TITIK FENG FU : BERI IMPAK POSITIF PADA KESIHATAN

by - 6:45:00 am

TITIK FENG FU : BERI IMPAK POSITIF PADA KESIHATAN | Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.. Tahukah anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika  ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita. In Shaa Allah,, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera. Badan kita  akan terasa ringan dan bertenaga. Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan  lebih muda.


Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung. Dalam ilmu akupunktur Cina, titik tersebut dikenali sebagai  Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.


Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakkan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi mengembalikan keseimbangan fisiologis semulajadi. Di samping itu, ia memberikan stimulasi emosional yang positif dan 'meremajakan' seluruh tubuh.


Keajaiban ini akan terjadi jika kita menempelkan ais pada titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang. 


Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi  ini ternyata  lebih  efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan. Terapi  ini juga dapat  meningkatkan mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.


Teknik ini  mudah sekali, hanya tempelkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit. Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.


Menempelkan ais pada titik Feng Fu berkhasiat untuk :-

  • Mengatasi sakit kepala dan migrain;
  • Meringankan sakit gigi dan sakit sendi;
  • Mencipta kesan relaks;
  • Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan;
  • Meningkatkan kualiti tidur;
  • Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular;
  • Mengatasi asma;
  • Mencegah masalah sering bersin dan hidung berair;
  • Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang;
  • Membaiki sistem pencernaan;
  • Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual;
  • Mengatasi kegemukan dan masalah pemakanan;
  • Mengatasi gangguan kelenjar tiroid;
  • Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
  • Menghilangkan selulit;
  • Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan;
  • Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Luar biasa sekali bukan? Sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum. Oleh itu, sebarkanlah In Shaa Allah, orang lain juga akan mendapat manfaat. Selamat mencuba..!^_^



*Kredit : Yeong Nor Saadah





You May Also Like

8 Silent Hunter's Footprints

  1. Replies
    1. Kan? Bulan2 puasa ni kalau terasa letih bolehla cuba.. ^_^

      Delete
  2. O.. Baru ni.. Patutlah hubby teman selalu suruh letak ais kat belakang tengkuk bagi reda migrain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berkesan sangat kalau diserang migrain buh ais or cool pack kat blkg tengkuk.. Kak Diamond sendiri pon selalu apply.. ^^,

      Delete
  3. Good info kak Diamond. Boleh cuba kat rumah malam nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy to share.. Semoga bermanfaat.. ^_^

      Delete
  4. Wah.. tq bagi tahu.. selalunya sha duk bawah pancuran air..
    nak legakan migrain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah.. Tu salah satu cara kakak selalu buat gak.. Tapi ari tu try buh cool pack kat tengkuk masa tdo, alhamdulillah lebih berkesan.. Nanti cubalah! *_^

      Delete