Bila Waktu Terbaik Untuk Membeli Kelengkapan Bersalin? |

by - 8:30:00 am

Bila Waktu Terbaik Untuk Membeli Kelengkapan Bersalin? | Selamat pagi! Hari ni kakak akan bertolak pulang ke kampung kakak di Terengganu untuk 'check in' wad kat sana. Bagi yang belum tau kisah tu boleh baca entri kakak yang semalam ye. So hari ni kalak nak share tentang pengalaman kakak membuat persiapan untuk sambut kelahiran Diamond Jr. In Shaa Allah tak lama lagi ni. 




Minggu ni usia kandungan kakak dah masuk 34 minggu. Lagi sehari genaplah 8 bulan. Sekejap je rasa. Tiba-tiba dah nak 8 bulan dah Diamond Jr. duduk dalam perut ibu. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaan yang tak terhingga ni. Sepanjang hampir 8 bulan ni tidak banyak ragam si Jr. Cuma masalah HB low di sepanjang kehamilan iaitu dari awal sampailah 30 minggu. Masuk 33 minggu HB dah naik cantik dah. Alhamdulillah, lega sangat. Sekarang ni tinggal masalah Placenta Previa je lagi. Harap masih sempat untuk usahakan supaya uri naik balik sebelum bersalin.. Gugugu~


Dari segi persiapan dan kelengkapan bersalin pula, setakat hari ni alhamdulillah dah setel dah semua. Segalanya last minit. Serius sangat memenatkan membeli di waktu-waktu macam gini. Shopping pun dah serupa kena kejar dek hantu dah lagaknya. Capai itu ini sekadar ikut senarai barangan yang dah dicatat seawal kandungan berusia 5 bulan lagi. Dah sarat, memang tak larat nak berlama-lama di luar. Tambah pula lately ni kakak kembali diserang beberapa simptom sickness masa awal-awal kehamilan dulu. Migrain & sebu perut.. Sesekali datang rasa mual nak muntah. Huhu.. Dengan Pak Diamondnya 2,3 hari ni pun tak berapa sihat sama macam kakak juga. Dua-dua melemau je bershopping. Bukan tak excited. Kalau ikutkan terlebih excited kami dua ni, tapi disebabkan tahap kesihatan yang kurang baik tu potong habis mood. Aduhhh..


Sebenarnya dari sebulan yang lepas, kakak memang dah plan nak cari kelengkapan bersalin & keperluan bayi di TCE Baby Expo yang berlangsung pada 28-31 Julai lepas. Tapi end up kakak ke kedai biasa je memikirkan tak daya nak meredah lautan manusia yang ramai kat expo tu. Memang tak dinafikan jualan di expo jauh lebih murah tapi atas faktor kesihatan, kena kuburkan hasrat tu. 


Jadi atas pengalaman kakak ni, kakak cadangkan kepada bakal parents di luar sana terutamanya first timer macam kami ni, cubalah senaraikan keperluan & kelengkapan bersalin untuk ibu & bayi awal-awal. Dapatkan nasihat mereka yang berpengalaman. Banyakkan bertanya tentang kelengkapan yang perlu diutamakan. Sebab anak first ni kita tak ada pengalaman. Nak kena fikir juga kebarangkalian terpaksa bersalin awal atas faktor kesihatan atau apa-apa permasalahan yang bakal timbul. Macam kakak, hujung-hujung pregnancy ni dapat pula berita ada masalah Placenta Previa Type 3. Memang kebarangkalian untuk bersalin awal tu ada & memang sepatutnya dah kena lengkap semua kelengkapan. Tapi weols last minit ni lah baru nak prepare. Risiko juga tu tau. Tapi Alhamdulillah, sempat setel sebelum masanya. ^_^


Dah buat list barang kelengkapan semua tu lama dah sebenarnya. Sedari usia kandungan 5 bulan lagi. Tapi terasa awal sangat pula nak beli masa tu. Lagi pun dengar dari pengalaman ibu-ibu berpengalaman, elok lah mula semasa usia kandungan dah mencecah 7 bulan. So kakak tunggulah sampai 7 bulan. Lepas tu nak tunggu expo pulak. Last-last tak pergi pun expo. Kahkah! Maka berlakulah kehuru-haraan. Bila nak start buat persiapan tu baru terasa eh, banyak juga rupanya nak kena prepare. Hahah! 


So, bagi kakak tak salah rasanya jika nak mula membuat persiapan kelengkapan bersalin ni sedari awal. At least masa usia kandungan masuk 6 bulan tu dah mula dah beli sikit-sikit supaya tak adalah kelam kabut di hujungnya. Kecualilah ibu tak ada apa-apa masalah kesihatan yang merisikokan kandungan. Bagi ibu yang bakal melahirkan bayi kedua dan selepasnya tu rasanya tak ada masalah sangat sebab boleh recycle baju-baju anak first dulu. Sebab baju baby ni pakai tak lama pun kan? Baby cepat membesar.. Ni kata ibu-ibu berpengalaman la.. Kakak pun tak tau sangat. Hehe.. Macam barang-barang lain seperti set tilam, baby cot, breast pump, buaian, rocker or bouncer tu if yang baby first dulu dijaga dan disimpan dengan baik, masih lagi boleh guna untuk next baby. Jadi tak adalah banyak sangat nak kena prepare for the next baby. Betul tak?


Apa-apa pun ini hanyalah sekadar pandangan kakak as a newbie parent to be. Nak share lebih-lebih pun, kakak sendiri baru pengalaman pertama nih. Jadi kakak share sebagai seorang yang sedang melalui pengalaman pertama sahaja. Selebihnya boleh rujuk kepada yang lebih berpengalaman. Peace! ^_^v

Doakan kami tiba ke destinasi dengan selamat..









You May Also Like

7 Shaklee Lovers Visit

  1. Alhamdulillah...lama tak singgah sini...dah ada diamond Jr...kalau MV biasa masa 6 bulan dah ready beli brg2..means masa kandungan dah 7 bulan barangdah lengkap..kalau pasal baju pula mmg beli size besar sebab baby ni kalau pki newborn punya size paling lama pun sebulan jer... placenta previa type 3...MV dulu type 2...tapi masa kandungan dah 8 bulan placenta naik so MV tak kena oprate..apa2pun MV doakan Miza selamat melahirkan baby yang comel.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MV sudi berkongsi pengalaman.. Itulah kan, tak pernah ada pengalaman ni memang tak tau nak prepare apa semua.. Tapi alhamdulillah sempat setel before bersalin.. Kalai tidak, huru hara jugak ni.. Gugugu|

      Delete
  2. Sebab dah lama sangat tak beranak mak dah naik lupa pulak Miza...Apa pun moga selamat sampai ke Terengganu dan dipermudahkan bersalin nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Takpe sis.. Apa pun terima kasih atas doanya.. ^_^

      Delete
  3. Assalamualaikum awak. Lama tak singgah sini. Alhamdullilah.. syukur awak dah pregnant. Yeahh kawan umar la ye..sebaya ni. Hihii semoga dipermudahkan urusan sehingga bersalin ye. Rindu nak blogwalking sini. Miza sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Sheila.. Alhamdulillah, after 5 years waiting akhirnya Allah makbulkan jua doa kite.. Huhu~ Kite pon dah lama x bw ke blog awak.. Huhu.. Sekarang ni sihat gini2la.. Tapi still kat spital.. Btw thanks sudi singgah sini & terima kasih juga atas doanya.. ^_^

      Delete
  4. Lama tak singgah sini...
    Moga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete