Duktus Tersumbat Punca Bengkak Susu

by - 9:00:00 am

Duktus Tersumbat Punca Bengkak Susu | Assalamualaikum.. Salam Jumaat penuh barokah.. Salam kegembiraan juga buat mereka yang bekerja sebab esok cuti kan? Isnin pon cuti kan? Seronoklah dapat cuti panjang.. Hehe.. Okay, hari tu MD ada share berkenaan bengkak susu kan? Biasalah bila ada satu2 perkara baru berlaku pada diri sendiri, MD akan buat research dengan merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman & google extra info di rangkaian internet. Sebagai hasil carian, barulah MD tahu bahawa bengkak susu ni berpunca dari duktus yang tersumbat.


Duktus tu dalam bahasa lainnya ialah kelenjar. Jadi bengkak susu ni terjadi apabila kelenjar susu tersumbat. Terdapat beberapa simptom untuk mengenali masalah duktus/kelenjar tersumbat. Antara simptom2nya ialah :-
  • Kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pam;
  • Penghasilan susu yang merudum;
  • Susu yang menjadi lebih pekat dan melekit akibat payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya selepas penyusuan/pam.



Image Extracted From Google

Punca Puting Tersumbat
Puting tersumbat disebabkan oleh payudara yang tidak diperah secara efektif oleh bayi semasa menyusu. Inilah sebabnya mengapa bengkak masih tidak surut walaupon ibu telah direct feeding atau mengepam dengan kerap.


Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah :-
  1. Teruskan penyusuan walaupun ia menyakitkan. Susukan ibayi sekerap mungkin dan elakkan jarak masa yang panjang di antara setiap sesi penyusuan.
  2. Cuba pelbagaikan posisi penyusuan. Ini boleh membantu mendapatkan posisi terbaik supaya bayi boleh melekap dan menyusu dengan lebih efektif.
  3. Gunakan pam payudara selepas setiap sesi penyusuan. Ini bertujuan untuk membantu mengosongkan payudara supaya puting tidak tersumbat.
  4. Urut payudara setiap kali sebelum dan selepas penyusuan bagi melancarkan aliran susu badan dan mengelakkan kelenjar susu dari tersumbat.
  5. Tuam payudara dengan kain atau tuala lembut yang hangat sebelum penyusuan dan gunakan tuala sejuk selepas penyusuan.
  6. Mandi dengan menggunakan air hangat.
  7. Banyakkan meminum air suam. 


Jadi inilah antara kaedah2 yang MD cuba praktikkan sekarang untuk elakkan bengkak susu. Dan lagi satu rahsia untuk atasi masalah duktus tersumbat atau bengkak susu ni ialah, amalkan pengambilan LECITHIN.


LECITHIN ni sangat membantu tau. Ia berfungsi melancarkan aliran susu badan. Jadi bila aliran susu badan lancar, kuranglah kebarangkalian terjadinya bengkak susu. MD pon baru je cuba ambil LECITHIN untuk tujuan ni. So far alhamdulillah, dah jarang dah kena bengkak susu.. Kalau ada pon tak adalah  seteruk sebelum2 ni yang sampai tak boleh nak angkat tangan tu. Apa2 pon semuanya dengan izin Allah belaka.. Pengambilan suplemen semua ni hanyalah sebagai asbab sahaja. Tapi tak menjadi salah jika kita mencuba dan berikhtiar kan?


Okaylah, kalau korang ada masalah bengkak susu yang kronik & nak cuba atasinya dengan LECITHIN, boleh roger MD di talian 019.532.7438 (whatsapp/telegram/sms only). In Shaa Allah, MD akan bagi pembaca blog RosmizaAli.Com ni special price untuk setiap pembelian produk2 Shaklee yang tak dapat kat orang lain tau. Tapi kena mentionlah ye yang korang ni pembaca setia blog MD ni.. Plus rajin2lah komen & exposekan diri. Hehe.. Mana tau tetiba MD baik hati nak bagi suplemen free ke.. ^_~




You May Also Like

0 Shaklee Lovers Visit