Blogger templates

Saturday, 25 June 2016

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan

Pecutan 10 Malam Terakhir Ramadhan | Hari ni merupakan hari ke-20 bagi semua umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Di 10 malam terakhir ini akan ada di sana satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Bonus berganda dari Allah SWT.



Bagi yang sihat tubuh badan tu, janganlah lepaskan peluang. Ambil peluang ni untuk perbanyakkan amal. Beriktikaflah di masjid-masjid berdekatan terutama bagi kaum lelaki. Kejutkan anak-anak dan bangunlah solat malam. Tak lama dah, hari ni tinggal 9 malam je dah.. Mana yang tak mampu nak ke masjid, boleh buat di rumah. Moga dengannya kita akan beroleh ganjaran yang besar dari Allah.


"Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu" - HR Bukhari





Read More

Tuesday, 21 June 2016

Menu Iftar 2016 - Day 15 (Paprik Campur)

Menu Iftar 2016 - Day 15 (Paprik Campur) | Selamat petang semua! Dah plan nak masak apa untuk berbuka petang ni? Kakak macam tak masak lauk dah hari ni. Lauk paprik semalam banyak lagi. Panaskan lauk tu jelah petang ni.. Lepas tu mungkin goreng ayam je buat tambah juadah.. And ingat nak cuba mendonat. Lama dah tak menguli.. Moga menjadilah hendaknya.. Hehe..

Ini kakak share menu & resepi paprik campur yang kakak masak sebagai juadah berbuka semalam. Kot2 tak dak idea tu, bolehla dijadikan rujukan.. Plus sebagai rujukan sendiri di masa depan.. Maklumlah, kadang2 kebuntuan idea jugak nak memasak nih.. 

RESEPI PAPRIK CAMPUR SIMPLE BY KAK DIAMOND:-


Bahan-Bahan:-

  • 5 ulas bawang merah (diblend)
  • 2 ulas bawang putih (diblend)
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus & diblend
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1-2 batang serai (dititik)
  • Isi ayam & daging (dlm segenggam setiapnya)
  • Kacang panjang/kacang buncis (dipotong memanjang)
  • Lobak merah (dipotong memanjang)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya


Cara-Caranya:-

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan semua bahan2 yang diblend sehingga pecah minyak & naik bau.
  3. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau rata. 
  4. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan ayam & daging. Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau sebentar & biarkan hingga mendidih.
  6. Setelah itu, masukkan kacang panjang/kacang buncis. Kacau lagi.
  7. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan daun limau purut, serai, bawang besar, & cili merah. Kacau sebati. Biarkan dalam 10 minit. 
  8. Siap!


Senang je kan? Kalau ada ketiak jagung & bunga kobis bolehla masuk sekali kasi meriah lagi. Kakak ada kacang buncis dengan carrot je.. Jadi masuk jelah dua jenis tu.. Tu pon dah cukup meriah dah.. AHehe.. 


Semalam kakak cuma hidangkan bersama telur dadar je memandangkan paprik memang dah ada sayur. Hari ni tinggal goreng ayam jelah. Lauk dah ada.. Panaskan sajo! Setel! Minggu ni Pak Diamond direct dapat jemputan berbuka dari vendor tempat kerja dia.. Maka kakak is masak stail orang bujang2 jela.. Simple2 je.. Tak perlu masak beriya sangat.. Nanti tak habis membazir.. Hehehe.. ^^,






Read More

TIPS : Atasi Masalah Tersedak Makanan, Salah Bantal, Kram Kaki & KebasKaki

TIPS : Atasi Masalah Tersedak Makanan, Salah Bantal, Kram Kaki & Kebas Kaki | Pernah tak korang mengalami masalah seperti tersedak makanan, tersalah bantal, kram atau kebas2 kaki? Kak Diamond rasa semua pernah mengalami masalah2 ni termasuk Kak Diamond sendiri.. Paling seksa tu tersalah bantal la.. Huhu.. Sakitnya tengkuk, nak toleh kanan kiri pon dah serupa robot jadinya. Haa, tengahari ni kakak nak share tips bagaimana nak atasi masalah2 ini. Tips ni kakak dapat dari kawan kakak.. Dia share kat group whatsapp.. Dan tips ini adalah hasil perkongsian dari FB Dato' Dr. Fadhilah Kamsah.. 


