Blogger templates

Friday, 30 September 2016

Duktus Tersumbat Punca Bengkak Susu

Duktus Tersumbat Punca Bengkak Susu | Assalamualaikum.. Salam Jumaat penuh barokah.. Salam kegembiraan juga buat mereka yang bekerja sebab esok cuti kan? Isnin pon cuti kan? Seronoklah dapat cuti panjang.. Hehe.. Okay, hari tu MD ada share berkenaan bengkak susu kan? Biasalah bila ada satu2 perkara baru berlaku pada diri sendiri, MD akan buat research dengan merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman & google extra info di rangkaian internet. Sebagai hasil carian, barulah MD tahu bahawa bengkak susu ni berpunca dari duktus yang tersumbat.


Duktus tu dalam bahasa lainnya ialah kelenjar. Jadi bengkak susu ni terjadi apabila kelenjar susu tersumbat. Terdapat beberapa simptom untuk mengenali masalah duktus/kelenjar tersumbat. Antara simptom2nya ialah :-
  • Kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pam;
  • Penghasilan susu yang merudum;
  • Susu yang menjadi lebih pekat dan melekit akibat payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya selepas penyusuan/pam.



Image Extracted From Google

Punca Puting Tersumbat
Puting tersumbat disebabkan oleh payudara yang tidak diperah secara efektif oleh bayi semasa menyusu. Inilah sebabnya mengapa bengkak masih tidak surut walaupon ibu telah direct feeding atau mengepam dengan kerap.


Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah :-
  1. Teruskan penyusuan walaupun ia menyakitkan. Susukan ibayi sekerap mungkin dan elakkan jarak masa yang panjang di antara setiap sesi penyusuan.
  2. Cuba pelbagaikan posisi penyusuan. Ini boleh membantu mendapatkan posisi terbaik supaya bayi boleh melekap dan menyusu dengan lebih efektif.
  3. Gunakan pam payudara selepas setiap sesi penyusuan. Ini bertujuan untuk membantu mengosongkan payudara supaya puting tidak tersumbat.
  4. Urut payudara setiap kali sebelum dan selepas penyusuan bagi melancarkan aliran susu badan dan mengelakkan kelenjar susu dari tersumbat.
  5. Tuam payudara dengan kain atau tuala lembut yang hangat sebelum penyusuan dan gunakan tuala sejuk selepas penyusuan.
  6. Mandi dengan menggunakan air hangat.
  7. Banyakkan meminum air suam. 


Jadi inilah antara kaedah2 yang MD cuba praktikkan sekarang untuk elakkan bengkak susu. Dan lagi satu rahsia untuk atasi masalah duktus tersumbat atau bengkak susu ni ialah, amalkan pengambilan LECITHIN.


LECITHIN ni sangat membantu tau. Ia berfungsi melancarkan aliran susu badan. Jadi bila aliran susu badan lancar, kuranglah kebarangkalian terjadinya bengkak susu. MD pon baru je cuba ambil LECITHIN untuk tujuan ni. So far alhamdulillah, dah jarang dah kena bengkak susu.. Kalau ada pon tak adalah  seteruk sebelum2 ni yang sampai tak boleh nak angkat tangan tu. Apa2 pon semuanya dengan izin Allah belaka.. Pengambilan suplemen semua ni hanyalah sebagai asbab sahaja. Tapi tak menjadi salah jika kita mencuba dan berikhtiar kan?


Okaylah, kalau korang ada masalah bengkak susu yang kronik & nak cuba atasinya dengan LECITHIN, boleh roger MD di talian 019.532.7438 (whatsapp/telegram/sms only). In Shaa Allah, MD akan bagi pembaca blog RosmizaAli.Com ni special price untuk setiap pembelian produk2 Shaklee yang tak dapat kat orang lain tau. Tapi kena mentionlah ye yang korang ni pembaca setia blog MD ni.. Plus rajin2lah komen & exposekan diri. Hehe.. Mana tau tetiba MD baik hati nak bagi suplemen free ke.. ^_~




Read More

Thursday, 29 September 2016

Suntikan Hepatitis B Dos Kedua Si Kecil

Suntikan Hepatitis B Dos Kedua Si Kecil | Pada 27/9 iaitu hari Selasa lepas, MD bawa si Putera Kenit ke klinik kesihatan untuk mendapatkan suntikan vaksin Hepatitis B dos kedua bagi bayi berumur 1 bulan. Sepatutnya jika diikutkan, 15/9 tu dah genap 1 bulan dah umur si ke it ni. Tapi entah kenapa jururawat yang datang melawat MD semasa dalam pantang dulu bagi tarikh 27hb pula. Kira dah 1 bulan 12 hari baru kena cucuk. Tapi tak mengapalah kalau tak ada apa2 kesan sampingan cucuk lambat. Asalkan anak mendapat vaksin yang sepatutnya dan mencukupi.

