Blogger templates

Friday, 5 August 2016

Hari Ke-3 Di Wad Bersalin

Hari Ke-3 Di Wad Bersalin | Hari ni dah masuk hari ke-3 Kak Diamond warded. Pak Diamond pun dah balik KL sambung rutin bekerja. Alhamdulillah, kesihatan kakak dah makin pulih selepas melalui hari yang panjang semalam.. Tenaga pun dah kembali pulih memandangkan kakak dah dibenarkan makan. Puasa hari ni dari pukul 12.00 tengah malam semalam sampai pukul 10.00 pagi tadi sahaja. Lepas tu doktor dah bagi makan dah. Air drip & tiub kencing pun dah ditanggalkan. Barulah rasa mudah sikit nak bergerak. But still kakak tak dibenarkan banyak berjalan or bergerak terlalu aktif. Sekadar nak ke tandas tu ok la. Jangan merayap sampai ke centre point depan hospital ni pulak kata doktor.. Hahah! Macam tau je seorang makyung bernama Rosmiza ni sejenis tak reti lekat kat dasar..^_^"

Alhamdulillah, dah off drip.. ^_^

Bleeding setakat pagi tadi masih ada lagi, cuma dah makin kurang & dah makin kering. Alhamdulillah. If tak ada continuous bleeding, kakak tak perlu puasa & pakai drip or tiub kencing dah. But akan ditahan di wad sampailah kakak bersalin which is lama lagi. Means dalam sebulan juga la kakak akan bermastautin kat dalam ni. Tapi tak mengapalah, at least boleh bedrest lama sikit. Makan minum orang sedia. Patient tinggal makan tidur je.. Mihmih!(--,) Kalau kat rumah confirmla kakak tak reti nak duduk diam. Ada je benda nak buat. Cuma kesian kat Pak Diamond je lah terpaksa tinggal lama2 kat sana.. Huuu~


Okaylah, rasanya itu sahaja update dari kakak untuk hari ni. In Shaa Allah, akan keep u guys updated jika kesihatan kakak mengizinkan. Kakak mohon pertolongan semua untuk terus berdoa agar segala urusan kakak di sini dipermudahkan dan selamat semuanya ye. Terima kasih atas jasa baik semua!





Salzam sayang,
– Kak Diamond –
Xoxo!


6 comments:

  1. lamanya.. semoga dipermudahkan buat kak ros...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Boleh jadi tok penghulu la duk sini lama2.. Tsk! Btw, thanks dear for the do'a..^_^

      Delete
    2. kak ros dah bersalin kah...

      Delete
  2. Moga semuanya dipermudahkan buat kakak..:)

    ReplyDelete
  3. Plesenta previa ke RA.... elok sangatlah rest kat sepital tu, apa apa hal doktor tau apa nak buat kan.
    Moga Allah permudahkan urusan awak ye RA

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan kak......aminnn

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com