TIPS : Atasi Masalah Tersedak Makanan, Salah Bantal, Kram Kaki & Kebas Kaki :

1. Tersedak Makanan

Image Credit To Google

Jika anda atau rakan serta keluarga anda tersedak makanan, hanya perlu “mengangkat tangan”. 
Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.

Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Si nenek berusaha untuk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tetapi gagal.

Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun  nenek tidak mampu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence memberitahu bahawa kaedah ini dipelajarinya di sekolah. 

Jadi cara menangani jika tersedak makanan hanya perlu “mengangkat tangan”.


2. Salah Bantal

Image Credit To Google

Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki sahaja, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar mengikut arah atau berlawanan arah jarum jam.


3. Kram Kaki

Image Credit To Google

Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi.. Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi.. In Shaa Allah akan segera terasa lebih selesa.


4. Kaki Kebas

Image Credit To Google 

Ketika kebas kaki kiri, goncang atau hayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga.. Jika kebas kaki kanan, goncang atau hayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga..


Haa, lepas ni kita boleh sama2 praktikkan tips ni jika berlakunya masalah2 seperti kat atas tu.. Kakak pon baru pertama kali dengar ni.. Sebelum ni kalau tersalah bantal, petua orang lama2 kata pukul bahagian tengkuk yang sakit tu dengan bantal yang kita guna untuk tidur tu.. Kakak tak berani nak buat masa Pak Diamond tersalah bantal baru2 ni.. Takut tersalah pukul, kang pengsan pulak suamiku.. Last2 kakak tolong picit2 gitu je.. 2,3 hari lepas tu dah ok dah.. Hehe.. 


In Shaa Allah pengetahuan ni berguna untuk kita &  menolong orang lain. Jadi janganlah simpan je info ini. Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain. Jemputlah kongsikan kepada semua..


Semoga bermanfaat..! ^_^



Read More

Persiapan Baju Raya : Tempah Atau Beli Siap?

Persiapan Baju Raya : Tempah Atau Beli Siap? | Selamat pagi! Salam 16 Ramadhan! Lagi 2 minggu semua umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Bagaimana dengan persiapan raya korang? Mesti ramai yang dah mula membuat persiapan kan?


Sebut tentang persiapan raya ni, yang paling setiap orang teruja sudah semestinya bab baju raya betul tak? Ada yang dari tahun lepas lagi dah fikir tema baju raya untuk tahun ni. Ada juga yang tak kisah pasal tema ni, asalkan dapat persalinan baru sudah cukup menggembirakan.

Credit Image : Google

So hari ni kakak nak tanya la sikit, korang kalau beli baju raya, korang prefer yang mana? Beli kain & tempah khas atau beli baju yang dah siap je? Macam kakak, tengok pada keadaan.. Selalunya kakak suka tempah.. Tapi kalau last minit sangat, kakak cari yang dah siap je.. Cuma tu lah, kalau beli yang dah siap ni last2 minit selalunya saiz kakak dah tak ada.. Huhu~


Kadang tak beli pon. Recycle je baju tahun2 lepas. Baju elok lagi, so recycle pon boleh.. Mih2! Macam tahun ni pula, kakak memang tak plan nak shopping baju raya since kakak memang dah ada beberapa helai jubah yang kakak tempah. Tempah tu bukan untuk pakai raya pon actually, tapi untuk pakai pergi event atau kenduri2 atau apa2 majlis formal. Tapi memandangkan dah 6 bulan duduk dengan tailor tak siap2 sampai dah nak raya ni haa, so kakak buat baju raya jelah terus. Plus baru2 ni ada menang contest jubah dari zazaiman.com.. Ada dah 3 helai jubah yang belum dipakai.. So boleh la pakai untuk raya ni.. Alhamdulillah, jimat dah situ.. Kalau beli pon maybe beli tudung jelah sehelai dua..