Image Extracted From Google

Awal2 tu MD cuak jugak takut si kenit ni meraung kena cucuk. Maklumlah, si kenit Naufal ni kalau dah start meraung Allahu bagai kena dera. Panik ibu dibuatnya. Tapi Alhamdulillah, merengek sekejap je masa kena inject tu. Terkejut agaknya sebab masa nurse cucuk tu dia tengah tidur. Tiba2 orang cucuk pulak kan, marah la dia tidur kena kacau. Hahah!


Review perkembangan dia dengan doktor, so far alhamdulillah Naufal membesar dengan baik. Berat dah naik ke 4.05 kg. Dari semasa lahir di usia kandungan 36 minggu, berat Naufal hanya 2.2 kg. Sekarang dah naik hingga 4.05 kg. Satu perkembangan yang sangat baik menurut doktor apabila dilihat pada graf kenaikan berat. Ibu je cuak sikit sebab macam banyak sangat naik tetiba. Tapi doktor kata tak perlu risau, semuanya normal sahaja. Boleh teruskan penyusuan eksklusif macam biasa. Masalah kesihatan lain pon tak ada. Tindakbalas anggota badannya semua normal. Ibu is so lega nakk.. ^_^


Review luka ibu pulak, dari nurse hingga ke doktor, semua cakap kesan luka tu cantik. MD pon tak tau macamana istilah cantik tu pada mereka. Tapi dah banyak klinik MD pergi bermula dari kampung lompat sana sini sampailah ke Kajang ni, semua cakap luka cantik. Siap puji cakap bagus doktor yang operate MD masa bersalin hari tu. Nicely done! Nice celah mana pon tak tau. ^..^"


Maybe sebab MD amalkan ambil ESP & VITAMIN C secara konsisten semasa berpantang ni kot. Dua2 produk ni memang sangat membantu MD menjalani proses berpantang dengan sihat, cergas & bertenaga walaupun berpantang sendiri. Luka cepat sembuh sebab ESP ni ada kandungan asid amino penting yang membantu dalam pembinaan semula sel2 tubuh. Jadi mana sel2 yang dah rosak semasa pembedahan tu diganti semula dengan sel2 baru dengan lebih cepat. Sama juga dengan VITAMIN C. Sangat membantu dalam penyembuhan luka dalaman. Orang tua2 suruh makan sunkist hari2, MD tak mampu nak telan masam2 ni kerap sangat. Sebab tu MD ambil VITAMIN C SHAKLEE ni. Sebiji VITAMIN C ni bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren sunkist. Lagi banyak kandungan vitamin c dia berbanding makan buah fresh sebiji sehari.


Apa-apa pon MD is so happy sebab hari ni dah hari ke-44 MD berpantang! Yeaahuuu! Lepas ni dah habis pantang dah.. Badan pon dah makin sihat. Cuma perlu teruskan konsisten dengan pemakanan yang sihat & pengambilan suplemen untuk bantu MD teruskan penyusuan eksklusif. In Shaa Allah..


Okay si kenit dah merengek. Sampai sini dulu ye.. Tata! ^_~v



Read More

Wednesday, 28 September 2016

Bengkak Susu.. Aduh, Sakitnya!

Bengkak Susu.. Aduh, Sakitnya! | Assalamualaikum.. Bersiaran lagi hari ni. Kelmarin tak sempat nak mengarang.. Sampai terlepas dah satu contest ni. Huuu~ Takpelah, anggap jelah tiada rezeki. Memang sedikit sukar nak konsisten update blog post baru bila ada anak kecik ni. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru ni terutama bab pengurusan masa. Kalau ada yang sempat post tu pon ambil masa beberapa jam or beberapa hari buat draft sebelum berjaya publish. -..-"


Okay, berbalik kepada topik yang MD (eh, dah tukar gelaran..) nak share hari ni, tentang bengkak susu. Siapa pernah mengalaminya? MD inilah pengalaman pertama mengalami bengkak susu.. Ya Allah, sakitnya tu Tuhan je yang tau. Pertama kali kena tu rasa macam nak menangis je. Rasa macam nak give up bf pon ada. Sakit dia macam ada seketul batu besar menghempap dada. Dia punya bengkak tu keras macam batu. Tersentuh sikit pon rasa macam nak meraung.. Serius tak tipu. Tapi dalam hati sempat berbisik, "begini rasanya sakit bengkak susu ye?".. Huhu..

