Blogger templates

Tuesday, 21 June 2016

Menu Iftar 2016 - Day 15 (Paprik Campur)

Menu Iftar 2016 - Day 15 (Paprik Campur) | Selamat petang semua! Dah plan nak masak apa untuk berbuka petang ni? Kakak macam tak masak lauk dah hari ni. Lauk paprik semalam banyak lagi. Panaskan lauk tu jelah petang ni.. Lepas tu mungkin goreng ayam je buat tambah juadah.. And ingat nak cuba mendonat. Lama dah tak menguli.. Moga menjadilah hendaknya.. Hehe..

Ini kakak share menu & resepi paprik campur yang kakak masak sebagai juadah berbuka semalam. Kot2 tak dak idea tu, bolehla dijadikan rujukan.. Plus sebagai rujukan sendiri di masa depan.. Maklumlah, kadang2 kebuntuan idea jugak nak memasak nih.. 

RESEPI PAPRIK CAMPUR SIMPLE BY KAK DIAMOND:-


Bahan-Bahan:-

  • 5 ulas bawang merah (diblend)
  • 2 ulas bawang putih (diblend)
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus & diblend
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1-2 batang serai (dititik)
  • Isi ayam & daging (dlm segenggam setiapnya)
  • Kacang panjang/kacang buncis (dipotong memanjang)
  • Lobak merah (dipotong memanjang)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya


Cara-Caranya:-

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan semua bahan2 yang diblend sehingga pecah minyak & naik bau.
  3. Masukkan garam & gula secukup rasa. Kacau rata. 
  4. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Kacau rata.
  5. Masukkan ayam & daging. Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau sebentar & biarkan hingga mendidih.
  6. Setelah itu, masukkan kacang panjang/kacang buncis. Kacau lagi.
  7. Bila sayur dah hampir lembut, masukkan daun limau purut, serai, bawang besar, & cili merah. Kacau sebati. Biarkan dalam 10 minit. 
  8. Siap!


Senang je kan? Kalau ada ketiak jagung & bunga kobis bolehla masuk sekali kasi meriah lagi. Kakak ada kacang buncis dengan carrot je.. Jadi masuk jelah dua jenis tu.. Tu pon dah cukup meriah dah.. AHehe.. 


Semalam kakak cuma hidangkan bersama telur dadar je memandangkan paprik memang dah ada sayur. Hari ni tinggal goreng ayam jelah. Lauk dah ada.. Panaskan sajo! Setel! Minggu ni Pak Diamond direct dapat jemputan berbuka dari vendor tempat kerja dia.. Maka kakak is masak stail orang bujang2 jela.. Simple2 je.. Tak perlu masak beriya sangat.. Nanti tak habis membazir.. Hehehe.. ^^,






6 comments:

  1. Menu paprik tu..cik memang suka...ambil yang pedas sikit..hihi..nyummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala.. Nak2 kalau kurang selera makan.. Masak paprik ada rasa masam2 manis pedas tu boleh bangkit selera.. Tapi kali ni wat kurang pedas sebab bulan puasa.. Risau perut meragam makan pedas2.. Hehe..😁

      Delete
  2. waaa nampak sedap nye.. lama juga tak makan paprik ni..

    Blogwalking Sini, Jom Baca Artikle Ini,

    Top 10 Keyword Blogahbar di Search Engine Article

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala Kak Diamond pon lama tak makan paprik.. Tengok kakak post kat group family hari tu, baru teringat nak buat.. Hehe..

      Delete
  3. emm sedap terus lapar nampak makanan sedap. jap nak tanya 'ketiak jagung' 1st time ni..serus pcl x tau ada part ni.

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com