Korang pula bagaimana? Jom share persiapan baju raya korang! Tempah ke atau beli siap? ^^,



Read More

Monday, 20 June 2016

Menu Iftar 2016 - Day 14 (Nasi Minyak Resepi Bonda)

Menu Iftar 2016 - Day 14 (Nasi Minyak Resepi Bonda) | Alhamdulillah, dah lepas separuh bulan dah kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni. Sedar2 dah masuk hari yang ke-15 hari ni. Patutla ramai yang update pasal shopping raya. Keluar pergi beli stok Shaklee hari Sabtu baru ni pon ya ampunnn, jem kemain.. Seronok tengok depa bawa family & anak2 shopping raya.. Apa2 pon berbelanjalah mengikut keperluan & bajet ye.. Jangan terlebih bajet pulekss.. Hehe..


Okaylah, panjang pulak cerita.. Semalam sempena sambutan Hari Bapa, kakak masak la special sikit untuk Pak Diamond. Nak membaking kek2 bagai memang tiada kepakaran, plus memang tak ada oven pon kat rumah ni.. Jadi kakak decide untuk masak Nasi Minyak Resepi Bonda.. Dulu lepas belajar dengan mak, selalu la masak untuk budak2 ofis.. Tapi sejak2 dah berhenti kerja ni, lama dah tak buat.. Jadi sukatan semua tu memang kakak ikot rasa je.. Sukatan sebenar tak ingat. Nasib la ingat bahan2nya.. Alhamdulillah, menjadi pulak tu even nasi terlembik sikit.. Hehe..



Masaknya simple je, cuma kakak guna rempah istimewa iaitu rempah cap bunga ros. Dia ada 2 jenis.. Satu rempah gulai, satu lagi rempah masak.. Kakak kalau balik kampung, memang kakak akan borong rempah ni banyak2 terus sebab kat tempat lain kakak tak tau nak cari kat mana.. Tak pernah nampak pula kat tempat yang biasa kakak beli barang dapur.. Gugugu~


Ni haa, rempahnya.. 


Okay, kakak share la sikit resepi ni ye dengan korang.. Tapi sukatan korang kena pandai2 agak la ye.. Sebab kakak memang tak ingat sukatan sebenar yang mak ajar.. Dulu ada tulis tapi dah tak tau mana pergi buku tu.. Dah asyik berpindah randah je, hilang habis semua.. Huhu~ So kakak masak ikot rasa je semua ni..


Jom kita mula! Jangan lupa baca bismillah & selawat banyak2 naa.. Tu je rahsia buat masakan jadi sedap.. Selebihnya ialah air tangan dengan penuh kasih sayang & keikhlasan.. Ewaahhh..! ^^,

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI :-

  • Beras basmathi (atau ikotla beras apa2 pon)
  • Rempah 4 beradik 
  • Bawang besar / bawang merah dihiris
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Sunquick
  • Minyak masak untuk menumis
  • Planta (mak biasa guna minyak sapi, tapi kakak tak suka rasa minyak sapi so kakak tukar planta. Mentega pon boleh. Marjerin ke.. Ikotla mana2 yang korang suka)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA-CARANYA :-

  1. Basuh beras sehingga bersih kemudian sejatkan & ketepikan seketika.
  2. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak dalam 1 sudu besar gitu. Lepas tu masukkan planta dalam 2 sudu besar. (Agak2 la ye. Ni kakak bagi sukatan anggaran je ni..).
  3. Tumiskan rempah 4 beradik yang telah dibasuh sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar/bawang merah yang telah dihiris & tumis sehingga kekuningan. (Bawang besar ni kakak guna separuh je.. Kalau guna bawang merah, bolehla guna dalam 2 biji macam tu. Agak2 la ye ikot rasa korang
  4. Masukkan air. (Okay, air ni if korang masak nasi 3 pot, masuk air 4 pot.. Kalau masak nasi 5 pot, gunalah 6 pot air.. Haa, gituuu.. Lebihkan air 1 pot dari beras yang korang basuh tadi).
  5. Kemudian, masukkan susu pekat & susu cair. Masing2 anggaran dalam 1 pot macam tu. (Ni kakak anggar utk 3 pot beras ye. Kalau lebih tu pandai2 la korang tambah ikot rasa).
  6. Masukkan sunquick dalam 2-3 sudu besar macam tu.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
  8. Biarkan mendidih dalam 5-10 minit macam tu.
  9. Masukkan beras. Kacau2 sikit bagi rata. Then angkat periuk buh balik dalam rice cooker. Biarkan sehingga nasi masak!


