Blogger templates

Monday, 31 October 2016

AWET MUDA DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

AWET MUDA DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS | Assalamualaikum semua! Amboi MD macam chipsmore pula kejap muncul kejap hilang. Biasalah, sekarang ni waktu tunggang langgang sikit dengan si kenit 2,3 menjak ni asyik nak mengempeng je. Ibu pon dah serupa zombie dah dengan tak cukup tidur, tak cukup rehat, makan pon tak ikut waktu dah.. Bila macam ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada kulit wajah MD. Yelah, bila tak cukup rehat, tak cukup tidur, sel2 badan kita pon jadi stress. Hasilnya kuit muka nampak lebih tua dari sepatutnya. Tapi Alhamdulillah, MD berpeluang untuk mencuba satu jenis produk ni. 

3D GOLD STEMCELL SERUM, MY BEAUTY HERBS

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS! Yezza! Inilah produknya. Selepas bersalin bulan Ogos lepas, kulit MD sedikit kusam & nampak kurang berseri dengan kulit yang kering & kusam, tona kulit yang tak sekata & lingkaran gelap di bawah mata (kesan tak cukup tidur). Tapi Alhamdulillah, sejak MD diberi peluang untuk menggunakan 3D GOLD STEMCELL SERUM ni, MD dapat rasakan perubahan pada kulit wajah MD.. Apa yang MD suka, serum ni tekstur dia sangat ringan & mudah menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak. Lepas apply tu rasa kulit macam tak pakai apa2 pon sebab teksturnya yang sangat ringan. Kulit pon terasa lembap je.. ^_^


Antara perubahan yang MD alami sendiri selepas hampir 3 minggu menggunakan 3D GOLD STEMCELL SERUM ni ialah :-

  • Kulit wajah yang kering & kusam kembali lembap.
  • Tona kulit semakin sekata.
  • Jerawat halus & kesan parut jerawat semakin pudar.
  • Kulit tampak lebih sihat berseri.

Haa, itu antara perubahan yang MD alami. Cuma lingkaran lebam bawah mata tu buat masa ni memang susah sikit nak hilang kot sebabnya setiap malam berjaga menyusukan si kenit. Kadang2 bila mood rajin datang, malam2  masa menyusukan baby tu MD ambil 3D GOLD STEMCELL SERUM ni & sapu bawah mata. So esoknya tak adalah teruks sangat lebamnya. Okay, itu antara kesan yang MD sendiri alamilah ye. Tapi sebenarnya banyak lagi kelebihan serum dari My Beauty Herbs ni. Nak tau apa lagi kebaikannya? Baca terus ke bawah k!^_~


Sebelum tu suka MD kongsikan dengan korang semua bahan2 yang terkandung di dalam 3D GOLD STEMCELL SERUM yang menjadikannya istimewa & membantu MD untuk mendapatkan kulit wajah awet muda!^_^
3D GOLD STEMCELL SERUM mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


APAKAH KELEBIHAN 3D GOLD STEMCELL SERUM TERHADAP KULIT WAJAH ANDA?
  • Hilangkan parut hitam 
  • Hilangkan dan cegah jeragat
  • Mencegah luka jerawat
  • Menutupi liang pori
  • Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  • Lembapkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Mengawal minyak pada wajah
  • Mencerahkan kulit    
  • Menegangkan kerutan dimata
  • Pudarkan gelap bawah mata
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Mengalakkan penghasilan kolagen
  • Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten.
3D Gold Stemcell Serum By My Beauty Herbs, Testimoni 3D Gold Stemcell Serum
Gambar Sebelum & Selepas 3 Minggu Penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM


Ehem, kalau MD tak bagitau usia sebenar MD ni agak2 korang berapa umur MD berdasarkan gambar sebelum dan selepas penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM di atas? Terasa awet muda sangat tau.. Baru rasa kembali yakin nak berselfie.. Heee~ Apa2 pon MD nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur giveaway (mialiana.com) & pihak My Beauty Herbs kerana memberi peluang kepada MD untuk mencuba produk hebat ini! ^__^






Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



Read More

Thursday, 27 October 2016

ESP Shaklee.. Menyesal Beli!!!

ESP Shaklee.. Menyesal Beli!!! | Assalamualaikum.. Apa khabar kesayangan? Beberapa hari MD tak update blog. Kesibukan menguruskan bisnes & rumahtangga. Dengan dekat nak closing ni lagilah sibuk. Huhu~


Okaylah, hari ni MD nak berkongsi feedback dari salah seorang customer Shaklee MD yang order ESP bersempena promosi bulan lepas. Bila MD follow up balik, menyesal katanya.. Huhu~


Haa, mesti ada yang berfikiran feedback negatif kan? Amboiii, korang kalau bab komen2 negatif suka ye. Hehe.. Actually, customer MD yang sorang ni baru first time try ESP Shaklee. Kebetulan tengah promosi last month, so dia grablah satu canister untuk try. MD suggest ambil twin pack terus supaya dapat jimat kos.. If ambil twin pack, dapat extra discount. Pos pon jimat! Tapi biasalah kan, kalau kita pon as a new customer yang baru nak cuba sesuatu produk akan beli satu2 dulu juga kan? Kang beli banyak2 terus tak termakan/terguna pula. Kan dah jadi satu pembaziran pula tu.. ^^,


So, customer MD ni belilah 1 canister dulu. Tapiiii bila dah try, alamak menyesal pulak katanya! Menyesal sebab beli 1 je.. Kalau tau sedap & kesan bagus dah beli twin pack dah masa promo last month.. Hehe.. Alaa, tak mengapa sis. In Shaa Allah nanti ada lagi promosi untuk ESP ni. Cuma belum tau bila. Normally once or twice in a year. ^_^


ESP ni selalu bila ada promosi cepat sangat habis stoknya di warehouse. Yelah, produk hot.. All time favourite.. Memang laku keras & cepat habis stok. So next time uols kalau ada promosi ESP ni janganlah lepaskan peluang ye. Nanti kang jadi macam my lovely customer ni pula. Menyesal di kemudian hari tiasa berguna sayang.. Uhuks!


Oh ya! Ada pagi ke yang tak tau ESP ni apa benda? Huhuhu.. Takpelah, MD bagitau lagi sekali ea.. ESP atau Energizing Soy Protein ni adalah sejenis suplemen (makanan tambahan) yang dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO yang tinggi dengan kandungan protein & baik untuk badan. Rasa dia? Rasa soya pure + vanilla. Sedap & mengenyangkan! Biasa kalau bulan puasa MD akan buat stok extra untuk bekalan semasa bersahur & berbuka. Sebab salah satu khasiat ESP ni ialah ia membekalkan tenaga yang lebih lama untuk pastikan badan kita kekal cergas sepanjang hari even berpuasa. Banyak lagi khasiat ESP ni tau. Nanti MD share dalam entri lain k...


Sekian dulu sharing untuk hari ni. Jumpa dalam next entri k.. Tata..! Xoxo!^_~



Read More

Saturday, 22 October 2016

SEMBELIT! Jangan Biarkan Berlarutan..!

SEMBELIT! Jangan Biarkan Berlarutan..! | Masa dalam pantang, benda yang paling menggerunkan ialah SEMBELITSiapa selalu kena sembelit tu fahamlah kan perasaan dia macamana? Itu kalau sembelit biasa. Cuba bayangkan macamana keadaan ibu berpantang bila kena sembelit? Terutamanya ibu yang bersalin secara normal. Berjahit banyak pulak tu.. Nak membuang tapi gerun. Tak buang lagilah bertambah2 gerun. Hazab kauuu..😫


Sembelit ni lama2 boleh jadi buasir. Lagi hazab kalau dah termenjadi buasir tu nanti.. Sengsara weyh.. MD pernah sampai berdarah2 dibuatnya. Bila dah macam tu, lagilah ngeri nak ke jamban. Minum air masak dah banyak tapi still tak membantu. Tak taulah kenapa. Mungkin penyerapan dalam badan ni tak berapa efisien. Maka dengan pengalaman sebegitu menggerunkan, MD nasihatkan para ibu berpantang yang mengalami masalah SEMBELIT tu carilah 'kawan'.. 

OsteMatrix Shaklee, Kebaikan OsteMatrix Shaklee, Shaklee Kajang, Pengedar Shaklee Kajang

OSTEMATRIX™!!! Inilah 'kawan' baik MD sepanjang berpantang & menyusukan si putera kenit MD si Naufal.. Even sebelum mengandung, semasa mengandung & dah habis pantang ni pon MD still perlukan OSTEMATRIX™ ni tau. Sebabnya ia banyak membantu MD dalam masalah kesihatan yang lain jugak selain masalah SEMBELIT. Bangun pagi badan terasa ringan je. Even sakit2 badan pon berkurang.


Alhamdulillah, sekarang ni nak membuang dah tak ngeri lagi dah. Kalau tidak, asal nak ke jamban je berpeluh2 memikirkan seksanya SEMBELIT. Huhu.. Apa2 pon semuanya dengan izin Allah jua. Kalau Allah tak izin, tak berkesan jugak kan? Yang penting, ikhtiar & yakin dengan ikhtiar kita tu. Doalah minya diberi keizinan untuk apa sahaja usaha kita.. In Shaa Allah, Allah bantu.. ^_^


Pssst! Sebenarnya kan, OSTEMATRIX™ ni bukanlah sekadar KALSIUM tau.. Haa, ada apa kagi dengan OSTEMATRIX™? Okay, nanti MD up dalam entri lain k.. 





If ada yang berminat nak dapatkan OSTEMATRIX™  ni bolehla ke :

OFFICIAL PAGE : Rafhanah Health & Beauty
INSTAGRAM : @shaklee_by_diamonds
WHATSAPP : 019-532 7438 



Read More

Friday, 21 October 2016

SAARA Lorea Ombre - Jubah Moden Nursing & Wudhu' Friendly

SAARA Lorea Ombre - Jubah Moden Nursing & Wudhu' Friendly | Assalamualaikum darlings! Selamat petang! Kali ni MD nak share tentang satu lagi produk fesyen yang semakin mendapat tempat di hati ramai iaitu jubah moden! Sekarang ni kan ada baaanyakkk sangattt jenama pakaian muslimah di Malaysia. Betul tak? Lepas tu design pulak tu semua letop2 belaka. MD pon sekarang ni kalau nak beli outfit, yang teratas dalam senarai belian ialah one piece nursing & wudhu' friendly outfit. Bukan apa, senang.. Sekali sarung dah siap! Ada anak kecik ni nak kena cepat segala tindakan. Lambat2 anak amukan.. Mak pon meroyan jadinya.. Hahah! ^_^"


Bercakap tentang produk fesyen muslimah ni, salah satu jenama yang semakin meningkat naik sekarang ialah SAARA! Produk2 SAARA sentiasa menampilkan ciri2 muslimah yang bertepatan dengan tuntutan syariat Islam. Namun, SAARA masih menerapkan unsur2 moden dalam setiap penghasilan produk fesyennya dengan gaya elegan, mesra muslimah & sentiasa patuh syariah, seiring dengan perkembangan fesyen terkini di Malaysia.


Jubah Moden, Jubah Moden Murah, Jubah Dress, Jubah Ombre, Jubah Ombre Satin, Jubah Saiz S Hingga XXL

Salah satu produk fesyen SAARA yang mendapat sambutan hangat peminat2 fesyen muslimah di Malaysia ialah Jubah Moden Nursing & Wudhu' Friendly - SAARA LOREA OMBRE! Keistimewaan produk2 fesyen SAARA ni ialah ia mengetengahkan konsep 'lose & trendy'. Bersesuaianlah dengan tuntutan syariah yang menganjurkan para muslimah supaya berpakaian labuh, longgar, dan tidak menonjolkan bentuk tubuh.


APA ISTIMEWANYA SAARA LOREA OMBRE?
  • High Quality Dull Satin (GRED A, sejuk & tak panas) 
  • Simple yet elegant, boleh pakai diwaktu siang atau malam 
  • Zip gold (high quality) di dada – Nursing friendly 
  • Zip gold (high quality) di lengan – Wudhu' friendly 
  • Poket di sisi 
  • Ada cutting (tapi masih menutup bentuk badan)    
  • Size S hingga XL (LIMITED SIZE)     

Jubah Moden, Jubah Moden Murah, Jubah Dress, Jubah Ombre, Jubah Ombre Satin, Jubah Saiz S Hingga XXL

Berita baik!!! SAARA LOREA OMBRE CLEARANCE SALE Kini Berlangsung!!! Bagi penggemar2 jubah moden di luar sana, MD sarankan korang dapatkanlah SAARA LOREA OMBRE ni segera sebelum kehabisan stok. Sebabnya harga clearance tersangatlah murah! Plus saiz & pilihan warna yang tinggal tersangat limited dah ni.. So siapa cepat, dialah yang dapat. Lambat2 melepas!^_~



Jika berminat, boleh segera whatsapp MD di talian 019-532 7438! Nak SMS pon boleh.. Mana2 je yang korang available! ^_~



#saara_muslimahwearing #saaracandies #saaraangels #saara_lorea #saara_loreaombre #promosi #clearance #clearancesale #clearancestock #clearancestockmalaysia #murahmeriah #bazaarpaknil #terlajaklaris #jubahombre #jubahombremurah #jubahombremurahmalaysia


Read More

PENGUNDURAN ZAWARA DARI INDUSTRI FESYEN

PENGUNDURAN ZAWARA DARI INDUSTRI FESYEN | Majlis sidang akhbar telah pun berlangsung bagi mengumumkan langkah ZAWARA untuk keluar dari industri fesyen. Majlis yang berlangsung di ZAWARA Coffee The Curve itu turut mengumumkan untuk mengadakan Z-XIT SALE KASI CLEAR untuk menghabiskan stok pakaian di butik2 ZAWARA.


Menurut CEO ZAWARA, En. Kamarul Karim, ZAWARA keluar dari industri fesyen untuk memberi lebih tumpuan kepada bidang kecantikan dan kesihatan yang semakin menjadi teras produk mereka termasuk juga cabang F&B mereka iaitu ZAWARA COFFEE.


Bermula 1 Januari 2017, ZAWARA akan dikenali sebagai ZAWARA - The Beauty Expert, satu jenama kosmetik halal yang terbesar di Malaysia. ZAWARA selepas ini akan menjadi One Stop Center bagi pelbagai barangan kosmetik dan kesihatan untuk wanita. Bukan sahaja lip cream, tetapi juga ZAWARA akan mengeluarkan koleksi lengkap, foundation, bb cream sehinggalah ke eye shadow, skin care termasuklah syampu & wangian.


Menurut En. Kamarul lagi, penghijrahan ini bukanlah bermaksud industri fesyen di Malaysia tidak memberangsangkan malahan industri fesyen tidak akan pernah pudar. Cuma mereka perlu memberikan lebih tumpuan untuk mengembangkan segmen kosmetik sehingga ke persada antarabangsa.


ZAWARA - The Beauty Expert akan berpusat hanya di ZAWARA MEGASTORE, Seksyen 7 Shah Alam dan di atas talian sahaja. Konsep "Hub & Spoke" ini akan dikekalkan di setiap negara yang ZAWARA terokai.



Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada ZAWARA lovers, mulai hari sabtu ini iaitu bersamaan 22 Oktober 2016, mereka akan mengadakan Z-XIT CLEARANCE SALE di ZAWARA MEGASTORE SHAH ALAM dan ONLINE SHOP WWW.ZAWARA.COM.




