10 Tip Berguna Mendidik Anak Berumur 0 Hingga 3 Tahun

by - 12:05:00 pm

10 Tip Berguna Mendidik Anak Berumur 0 Hingga 3 Tahun | Entri yang dah berabad terperam dalam draft. Hari ni saja belek-belek balik koleksi draft yang menimbun tu. Tiba-tiba terjumpa pulak entri menarik ni. So hari ni kakak nak share lah pasal tip keibubapaan atau lebih pada terapi pertuturan yang dikongsi oleh seorang blogger ni. Sayangnya kakak dah lupa siapa nama blogger tersebut sebab dah lama sangat dah tersimpan dalam draft. Tapi tak apalah, kakak share juga sebab kakak rasa bermanfaat untuk semua terutama newbie parents macam kakak ni. Apa-apa hal pun kakak creditkan dulu entri ni kepada blogger asal yang berkongsi tip ni dengan kita semua. 

Credit Image To Google

Tip yang dikongsikan ni blogger tersebut dapat dari seorang doktor special school khas untuk kanak-kanak yang ada masalah speech delay & such iaitu Dr. Sherine. So bolehlah sama-sama kita apply untuk semua anak kita terutama yang masih kecil. Tak semestinya yang ada masalah speech delay or such sahaja, tapi kita juga boleh apply untuk newborn baby. So, jom kita sama-sama ambil pengajaran k.. ^_~



10 Tip Berguna Mendidik Anak Berumur 0 Hingga 3 Tahun

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak bermain pasir, buih, rumput, dan plastesin. Kalau boleh, biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, dan sebagainya. Benda-benda ni sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak. Jadi sesekali tu bawalah anak kecil kita bermain di padang ke pantai ke atau di mana-mana yang kita boleh rangsang motor skills dia. Jangan takut dedahkan anak-anak dengan persekitaran luar. Bagi dia expose. Ini turut membantu anak untuk stimulate antibodi mereka apabila terdedah kepada bakteria. 


2. Don't expose too much to things in a box. "Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri. Ada satu kes yang attend special school Dr. Sherine tu, seorang budak Australian ni, umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana. Punca jadi macam tu ialah too much exposed to computer light and touch screen!! Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir lagi.. Bahaya rupanya ye. Huhu.. But Dr. tu did mention, tak ada masalah nak exposekan anak dengan benda in a box ni, but make sure not more than 10 minutes in a time. Never leave the child and tv/ipad/tablet alone. Tengok sama-sama dengan anak & interact dengan mereka. For example, kita cakap, "Oh, there is a cat!" ; "Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends!".. Ni contohla ye.. So if nak expose anak-anak dengan gajet macam ni, sentiasalah interact dengan mereka while watching.

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr. Sherine :
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja. Tiada pergerakan "rolling" oleh mata. So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation. So lama-lama pandangan anak tu tak luas. Maka brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. Parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. Bagaimana? Bawak la baby keluar rumah. Look around. Tengok atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Tengok bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas. Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan and so on. Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement pada baby kita. Bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah macam tu, saraf mata dirangsang dengan baik. Maka brain development pon berlaku dengan baik.


3. Stimulate their imitation skills. Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa sahaja perkara yang dilihat di sekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Menurut Dr. Sherine, ini adalah masalah terbesar kanak-kanak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Ini kerana language and speech is also an imitation skill, attitude pon imiitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development.

Untuk merangsang imitation skills anak-anak, parents digalakkan buat kaedah-kaedah seperti berikut :-
  • Say a word, dan suruh anak ulang.
  • Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
  • Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
  • Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
  • Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
  • Menari mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
  • Buat satu pergerakan macam merangkak, melompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak lakukan bersama.
Untuk pengetahuan parents, pergerakan merangkak adalah sangat-sangat bagus. Sebab ia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).


4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc. Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc. Benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak. Plus boleh belajar sambil bermain. Avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Contoh macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Mainan macam ni masa anak bermain, ia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti si kecil. Takut anak terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.

*Tip Pertuturan: Pilih mainan yang boleh make up story dan realiti. Banyakkan toys yang boleh relate dengan realiti bukan hanya fantasi..