**Oh ya! Kakak lupa nak bagitau. Kakak guna periuk rice cooker tu masak atas api dapur dulu untuk menumis bahan sehinggalah dah masuk semua bahan & air dah menggelegak. Lepas dah masuk beras baru kakak transfer balik periuk ke rice cooker. Pahamla noh.. Kalau nak guna periuk lain dulu pon boleh. Lepas tu transfer ke rice cooker. Ikot la mana2 yang mudah. ^_^**


BAHAN-BAHAN UNTUK GULAI :

  • 5-6 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • Setengah inchi halia (blend)
  • 2 sudu besar cili kering (rebus & blend) atau boleh guna cili boh je
  • Rempah 4 beradik
  • 1 paket rempah gulai (15gm)
  • 1/2 paket rempah masak (6-8gm)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor/asam keping
  • 1/2 kotak santan pek kecik (kakak guna santan U.H.T kotak biru cap Ayam Brand. Kalau nak pekat, boleh je guna sekotak tu. Kakak sengaja buat cair sikit)
  • 5-6 ketul ayam (nak guna daging pon boleh. Ikotla mana2 yang korang suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Gula & garam secukup rasa
  • Air secukupnya


CARA-CARANYA :-

Bahagian A :

  1. Perapkan ayam yang telah dicuci dengan rempah gulai + rempah masak + kerisik + bahan yang diblend (kecuali cili kering/cili boh).
  2. Biarkan selama lebih kurang 20-30 minit. Ketepikan. 

Bahagian B :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 beradik sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering/cili boh & tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam/daging yang diperap tadi. Tumis sehingga naik bau & ayam separuh masak.
  4. Masukkan santan, air, gula & garam secukupnya. Kacau rata. (Kakak tak guna ajinomoto ye. Kalau korang masak jenis guna ajinomoto tu bolehla masuk sekali secukup rasa.)
  5. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan asam gelugor/asam keping. 
  6. Kacau sekali sekala sehingga masak untuk elak santan berketul. 
  7. Siap!


BAHAN-BAHAN UNTUK ACAR MENTAH :-

  • 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis/halus)
  • 1/2 batang timun (dipotong memanjang)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1/2 @ 1 biji cili merah
  • Sedikit cuka
  • Gula & garam secukup rasa


CARA-CARANYA :-

  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan sehingga turun air timun & lobak merah tadi.
  2. Siap! (Kakak suka simpan dalam peti dulu sebelum makan. Sejuk2 sedap. Hehe!)

**Untuk acar ni, boleh tambah nenas sekali. Kakak tak buh. Ikot la selera masing2.**


Okay, siap dah! Boleh dah hidang untuk menjamu keluarga berbuka! Semua bahan2 kat atas tu kakak anggar untuk 2 orang makan je tau.. Kalau nak masak lebih tu, korang pandai2 la alter ye. Lepas tu ni memang kakak masak ikot rasa. Bahan2 tu semua kakak anggar ikot rasa. Lepas tu ada yang kakak tukar2 sikit dari resepi asal bonda ku.. Hehe.. Kira resepi derhaka la jugak ni. Tapi alhamdulillah, so far menjadi setelah sekian lama tak buat. Pak Diamond pon makan bertambah2.. Time sahur pon dia makan bertambah2.. Kalau tidak, menu sahurnya hanyalah segelas air putih & 2 biji kurma je setiap hari.. ^^,


Siapa2 dah cuba nanti bolehla share gambar ye.. Selamat mencuba & selamat menjalani ibadah puasa!^__^




Read More

Friday, 17 June 2016

Menu Iftar 2016 - Day 12

Menu Iftar 2016 - Day 12 | Pejam celik pejam celik dah nak masuk 13 Ramadhan dah.. Allah, kejap je masa berputar kan? Alhamdulillah, dah 12 hari juga Kak Diamond berjaya berpuasa penuh seperti orang lain.. Diamond Jr. strong & behave sangat.. Tak meragam langsung masa ibu berpuasa.. Thank you sayang, teman ibu puasa penuh 12 hari ni.. ^_^