Image Extracted From Google

Sebelum ni dengar perkongsian dari rakan-rakan yang dah bergelar ibu je tentang pengalaman bengkak susu ni. Dari apa yang dikongsikan, memang sakit bunyinya. MD siap cakap, sakit sangat ke? Sekali kena kat diri sendiri baru ko kenal erti derita.. Gugugu~ Ini pon menaip di pagi buta sambil menahan sakitlah ni.. T_T


Ada sekali tu kena bengkak susu, sakitnya sampai tak boleh nak angkat tangan. Nasib baiklah sekali bengkak tu sebelah je. Kalau hari ni bengkak belah kiri, esok bengkak belah kanan pulak. Kalau bengkak dua-dua serentak, tak taulah macamana seksanya. Sebelah pon dah tak tertanggung sakitnya. Paling ngeri bila bengkak dan pedih time anak menyusu. Tu pon ada kena sekali hari tu. Sambil bf sambil menitik airmata tahan sakit. Sumpah sakit.. Tapi terpaksalah tahan sampailah bengkak tu surut.. Selagi tak surut, bertahan jelah semampunya.. Huhuu~


Orang kata kalau nak bagi surut bengkak tu, bagi je anak bf walaupun sakit or pedih.. Tapi bukan sekali bf terus surut, kena bagi anak bf 4-5 kali baru reda bengkak & sakit tu. Bermaksud kenalah menahan sakit beberapa jam dulu sebelum reda bengkak tu. Huhuhu~ Macamana MD atasi bengkak susu? Later MD share dalam entri lain ye.. Satu entri ni saja pon dah makan masa 2 hari baru boleh publish.


Btw, sebenarnya ni entri semalam.. Tapi tak dan nak publish sebab semalam seharian  di luar. Pagi bawa si putera kenit pergi checkup & cucuk 1 bulan sampailah ke tengahari (well what ko nak expect checkup di kk? -..-||..).. Tengahari pergi cari makan.. Konar sana konar sini, petang baru sampai ke branch Shaklee untuk setelkan order dari customer..


Eh, alang-alang dah sebut pasal Shaklee ni, haa siapa belum grab offer harga promosi produk hot ESP & VITAMIN C, korang masih ada 2 hari je lagi nak sambar k.. Nak tau hot tak hot, ESP di branch Kota Bharu dah OUT OF STOCK tau semalam.. Tapi kat KL ni still ada stok lagi.. Tapi tu semalam la.. Hari ni tak tau la ada lagi ke tidak.. Anyway, apa-apa nak tanya korang direct jelah roger MD ye.. Ni haa nombor talipon — 019.532.7438 (whatsapp/telegram/sms only).. Okaylah, sampai sini dulu. Tata! ^_~*



Read More

Air Oh Air

Air Oh Air | Assalamualaikum.. Pagi ni bersiaran dari Nilai.. Ini semua gara-gara ketiadaan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air bersih di sekitar Selangor termasuklah tempat MD. Leceh hoii tak ada air dengan anak kecik ni. Duduk rumah 'atas kayangan', liftnya pula tak ada, memang bercinta la nak mengangkut air naik atas. -..-"

Image Extracred From Google

Dengan semalamnya seharian berurusan di luar, badan melekit belengas tengik semua ada.. Balik rumah tak ada air.. Derita badan weyh.. Nasib baik kakak ipar (kaka husband) sekeluarga awal-awal dah sewa homestay di Nilai ni. Kebetulan ada bilik kosong, so kakak ipar invite la kami 3 beranak stay kat sini sekali sementara tunggu bekalan air disambung semula. Maka di sinilah MD hari ni mungkin sampai malam ni. Dengan harapan hari ni dah ada air la kat kawasan rumah MD tu..


Air kat Nilai ni kemain lajunya. Seronok sungguh nak bermandi manda. Sampai boleh lemas MD kat bawah shower tu. Kahkah! Seperti tak pernah jumpa air pula lagaknya.. Ish! Punyalah syok.. Yelah, semalam sebelum bertolak ke sini sempat lap-lap badan je. Hari ni jumpa air mau tak kegembiraan.. Hahah!


Apa-apa pon harap isu air bersih di Selangor ni dapatlah diselesaikan dengan kadar segera. Sengsara rakyat marhaen tak ada air ni. Tak kan tiap kali tak ada air nak kena berpindah randah macam gini. Dah serupa kaum Nomad pula. Huhu~


Siapa lagi yang tinggal di kawasan Selangor? Tempat korang ada air tak?


Read More

Sunday, 25 September 2016

Super Mom Mode On!

Super Mom Mode On! | Alhamdulillah, dah 40 hari dah maktang berpantang hari ni. Tinggal 4 hari je lagi. Tapi dah habis 44 hari pon nanti still akan continue pantang certain makanan macam pulut, laksa & ais sampai cukup 100 hari. Lain-lain tu macam makanan pedas-pedas pon still akan continue pantang selagi putera kenit kakak ni masih fully breastfeed. Kalau makan pon tak adalah beriya. Setakat nak rasa sikit-sikit tu boleh la.. 

Credit Image To Google

So hari ni kakak nak berkongsi la sikit pengalaman sepanjang berpantang ni. So far Naufal sangat senang dijaga, tak banyak ragam. Merengek hanya bila lapar, lampin dia basah & masa nak mandi je. Tapi masa mandi tu pon dia hanya menangis bila dibasahkan kepala & muka dia je. Bila dah rendam masuk besen, dah kena air suam tu senyaplah dia. Sepanjang 40 hari ni tak pernah lagilah dia menangis masa mandi. Tapi lepas mandi, masa tengah tuam badan dia tu, haa masa tu lah dia meraung beriya.. Ibu pun setiap kali lepas mandikan si kenit ni selalu nebes. Bila dia dah start meraung tu memang meraung sungguh-sungguh bagai kena dera. Panik makk nakkkk oiii.. –.–"


Lain-lain memang tak beragam langsung anak soleh ni. Alhamdulillah. Cuma malam-malam tu biasalah dia akan bangun menyusu. Masa awal-awal dulu 3 jam sekali dia akan bangun.. Masuk minggu kedua dia start bangun 2 jam sekali.. Sekarang ni dah masuk sebulan ni sejam sekali dia bangun malam untuk menyusu. Penat memang penatlah. Mau tak penat.. Macam nak tertanggal bijik mata dibuatnya tahan mengantuk. Dah lah siang jarang dapat tidur. Yelah, time dia tidurlah baru kakak dapat nak gi mandi, buang air, basuh baju2 dia, makan semua. 


Waktu berjaga pulak sekarang ni kalau tak start dari pukul 7.00 pagi sampai pukul 10.00 or 11.00 pagi, dia akan berjaga dari petang lepas mandi tu sampailah ke jam 9.00 or 10.00 malam.. Waktu siang tu kadang sampai tengahari jugaklah dia berjaga. Ibu nak tinggal nak pergi mandi semua pon payah sikitla. Sebab dia dah pandai, dah tau kalau tak ada orang dekat dia. Bila hilang dari mata je mulalah dia merengek. Memang kena betul-betul pantas & tangkas sekarang ni kalau nak buat apa-apa termasuk nak siapkan diri sendiri.


Lain-lain setakat ni rasanya tak ada apa-apa masalah. Walaupun penat sikit tapi alhamdulillah boleh adapt well dengan situasi sekarang. Yelah, dulu uruskan diri sendiri & suami je. Sekarang dah ada tuan putera ni memang kena tukar mode turbo lah. Tak boleh dah nak bercinta-cinta dah nak buat apa-apa. Kena pantas. Kalau tidak, apa pon tak sempat. Nak makan pon kena telan kunyah & telan laju-laju. Hahah! Kena konsisten ambil suplemen pembekal tenaga jugak. Setakat ni ESP, VITAMIN C, QASEH GOLD, SUSU KAMBING KHALISH, & BUAH KURMA memang tak miss ambil setiap hari. Alhamdulillah, tenaga so far okay.. Kesihatan pon dah makin okay.. ^__^




Read More

Saturday, 24 September 2016

Beauty Box Giveaway By Sally Samsaiman

Beauty Box Giveaway By Sally Samsaiman |Hari ni rasa nak join giveaway lagi lah. Dah lama sebenarnya tak join contest & GA macam ni. Tapi since tengah free ni, bolehlah kakak join. Lagi pon hadiahnya menarik.. Yes! Of course kakak loves beauty stuffs.. Walaupon makeup naharom haku tak reti pon.. Ahaks! Setakat conteng basic-basic kat muka tu tau la.. Nak perfect buat contouring ke pebende semua tu tobat kakak tak reti dik.. Walaupon begitu, kakak tetap nak join.. Hiks!^^"


Antara barang makeup yang mesti ada bagi seorang Mommy Diamonds ni ialah moisturizer, toner, lipstik, baby lip balm, bedak kompak, makeup remover and yang paling wajib is eyebrow liner.. Foundation, blusher, maskara, eye shadow, eyeliner semua tu kakak tak berapa pakai sangat. Bukan apa.. Tak 'mekung' nak pakai kata orang ganu.. Hahah! Kalau pakai jugak, serupa badut pula kejadiannya nanti.. Takut uolsss.. Kohkoh! ^.^||


