TIPS TURUNKAN PARAS GULA IBU HAMIL

by - 5:24:00 pm

TIPS TURUNKAN PARAS GULA IBU HAMIL | Setiap ibu mengandung pasti berasa risau bila dapat tau terkena GDM kan? Bila fikir pasal anak di dalam kandungan, mau tak menggelabah nak cari penawar.. Sanggup buat apa saja untuk anak. Hanya yang pernah mengandung & yang dah bergelar ibu je tau perasaan ni. Risaunya Allah je la tau.. Huhu..


So hari ni Kak Diamond nak berkongsi sedikit tips bagaimana ingin menurunkan paras gula bagi ibu mengandung. Semoga bermanfaat & dapat membantu para ibu hamil yang mengalami masalah GDM di luar sana.

TIPS TURUNKAN PARAS GULA IBU HAMIL :-
  1. Elakkan mengambil susu ibu mengandung kerana ia mengandungi kandungan gula yg tinggi. Jika perlukan kalsium tambahan dalam badan, boleh diambil dari susu segar, cheese atau supplemen (OsteMatrix).
  2. Kurangkan pengambilan makanan berkanji dan mempunyai Index Glisemik yang tinggi seperti nasi putih, kentang, dan roti putih. Boleh amalkan pengambilan Energizing Soy Protein yang mempunyai Index Glisemik yang rendah sebagai pemakanan tambahan.
  3. Lebihkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berserat lain.
  4. Amalkn diet yg rendah lemak dan lemak tepu seperti mentega, daging berlemak, ayam dan kulit.
  5. Elakkan dari mengambil makanan yang bergoreng. Pilih menu yang berpanggang, stim atau rebus.
  6.  Jangan minum minuman 3 in 1. Biasaka minum air yang dibancuh sendiri dan kurangkan kandungan gulanya.
  7. Pastikan appointment klinik sentiasa on time untuk memeriksa keadaan kesihatan keseluruhan ibu setiap bulan.


Sekian perkongsian untuk hari ni. Diharap dapat membantu! ^_^




You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints