Blogger templates

Sunday, 25 September 2016

Super Mom Mode On!

Super Mom Mode On! | Alhamdulillah, dah 40 hari dah maktang berpantang hari ni. Tinggal 4 hari je lagi. Tapi dah habis 44 hari pon nanti still akan continue pantang certain makanan macam pulut, laksa & ais sampai cukup 100 hari. Lain-lain tu macam makanan pedas-pedas pon still akan continue pantang selagi putera kenit kakak ni masih fully breastfeed. Kalau makan pon tak adalah beriya. Setakat nak rasa sikit-sikit tu boleh la.. 

Credit Image To Google

So hari ni kakak nak berkongsi la sikit pengalaman sepanjang berpantang ni. So far Naufal sangat senang dijaga, tak banyak ragam. Merengek hanya bila lapar, lampin dia basah & masa nak mandi je. Tapi masa mandi tu pon dia hanya menangis bila dibasahkan kepala & muka dia je. Bila dah rendam masuk besen, dah kena air suam tu senyaplah dia. Sepanjang 40 hari ni tak pernah lagilah dia menangis masa mandi. Tapi lepas mandi, masa tengah tuam badan dia tu, haa masa tu lah dia meraung beriya.. Ibu pun setiap kali lepas mandikan si kenit ni selalu nebes. Bila dia dah start meraung tu memang meraung sungguh-sungguh bagai kena dera. Panik makk nakkkk oiii.. –.–"


Lain-lain memang tak beragam langsung anak soleh ni. Alhamdulillah. Cuma malam-malam tu biasalah dia akan bangun menyusu. Masa awal-awal dulu 3 jam sekali dia akan bangun.. Masuk minggu kedua dia start bangun 2 jam sekali.. Sekarang ni dah masuk sebulan ni sejam sekali dia bangun malam untuk menyusu. Penat memang penatlah. Mau tak penat.. Macam nak tertanggal bijik mata dibuatnya tahan mengantuk. Dah lah siang jarang dapat tidur. Yelah, time dia tidurlah baru kakak dapat nak gi mandi, buang air, basuh baju2 dia, makan semua. 


Waktu berjaga pulak sekarang ni kalau tak start dari pukul 7.00 pagi sampai pukul 10.00 or 11.00 pagi, dia akan berjaga dari petang lepas mandi tu sampailah ke jam 9.00 or 10.00 malam.. Waktu siang tu kadang sampai tengahari jugaklah dia berjaga. Ibu nak tinggal nak pergi mandi semua pon payah sikitla. Sebab dia dah pandai, dah tau kalau tak ada orang dekat dia. Bila hilang dari mata je mulalah dia merengek. Memang kena betul-betul pantas & tangkas sekarang ni kalau nak buat apa-apa termasuk nak siapkan diri sendiri.


Lain-lain setakat ni rasanya tak ada apa-apa masalah. Walaupun penat sikit tapi alhamdulillah boleh adapt well dengan situasi sekarang. Yelah, dulu uruskan diri sendiri & suami je. Sekarang dah ada tuan putera ni memang kena tukar mode turbo lah. Tak boleh dah nak bercinta-cinta dah nak buat apa-apa. Kena pantas. Kalau tidak, apa pon tak sempat. Nak makan pon kena telan kunyah & telan laju-laju. Hahah! Kena konsisten ambil suplemen pembekal tenaga jugak. Setakat ni ESP, VITAMIN C, QASEH GOLD, SUSU KAMBING KHALISH, & BUAH KURMA memang tak miss ambil setiap hari. Alhamdulillah, tenaga so far okay.. Kesihatan pon dah makin okay.. ^__^




6 comments:

  1. Selamat abis kan ari pantang.
    Dari melahirkan hingga membesarkan anak2 ni memang kita sentiasa kena on mode turbo :-) ha ha...
    If not nanti byk tertunda and terlepas hu hu... kan?

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Tq Aida! Betul tu.. Kalau tak turbo, apa pon tak sempat nanti.. Huhu~

    ReplyDelete
  3. hahha... kita pun hari2 turbo.. gd luck super momma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Ginilah bila dah jd mak-mak ni kan? ^_^

      Delete
  4. Lepas ada anak ni rutin dah berubah..kena jadi supermama lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza! Betul tu fiza.. Kalau nak cerita penat tu menang tak tercerita la.. Gugugu~

      Delete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com