Tapi kalau macam bb cream or cc cream yang light2 tu kakak sukalah pakai. Cuma tak adalah wajib kena ada dalam koleksi. So kalau tak ada pon tak mengapa. Not a big deal for kakak. But eyebrow liner and lipstik + lip balm memang kena ada. Sekadar nak bagi 'hidup' sikit rupa seorang mak anak kecik ni.. Kalau tak, terasa pucat sangatlah muka nih.. Macam zombie.. Tambah sejak dah bersalin ni, cop 'panda' bawah mata toksah cakapla.. Sebaldi dah ni haa.. Huduh uolsss kalau kakak tak sembunyikan di sebalik warna-warni makeup.. Tskk! ^..^"


Okaylah, syarat-syarat penyertaan semua kakak dah follow.. So kakak meletakkan harapan agar murahlah rejeki mak anak kecik ni menang GA ni nanti.. Hahah! Alaaa, bagila can mak anak kecik nak melawa jugak.. Mihmihmih! Kbai! ^_~v



Read More

Friday, 23 September 2016

10 Tip Berguna Mendidik Anak Berumur 0 Hingga 3 Tahun

10 Tip Berguna Mendidik Anak Berumur 0 Hingga 3 Tahun | Entri yang dah berabad terperam dalam draft. Hari ni saja belek-belek balik koleksi draft yang menimbun tu. Tiba-tiba terjumpa pulak entri menarik ni. So hari ni kakak nak share lah pasal tip keibubapaan atau lebih pada terapi pertuturan yang dikongsi oleh seorang blogger ni. Sayangnya kakak dah lupa siapa nama blogger tersebut sebab dah lama sangat dah tersimpan dalam draft. Tapi tak apalah, kakak share juga sebab kakak rasa bermanfaat untuk semua terutama newbie parents macam kakak ni. Apa-apa hal pun kakak creditkan dulu entri ni kepada blogger asal yang berkongsi tip ni dengan kita semua. 

Credit Image To Google

Tip yang dikongsikan ni blogger tersebut dapat dari seorang doktor special school khas untuk kanak-kanak yang ada masalah speech delay & such iaitu Dr. Sherine. So bolehlah sama-sama kita apply untuk semua anak kita terutama yang masih kecil. Tak semestinya yang ada masalah speech delay or such sahaja, tapi kita juga boleh apply untuk newborn baby. So, jom kita sama-sama ambil pengajaran k.. ^_~



10 Tip Berguna Mendidik Anak Berumur 0 Hingga 3 Tahun

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak bermain pasir, buih, rumput, dan plastesin. Kalau boleh, biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, dan sebagainya. Benda-benda ni sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. Jadi sesekali tu bawalah anak kecil kita bermain di padang ke pantai ke atau di mana-mana yang kita boleh rangsang motor skills dia. Jangan takut dedahkan anak-anak dengan persekitaran luar. Bagi dia expose. Ini turut membantu anak untuk stimulate antibodi mereka apabila terdedah kepada bakteria. 


2. Don't expose too much to things in a box. "Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri. Ada satu kes yang attend special school Dr. Sherine tu, seorang budak Australian ni, umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. Punca jadi macam tu ialah too much exposed to computer light and touch screen!! Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir lagi.. Bahaya rupanya ye. Huhu.. But Dr. tu did mention, tak ada masalah nak exposekan anak dengan benda in a box ni, but make sure not more than 10 minutes in a time. Never leave the child and tv/ipad/tablet alone. Tengok sama-sama dengan anak & interact dengan mereka. For example, kita cakap, "Oh, there is a cat!" ; "Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends!".. Ni contohla ye.. So if nak expose anak-anak dengan gajet macam ni, sentiasalah interact dengan mereka while watching.

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr. Sherine :
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. Maka brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. Parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. Bagaimana? Bawak la baby keluar rumah. Look around. Tengok atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Tengok bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan and so on. Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement pada baby kita. Bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah macam tu, saraf mata dirangsang dengan baik. Maka brain development pon berlaku dengan baik.


3. Stimulate their imitation skills. Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa sahaja perkara yang dilihat di sekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Menurut Dr. Sherine, ini adalah masalah terbesar kanak-kanak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Ini kerana language and speech is also an imitation skill, attitude pon imiitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development.

Untuk merangsang imitation skills anak-anak, parents digalakkan buat kaedah-kaedah seperti berikut :-
  • Say a word, dan suruh anak ulang.
  • Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
  • Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
  • Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
  • Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
  • Menari mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
  • Buat satu pergerakan macam merangkak, melompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak lakukan bersama.
Untuk pengetahuan parents, pergerakan merangkak adalah sangat-sangat bagus. Sebab ia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc. Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Contoh macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Mainan macam ni masa anak bermain, ia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti si kecil. Takut anak terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.

*Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti. Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi..


