Blogger templates

Sunday, 31 July 2016

Nursing Cover By MarRedz

Nursing Cover By MarRedz | Sebagai seorang bakal ibu, semestinya kak Diamond ingin berikan yang terbaik untuk cahayamata kakak. Tambah-tambah lagi ini merupakan cahayamata pertama kami yang dah lama ditunggu-tunggu. 5 tahun.. Bukan satu jangkamasa yang singkat. Huhu~ Pak Diamond pun awal-awal dah bagitau, kalau boleh nak kakak berikan penyusuan eksklusif untuk cahayamata kami. Actually bukan Pak Diamond je, kakak pun memang niat nak fully breastfeed anak sendiri hinggalah 2 tahun. In Shaa Allah.

Nursing Cover By MarRedz With Exclusive Packaging

Perkara pertama yang kakak fikirkan bila dah set nak fully breastfeed ni is AURAT! Yup! Yelah, nak ke mana-mana atau jika kebetulan berada di tempat awam menghadiri majlis-majlis tertentu sudah semestinya sedikit sukar bagi ibu-ibu menyusu untuk susukan anak. Ada sesetengah ibu tak kisah je selak-selak baju menyusukan anak tengah-tengah khalayak ramai. Tapi tidak bagi kakak. Walaupun mungkin tudung dah cukup labuh untuk cover apa yang patut, tapi kakak prefer untuk cari alternatif lain yang lebih secure dan selesa untuk kedua-dua ibu dan bayi.


Jadi kakak pun mulalah survey aksesori apa yang patut yang boleh memudahkan penyusuan eksklusif sekaligus memberi keselesaan terutamanya kepada bayi. Maka terjumpalah Nursing Cover By MarRedz ni. 


Apa Istimewanya Nursing cover MarRedz?

Nursing Cover MarRedz dihasilkan daripada material japanese/korean cotton yang diimport. Kainnya lembut, sejuk dan selesa. Tak adalah nanti bayi kepanasan kat dalam tu kan? Mak pun tak panas dan selesa sama. 


Apa lagi keistimewaan Nursing Cover MarRedz ni? Okay kakak senaraikan secara ringkas kat bawah ni ye :-
  • 100% cotton 
  • Cooling material   
  • Flexible neckline
  • Adjustable strap 
  • Size 33" x 43" (cukup besar untuk cover baby dan mummy) 
  • Variety exclusive & modern designs 
  • Come with exclusive compact clutch bag with strap (memudahkan penyimpanan NC dan boleh digantung)


Feedback yang kakak baca dari pengguna-pengguna Nursing Cover MarRedz ni, kesemuanya berpuas hati. Itu yang buat kakak tertarik untuk mendapatkannya. Kakak ke butik NurizShar di Bangi Sentral dan beli di sana. Bila dah sentuh and cuba sendiri, memang materialnya lembut, selesa dan tak panas. Packaging pun kemas dan cantik. Paling memikat hati sebab ada clutch bag yang compact memudahkan kita untuk bawa travel ke mana sahaja. 

Exclusive & Compact Clutch Bag With Strap

So inilah dia design yang kakak pilih. Cantik tak? Hehe.. Sebenarnya ada banyak lagi design dan wcorak yang cantik-cantik yang korang boleh pilih. Memang rambang mata jugaklah nak memilih. Akhirnya kakak pilih corak ni sebab nampak macam rare sikit ada dinosaur cute2.. Plus warna gelap supaya tak nampak sangat if terpercik susu atau terkena kotoran apa-apa ke nanti. 


Tak sabar nak guna. Harap murahlah rezeki Diamond Jr. untuk dapat penyusuan eksklusif dari ibu. Aminn.. Sekarang ni diorang tengah buat promosi tau. Untuk nursing cover ni hanya RM69 sahaja with FREE Postage. Harga asal RM74 tak termasuk postage. Boleh dapatkan secara online atau ke butik-butik terpilih. Okay bagi yang nak tengok corak-corak lain yang terbaru dan cantik-cantik tu, korang boleh terus ke :-


INSTAGRAM : @marredzmom




*P/S : This is not an advertorial/paid post. 






Read More

Saturday, 30 July 2016

Kepentingan Prenatal Vitamin Kepada Ibu Hamil

Kepentingan Prenatal Vitamin Kepada Ibu Hamil | Apabila seseorang wanita disahkan mengandung oleh doktor di klinik, biasanya akan ada banyak bekalan pil vitamin yang akan diberikan. Tentu juga ada banyak perbezaan pil vitamin yang dibekalkan untuk seorang ibu hamil dengan ibu hamil yang lain sekiranya mereka berjumpa doktor di klinik yang berbeza bergantung kepada keadaan kesihatan si ibu.