Sepanjang 12 hari ni juga kakak masak sendiri kat rumah. Tak ada ke mana2 bazar lagi. Kalau ada pun, cuma kirim air kelapa & kuih je dengan Pak Diamond masa dia balik kerja.. Hehe.. Tu pon bukan hari2 la.. Masuk hari ni baru 2 kali je kirim. Hari tu sekali beli mee rojak kat Mydin Semenyih masa beli barang dapur. Tu pon sebab dah 3,4 hari puasa dah duk teringin.. Huhu~ Pak Diamond try cari kat bazar, tak jumpa2.. Last2 beki kat restoran nasi kandar kat Mydin je..


Menu iftar untuk hari ke-12 ni simple je.. Kakak masak sambal tempe ikan bilis dengan sayur cendawan goreng campur telur hancur.. 



Air cuma minum jus epal twister je.. Lepas tu telan Omega Guard 3 biji.. Alhamdulillah, kenyang.. Syukur dapat berbuka dengan juadah masakan sendiri.. Menu hari2 lain kakak lupa nak update dalam blog sebagai rujukan.. Bukan apa, esok2 di kala kebuntuan tak ada idea nak masak, boleh la rujuk balik.. Hari2 masak, ada masa buntu juga.. Huhu~


Nanti la kakak buat backdated entri untuk menu2 lain kalau rajin.. Hehe.. Selamat menjalani ibadah puasa & berterawih! ^_^



Read More

Thursday, 16 June 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016 | Dekat2 nak raya ni semestinya banyak nak guna duit kan? Mana nak fikir nak beli baju raya, beg raya, kasut raya, langsir raya, perabot raya, kuih raya, duit petrol nak balik kampung lagi, tol lagi, duit raya untuk parents & anak2 buah lagi.. Ohoi! Memang banyaklah kisahnya pengaliran tunai yang bakal berlaku pada sambutan aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi ni.. Kan seronok kalau kita pon dapat duit raya sekali.. ^_^


Jangan risau, online shopping Malaysia, WWW.NILE.COM.MY sedang menganjurkan satu giveaway yang mana hadiahnya berupa duit raya sehingga RM1,000 untuk 6 pemenang bertuah! Ohmai! Betul ke ni?? Mestilah betul.. Dengan syarat, kalian mestilah dari kalangan blogger Malaysia! Haa, best kan jadi blogger ni.. Ada macam2 contest & giveaway yang kita boleh join..^^,


Okay, tanpa membuang masa, jom Kak Diamond kongsikan secara ringkas apa yang perlu dilakukan untuk join giveaway yang daebakkk ni! 


HADIAH WANG TUNAI UNTUK 6 ORANG PEMENANG!
RM 300 Duit Raya x 1 pemenang

RM 200 Duit Raya x 2 pemenang

RM 100 Duit Raya x 3 pemenang

Bagaimana menyertainya? Mudah saja! Kalian boleh sertainya melalui link --> INI..!
Follow je semua step yang diberikan & siap! ^^,


Untuk menyemak status penyertaan & keputusan giveaway kalian, boleh terus ke SINI


Tarikh tutup penyertaan ialah pada :-
30 JUN 2016 ; 11:59PM



Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016


Product:  Crocodile Pattern 3-in-1 Pieces Bag
JLM2016 Sales price: RM29.90
Date: 30/06/2016
Time Start:11.00am
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 600 units only





Product: Traveler Backpack
JLM2016 Sales price: RM19.90
Date: 30/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only




Product: Waterproof Backpack
JLM2016 Sales price: RM22.90
Date: 27/06/2016
Time Start:4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only



ProductWomen's Small Square Shoulder Bag
JLM2016 Sales price: RM7.90
Date: 22/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only



ProductCute Cartoon Triangle Baby Romper
JLM2016 Sales price: RM9.90
Date: 21/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 180 units only









Read More

TITIK FENG FU : BERI IMPAK POSITIF PADA KESIHATAN

TITIK FENG FU : BERI IMPAK POSITIF PADA KESIHATAN | Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.. Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. In Shaa Allah,, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.


Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. Dalam ilmu akupunktur Cina, titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.


Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semulajadi. Di samping itu, ia memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.


Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 


Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi  ini juga dapat  meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.


Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.


Menempelkan ais pada titik Feng Fu berkhasiat untuk :-

  • Mengatasi sakit kepala dan migrain;
  • Meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
  • Mencipta kesan relaks;
  • Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
  • Meningkatkan kualiti tidur;
  • Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
  • Mengatasi asma;
  • Mencegah masalah sering bersin dan hidung berair;
  • Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
  • Membaiki sistem pencernaan;
  • Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
  • Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
  • Mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
  • Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
  • Menghilangkan selulit;
  • Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
  • Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum. Oleh itu, sebarkanlah In Shaa Allah, orang lain juga akan mendapat manfaat. Selamat mencuba..!^_^



*Kredit : Yeong Nor Saadah





Read More

Tuesday, 14 June 2016

Jubah Raya Hadiah Contest

Jubah Raya Hadiah Contest | Alhamdulillah, hadiah contest yang Kak Diamond join tempoh hari dah selamat sampai dah Sabtu baru2 ni.. Cepat betul servis cik penganjur ni. Pantas tuntas.. Hehe.. 


Sebenarnya masa contest hari tu, pemenang diberi 3 pilihan jubah macam kat atas ni. So kakak dah pilih warna hijau yang tengah2 tu. Tapi as mentioned earlier by pihak zazaiman.com, if out of stock pada masa hadiah dipilih, zaza akan bagi pilihan lain.


So nasib kurang baik, jubah yang kakak pilih tu out stock dah masa tu.. So zaza bagi 4 lagi pilihan jubah yang lain as promised. 


Jubah2 ni tak kurang cantiknya.. Kakak suka semuanya.. Tapi since yang lain semua banyak warna merah & kakak pon dah ada jubah warna merah, so kakak pilih yang ini!


Material dia lembut.. Tak tebal sangat, tak nipis sangat.. Cuma sizing jela agak besar dengan kakak.. Tapi boleh je pakai, cuma bahu jela jatuh sikit.. Untuk seorang makyung ni, elokla besar sikit.. Especially tang perut tu haa.. Takdela menonjol sangat kan? Hehe..


Kakak dah siap basuh dah.. Tapi tak pakai lagi.. Nak buat raya.. Jimat di situuu.. Dah ada 3 helai jubah raya.. Kalau shopping pon, shopping tudung jelah sehelai dua.. Jadilah tu.. So untuk raya ni boleh shopping baju Pak Diamond & Diamond Jr. je.. Yeay!^_^






Read More

Friday, 10 June 2016

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI | Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya lalu berpesan,


"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."


Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia. 


Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.


Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,


Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga,  mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."


Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."



Deep... ^_^"
Read More

Thursday, 9 June 2016

TEMPAHAN KUIH RAYA HOMEMADE BAKAL DITUTUP!

TEMPAHAN KUIH RAYA HOMEMADE BAKAL DITUTUP! | Assalamualaikum semua.. Selamat petang! Alhamdulillah, semalam sahaja lebih 30 balang tempahan kuih raya yang kakak terima.. Terima kasih kepada semua yang telah membuat tempahan..


Ni kakak nak bagitau, tempahan masih lagi dibuka sehingga ESOK (10/6/2016) pada jam 10 MALAM.. Lepas jam 10 kalak close order ye..


Jadi jika ada lagi rakan2 di luar sana yang masih belum menempah, bolehla berbuat demikian segera! Ada lebih 40 jenis KUIH RAYA HOMEMADE yang boleh dipilih.. Semua sedap2! Kakak sendiri pon dah senarai stok untuk diri sendiri & family.. Hehe..


Untuk tempahan, sila direct whatsapp kakak ye.. Nombor telefon ada dalam signature di bawah..Tq!^_~


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah



Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah


Tempahan Kuih Raya 2016, Kuih Raya Homemade, Kuih Raya Sedap, Kuih Raya Murah





#sayajual #kuihraya2016 #tempahankuihraya2016 #kuihrayahomemade #kuihrayasedap #kuihrayamurah #wahw #family10k #f10k



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com