. Tips ni sangat membantu terutamanya bagi yang menjalankan perniagaan secara online. Kalau sebelum ni kita main bedal je kan, ikut mana yang sempat atau ikut time bila idea datang je baru post  satu2 status. Kadang posting banyak kali pun tapi if timing dia tak kena, tak jadi jugak. So, jom ikut tips perkongsian dari jutawan muda Tn. Safiey Ilias ni.


TIPS POSTING DI FB 
  • 7.00-10.00 AM — Masa ni biasanya orang mahu pergi kerja. Hari ISNIN – KHAMIS biasanya trafik laju. Jika hari JUMAAT, post pula tentang islamik sahaja. Sebab orang dah excited nak cuti keesokannya. 
*NOTA : Post sesuatu yang bemanfaat.. Panjang pun tak apa.. Post tentang motivasi, tips, soft selling atau story telling.


*******
  • 12.30-2.00 PM — Masa  ni orang mahu keluar lunch. Elakkan posting yang  panjang. Mereka tak ada masa yang cukup nak baca!
*NOTA : Post sesuatu yang ringkas sahaja!

*******
  • 5.30-7.00 PM —  Orang balik kerja masa ni. Biasanya mereka penat!
*NOTA : Post  sesuatu yang kelakar,  humor atau joke. JANGAN update pasal trafik jem sebab semua orang tahu trafik sedang jem waktu ni!

*******
  • 9.30-11.45 PM — Biasanya orang sudah habis solat Isyak atau makan malam masa ni. Masa ni la ramai online. Ada yang online sambil tengok TV.. Ada yang mengadap handphone dan PC. Betul x?
*NOTA : Traffic paling laju pada jam 10 malam. Boleh juga post seawal 9:30 pm. Masa ni lah masa terbaik nak buat marketing, branding, hard selling atau promosi. Lepas jam 12.00 am jangan update apa2 dah! Masa ni online banking pun dah tutup. Org dah mula masuk tidur. 

*******


Bukan senang nak branding diri dalam bisnes online ni. Makan masa & kena banyak latih diri menulis. Kena tau cara menulis dengan baik. Sharing perkara2 yang bermanfaat & yang positif sahaja. Jangan share benda2 yang tak berfaedah. Kita nak branding diri kita, nak bagi orang kenal kita & produk kita, so biar orang kenal kita dengan vibe2 yang positif & baik2 sahaja. Kalau boleh, elakkan atau hide status kawan2 yang berunsurkan negatif sebab aura tu akan sampai ke kita. Sebab tu kakak study dulu profile sorang2 friend request sebelum approve mereka. Mana yang bawa cas2 positif, kakak approve. Mana yang banyak merapu tu kakak takkan approve. Maaf sangat2.. Bukan sombong cuma menjaga quality friend list.


By the way, terima kasih kepada Tn. Safiey yang sudi berkongsi tips ni dengan kami semua. Kakak paste balik kat sini dari status FB Tn. Safiey supaya mudah kakak nak rujuk balik bila2. Maklumlah, ada masa lupa juga.  Manusia kan mudah lupa.. ^_^||


You May Also Like

3 Silent Hunter's Footprints

  1. wow! super nice tip..tq for sharing..=)

    ReplyDelete
  2. 9.30-11.45 PM memang terbaik masa untuk posting. Tq for sharing tips.

    ReplyDelete