**P/S : Buat ZAWARA lovers, jangan lupa pakat ramai2 ke ZAWARA MEGASTORE di SHAH ALAM esok untuk dapatkan produk2 fesyen ZAWARA pada harga clearance. Kemudian sama2lah kita nantikan pelancaran ZAWARA sebagai Halal Cosmetics & Skin Care pada 1 Januari 2017 ni nanti. ^_^



Read More

Thursday, 20 October 2016

33 Manfaat Yang Boleh Diperoleh Dalam 1 Canister ESP

33 Manfaat Yang Boleh Diperoleh Dalam 1 Canister ESP | Apa tu ESP?? MD pasti semua dah tau pasal ESP ni. Alaa, produk kegemaran sepanjang zaman semua tuuu.. Apa lagi kalau bukan Energizing Soy Protein keluaran Shaklee! ESP ni pon dah jadi my all time favourite jugak since MD kenal produk ni dari tahun 2014. Ia adalah sejenis makanan tambahan yang tinggi kandungan protein. Bukan ubat kurus ka, ubat gemuk ka, ubat tenaga ka, bukan3! Ia sebenarnya sejenis makanan dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh atau dikocak sebelum diminum. Yup, makanan yang perlu diminum ye bukan dikunyah. Istimewa kan? ^_^


Makanan tambahan ni fungsinya adalah untuk membekalkan nutrisi tambahan kepada tubuh kita supaya badan kita mendapat zat yang mencukupi setiap hari dan memastikan tahap kesihatan yang lebih baik dan optimum. So siapa yang rasa diri dah cukup nutrisi tu tak apalah, tak nak ambil pon kann.. Cuma sure ke badan korang tu dah cukup protein? Haa, tanya badan masing2 la naa.. Hanya kita yang tau apa kita makan dan cukup ke tidak zat yang kita daoat dari makanan yang kita ambil tu.. ^_~


So hari ni MD nak share dengan korang semua apa yang korang boleh dapat dengan pengambilan ESP secara konsisten. Sebelum tu, ingin diingatkan yang manfaat2 yang MD kongsikan ni adalah berdasarkan 70 testimoni yang telah dikumpul dari pengguna2 yang mengambil ESP secara konsisten. 

Kelebihan Energizing Soy Protein, Kebaikan Energizing Soy Protein, 33 Manfaat Yang Boleh Diperoleh Dalam 1 Canister ESP


33 Manfaat Yang Boleh Diperoleh Dalam 1 Canister ESP

  1. Mencerahkan kulit
  2. Menghilangkan jeragat 
  3. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
  4. Membantu mempercepatkan penyembuhan luka 
  5. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
  6. Menganjalkan payudara 
  7. Menganjalkan punggung 
  8. Mengatasi masalah gastrik dan pedih ulu hati
  9. Mengatasi kelesuan
  10. Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa
  11. Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran
  12. Mencantikkan kuku
  13. Menghaluskan tumit pecah
  14. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa
  15. Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
  16. Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu
  17. Pengganti sarapan dan supper
  18. Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan
  19. Merangsang regenerasi sel kulit dan otot serta mengurangkan kedutan
  20. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  21. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral yang baik untuk badan
  22. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
  23. Rendah lemak, tanpa kolestrol
  24. Membantu mengurangkan risiko kanser
  25. Bertindak sebagai antioksidan
  26. Menguatkan sistem imun tubuh
  27. Mempertingkatkan tahap kolestol baik
  28. Memelihara kesihatan jantung
  29. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  30. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones
  31. Membantu merendahkan paras kolestrol jahat
  32. Mencegah osteoporosis
  33. Membantu pembentukan sel-sel baru.


Banyakkk kan manfaat ESP ni? Itu baru ESP, belum lagi MD cerita pasal manfaat suplemen2 lain lagi.. Apa2 pon pastikanlah badan kita mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi setiap hari. Tak nak makan suplemen tak apa, tapi pastikanlah pemakanan asas korang tu dah cukup semua zat dengan kadar yang sepatutnya untuk keperluan harian badan korang. Badan nak pakai lama yunk (In Shaa Allah dengan izin Allah).. Nak2 orang perempuan ni.. Makin berusia makin kurang nutrisi badan kita ni. Tambahan pula bila dah beranak pinak. Dah lah urat banyak putus, zat pula tak cukup. Kesian, apalah nasib badan.. Gugugu~


Okaylah, sebelum MD akhiri perkongsian MD hari ni, suka MD nak ingatkan yang kesan pengambilan ESP atau sebarang suplemen lain ke atas setiap individu adalah berbeza2 mengikut tahap kesihatan masing2.. So, janganlah kata "eh, aku minum ni takde pon dapat efek macam dia!".. Of courselah tak sama kesannya ye sayang2 semua.. Sebab badan kita ni lain2.. Komposisi nutrisi yang ada dalam badan kita pon tak sama.. Semuanya bergantung kepada pemakanan dan lifestyle kita. 




If ada yang berminat nak cuba ESP ni bolehla ke :

OFFICIAL PAGE : Rafhanah Health & Beauty
WHATSAPP : 019-532 7438 

Read More

10 Tip Menyusukan Bayi Pramatang

10 Tip Menyusukan Bayi Pramatang | Semua bayi memerlukan susu ibu untuk perkembangan dan pertumbuhan yang optimum. Begitu juga dengan bayi pramatang. Bayi pramatang amat memerlukan susu ibu untuk menyokong perkembangannya. Semasa melahirkan putera sukung MD pada 15 Ogos 2016, usia kandungan MD baru sahaja mencecah 36 minggu. Lahir pada usia pramatang dengan berat hanya 2.2 kg membuatkan putera MD terpaksa dipantau untuk memastikannya tidak mengalami apa2 masalah kesihatan dan jangkitan kuman.

Tip Penyusuan Susu Ibu, Cara-Cara Menyusukan Bayi Dengan Betul, Bagaimana Memulakan Penyusuan Eksklusif?,

Bayi pramatang mengalami kekurangan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi dan immunoglobulin yang sepatutnya diperoleh semasa trimester ketiga dalam kandungan. Oleh itu, susu ibu adalah satu-satunya cara terbaik untuk si kecil memperoleh kesemua zat penting tersebut. Namun tidak mudah untuk menyusukan bayi pramatang ini. Bayi pramatang menghadapi kesukaran untuk menyusu terus daripada ibu kerana otaknya belum matang untuk mengendalikan keupayaan menghisap dan menelan.


Jadi hari ini MD ingin berkongsi beberapa tip yang MD jumpa hasil pembacaan MD di internet tentang bagaimana untuk menyusukan bayi pramatang. Semoga bermanfaat! ^_^


TIP MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG 

1. Buat teknik gavage feeding

Teknik gavage feeding digunakan dengan tiub dipasang dari hidung terus ke perut bayi. Biarpun kolostrum pekat, ia boleh mengalir ke perut bayi dengan bantuan daya graviti.

2. Perah susu berhampiran bayi
Lakukan proses memerah susu berhampiran dengan bayi anda. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi membantu dalam proses memerah susu. Jika duduk berasingan, susu sukar keluar.

3. Utamakan kebersihan
Oleh kerana bayi pramatang mudah terkena jangkitan, maka proses pengendalian susu perahan perlu mengutamakan aspek kebersihan. Setiap kali sebelum mengepam, tangan perlu dicuci dan selepas mengepam, susu perlu disimpan di dalam bekas yang bersesuaian.

4. Buat kaedah jagaan kanggaru
Melalui kaedah ini, ibu dan bayi akan bersentuhan kulit ke kulit dengan lebih kerap dan ini membantu mempercepatkan tumbesaran bayi. Ketika mempraktikkan kaedah ini, ibu perlu memakai baju yang berbutang di hadapan dan dibuka untuk meletakkan bayi di bahagian dada. Bayi pula hanya memakai lampin pakai buang agar lebih banyak permukaan kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu. Selimutkan bahagian badan bayi agar bayi tidak kesejukan. Selain daripada ibu, ayah juga boleh melakukan kaedah ini.

5. Kosongkan payudara

Sebelum melakukan jagaan kanggaru, ibu perlu mengosongkan payudara. Ini bagi mengelakkan bayi tersedak susu sekiranya dia berupaya untuk menghisap susu secara langsung kerana susu mengalir deras.

6. Guna posisi bersesuaian

Sewaktu menyusukan bayi terus ke payudara, anda boleh menyusukannya sama seperti bayi normal. Tetapi disebabkan bayi pramatang terlalu lemah untuk menghisap dengan baik, ibu boleh bantu menggunakan posisi tertentu. Posisi pegangan silang buai atau cross cradle dan mendakap atau football hold paling kerap digunakan untuk menyusukan bayi pramatang.

7. Beri bantuan

Bayi pramatang perlu dibantu ketika menyusu kerana dia masih belum mampu bergerak sendiri untuk mencari puting payudara ibu. Begitu juga halnya dengan pelekapan. Mulutnya masih kecil dan memerlukan bantuan untuk memasukkan aerola ke dalam mulut.

8. Susu ibu akhir

Berat badan memainkan peranan penting menentukan tahap tumbesaran bayi pramatang. Penggunaan perahan susu akhir ibu (hindmilk) boleh membantu bayi pramatang cepat bertambah berat badan. Ibu perlu perah keluar susu awal (foremilk) terlebih dahulu dan simpan secara berasingan. Perahan susu akhir dikumpul dalam bekas dan dihantar ke hospital untuk bayi pramatang. Kandungan susu akhir mengandungi lemak, vitamin, protein dan tenaga yang lebih tinggi berbanding susu awal. 

9. Pam awal

Dalam minggu-minggu pertama, bayi mungkin belum bersedia untuk menyusu secara terus daripada ibu. Ini memberi peluang kepada ibu untuk mengumpul susu perahan.

10. Guna pam payudara berganda

Penggunaan pam payu dara berganda ternyata lebih efektif dalam membantu merangsang payudara dan menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, yakinlah yang ibu juga mampu memberikan susu ibu kepada bayi pramatang. Perlu yakin bahawa susu ibu amat sesuai dan adalah yang terbaik untuk memenuhi keperluan bayi. Jumlah susu yang sedikit sudah cukup untuk membekalkan khasiat kepada kesihatannya. Badan ibu akan menghasilkan dan memindahkan antibodi kepada bayi untuk meningkatkan sistem imun si kecil.


Untuk para suami, berikanlah sokongan kepada isteri anda untuk menyusukan bayi anda. Ini kerana sokongan daripada suami dan ahli keluarga rapat turut memainkan peranan penting dalam penyusuan eksklusif.