Sebenarnya suplemen vitamin untuk ibu hamil yang dipanggil Prenatal Vitamin dalam bahasa perubatan, berbeza dengan suplemen vitamin biasa. Ini kerana dosnya berbeza.

Credit Image To Google


Antara sebab pentingnya ibu hamil mengambil Prenatal Vitamin sepanjang kehamilan :-

  1. Mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.
  2. Kelahiran bayi pramatang.
  3. Kekurangan berat ketika bayi dilahirkan.
  4. Beri kekuatan kepada ibu hamil.
  5. Membantu ibu hamil mengekalkan kesihatan yang baik sepanjang mengandung.
  6. Mengurangkan risiko kekurangan khasiat makana terutama bagi wanita yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.


Antara suplemen penting yang mesti dimakan oleh ibu hamil :-

  • Zat Besi (iron)
Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Ia mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang. Dos yang dicadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg.

  • Kalsium

Kalsium penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Dos yang diperlukan ialah 1,000 miligrams (mg) setiap hari.

  • Asid Folik

Asid folik penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahim di awal kehamilan. Ia mesti diambil sebaik persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma untuk menghalang kecacatan neural tube dan membantu pembentukan saraf dan sel-sel lain. Dos yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah 1000 mikrogram (mcg) sehari.

  • Omega-3

Diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Dos yang dicadangkan ialah 200-300 mg sehari.




Ibu hamil juga mesti makan suplemen multivitamin dalam dos yang disarankan sahaja. Jangan memandai-mandai mengambil dos yang berlebihan kerana bimbang ada kesan lain pula. Dalam masa yang sama, wanita hamil mesti juga mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mendapat bekalan khasiat yang secukupnya. Ini kerana sepanjang hamil, bakal ibu perlu berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.


Walau bagaimanapun, harus diingat pengambilan Prenatal Vitamin bukan bermakna bayi dalam kandungan langsung tidak boleh mengalami sebarang masalah kesihatan atau kecacatan.



Sumber Info : drzubaidi.com
Cadangan Prenatal Vitamin Shaklee


Read More

Friday, 29 July 2016

Perut Mengeras Semasa Kehamilan (Braxton Hicks)

Perut Mengeras Semasa Kehamilan (Braxton Hicks) | Masa mula2 kakak mengalami situasi perut mengeras iaitu pada hujung trimester kedua. Masa tu cuak jugak. Tak tau kenapa. Risau membahayakan kandungan, so kakak pun laju2 belek buku ni & google. Jadi alang2 dah dapat info & ilmu bermanfaat ni kakak kongsikanlah sekali di blog. Semoga dapat menjadi rujukan semua.



Kontraksi Braxton Hicks


Apabila kehamilan semakin sampai ke penghujungnya, ibu akan mula perasan ketegangan pada perut. Ia dipanggil kontraksi Braxton Hicks (pengecutan rahim). Ia merupakan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil. Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena nama seorang pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.


Braxton Hicks berlaku seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil ke arah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.


Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?


Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung semasa mengalami Braxton Hicks (BH), namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan kepada mereka. Semakin hampit dengan tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.


Kontraksi BH tidak teratur dan akan datang sekali-sekala. Selalunya ia berlaku secara tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam. Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras. Kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada bahagian tengah perut hingga ke ari-ari.


Ibu mungkin perasan yang kontraksi ini akan lebih kerap terjadi apabila :
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan kelamin
  • Dehidrasi

Apakah Perbezaan  Braxton Hicks Dengan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

  1. Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.
  2. BH tidak teratur dan berlaku hanya sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan sebaliknya ibu hanya akan merasa tidak selesa, tidak sebagaimana sakit bersalin.

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton Hicks
  • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.



Read More

Thursday, 28 July 2016

What To Expect When You're Expecting?

What To Expect When You're Expecting? | As a newbie mak-mak to be ni, memang banyak benda tak tau & nak kena study. Banyak baca dari satu buku ni ~ What To Expect When You're Expecting By Heidi Murkoff & Sharon Mazel.. Bagus sangat buku ni.. Dia cerita dari A-Z tentang perjalanan kehamilan seseorang ibu mengandung darilah sebelum hamil sehinggalah selepas bersalin.. What to expect & all semua ada termasuk FAQ.. Bagi kakak buku ni sangatlah membantu terutamanya untuk seorang newbie macam kakak ni. Ni pun kawan kakak bagi pinjam.. Later memang nak kena beli la sebuah buat koleksi & sebagai rujukan masa depan..


