Aidilfitri 2016!

by - 10:39:00 am

Aidilfitri 2016! | Assalamualaikum & selamat pagi kesayangan! Pejam celik pejam celik dah minggu kedua dah rupanya kita berada di bulan Syawal tahun ni. Tahun ni Kak Diamond beraya alah kadar saja. Bersederhana. Raya pon tak banyak berjalan. Jadi nak cerita pasal raya tu macam tak ada cerita sangat. Hahah! ^_^"


Seminggu sebelum raya tu kakak balik kampung belah kakak dulu di Terengganu. Menyelesaikan urusan cod tempahan kuih raya customer & berpuasa dengan mak dulu beberapa hari. Maklumlah tahun ni giliran beraya belah suami. Jadi sebelum balik ke kampung belah suami di Ipoh, kakak ambil peluang untuk berpuasa & berbuka dengan keluarga belah kakak dulu. 3 hari sebelum raya baru kami bertolak balik ke Ipoh. Alhamdulillah, sempat juga berpuasa dengan mertua beberapa hari. 


Raya pertama kami tak ada ke mana pon. Duduk rumah je menunggu sanak saudara datang berkunjung. Sampailah ke tengah malam, baru boleh berehat seusai semua tetamu pulang. Raya kedua baru kami pulang beraya ke kampung belah arwah atuk & opah suami di Teluk Intan. Haa, hari kedua ni memang kakak flat habis. Menjelang petang tu dah melepek kepanasan & kepenatan. Dah start bersin2 & selsema. Lepas maghrib, terus bertolak balik Ipoh. Lewat jugak sampai rumah mertua sebab memusing cari kedai makan pulak malam tu. Sampai rumah tak cakap banyak dah.. Terus bersih2kan badan, solat & tidur.. 


Raya ketiga sekadar ke rumah saudara belah FIL je di Tanjung Rambutan. Tu pon sebuah rumah je. Lepas tu terus ke rumah FIL di Taman Rapat Setia. Beraya dengan adik beradik kat sana. Lepas maghrib tu keluar balik ke rumah saudara dengan FIL & adik beradik. Malam tu terus shoot ke rumah best friend Pak Diamond di Sungai Rokam. Masa tu pon memang dah melepek habis gak dah. Kalau ikutkan, memang dari petang tu dah rasa tak larat sangat dah. Hidung dah tersumbat parop. Gugugu~ Tapi kuatkan juga la diri memandangkan raya setahun sekali je.


Balik malam tu macam biasa, terus bersihkan diri, solat & tidur. Raya ke-4 plannya nak join FIL & adik beradik beraya ke rumah sanak saudara belah FIL pulak. Tapi bangun pagi tu pon dah melepek tak larat. Terpaksa cancel plan. 


Petang tu makcik belah MIL datang beraya ke rumah MIL. Lepas tu kami terus siap2 nak bertolak balik KL. Otw tu singgah rumah Pak Anjang di Tapah dulu. Kebetulan family Mak Uda & Paksu ada kat sana. Semua nak balik KL dah. Jadi betulkan urat dulu sementara tunggu trafik okay di highway.. Makan kenyang2, then siap2 balik KL. Kami konvoi balik KL kira2 jam 9 lebih malam tu. Alhamdulillah, trafik tak lah jam sangat. Kitorang pon ikut jalan dalam. Sampai Behrang baru masuk highway balik. Exit terus ikut Latar.. Alhamdulillah, selamat sampai rumah dalam pukul 12 lebih tengah malam. 


Esoknya keluar kejap ke Sunway Pyramid teman Pak Diamond cari barang. Keluar pukul 11 pagi, pukul 2 petang dah tercongok kat rumah. Hahah! Memang tak larat sungguh dah rasa nak meronggeng. Kalau dulu lambat diajak berjalan, selagi tak tutup kedai, selagi tu lah tak reti nak balik. Sekarang ni belum puas meronggeng, dah ajak balik. Lenguh betis, lenguh pinggang semua. Fikir nak balik bergolek je.. Huhu~ Ni tak taula gagah ke tidak nak menyopping barang baby nanti kalau gini gaya.. Gugugu~



Okaylah, tu jelah cerita raya kami tahun ni. Gambar memang nan hado. Beriyalah bawa camera segala. Tapi tak guna pon sudahnya. Kihkih! Yang ada, gambar selpie berdua je & gambar raya pertama ni je haaa.. Semoga masih diberi keizinan untuk bertemu Ramadhan & Syawal tahun depan. In Shaa Allah pengalaman baru lagi tahun depan.. Moga dipermudahkan & dipanjangkan umur. Selamat Hari Raya semua! Xoxo!




You May Also Like

1 Silent Hunter's Footprints

  1. salam aidilfitri buat mieja n husb..

    nti thn depan klo raya trg, jgn lupa mri rmh ambe ye..

    ReplyDelete