Read More

Wednesday, 19 October 2016

SAARA Amani : Stokin Mesra Muslimah

SAARA Amani : Stokin Mesra Muslimah | Siapa di kalangan pembaca blog MD ni yang pakai stokin/sarung kaki? Sekarang susah kan nak cari stokin/sarung kaki yang kualiti dia bagus.. MD selalu beli yang RM10 sepasang tu tapi pakai 2,3 kali dah koyak.. Tembus kat tumit.. Dah la jarang.. Serupa tak pakai sarung kaki.. Huhu~


Tapi sekarang MD dah jumpa stokin/sarung kaki yang berkualiti! Stokin SAARA Amani! Tebal, tak jarang, panjang pulak tu. MD kalau cari stokin/sarung kaki memang suka yang panjang atas paras lutut. Kalau terselak kain terbang dek angin ke apa, masih terjaga aurat kita. Tapi sebelum2 ni macam tak ikhlas je pakai sarung kaki sebab jarang..-..-" Puas cari yang tebal. Kalau jumpa pon materialnya panas. Pakai sekejapan je dah berpeluh2.. Pendek paras buku lali je pulak tu. Huhu..



So kat sini suka untuk MD share sekali dengan korang keunikan/keistimewaan SAARA Amani ni.. Jom tengok apa istimewanya! ^_^


Apa Istimewanya SAARA AMANI?
  • Material SPANDEX LINKING berkualiti tinggi
  • Design terbaik
  • Tidak jarang (TEBAL)
  • Panjang sampai ke lutut
  • Stretchable
  • Tidak panas
  • Serap peluh



SAARA Amani ni sesuai untuk kita bawa bersolat atau untuk dipakai ketika bekerja, belajar, semasa berpantang juga sesuai untuk dipakai harian. Nak pakai semasa keluar berjalan2 membeli belah pun boleh. Tak ada masalah. Yang penting ia sangat mematuhi syarat untuk menutup aurat dengan sempurna. 


SAARA Amani available dalam dua warna iaitu hitam dan skin colour. Harga pun sangat berpatutan bersesuaian dengan kualitinya.


Harga SAARA Amani :
1 pair – RM15
2 pair –  RM25
10 pair RM125 (FREE POSTAGE!)



Murah je kan? Bagi mereka yang baru2 belajar nak tutup aurat memakai stokin tu MD suggest sangat SAARA Amani ni. Sebab selesa sangat. Susah nak jumpa stokin muslimah yang berkualuti macam ni. So, if rasa berminat boleh la roger MD ye. Whatsapp ke talian 019-532 7438! ^_~


JOM TUTUP AURAT! ^___^



#stokinkaki #stokin #stoking #stokinmurah #stokinsolat #stokinmuslimah #stokintebal #stokinpanjang #stokinborong #stokinmalaysia #muslimah #muslimahfashion #muslimahwear #muslimahattire #muslimahclothing #muslimahmalaysia #muslimahstokin #saara_muslimahwearing #saara_amani #saaracandies #saaraangels #stokinamani


Read More

Thursday, 13 October 2016

Atasi Stress Untuk Elak Susu Merudum

Atasi Stress Untuk Elak Susu Merudum | Bercakap tentang penyusuan ni kalau tak dapat sokongan penuh dari suami memang sangat sukar nak teruskan penyusuan eksklusif. Biasalah bila jaga anak kecik ni kan, malam2 setiap 1 jam sekali mesti kena bangun untuk susukan anak. Anak akan bangun kerap untuk menyusu bila penghasilan susu merudum. Semua maklim, bila susu tak banyak, anak akan cepat lapar. Sebab tu anak akan kerap bangun untuk menyusu. Tidur pun kurang lena, asyik merengek & mudah terjaga. Hal ini biasanya berlaku pada MD bila MD terlalu penat & tak cukup rehat. Yelah, malam berjaga, siang belum tentu dapat qada' tidur yang semalamnya tu sebab masa anak tidur tu lah baru ada masa nak uruskan hal2 rumahtangga. Tu pun bukan semua sempat diuruskan dalam masa satu hari. Huhu~


Bila badan terlalu penat, mulalah kita rasa stress kan? Mata mengantuk tapi tak boleh nak tidur. Perut lapar tapi kadang tak sempat nak makan. Badan sakit2 tapi tak sempat nak berehat. Nak mandi, nak buang air, nak basuh pinggan mangkuk semua pun kadang tak sempat bila anak berpe'el.. Haa, ini antara punca2 MD jadi stress lately ni. Dan apa yang MD perasan, bila stress penghasilan susu badan pun drop habis. Mulalah anak asyik nak merengek & mengempeng je. Lagilah bertambah2 penat badan. Stress pun jadi semakin teruk.


Kadang kesian kat anak. Bila anak asyik merengek, tak nak tidur, tak nak duduk kat bawah, asyik nak mengempeng & berdukung je, ibu jadi tak terkawal langsung termarah anak. Huhu~ Lepas tu ibu nangis sorang2 sambil belai wajah lembut si kecik. Rasa berdosa pulak marah2 anak walhal bukannya dia tau apa2 pun. Inilah agaknya punca ibu2 meroyan semasa berpantang. Badan kurang sihat, lepas tu penat, emosi pula tak stabil, tertekan, lama2 jadi tak terkawal & hilang kawalan. Ish, na'uzubillah. 


Untuk atasi masalah ni MD sambung balik consume Vitamin B. Bagi yang tak tau, Vitamin B ni turut dikenali sebagai vitamin anti stress.. Sebab tu ibu2 hamil, berpantang & menyusu sangat digalakkan ambil Vitamin B. Selalunya pihak klinik kesihatan tempat kita checkup tu akan bagi Vitamin B Complex yang dalam bentuk tablet kecik2 tu kan? Lepas tu dia bagi sekali asid folik. Tetapi MD lebih suka dapatkan sumber Vitamin B MD melalui pengambilan B COMPLEX SHAKLEE!