Kadang bila kakak mengalami simptom2 yang kakak sendiri tak pasti kenapa berlaku, normal atau tidak, membahayakan kandungan atau tidak, dan jika timbul pelbagai persoalan yang berkaitan, kakak memang akan rujuk buku ni dulu. Lepas tu adalah juga google di internet. 


Kakak suggest sangat newbie parents to be kena ada buku ni satu kat rumah sebagai rujukan. Ia lengkap dengan pelbagai info yang dapat membantu kita memahami dengan lebih mendalam berkaitan kahamilan. Bukan mommy to be je, daddy to be pun boleh baca sekali. Hey, pak2 pun kena ambil tau benda2 macam ni ye. 


Okay, selamat membaca! Xoxo! ^.^


Read More

Wednesday, 27 July 2016

Sejenis Keterujaan

Sejenis Keterujaan | Ni pun simptom mak-mak jugak nih. Kakak memang dari dulu lagi suka usha baju-baju baby especially jenis romper or jumpsuit. Suka tengok baby pakai. Comel ngat! Kalau ke shopping mall & lalu bahagian baby & kids tu mata melilau je usha baju baby. Hahaha! Tapi sekadar usha gitu jela. Dapat belek-belek pun jadi dah tak dapat beli pun. ^_^"


Sekarang ni bertambah-tambah lagi la suka mengusha rompers & jumpsuits nih. Habis page jual barangan bayi kakak terjah. Hahaha! Haa, siapa ada page jual barang-barang baby tu bolehla share kat komen nanti.. Kakak terjah semuanya! Tehehee..




Usha-usha, lepas tu save gambar dalam phone.. Hahaha! Lepas tu hari-harilah membelek gmbar yang sama.. Kah! Tak ke cute tu haa? Korang tak rasa ke betapa cutenya baby bila pakai baju-baju ni? Allah, meltingnya hati mak-mak tengok.. Why u so cute??




Read More

Tuesday, 26 July 2016

Simptom Mak-Mak!

Simptom Mak-Mak! | Dulu selalu baca status & tulisan di blog rakan2 blogger yang dalam niche parenting. Selalu disebut tentang simptom mak-mak ni. Tapi masa tu kakak belum pernah ada pengalaman jadi mak, jadi tak tau apa sebenarnya rasa simptom mak-mak yang mereka sebut-sebutkan tu. Tapi seronok baca perkongsian para ibu dengan pengalaman menyambut & membesarkan anak mereka. Terutamanya bagi yang pertama kali bergelar mak. Macam2 ragam ada. Yang paling ketara ialah perasaan teruja nak sambut 'orang baru'..^__^


Sekarang simptom tu dah mula berjangkit kat kakak. Baru faham macamana rasa simptom mak-mak ni. Perasaan bercampur baur sangat. Tak percaya, terharu, gembira, teruja, gementar, semua ada.. Dah lama kakak tunggu nak rasa pengalaman macam ni. 5 tahun tu bukan satu jangkamasa yang pendek & bukan juga satu tempoh yang mudah bagi kakak & suami. Bagi yang mengalami je yang faham perasaannya macamana. Emosi, jiwa, mental semua nak kena kental. 


Okay, bukan nak cerita pasal kisah penantian yang panjang tu. Tapi nak kongsi pengalaman merasa simptom mak-mak ni haa.. Alhamdulillah, kakak dah masuk fasa trimester yang ketiga.. Dah 33 weeks & alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan yang baik. But guest what?? Weols still belum setel buat persiapan untuk kelahiran jr. pertama kami ni.. Hahaha! Dulu nak prepare rasa macam awal lagi.. Eh sekarang dah 7 bulan baru kenal erti menggelabah.. ^^," Barang kelengkapan banyak lagi tak prepare. Baru ni sempat shopping pakaian & beberapa kelengkapan grooming for jr. je. Tu pun sebab dah kena gertak dengan nurse supaya siapkan beg yang nak dibawa ke hospital masa bersalin nanti siap2. Kalau tidak, mesti tengah wat lek wat peace lagi kami laki bini  ni haa.. ^..^"


