Blogger templates

Monday, 19 September 2016

10 Fakta Luka Bersalin Yang Para Ibu Perlu Tahu & Bagaimana MemastikanLuka Cepat Sembuh

10 Fakta Bersalin Yang Para Ibu Perlu Tahu & Bagaimana Memastikan Luka Cepat Sembuh | Episiotomi dan caesarean adalah dua jenis luka bersalin yang biasa didengar. Keduanya memerlukan penjagaan rapi selepas melahirkan bayi. 
Credit Image To Google

Apa Itu Episiotomi?
Episiotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episiotomi. Episiotomi berbeza dengan luka biasa. Ia adalah luka akibat digunting oleh doktor. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semulajadi semasa proses kelahiran.



Dulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episiotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri.




Banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episiotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak. 




Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episiotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benang yang digunakan ialah cat gut dan vicrylSetiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya sendiri. Makin mahal benang tersebut, bermakna benangnya lebih lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.




Luka episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Untuk episiotomi, biasanya masa 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sediakala. Biasanya rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin berlaku jangkitan.




Apa Itu Luka Caesarean?

Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu  jenis menegak dan melintang. Seboleh-bolehnya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.



Bagi luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali.  Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu. Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.



Apakah Cara Terbaik Menjaga Luka Bersalin Supaya Cepat Sembuh?


  1. Memastikan kawasan luka sentiasa kering. Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Begitu juga dengan luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan sehingga betul-betul kering.
  2. Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.
  3. Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut.
  4. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan VITAMIN E. (*Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum VITAMIN E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering).
  5. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.
  6. Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.
  7. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.
  8. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama VITAMIN C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
  9. Selepas bersalin digalakkan mengambil MULTIVITAMIN. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana bimbang terdapat jangkitan.
  10. Ibu selepas bersalin perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.



*SUMBER : Pa&Ma





1 comment:

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com