Persiapan Baju Raya : Tempah Atau Beli Siap?

by - 6:51:00 am

Persiapan Baju Raya : Tempah Atau Beli Siap? | Selamat pagi! Salam 16 Ramadhan! Lagi 2 minggu semua umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Bagaimana dengan persiapan raya korang? Mesti ramai yang dah mula membuat persiapan kan?


Sebut tentang persiapan raya ni, yang paling setiap orang teruja sudah semestinya bab baju raya betul tak? Ada yang dari tahun lepas lagi dah fikir tema baju raya untuk tahun ni. Ada juga yang tak kisah pasal tema ni, asalkan dapat persalinan baru sudah cukup menggembirakan.

Credit Image : Google

So hari ni kakak nak tanya la sikit, korang kalau beli baju raya, korang prefer yang mana? Beli kain & tempah khas atau beli baju yang dah siap je? Macam kakak, tengok pada keadaan.. Selalunya kakak suka tempah.. Tapi kalau last minit sangat, kakak cari yang dah siap je.. Cuma tu lah, kalau beli yang dah siap ni last2 minit selalunya saiz kakak dah tak ada.. Huhu~


Kadang tak beli pon. Recycle je baju tahun2 lepas. Baju elok lagi, so recycle pon boleh.. Mih2! Macam tahun ni pula, kakak memang tak plan nak shopping baju raya since kakak memang dah ada beberapa helai jubah yang kakak tempah. Tempah tu bukan untuk pakai raya pon actually, tapi untuk pakai pergi event atau kenduri2 atau apa2 majlis formal. Tapi memandangkan dah 6 bulan duduk dengan tailor tak siap2 sampai dah nak raya ni haa, so kakak buat baju raya jelah terus. Plus baru2 ni ada menang contest jubah dari zazaiman.com.. Ada dah 3 helai jubah yang belum dipakai.. So boleh la pakai untuk raya ni.. Alhamdulillah, jimat dah situ.. Kalau beli pon maybe beli tudung jelah sehelai dua..


Korang pula bagaimana? Jom share persiapan baju raya korang! Tempah ke atau beli siap? ^^,



You May Also Like

5 Silent Hunter's Footprints

  1. Sebelum ni kalau baju Melayu tempah, tetapi dah jumpa butik yang jual baju siap dan sesuai dengan badan dah tak tempah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah jumpa baju siap yg sedap pakai, baik beli siap je kan? Senang..😊

      Delete
  2. Beli siap..tahun ni jubah..hehe

    ReplyDelete
  3. Selalunya saya beli jer senang malas nak pikir. Kalau tempah tak sempat. bila nak dekat raya baru pikir baju melayu hehe. Selain dari baju melayu yang akan kita bawa pulang, beberapa barang gadget pasti kita akan bawa sekali termasuk adapter charger untuk charge hp dan lain-lain lagi. Oleh sebagai seorang traveler perlukan juga adapter pelbagai guna dan tidak membebankan supaya memudahkan kita untuk charge semula gadget kita. Sekarang ini saya gunakan produk INNERGIE Life Hub Plus. Dengan produk ini saya tidak perlu membawa adapter lagi sebalik INNERGIE sudah cukup untuk saya charge 3 device/gadget dalam masa serentak. Boleh lihat review saya di bawah.

    http://malaysiabackpackers.com/travel-adapter-untuk-pelbagai-guna-semasa-pergi-bercuti-atau-mengembara/

    ReplyDelete
  4. akakk...templet akk daa baru..cantiklaaa

    ReplyDelete