Arakian sungguh pun begitu, beg masih belum pack gak lagi ni. Nak tunggu kena gertak lagi sekali baru nak buat gamaknya. Hahah! Memang sejenis mak pak yang last minit kerjaannya..^^," Alhamdulillah, setel dah basuh baju2 jr. Tinggal nak lipat & pack dalam beg je lagi. Barang lain banyak lagi belum beli.. Wakakaka! Tunggu baby expo. Mohon bergagahlah hendaknya meredah lautan umat yang ramai tu nanti. Huhu~


Simptom mak-mak paling ketara yang kakak perasan sedang melanda diri kakak sekarang ialah, hari-hari belek baju jr, cium2, lepas tu usha page-page yang jual barangan baby, beberapa kali duk buat list barang apa lagi yang belum ada & nak kena prepare, lepas tu hari-harilah jugak duk study nama-nama indah Islam untuk jr.. Lepas tu mengah sendiri kes terlebih eksaited.. Kah! ^o^


Experienced mommies! Please share guide & tips for a newbie parents to be ni.. Tak ada pengalaman memang macam ginilah ni. Apa pun tak tau. Last minit segalanya. Semoga jr. stay dalam tummy ibu sampai cukup bulan.. Bagila can ibu & ayah setelkan kelengkapan awak dulu.. Gugugu~





Read More

Monday, 25 July 2016

DURRA Instant Shawl's Lover - SALES Say Goodbye To Durra!

DURRA Instant Shawl's Lover - SALES Say Goodbye To Durra | Siapa sini penggemar instant shawl macam kakak? Korang penggemar instant shawl dari jenama apa? As for me, kakak sangat-sangat falling in love dengan DURRA Instant Shawl by @marshmallowscarf. Memang sangat selesa, tak panas, & cukup labuh untuk cover apa yang patut. Kelabuhan boleh adjust ikut keselesaan masing-masing. 

Antara koleksi Durra kakak.. ^_^v

So far, kakak dah ada 10 helai koleksi DURRA Instant Shawl by @marshmallowscarf ni.. Zaman sekarang semua nak cepat saja. Jadi bagi yang suka berstail dengan tudung tu tapi nak jimat masa bersiap, memang kena pandai cari alternatif dengan instant shawl. Banyak jenama yang best-best kat luar sana tapi so far kakak sangat recommend @marshmallowscarf


Eh, ni bukan entri berbayar ye.. Ini hanyalah entri perkongsian dari hati kakak sendiri sebagai seorang penggemar instant shawl. Kakak tak dapat komisen apa-apa pun tau. Tapi sebab sangat berpuas hati, so kakak kongsikan di blog kakak. 


Pssst! Ni kakak nak bagitau.. @marshmallowscarf sedang mengadakan promosi SALE GEMBIRA 2.0 RETURNED & SALES SAY GOODBYE TO DURRA!!! Say goodbye means clearance stok untuk Durra.. Dah tak diproduce dah lepas ni.. So lepas ni dah tak ada dah koleksi Durra untuk kakak & uols grab.. Jadi sempena tengah promosi ni, baiklah uols grab cepat! Selain tu ada banyak lagi promosi dengan potongan harga sehingga 40% untuk jenis-jenis instant shawl yang lain seperti Peonies, Dahlia, Chloe, & Dalila Royale.. Promosi bermula dari 21–31 JULAI 2016! Boleh dapatkan secara online atau boleh terus ke Butik Marshmallow di Bangi Sentral.. 

Bye2 DURRA... Sobs! T_T



Untuk maklumat lanjut, boleh ke :





Read More

Open House 19 Syawal 2016!

Open House 19 Syawal 2016! | Masih berada di bulan Syawal 1437H.. Open house sana sini masih lagi hangat diadakan. Maklumlah, raya kan sebulan.. Ihiks! Kalau ikut semalam ada 2 open house yang kakak nak attend. Tapi dah masuk 33 weeks ni tak mampu dah nak jalan beraya lelama. Duduk lama2 pun dah tak lalu sangat dah. Nak bergolek je kat rumah je kalau boleh. Tapi macam tak mesra alam pulak raya2 ko duduk berkurung tergolek umpama dugong kekenyangan dalam rumah kan? Dah orang jemput tu, especially family, kakak gagahkan jugakla diri hadirkan diri. 