5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. Contoh kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?".. Unless kalau anak dah hafal & kenal  animals tu semua, so boleh la ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh, "Tall giraffe", "Big elephant", "Beautiful butterfly", "Yellow bird". Elakkan guna perkataan "The This That And With etc". Direct je cakap "Big tiger", "Beautiful bird". Ajar word by word.

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat".. Jangan sebut "Come and eat" atau "You must eat". Lama-lama anak akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah tau banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

*Tip Nak Ajar Anak Bercakap : Kena slowly dan  repetitively.


6. Kalau anak takut kepada strangers, ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss. Biasanya budak yang takut strangers ni adalah sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. Jadi bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat perkara yang sama kat dia. Anak jadi macam fobia. 

Untuk overcome perkara ni, bila jumpa je sesiapa yang anak kita takut kat orang tu, suruh orang tu high five dengan anak kita. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam peluk terus,Bsuruh high-5 dulu.

Kenapa high-5? Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Ia boleh mengubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat. Anak kita akan realize yang orang tu tak merbahaya. Then lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu. Haa, so lepas ni ajar anak high-5 dulu dengan strangers ye kalau anak jenis takut dengan orang..


7. Bila anak buat salah, explain instead of being angry. Contoh macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.. Memang naik hangin la jugak la kan? Hehe.. Tapi jangan terus marah anak tu.. Instead of marah-marah or membebel tak tentu pasal, it is better to explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. Kena selalu alert yang anak kita tu sedang exploring his/her world, bukan saja-saja nak cari pasal dengan kita. Maka mohon istighfar dan sabarlah banyak-banyak ye mak-mak sekalian.. ^_^"

Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan anak satu level. Melutut depan anak. Jangan bercakap atau marah sambil berdiri. Itu akan buat anak jadi bertambah takut. Nanti anak  tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

*Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita semasa bercakap.


8. Overly-attached to one person is not a good sign. Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. Itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members. Build his/her self-esteem. 


9. Bila bermain, follow his/her interest. Kalau anak nak main ball, janganlah tetiba korang nak ajak dia main basikal pulak. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Ikut je kehendak & minat anak pada ketika itu. Ini kerana brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Janganlah dilayan pulak.. ^_^||

Main sama-sama dengan anak ikut minat dia. Pada masa yang sama, berinteraksilah dengan anak seperti memuji cara dia handle permainan. Selalu react dengan apa yang anak kita buat.


10. Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab macamana, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak. Contoh kalau kita tanya, "Kenapa Naufal menangis?".. Tapi Naufal diam je.. Itu mungkin sebab dia tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan untuk dia.. Contoh, "Naufal jatuh?".. "Naufal sakit perut?".. "Naufal nak ikut ayah pergi kerja?" atau.. "Naufal bosan?"..

Itu contoh la kan.. Even if dia respon dengan sekadar mengangguk je pon dah memadai. Asalkan dia respon & soalan terjawab. Always give anak kita option jawapan if dia diam or tak jawab soalan kita.. Lama-lama nanti dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Haa, berguna tak tip-tip yang kakak share hari ni? Bagi kakak sendiri, sangat-sangatlah bermanfaat. Banyak info yang kakak tak tau sebelum ni. By the way, tu jelah 10 tip yang dapat dikongsi. Dan lagi sekali kakak creditkan segala maklumat & tip-tip yang berguna ni kepada blogger asal yang berkongsi ilmu dengan kita semua.


If nak tau lebih banyak lagi tip-tip macam ni, boleh jumpa dengan Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles. Sebab semua tip yang dikongsikan di atas tadi tu, menurut blogger asal adalah dari Dr. Sherine sendiri. Bukan rekaan ye .. Cuma ayat-ayat dalam perkongsian ni diolah semula supaya kita sama-sama mudah faham & boleh praktikkan bersama.. ^__^


Okaylah, sekian dulu perkongsian kakak hari ni. Nak siapkan satu entri ni ambil masa entah berapa jam la ni haa.. Dari pagi tadi menaip & mengolah semula ayat dalam entri ni. Beberapa kali terhenti sebab si kenit kejap-kejap bangun mengempeng.. Cabaran mommy blogger anak kecik ginilah nih.. ^^"


Read More

Thursday, 22 September 2016

Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 


3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.


Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!


3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 

Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar



Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : SENDIRI)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : TONA KULIT TIDAK SEKATA & KUSAM)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana SAYA MEMANG PEMINAT PRODUK SERUM DAN SEDANG MENCARI SERUM YANG PALING SESUAI DENGAN SAYA UNTUK MENGATASI MASALAH KULIT TIDAK SEKATA, KERING DAN KUSAM INI.

