Blogger templates

Saturday, 3 September 2016

Mudahnya Berpantang Dengan Foodzyla Brand

Mudahnya Berpantang Dengan Foodzyla Brand | Alhamdulillah, maktang dah selesai lunch.. Awal2 berpantang sendiri memang pening fikirkan lauk apa boleh makan.. Maklumlah, banyak sangat percanggahan pendapat.. Sampai kakak jadi takut nak makan apa2.. Pak Diamond memang hari2 akan masakkan lauk untuk kakak.. Kakak nak masak sendiri dia tak bagi.. Suruh rehat je betul2.. Tapi kakak kesian tengok suami balik kerja penat2, terus masuk dapur sediakan makanan untuk kakak hari2.. So kakak cari alternatif lain untuk memudahkan & menyenangkan hati Pak Diamond.. Supaya dia tak risau kakak tak makan, & buat keje berat2 kat rumah.. So bolehla dia fokus pada kerja..


Teringat hari tu ada tereview satu page ni.. Perkhidmatan penghantaran lauk2 pelbagai pilihan termasuk lauk khas untuk ibu2 berpantang.. So kakak cari balik & bagitau Pak Diamond.. Pak Diamond suruh tanya harga semua dulu.. Bila dah tengok pilihan menu berpantang yang menyihatkan dengan harga yang berpatutan, terus Pak Diamond suruh kakak order 10 pek. Ni antara pilihan menu yang ada khas untuk ibu berpantang.


Banyak kan pilihan lauk dia.. Tak tau pulak begini menyelerakan sebenarnya lauk orang berpantang ni. Mihmih! Kakak pilih 10 pek untuk stok 10 hari.. Antaranya :-
  1. Ayam Kampung Masak Halia
  2. Daging Bakar Blackpepper
  3. Ayam Kampung Bakar Kunyit
  4. Daging Salai Sos Lada Hitam
  5. Ikan Tenggiri Kukus Halia
  6. Isi Ayam Masak Bijan
  7. Ayam Kampung Bakar Madu
  8. Ikan Kerisi Lemak Lada Hitam
  9. Gelama Masak Asam
  10. Selar Tumis Kunyit

Contoh packaging..

Bagusnya, mereka sediakan siap2 2 portion per pek. 1 portion untuk makan tengahari, 1 lagi untuk makan malam. Dan lagi satu menariknya Foodzyla Brand ni, mereka sediakan juga perkhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah dengan syarat pembelian minimim 5 pek.. Kalau order kurang dari 5 pek pun mereka akan tetap hantarkan tetapi akan guna kurier.. Selain 10 pek ni, kakak ada tambah order Serunding Bilis Lada Hitam iaitu antara menu terbaru untuk ibu berpantang. Sedap!

Serunding Bilis Lada Hitam..
Masuk hari ni kakak baru cuba 2 jenis menu. Semalam kakak makan lauk Ikan Kerisi Lemak Lada Hitam.. Satu potion ada 3 ekor ikan.. Kakak makan 1 potion tu boleh 2 kali makan.. So tinggal 1 potion lagi.. Simpan dulu dalam peti sejuk beku.. Nanti boleh makan lagi.. Hari ni kakak cuba menu Ayam Kampung Bakar Madu dengan Serunding Bilis Lada Hitam.. Semua sedap! Besar ayamnya untuk 1 potion.. Hehe..


Oh ya! Semua lauk2 ni disediakan secara homemade & disejuk bekukan untuk memudahkan penyimpanan. Sebab tu boleh simpan lama.. So far apa yang kakak dah cuba ni, semua sedap2 belaka. Lagi memudahkan untuk menyediakannya. Tinggal defrost,?panaskan dengan microwave & masak nasi je.. Kakak pun tak perlu berdiri lama2 di dapur. Pak Diamond pun tak perlu risaukan kakak buat kerja berat2 di rumah. Pendek kata memang sangat2 membantulah perkhidmatan sebegini terutama bagi yang berpantang bersalin buat pertama kali macam kakak ni. Tambah lagi berpantang sendiri. 

Susun elok2 dalam freezer.. Nak makan just tinggal reheat je.. 

Eh, selain lauk berpantang banyak lagi pilihan menu lauk2 lain tau. Korang tinggal pilih & order je. Lepas tu nanti diorang akan hantarkan terus ke pintu rumah atau pintu ofis. 


Okaylah, jika korang berminat nak tahu apa lagi pilihan menu yang disediakan selain menu berpantang, boleh lawati :-




FACEBOOK : Foodzyla Brand
INSTAGRAM : Foodzyla




1 comment:

  1. kita masak la nanti.. memula mama dari kedah dtg dia la masak sampai 2 minggu.. tp dia dah buat makanan khas halia tu goreng dengan minyak bijan, & then keringkan lepas kering blend kering jadi serbuk. goreng ikan talang masin ker masam ntah lepas tu blend jugak kering.. lada hitam pun blend kering.. 3 benda tu gaul sebati.. jue makan dengan tu sayur sawi, atau lobak putih.. kalo ikan tenggiri buat masak halia banyak sangat.. hahahah time pantang mmg gitu la makanan jue..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com