Semalam kakak hadir ke majlis open house pakcik saudara belah fil di Petaling Jaya. Barulah nak ada gambar ala2 raya sangattttt khon.. Serius tahun ni hari raya tak ada gambar raya langsung. Ada gambar selfie dengan Pak Diamond je. Tu pun snap sambil duduk kat dalam kereta je. Kat luar naharom nak bergambar. Penatlah kakak kau ni duk hangkut camera ke hulu ke hilir.. Tak larat nak posing & bergambar.. Jadi hangkutla camera tu sampai habis bateri. Hahahah! ^_^"


Semalam ni gagahla jugak sikit nak layan bergambar sebab ada aircond kot. Mengada sangat kakyung nih tau. Nak aircond saja. Tapi sekejap je la. Dah lama sikit kakak dah start melemau. Pinggang dah start sakit, betis dah start lenguh, sampai ke lengan2 pun lenguh dah. Serius lenguh yakmat.. Cucuk titanus hari tu pun tak adalah lenguh macam gitu. Pelik pulak rasa.


Ikutkan lepas beraya di PJ tu, ada beberapa buah rumah pakcik2 & makcik2 sedara belah fil lagi yang nak diziarah. Sekali semua dah datang berkumpul kat situ, maka lepas beraya dengan semua terus balik rumah je lepas tu. Alhamdulillah, lega.. Sebab kakak memang dah tak larat sungguh dah nak meronda beraya lepas tu. Kalau ikut petang or malam tu nak ke rumah kawan di Kajang, tapi tak berjaya jugak sampai ke rumahnya. Balik rumah terus melepek je. Hajat nak keluar balik petang or malam tu terkubur jua akhirnya. Memikirkan nak naik turun tangga tu lah yang bercinta sungguh rasa.. Maklumlah, rumah atas kayangan. Lif pulak nan hado. Pancit haku nak naik turun 2,3,4 kali.. -..-||


Baju recycle je. Tahun ni memang jimat belanja raya. Pak Diamond bagi duit suh shopping baju raya, kakak ko  wat lek wat peace je tak beli apa2. Dipaksa juga beli something, kakak belilah stoking 4 pasang. Hahaha! Mood nak shopping barang jr. je dah ni. Ibu tak ada baju baru pun tak apa. Janji kelengkapan untuk jr. lengkap.. Nasiblah ada jugak warna yang matchy2 ala2 sedondon nak buat gambar kenangan. Alhamdulillah, beraya seadanya je tahun ni namun cukup bermakna.. Terima kasih Allah atas nikmatMu.. ^_^




Read More

Thursday, 21 July 2016

Sihat Sebelum Sakit..

Sihat Sebelum Sakit.. | Orang kata sakit itu penghapus dosa. Ada pula yang kata sakit itu kifarah dari Allah. Tak kisahla apa pun pandangan individu terhadap istilah sakit. Apa yang pasti, bila sakit baru kita mula menghargai setiap detik kesihatan yang baik yang Allah kurniakan kepada kita selama ni. Betul tak? Sama seperti nikmat2 lain juga. Dah hilang, baru timbul rasa syukur pernah diberi nikmat itu sebelumnya.


Setiap yang sihat pasti akan merasa sakit. Setiap yang pernah diberi kelapangan pasti akan merasa kesempitannya. Setiap yang kaya pasti pernah merasa miskin. Setiap yang muda pula pasti akan merasa saat tiba usia tua. Dannnn setiap yang hidup pasti akan mati jua. 5 perkara sebelum 5 perkara. Ini selalu orang sebut.


Contoh seperti kesihatan kita. Semasa sihat, jarang kita nak amik tau atau titik beratkan soal mengekalkan kesihatan optimum. Bila disuruh amalkan pengambilan suplemen yang penting sedari awal, kita selalu berkira2 nak keluarkan duit untuk tujuan itu. Lepas tu beralasan, masih sihat tak perlu makan suplemen. Orang sakit sahaja yang kena makan supelemen. Walhal, suplemen itulah diperlukan semasa kita sihat untul bantu mengekalkan kesihatan kita. Kena tau, suplemen itu hanyalah sekadar makanan tambahan, bukan ubat yang merawat penyakit.


Bila dah sakit, laaaagi baaaaanyakkk kena keluar belanja. Nak jumpa pakar, nak bayar kos rawatan, kos hospital, kos ubat-ubatan, kos follow up checkup, kos dialisis dan sebagainya. Jadi, amalkanlah pengambilan suplemen penting sedari kita masih sihat ni. Jangan banyak beralasan, jangan terlalu berkira nak melabur untuk kesihatan yang optimum. 


Bukan bebel.. Nasihat.. Peringatan untuk diri sendiri juga.. ^_^v



Read More

Thursday, 14 July 2016

Aidilfitri 2016!