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Read More

Tuesday, 20 September 2016

Officially Rakan Niaga Ana Edar Sdn. Bhd

Officially Rakan Niaga Ana Edar Sdn. Bhd | Assalamualaikum semua.. Bagi yang ikut perkembangan kakak sepanjang kehamilan baru-baru ni, korang mesti tau kakak mengalami masalah HB low dari awal kehamilan sehinggalah ke minggu ke-33.. Macam-macam kakak makan sebagai usaha untuk naikkan bacaan HB tapi semua tak jalan.. Makan bayam, makan kerang, makan buah-buahan tinggi kandungan Vitamin C macam buah oren sunkist, kiwi & jambu batu pun kurang menjadi.. Mungkin badan kakak sejenis yang tak berapa nak tolerate dengan nutrien dari pemakanan biasa.. So kakak cuba alternatif lain seperti upkan dos suplemen Shaklee yang kakak ambil seperti Vita-Lea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, dan B Complex.. Alhamdulillah, berjaya naik.. Tapi since sepanjang kehamilan pertama ni kakak mengalami masalah kurang boleh tolerate dengan suplemen bentuk pil, so kakak ikhtiar dengan produk dalam bentuk cecair/ekstrak iaitu produk sunnah Qaseh Gold pula.


Kakak ikhtiar dengan Qaseh Gold Premier (QGP). Seminggu konsisten consume QGP ni bersama dengan susu kambing Khalish, akhirnya HB kakak naik ke bacaan normal.. Alhamdulillah, lega sangat masa tu.. Since then, memang kakak terus konsisten consume QGP & susu kambing Khalish ni sampailah sekarang.


Bila dah bersalin ni, dua-dua produk ni memang wajib ambil setiap hari.. QGP bantu boost energy, susu Khalish pulak bantu boost susu badan. Setakat hari ni tak pernah lagi la susu badan kering or tak cukup untuk si kecik. Suplemen Shaklee pula memang kakak tak kan miss.. Dua produk wajib kakak, ESP & VITAMIN C Shaklee wajib ambil juga. Dua-dua ni bantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. Takut weyh, kalau luka dalam lambat sembuh. Bercampur pula dengar cerita mak-mak bersalin caeser yang lain. Ada yang bernanah, luka bleeding balik, luka dalam tak baik2.. Na'uzubillah, dengar pun dah seriau.. Pada masa yang sama ESP juga bantu pekatkan susu badan.. Memang pekat & baby pun kenyang lebih lama.


As uols semua tau, kakak ni sejenis yang suka bereksperimen dengan produk terutamanya produk-produk kesihatan macam ni. So, sebelum kakak review or share kesan satu-satu produk tu, kakak akan cuba sendiri dulu. If bagus, kakak akan share dengan semua. Dan kalau dah sejenis minat bisnes ni, selalunya kakak akan terus join jadi ahli & cuba bisnes dengan produk tu. And now kakak dah jadi rakan niaga Ana Edar.. So siapa-siapa nak cuba produk-produk Qaseh Gold, bolehla roger kakak. Shaklee pun kakak masih jual macam biasa ye. Kalau nak pemakanan sunnah, boleh cuba Qaseh Gold.. Kalau nak suplemen semulajadi, boleh cuba Shaklee.. Haa, gituuuu.. Sama-sama kita jaga kesihatan luar dan dalam.. ^_^

Officially Rakan Niaga Ana Edar! ^_^






Read More

Monday, 19 September 2016

10 Fakta Luka Bersalin Yang Para Ibu Perlu Tahu & Bagaimana MemastikanLuka Cepat Sembuh

10 Fakta Bersalin Yang Para Ibu Perlu Tahu & Bagaimana Memastikan Luka Cepat Sembuh | Episiotomi dan caesarean adalah dua jenis luka bersalin yang biasa didengar. Keduanya memerlukan penjagaan rapi selepas melahirkan bayi. 
Credit Image To Google

Apa Itu Episiotomi?
Episiotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episiotomi. Episiotomi berbeza dengan luka biasa. Ia adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semulajadi semasa proses kelahiran.



Dulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episiotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri.




Banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episiotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak. 




Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episiotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benang yang digunakan ialah cat gut dan vicrylSetiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut, bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.




Luka episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Untuk episiotomi, biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sediakala. Biasanya rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin berlaku jangkitan.




Apa Itu Luka Caesarean?

Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu  jenis menegak dan melintang. Seboleh-bolehnya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.



Bagi luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali.  Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu. Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.



Apakah Cara Terbaik Menjaga Luka Bersalin Supaya Cepat Sembuh?


  1. Memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan sehingga betul-betul kering.
  2. Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
  3. Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
  4. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan VITAMIN E. (*Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum VITAMIN E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering).
  5. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
  6. Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
  7. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
  8. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama VITAMIN C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
  9. Selepas bersalin digalakkan mengambil MULTIVITAMIN. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana bimbang terdapat jangkitan.
  10. Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.



