Placenta Previa - Adakah Merbahaya Dan Merisikokan Kandungan?

by - 8:05:00 pm

Placenta Previa - Adakah Merbahaya Dan Merisikokan Kandungan? | Assalamualaikum.. Lewat update hari ni. Banyak urusan perlu diselesaikan. Memang agak kelam kabut sikit nak menyambut 'orang baru' ni. Tambahan pula ini merupakan pengalaman kali pertama Kak Diamond dan suami. ^^,"


Hari ni kakak ada follow up appointment di Hospital Serdang untuk scan kedudukan uri. Last scan 3 minggu lepas, uri duduk kat bawah dan menutup sebahagian jalan keluar bayi. Atau dalam bahasa perubatannya dipanggil Placenta Previa Type 3.. Hari ni pergi follow up scan pagi tadi uri masih berada di bawah tapi kali ni dah menutupi sepenuhnya laluan keluar untuk bayi. Jadi doktor suruh 'check in' wad by this week juga sebab risau risiko bleeding. Huhu~


Tapi kakak & Pak Diamond minta untuk refer ke wad di hometown kakak di Terengganu. Senang if anything sebab family & adik beradik ramai belah sana. Maklumlah, anak pertama. Zero experience. So by tomorrow In Shaa Allah akan terus bertolak balik kampung. Doakan semoga kami selamat sampai ye.


Alang-alang dah bercerita tentang Placenta Previa ni, kakak nak kongsikanlah sikit berkenaannya. Boleh juga kakak jadikan rujukan bila-bila in case terlupa ke apa kan? Sambil-sambil tu kakak rasa boleh memberi sedikit info bermanfaat untuk bacaan pembaca di blog RosmizaAli.Com ni. Jom tambah ilmu! 


Apa Itu Placenta Previa?


Image Credit To Google

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini.


Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. 



Adakah Placenta Previa Membahayakan Kandungan Dan Ibu?

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi. 



Jenis-Jenis Placenta Previa :-


Image Credit To Google

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti yang disenaraikan di bawah, di mana 2 jenis yang pertama adalah yang paling biasa berlaku.
Type I : Plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim. Namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan secara normal iaitu melalui vagina; 

Type II : Bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya. Maka bayi masih boleh dilahirkan secara normal iaitu melalui vagina; 

Type III : Plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks. Oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;

Type IV : Plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean. 



Walaubagaimanapun, bagi ibu yang dah buat imbasan ultrasound di awal kehamilan tu jangan risau sangat if nampak uri berada di bahagian bawah. Itu normal dinperingkat awal kehamilan. Uri akan perlahan-lahan naik semula ke atas seiring dengan tumbesaran fetus. Apa pun kakak doakan semoga para ivu hamil di luar sana dapat melahirkan secara normal dan sihat kedua-duanya. Doakan kakak juga ye.




*Sumber Info : BabyCentre





You May Also Like

4 Shaklee Lovers Visit


  1. Uikksss... rupanyaa...
    kene bed rest la nampaknya..

    Semoga dipermudahkan urusan miza sekeluarga..
    ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kak citah.. Bedrest sampai sebulan kat spital.. Bertabah jela.. Jadi tok penghulu kat spital ni.. ^_^"

      Delete
  2. MV dulu masa anak ke4 ..type 2..tapi xda bleeding..dan bersalin normal..tapi agak susah juga masa bersalin ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Tapi Alhamdulillah la kan dapat bersalin normal.. Apa2 pon semua ni rezeki Allah bagi.. Terima jelah if terpaksa bersalin secara caeser pon.. Asalkan baby selamat & sihat.. In Shaa Allah..

      Delete