Blogger templates

Wednesday, 8 June 2016

Kenduri Durian Sebelum Puasa

Kenduri Durian Sebelum Puasa | Assalamualaikum kesayangan! Alhamdulillah, dah 3 Ramadhan dah hari ni.. So far tak ada apa2 masalah lagi la setakat 3 hari berpuasa ni.. Tenaga semua okay.. Hari first je melepek sikit sebab kepenatan baru sampai dari kampung pukul 2 pagi tu.. Pukul 5 bangun sahur terus stay up sampai siang.. Sebab pagi tu ada kelas memandu.. Balik kejap tengahari untuk solat & rehat.. Petang tu keluar balik setelkan urusan.. Balik2 dah pukul 5 lebih.. Berkejar solat & masak untuk berbuka pulak.. Huhu.. Mau tak penat..


Okay, ni cerita masa balik kampung hari tu.. Memang tak plan nak balik pun.. Hari Sabtu tu keluar pergi tengok2 rumah.. Tiba2 tengahari tu teringin nak makan durian.. Apa lagi, buat kerja gila dengan Pak Diamond, terus shoot ke Taiping.. Hahah! Adventure sangat.. Dengan cuaca membahang panas, dengan kereta aircond rosak, dengan tak bawa pakaian spare, toletries apa semua tak bawak.. Gamble habis balik.. Hahah!


Tapi sebelum ke Taiping tu singgah rumah MIL kat Ipoh jap.. Mandi2 segarkan badan, solat, makan, tukar kereta (yg ada aircond), lepas tu baru shoot ke Taiping.. Nak makan durian kome, mahu menggelupur kepanasan kang kereta tak ada aircond.. Hahah!


Sampai2 sana terus ke rumah member Pak Diamond.. Dijamunya pula kami makan macam2.. Eh, rezeki jangan ditolak.. Makan tetap makan.. Makan nasi, lepas tu buah durian, lepas tu makan rambutan, lepas tu makan pulak pulut dengan serawa durian.. Ya ampunnn! Syorga sungguhla makan hari tu.. Kihkih!


Kak Diamond sorang je makan serawa ni.. Pak Diamond tak makan pon.. Dia layan buah durian je.. Hehe.. Lepas dah makan2 tu diorang bawa kami ke dusun yang terletak di Bukit Gantang.. Allah, besaq baq hang dusun depa! Kakak punyalah eksaited, tak pernah masuk dusun.. Sampai2 terus posing bagai duta dusun durian kat situ.. Sakai sangat! Dulu kat kampung biasa masuk kebun je.. Dusun memang tak pernah masuk.. Tu yang jakun sikit tu.. Hahah!



Diorang semua berkeliaran kutip durian.. Memang heaven sangatla dapat kutip sendiri durian kat dusun, lepas tu makan fresh2.. Lama tak makan durian fresh ni.. Lain rasa dia dengan durian peram.. Biasa yang kita beli kat gerai2 tu kebanyakannya durian peram.. Tapi labyanla jugak kan kalau dah tak ada sangat.. Tu pon rasa dah sedap sangat dah.. Kihkih!


Tak lama kami kat dusun sebab dah senja. Pergi pon dah lewat. Tapi boleh tahan banyak la hasil kutipan petang tu. Semerbak bau satu kereta.. Hahah! Otw balik tu sempat la kutip buah rambutan.. Pokok rambutan saja ada 100 batang kat dusun depa.. Humakaiiii! Kalau kakak duduk situ, memang hari2 ko jumpa kakak atas pokok rambutan jela.. Mengokak rambutan sampai lebam.. Dengar durian gugur, boleh terus terjun pi kutip.. Kahkah! Nasibla dusun orang..~


Malam tu pulak lepak minum kat The Gate Cafe.. Makan spageti carbonara, kongsi 4 orang.. Penuh sangat dah perut makan petang tu.. Lepak situ pon sebab janji dengan member kakak nak amik durian crepe.. Sementara tunggu tu minumla dulu.. Durian crepe sampai je terus kami balun kat situ jugak.. Hahah! Tenkiu darling Halimatun, for the crepe.. Sedap ngattt! Memang rezeki laa dapat gak makan durian crepe ang.. Kebetulan pulak ada extra 2 pack.. Kakak bedal la dua2 pack.. Haa, korang2 yang berada di sekitar Taiping bolehla order durian crepe, kek, or cookies2 sedap dari kawan kakak ni.. Dia ni baker.. Hehe..


Lebih kurang sejam lepak kat situ, kitorang terus gerak balik Ipoh.. Pukul 11 lebih jugakla sampai Ipoh.. Esoknya (Ahad) sambung lagi kenduri makan.. Memang makan bersungguh nih sebelum puasa.. Dasyat sungguh kederat tembolok beberapa hari sebelum Ramadhan.. Bagai takkan jumpa makanan dah lepas tu.. Hahah! Nanti kakak up next entri untuk cerita hari Ahad pulak ye..



P/S : Maaf andai ada yang terliur degan entri kakak ni.. Tak niat nak bagi terliur pon.. Sekadar nak pahatkan kenangan kat dalam ni.. Huhu~









6 comments:

  1. Sedapnya durian.....terus terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, berdosa pulak rasa buatvorg terliur bulan2 puasa gini.. Huhu..

      Delete
  2. memang terliur pon...hehehe...

    Sedapnya durian. Sedapnya durian crepe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa, janganla terliur.. Berdosa rasa nih.. Gugugu~

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com