*SUMBER : Pa&Ma





Read More

Saturday, 3 September 2016

Mudahnya Berpantang Dengan Foodzyla Brand

Mudahnya Berpantang Dengan Foodzyla Brand | Alhamdulillah, maktang dah selesai lunch.. Awal2 berpantang sendiri memang pening fikirkan lauk apa boleh makan.. Maklumlah, banyak sangat percanggahan pendapat.. Sampai kakak jadi takut nak makan apa2.. Pak Diamond memang hari2 akan masakkan lauk untuk kakak.. Kakak nak masak sendiri dia tak bagi.. Suruh rehat je betul2.. Tapi kakak kesian tengok suami balik kerja penat2, terus masuk dapur sediakan makanan untuk kakak hari2.. So kakak cari alternatif lain untuk memudahkan & menyenangkan hati Pak Diamond.. Supaya dia tak risau kakak tak makan, & buat keje berat2 kat rumah.. So bolehla dia fokus pada kerja..


Teringat hari tu ada tereview satu page ni.. Perkhidmatan penghantaran lauk2 pelbagai pilihan termasuk lauk khas untuk ibu2 berpantang.. So kakak cari balik & bagitau Pak Diamond.. Pak Diamond suruh tanya harga semua dulu.. Bila dah tengok pilihan menu berpantang yang menyihatkan dengan harga yang berpatutan, terus Pak Diamond suruh kakak order 10 pek. Ni antara pilihan menu yang ada khas untuk ibu berpantang.


Banyak kan pilihan lauk dia.. Tak tau pulak begini menyelerakan sebenarnya lauk orang berpantang ni. Mihmih! Kakak pilih 10 pek untuk stok 10 hari.. Antaranya :-
  1. Ayam Kampung Masak Halia
  2. Daging Bakar Blackpepper
  3. Ayam Kampung Bakar Kunyit
  4. Daging Salai Sos Lada Hitam
  5. Ikan Tenggiri Kukus Halia
  6. Isi Ayam Masak Bijan
  7. Ayam Kampung Bakar Madu
  8. Ikan Kerisi Lemak Lada Hitam
  9. Gelama Masak Asam
  10. Selar Tumis Kunyit

Contoh packaging..

Bagusnya, mereka sediakan siap2 2 portion per pek. 1 portion untuk makan tengahari, 1 lagi untuk makan malam. Dan lagi satu menariknya Foodzyla Brand ni, mereka sediakan juga perkhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah dengan syarat pembelian minimim 5 pek.. Kalau order kurang dari 5 pek pun mereka akan tetap hantarkan tetapi akan guna kurier.. Selain 10 pek ni, kakak ada tambah order Serunding Bilis Lada Hitam iaitu antara menu terbaru untuk ibu berpantang. Sedap!

Serunding Bilis Lada Hitam..
Masuk hari ni kakak baru cuba 2 jenis menu. Semalam kakak makan lauk Ikan Kerisi Lemak Lada Hitam.. Satu potion ada 3 ekor ikan.. Kakak makan 1 potion tu boleh 2 kali makan.. So tinggal 1 potion lagi.. Simpan dulu dalam peti sejuk beku.. Nanti boleh makan lagi.. Hari ni kakak cuba menu Ayam Kampung Bakar Madu dengan Serunding Bilis Lada Hitam.. Semua sedap! Besar ayamnya untuk 1 potion.. Hehe..


Oh ya! Semua lauk2 ni disediakan secara homemade & disejuk bekukan untuk memudahkan penyimpanan. Sebab tu boleh simpan lama.. So far apa yang kakak dah cuba ni, semua sedap2 belaka. Lagi memudahkan untuk menyediakannya. Tinggal defrost,?panaskan dengan microwave & masak nasi je.. Kakak pun tak perlu berdiri lama2 di dapur. Pak Diamond pun tak perlu risaukan kakak buat kerja berat2 di rumah. Pendek kata memang sangat2 membantulah perkhidmatan sebegini terutama bagi yang berpantang bersalin buat pertama kali macam kakak ni. Tambah lagi berpantang sendiri. 

Susun elok2 dalam freezer.. Nak makan just tinggal reheat je.. 

Eh, selain lauk berpantang banyak lagi pilihan menu lauk2 lain tau. Korang tinggal pilih & order je. Lepas tu nanti diorang akan hantarkan terus ke pintu rumah atau pintu ofis. 


Okaylah, jika korang berminat nak tahu apa lagi pilihan menu yang disediakan selain menu berpantang, boleh lawati :-




FACEBOOK : Foodzyla Brand
INSTAGRAM : Foodzyla




Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com