Aidilfitri 2016! | Assalamualaikum & selamat pagi kesayangan! Pejam celik pejam celik dah minggu kedua dah rupanya kita berada di bulan Syawal tahun ni. Tahun ni Kak Diamond beraya alah kadar saja. Bersederhana. Raya pon tak banyak berjalan. Jadi nak cerita pasal raya tu macam tak ada cerita sangat. Hahah! ^_^"


Seminggu sebelum raya tu kakak balik kampung belah kakak dulu di Terengganu. Menyelesaikan urusan cod tempahan kuih raya customer & berpuasa dengan mak dulu beberapa hari. Maklumlah tahun ni giliran beraya belah suami. Jadi sebelum balik ke kampung belah suami di Ipoh, kakak ambil peluang untuk berpuasa & berbuka dengan keluarga belah kakak dulu. 3 hari sebelum raya baru kami bertolak balik ke Ipoh. Alhamdulillah, sempat juga berpuasa dengan mertua beberapa hari. 


Raya pertama kami tak ada ke mana pon. Duduk rumah je menunggu sanak saudara datang berkunjung. Sampailah ke tengah malam, baru boleh berehat seusai semua tetamu pulang. Raya kedua baru kami pulang beraya ke kampung belah arwah atuk & opah suami di Teluk Intan. Haa, hari kedua ni memang kakak flat habis. Menjelang petang tu dah melepek kepanasan & kepenatan. Dah start bersin2 & selsema. Lepas maghrib, terus bertolak balik Ipoh. Lewat jugak sampai rumah mertua sebab memusing cari kedai makan pulak malam tu. Sampai rumah tak cakap banyak dah.. Terus bersih2kan badan, solat & tidur.. 


Raya ketiga sekadar ke rumah saudara belah FIL je di Tanjung Rambutan. Tu pon sebuah rumah je. Lepas tu terus ke rumah FIL di Taman Rapat Setia. Beraya dengan adik beradik kat sana. Lepas maghrib tu keluar balik ke rumah saudara dengan FIL & adik beradik. Malam tu terus shoot ke rumah best friend Pak Diamond di Sungai Rokam. Masa tu pon memang dah melepek habis gak dah. Kalau ikutkan, memang dari petang tu dah rasa tak larat sangat dah. Hidung dah tersumbat parop. Gugugu~ Tapi kuatkan juga la diri memandangkan raya setahun sekali je.


Balik malam tu macam biasa, terus bersihkan diri, solat & tidur. Raya ke-4 plannya nak join FIL & adik beradik beraya ke rumah sanak saudara belah FIL pulak. Tapi bangun pagi tu pon dah melepek tak larat. Terpaksa cancel plan. 


Petang tu makcik belah MIL datang beraya ke rumah MIL. Lepas tu kami terus siap2 nak bertolak balik KL. Otw tu singgah rumah Pak Anjang di Tapah dulu. Kebetulan family Mak Uda & Paksu ada kat sana. Semua nak balik KL dah. Jadi betulkan urat dulu sementara tunggu trafik okay di highway.. Makan kenyang2, then siap2 balik KL. Kami konvoi balik KL kira2 jam 9 lebih malam tu. Alhamdulillah, trafik tak lah jam sangat. Kitorang pon ikut jalan dalam. Sampai Behrang baru masuk highway balik. Exit terus ikut Latar.. Alhamdulillah, selamat sampai rumah dalam pukul 12 lebih tengah malam. 


Esoknya keluar kejap ke Sunway Pyramid teman Pak Diamond cari barang. Keluar pukul 11 pagi, pukul 2 petang dah tercongok kat rumah. Hahah! Memang tak larat sungguh dah rasa nak meronggeng. Kalau dulu lambat diajak berjalan, selagi tak tutup kedai, selagi tu lah tak reti nak balik. Sekarang ni belum puas meronggeng, dah ajak balik. Lenguh betis, lenguh pinggang semua. Fikir nak balik bergolek je.. Huhu~ Ni tak taula gagah ke tidak nak menyopping barang baby nanti kalau gini gaya.. Gugugu~



Okaylah, tu jelah cerita raya kami tahun ni. Gambar memang nan hado. Beriyalah bawa camera segala. Tapi tak guna pon sudahnya. Kihkih! Yang ada, gambar selpie berdua je & gambar raya pertama ni je haaa.. Semoga masih diberi keizinan untuk bertemu Ramadhan & Syawal tahun depan. In Shaa Allah pengalaman baru lagi tahun depan.. Moga dipermudahkan & dipanjangkan umur. Selamat Hari Raya semua! Xoxo!




Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com