Menu Iftar 2016 - Day 14 (Nasi Minyak Resepi Bonda)

by - 3:22:00 pm

Menu Iftar 2016 - Day 14 (Nasi Minyak Resepi Bonda) | Alhamdulillah, dah lepas separuh bulan dah kita berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni. Sedar2 dah masuk hari yang ke-15 hari ni. Patutla ramai yang update pasal shopping raya. Keluar pergi beli stok Shaklee hari Sabtu baru ni pon ya ampunnn, jem kemain.. Seronok tengok depa bawa family & anak2 shopping raya.. Apa2 pon berbelanjalah mengikut keperluan & bajet ye.. Jangan terlebih bajet pulekss.. Hehe..


Okaylah, panjang pulak cerita.. Semalam sempena sambutan Hari Bapa, kakak masak la special sikit untuk Pak Diamond. Nak membaking kek2 bagai memang tiada kepakaran, plus memang tak ada oven pon kat rumah ni.. Jadi kakak decide untuk masak Nasi Minyak Resepi Bonda.. Dulu lepas belajar dengan mak, selalu la masak untuk budak2 ofis.. Tapi sejak2 dah berhenti kerja ni, lama dah tak buat.. Jadi sukatan semua tu memang kakak ikot rasa je.. Sukatan sebenar tak ingat. Nasib la ingat bahan2nya.. Alhamdulillah, menjadi pulak tu even nasi terlembik sikit.. Hehe..



Masaknya simple je, cuma kakak guna rempah istimewa iaitu rempah cap bunga ros. Dia ada 2 jenis.. Satu rempah gulai, satu lagi rempah masak.. Kakak kalau balik kampung, memang kakak akan borong rempah ni banyak2 terus sebab kat tempat lain kakak tak tau nak cari kat mana.. Tak pernah nampak pula kat tempat yang biasa kakak beli barang dapur.. Gugugu~


Ni haa, rempahnya.. 


Okay, kakak share la sikit resepi ni ye dengan korang.. Tapi sukatan korang kena pandai2 agak la ye.. Sebab kakak memang tak ingat sukatan sebenar yang mak ajar.. Dulu ada tulis tapi dah tak tau mana pergi buku tu.. Dah asyik berpindah randah je, hilang habis semua.. Huhu~ So kakak masak ikot rasa je semua ni..


Jom kita mula! Jangan lupa baca bismillah & selawat banyak2 naa.. Tu je rahsia buat masakan jadi sedap.. Selebihnya ialah air tangan dengan penuh kasih sayang & keikhlasan.. Ewaahhh..! ^^,

BAHAN-BAHAN UNTUK NASI :-

  • Beras basmathi (atau ikotla beras apa2 pon)
  • Rempah 4 beradik 
  • Bawang besar / bawang merah dihiris
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Sunquick
  • Minyak masak untuk menumis
  • Planta (mak biasa guna minyak sapi, tapi kakak tak suka rasa minyak sapi so kakak tukar planta. Mentega pon boleh. Marjerin ke.. Ikotla mana2 yang korang suka)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA-CARANYA :-

  1. Basuh beras sehingga bersih kemudian sejatkan & ketepikan seketika.
  2. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak dalam 1 sudu besar gitu. Lepas tu masukkan planta dalam 2 sudu besar. (Agak2 la ye. Ni kakak bagi sukatan anggaran je ni..).
  3. Tumiskan rempah 4 beradik yang telah dibasuh sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar/bawang merah yang telah dihiris & tumis sehingga kekuningan. (Bawang besar ni kakak guna separuh je.. Kalau guna bawang merah, bolehla guna dalam 2 biji macam tu. Agak2 la ye ikot rasa korang
  4. Masukkan air. (Okay, air ni if korang masak nasi 3 pot, masuk air 4 pot.. Kalau masak nasi 5 pot, gunalah 6 pot air.. Haa, gituuu.. Lebihkan air 1 pot dari beras yang korang basuh tadi).
  5. Kemudian, masukkan susu pekat & susu cair. Masing2 anggaran dalam 1 pot macam tu. (Ni kakak anggar utk 3 pot beras ye. Kalau lebih tu pandai2 la korang tambah ikot rasa).
  6. Masukkan sunquick dalam 2-3 sudu besar macam tu.
  7. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
  8. Biarkan mendidih dalam 5-10 minit macam tu.
  9. Masukkan beras. Kacau2 sikit bagi rata. Then angkat periuk buh balik dalam rice cooker. Biarkan sehingga nasi masak!


**Oh ya! Kakak lupa nak bagitau. Kakak guna periuk rice cooker tu masak atas api dapur dulu untuk menumis bahan sehinggalah dah masuk semua bahan & air dah menggelegak. Lepas dah masuk beras baru kakak transfer balik periuk ke rice cooker. Pahamla noh.. Kalau nak guna periuk lain dulu pon boleh. Lepas tu transfer ke rice cooker. Ikot la mana2 yang mudah. ^_^**


BAHAN-BAHAN UNTUK GULAI :

  • 5-6 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • Setengah inchi halia (blend)
  • 2 sudu besar cili kering (rebus & blend) atau boleh guna cili boh je
  • Rempah 4 beradik
  • 1 paket rempah gulai (15gm)
  • 1/2 paket rempah masak (6-8gm)
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor/asam keping
  • 1/2 kotak santan pek kecik (kakak guna santan U.H.T kotak biru cap Ayam Brand. Kalau nak pekat, boleh je guna sekotak tu. Kakak sengaja buat cair sikit)
  • 5-6 ketul ayam (nak guna daging pon boleh. Ikotla mana2 yang korang suka)
  • Minyak untuk menumis
  • Gula & garam secukup rasa
  • Air secukupnya


CARA-CARANYA :-

Bahagian A :

  1. Perapkan ayam yang telah dicuci dengan rempah gulai + rempah masak + kerisik + bahan yang diblend (kecuali cili kering/cili boh).
  2. Biarkan selama lebih kurang 20-30 minit. Ketepikan. 

Bahagian B :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah 4 beradik sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering/cili boh & tumiskan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam/daging yang diperap tadi. Tumis sehingga naik bau & ayam separuh masak.
  4. Masukkan santan, air, gula & garam secukupnya. Kacau rata. (Kakak tak guna ajinomoto ye. Kalau korang masak jenis guna ajinomoto tu bolehla masuk sekali secukup rasa.)
  5. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan asam gelugor/asam keping. 
  6. Kacau sekali sekala sehingga masak untuk elak santan berketul. 
  7. Siap!


BAHAN-BAHAN UNTUK ACAR MENTAH :-

  • 1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis/halus)
  • 1/2 batang timun (dipotong memanjang)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1/2 @ 1 biji cili merah
  • Sedikit cuka
  • Gula & garam secukup rasa


CARA-CARANYA :-

  1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan sehingga turun air timun & lobak merah tadi.
  2. Siap! (Kakak suka simpan dalam peti dulu sebelum makan. Sejuk2 sedap. Hehe!)

**Untuk acar ni, boleh tambah nenas sekali. Kakak tak buh. Ikot la selera masing2.**


Okay, siap dah! Boleh dah hidang untuk menjamu keluarga berbuka! Semua bahan2 kat atas tu kakak anggar untuk 2 orang makan je tau.. Kalau nak masak lebih tu, korang pandai2 la alter ye. Lepas tu ni memang kakak masak ikot rasa. Bahan2 tu semua kakak anggar ikot rasa. Lepas tu ada yang kakak tukar2 sikit dari resepi asal bonda ku.. Hehe.. Kira resepi derhaka la jugak ni. Tapi alhamdulillah, so far menjadi setelah sekian lama tak buat. Pak Diamond pon makan bertambah2.. Time sahur pon dia makan bertambah2.. Kalau tidak, menu sahurnya hanyalah segelas air putih & 2 biji kurma je setiap hari.. ^^,


Siapa2 dah cuba nanti bolehla share gambar ye.. Selamat mencuba & selamat menjalani ibadah puasa!^__^




You May Also Like

1 Shaklee Lovers Visit