5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence. Contoh kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap "Elephant!" bukan "That is elephant!" atau "Wow u see that big elephant?".. Unless kalau anak dah hafal & kenal  animals tu semua, so boleh la ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh, "Tall giraffe", "Big elephant", "Beautiful butterfly", "Yellow bird". Elakkan guna perkataan "The This That And With etc". Direct je cakap "Big tiger", "Beautiful bird". Ajar word by word.

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh, "Eat".. Jangan sebut "Come and eat" atau "You must eat". Lama-lama anak akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah tau banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

*Tip Nak Ajar Anak Bercakap : Kena slowly dan  repetitively.


6. Kalau anak takut kepada strangers, ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss. Biasanya budak yang takut strangers ni adalah sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. Jadi bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat perkara yang sama kat dia. Anak jadi macam fobia. 

Untuk overcome perkara ni, bila jumpa je sesiapa yang anak kita takut kat orang tu, suruh orang tu high five dengan anak kita. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak peluk cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam peluk terus,Bsuruh high-5 dulu.

Kenapa high-5? Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Ia boleh mengubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat. Anak kita akan realize yang orang tu tak merbahaya. Then lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu. Haa, so lepas ni ajar anak high-5 dulu dengan strangers ye kalau anak jenis takut dengan orang..


7. Bila anak buat salah, explain instead of being angry. Contoh macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.. Memang naik hangin la jugak la kan? Hehe.. Tapi jangan terus marah anak tu.. Instead of marah-marah or membebel tak tentu pasal, it is better to explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah. Kena selalu alert yang anak kita tu sedang exploring his/her world, bukan saja-saja nak cari pasal dengan kita. Maka mohon istighfar dan sabarlah banyak-banyak ye mak-mak sekalian.. ^_^"

Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan anak satu level. Melutut depan anak. Jangan bercakap atau marah sambil berdiri. Itu akan buat anak jadi bertambah takut. Nanti anak  tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

*Tip Pertuturan : Bercakap pada eye level anak. Pastikan anak faham dan lihat mata kita semasa bercakap.


8. Overly-attached to one person is not a good sign. Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. Itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members. Build his/her self-esteem. 


9. Bila bermain, follow his/her interest. Kalau anak nak main ball, janganlah tetiba korang nak ajak dia main basikal pulak. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Ikut je kehendak & minat anak pada ketika itu. Ini kerana brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. Janganlah dilayan pulak.. ^_^||

Main sama-sama dengan anak ikut minat dia. Pada masa yang sama, berinteraksilah dengan anak seperti memuji cara dia handle permainan. Selalu react dengan apa yang anak kita buat.


10. Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak. Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak jawab macamana, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak. Contoh kalau kita tanya, "Kenapa Naufal menangis?".. Tapi Naufal diam je.. Itu mungkin sebab dia tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan untuk dia.. Contoh, "Naufal jatuh?".. "Naufal sakit perut?".. "Naufal nak ikut ayah pergi kerja?" atau.. "Naufal bosan?"..

Itu contoh la kan.. Even if dia respon dengan sekadar mengangguk je pon dah memadai. Asalkan dia respon & soalan terjawab. Always give anak kita option jawapan if dia diam or tak jawab soalan kita.. Lama-lama nanti dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.


Haa, berguna tak tip-tip yang kakak share hari ni? Bagi kakak sendiri, sangat-sangatlah bermanfaat. Banyak info yang kakak tak tau sebelum ni. By the way, tu jelah 10 tip yang dapat dikongsi. Dan lagi sekali kakak creditkan segala maklumat & tip-tip yang berguna ni kepada blogger asal yang berkongsi ilmu dengan kita semua.


If nak tau lebih banyak lagi tip-tip macam ni, boleh jumpa dengan Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles. Sebab semua tip yang dikongsikan di atas tadi tu, menurut blogger asal adalah dari Dr. Sherine sendiri. Bukan rekaan ye .. Cuma ayat-ayat dalam perkongsian ni diolah semula supaya kita sama-sama mudah faham & boleh praktikkan bersama.. ^__^


Okaylah, sekian dulu perkongsian kakak hari ni. Nak siapkan satu entri ni ambil masa entah berapa jam la ni haa.. Dari pagi tadi menaip & mengolah semula ayat dalam entri ni. Beberapa kali terhenti sebab si kenit kejap-kejap bangun mengempeng.. Cabaran mommy blogger anak kecik ginilah nih.. ^^"


You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints