Blogger templates

Wednesday, 28 September 2016

Bengkak Susu.. Aduh, Sakitnya!

Bengkak Susu.. Aduh, Sakitnya! | Assalamualaikum.. Bersiaran lagi hari ni. Kelmarin tak sempat nak mengarang.. Sampai terlepas dah satu contest ni. Huuu~ Takpelah, anggap jelah tiada rezeki. Memang sedikit sukar nak konsisten update blog post baru bila ada anak kecik ni. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru ni terutama bab pengurusan masa. Kalau ada yang sempat post tu pon ambil masa beberapa jam or beberapa hari buat draft sebelum berjaya publish. -..-"


Okay, berbalik kepada topik yang MD (eh, dah tukar gelaran..) nak share hari ni, tentang bengkak susu. Siapa pernah mengalaminya? MD inilah pengalaman pertama mengalami bengkak susu.. Ya Allah, sakitnya tu Tuhan je yang tau. Pertama kali kena tu rasa macam nak menangis je. Rasa macam nak give up bf pon ada. Sakit dia macam ada seketul batu besar menghempap dada. Dia punya bengkak tu keras macam batu. Tersentuh sikit pon rasa macam nak meraung.. Serius tak tipu. Tapi dalam hati sempat berbisik, "begini rasanya sakit bengkak susu ye?".. Huhu..

Image Extracted From Google

Sebelum ni dengar perkongsian dari rakan-rakan yang dah bergelar ibu je tentang pengalaman bengkak susu ni. Dari apa yang dikongsikan, memang sakit bunyinya. MD siap cakap, sakit sangat ke? Sekali kena kat diri sendiri baru ko kenal erti derita.. Gugugu~ Ini pon menaip di pagi buta sambil menahan sakitlah ni.. T_T


Ada sekali tu kena bengkak susu, sakitnya sampai tak boleh nak angkat tangan. Nasib baiklah sekali bengkak tu sebelah je. Kalau hari ni bengkak belah kiri, esok bengkak belah kanan pulak. Kalau bengkak dua-dua serentak, tak taulah macamana seksanya. Sebelah pon dah tak tertanggung sakitnya. Paling ngeri bila bengkak dan pedih time anak menyusu. Tu pon ada kena sekali hari tu. Sambil bf sambil menitik airmata tahan sakit. Sumpah sakit.. Tapi terpaksalah tahan sampailah bengkak tu surut.. Selagi tak surut, bertahan jelah semampunya.. Huhuu~


Orang kata kalau nak bagi surut bengkak tu, bagi je anak bf walaupun sakit or pedih.. Tapi bukan sekali bf terus surut, kena bagi anak bf 4-5 kali baru reda bengkak & sakit tu. Bermaksud kenalah menahan sakit beberapa jam dulu sebelum reda bengkak tu. Huhuhu~ Macamana MD atasi bengkak susu? Later MD share dalam entri lain ye.. Satu entri ni saja pon dah makan masa 2 hari baru boleh publish.


Btw, sebenarnya ni entri semalam.. Tapi tak dan nak publish sebab semalam seharian  di luar. Pagi bawa si putera kenit pergi checkup & cucuk 1 bulan sampailah ke tengahari (well what ko nak expect checkup di kk? -..-||..).. Tengahari pergi cari makan.. Konar sana konar sini, petang baru sampai ke branch Shaklee untuk setelkan order dari customer..


Eh, alang-alang dah sebut pasal Shaklee ni, haa siapa belum grab offer harga promosi produk hot ESP & VITAMIN C, korang masih ada 2 hari je lagi nak sambar k.. Nak tau hot tak hot, ESP di branch Kota Bharu dah OUT OF STOCK tau semalam.. Tapi kat KL ni still ada stok lagi.. Tapi tu semalam la.. Hari ni tak tau la ada lagi ke tidak.. Anyway, apa-apa nak tanya korang direct jelah roger MD ye.. Ni haa nombor talipon — 019.532.7438 (whatsapp/telegram/sms only).. Okaylah, sampai sini dulu. Tata! ^_~*



No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com