Kenapa MD pilih Vitamin B Complex Shaklee? Semestinya kerana ianya mengandungi kesemua jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan kita iaitu Vitamin B1, B2, B3, B6, & B12 termasuk asid folik serta Biotin Pantothenic Acid.


Apakah kebaikan Vitamin B kepada tubuh kita? Selain sebagai 'Vitamin Anti Stress', ada banyak lagi sebenarnya kebaikan dan kepentingan Vitamin B ni ke atas tubuh badan kita. Yang tu nanti MD share dalam entri yang lain ye. Sampai sini dulu untuk hari ni..


Salam! Xoxo! ^_^



Read More

Wednesday, 12 October 2016

Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang

Gangguan Bekalan Air Sementara di Wilayah Klang | Beberapa kawasan di Klang sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air pecah di belakang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pin Hwa, Setia Alam.


Kerja-kerja pembaikan paip air pecah sedang giat dijalankan dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 11.00 pagi hari ini (12 Oktober 2016).


Kawasan-kawasan yang terlibat adalah :-
• Bukit Tinggi 1 
• Bukit Tinggi 2
• Bandar Botanik
• Ambang Botanik
• Bayu Emas
• Bandar Parkland
• Glenmarie Cove
• Bandar Puteri Klang
• Bandar Putera
• Taman Bayu Perdana
• seluruh Sentosa
• Rantau Panjang
• Telok Kapas
• Bandar Sultan Suleiman Fasa 1
• Bandar Sultan Suleiman Fasa 2
• Bandar Sultan Suleiman Fasa 3
• Pelabuhan Utara
• Tanjung Harapan
• Kawasan Perindustrian Sultan Mohamed
• Sungai Sireh
• Kawasan Perindustrian Sungai Puloh.


*SUMBER :  www.syabas.com.my



*NOTA :
Melarat2 sampai ke Klang dah. Tapi ini sementara sahaja. Tak berkaitan dengan pencemaran atau penutupan loji. Harap semua yang mengalami masalah gangguan air ni dapat bersabar. Kakitangan SYABAS sedang bertungkus lumus untuk selesaikan segala isu air ni secepat mungkin.



Read More

Status Pemulihan Bekalan Air di Daerah Petaling, Hulu Langat,Sepang,Kuala Langat dan Kuala Lumpur

Status Pemulihan Bekalan Air di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Lumpur | Update status pemulihan dan bekalan air di sekitar kawasan terbabit. Merujuk kepada kenyataan media bertarikh 9 Oktober 2016 (Ahad), bekalan air di daerah Petaling, Sepang dan Kuala Langat ekoran Penutupan Loji Rawatan Air Sg Semenyih telah pulih sepenuhnya mulai jam 7 petang (9 Oktober 2016).



Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan air di daerah Hulu Langat masih dalam proses pemulihan kerana tekanan air rendah. 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah:
• Bandar Tasik Kesuma Fasa 1 hingga 9

• Seksyen 2 dan 4 Bandar Baru Bangi
• Taman Hieow Piow
• Taman Bangi Jaya
• Taman Desa Kenanga
• Taman Bukit Semenyih
• Taman Dusun Jaya
Kajang Utama
• Apartmen Baiduri
• Desa Mewah
• Bandar Sunway Semenyih


Bagi kawasan-kawasan di daerah Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang terlibat dengan Penutupan Loji Rawatan Air Sg Langat dan Cheras Batu 11,  pelan pemulihan berjadual masih diteruskan mengikut zon yang telah ditetapkan. Sila KLIK untuk rujukan jadual.


Pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan ini akan terus dipantau dari masa ke semasa sehingga bekalan pulih sepenuhnya. Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki  hanya ke kawasan dalam zon yang sepatutnya mendapat bekalan air.


Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati memuat turun aplikasi telefon pintar “mySYABAS” atau layari laman web www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.



*SUMBER : www.syabas.com.my




*NOTA :
Kawasan Kajang Utama pun termasuk sekali dalam senarai yang masih dalam proses pemulihan. Semoga cepatlah hendaknya permasalahan ni selesai. Hari2 kerisauan bimbang kot2 tiba2 tak ada air. Aduh, jenuh laaa kalau air tangki habis sebelum proses pemulihan selesai.. Huhu~ T_T||


Read More

Monday, 10 October 2016

Jadual Bekalan Air Dari 5 Oktober 2016 Sehingga 11 Oktober 2016

Jadual Bekalan Air Dari 5 Oktober 2016 Sehingga 11 Oktober 2016 | Sebagai langkah sementara untuk memastikan pengguna-pengguna tidak mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh berpanjangan, pihak SYABAS telah mengeluarkan jadual bekalan air bersih mengikut zon bermula 5 Oktober lalu sehingga 11 Oktober ini. 


Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sewaktu tempoh pemulihan ini. Pelan pemulihan bekalan air secara berjadual kepada pengguna di Zon 1 dan 2  Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.


Untuk rujukan jadual bekalan air dan senarai zon secara lebih jelas, boleh terus ke SENARAI ZON BEKALAN AIR BERJADUAL DI SEKITAR SELANGOR.


Untuk update terkini berkenaan status belalan air di sekitar Selangor ni, korang  boleh muat turun aplikasi telefon pintar “mySYABAS” atau boleh juga terus layari laman web www.syabas.com.my.


*SUMBER : www.syabas.com.my




*NOTA :
Air ni adalah salah satu keperluan hidup paling penting sekali. Susah kan bila tak ada air. Nak mandi susah, nak buang air susah, nak masak susah, nak basuh baju, basuh pinggan mangkuk, semua jadi sukar. Huhu~ 




Read More

Sunday, 9 October 2016

Hadiah Kek SR Dari Customer!

Hadiah Kek SR Dari Customer! | Tak ada idea nak up cerita apa.. Maklumla 2,3 hari ni si kenit ni asyik nak mengempeng je. Ibu nak bergerak pon kepayahan. Asal bangun je dia bukak mata, lepas tu merengek.. Asal pegang phone je dia kuis2 tangan ibu dengan mata pandang tepat ke mata ibu.. Macam bagi hint je suruh bagi perhatian kat dia.. ^_^"

Biasa dapat idea bila blogwalking & baca info2 di website2 lain. Sambil baca untuk tambah ilmu untuk diri sendiri, boleh juga dapat idea untuk share dengan pembaca blog ni sekali.. Tapi 2,3 hari ni kekangan sikit. Putera sorang ni dah pandai minta perhatian lebih. Jadi terbantutlah idea ibu nak mengarang new blogpost..


Tengah nak buat spring cleaning di galeri phone ni, tapis2lah mana2 gambar yang boleh dijadikan bahan untuk up entri. Jumpalah gambar kek ni haa.. Bolehlah dari takde.. Biar pon mungkin tak berkualiti pengisiannya.. Hahah! Bukan apa, jadi blogger ni kena hari2 asah minda update blog. Kalau tak nanti berkarat skill.. Lagi satu sebagai salah satu kaedah untuk kekalkan momentum berblog.. Update je hari2 hatta walau hanya tempek gambar.. Tihihi! ^..^"


So ni cerita kek yang customer hadiahkan sempena habis pantang hari tu. Memang teringin nak makan kek pon. Jadi konon celebrate habis pantanglah ni.. Hahah! Ingatkan satu slice, rupanya sebiji diberinya.. Allah, terharu biru MD dibuatnya.. Tu duk ada lagi dalam peti.. Siapa nak makan kek datanglah rumah.. Kikiki! ^__^


Bila kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita.. Bila kita bermurah hati dengan orang lain, Allah akan bermurah hati dengan kita.. Bila kita buat orang lain senang hati, Allah akan hadiahkan kita dengan kelapangan hati.. Nampak tak apa sebenarnya yang MD nak sampaikan? Customer ni kita kena jaga hati mereka, treat mereka sebagaimana kita ingin ditreat. Sentiasa cuba mempermudahkan & menyenangkan hati mereka, In Shaa Allah mereka pon akan berbuat yang serupa.. 


Eh, siapa nak jadi customer MD? In Shaa Allah, MD treat korang sebaik mungkin.. Semua customer MD, MD treat bak berlian yang tinggi nilainya.. In Shaa Allah.. ^_^




Read More

Wednesday, 5 October 2016

Kelebihan Omega 3 Yang Terdapat Di Dalam OmegaGuard™ Shaklee

Kelebihan Omega 3 Yang Terdapat Di Dalam OmegaGuard™ Shaklee | Siapa perasan di side bar blog MD bulan ni ada promosi produk apa? Yes!!! OmegaGuard™!!! Satu lagi produk yang baaanyakk manfaatnya untuk segenap lapisan masyarakat.. Untuk wanita, untuk lelaki, untuk kanak2, untuk warga emas, untuk golongan pelajar, ibu2 mengandung, menyusu dan ramai lagi.. So bersempena dengan promosi bulan ni, MD suka nak share tentang kelebihan OmegaGuard™ ni.


Semua sedia maklum kan, kandungan utama yang terkandung di dalam OmegaGuard™ Shaklee ni ialah minyak Omega 3 yang baik untuk perkembangan otak. Kalau nak cerita pasal minyak Omega 3 ni, banyak je produk di luar sana yang ada kandungan Omega 3 ni kan? Tetapi! Haaa, ada tapinya tauu.. Kenapa MD suka OmegaGuard™ ni ialah kelebihan yang terdapat di dalam minyak Omega 3 yang terkandung di dalamnya yang tidak terdapat di dalam produk2 lain. Dan inilah yang membezakan kualiti minyak Omega 3 di dalam OmegaGuard™ berbanding produk2 lain yang berada di pasaran. So, jom kita tengok apa istimewanya minyak Omega 3 di dalam OmegaGuard™ ni jom! ^_~


Kelebihan Omega 3 Yang Terdapat Di Dalam OmegaGuard™ Shaklee
  1. Minyak Omega 3 di dalam OmegaGuard™ Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).
  2. Minyak Omega 3 tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksin. 
  3. Minyak Omega 3  di dalam OmegaGuard™ Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat berbanding ketumpatan minyak hati ikan.
  4. Minyak Omega 3 di dalam OmegaGuard™ Shaklee berbeza daripada produk2 Omega 3 di pasaran kerana OmegaGuard™ Shaklee merupakan satu-satunya minyak ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul OmegaGuard™ Shaklee membekalkan 905 mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.
  6. OmegaGuard™ Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Haa, banyak kan kelebihan minyak Omega 3 yang terkandung di dalam OmegaGuard™ Shaklee ni? Inilah istimewanya OmegaGuard™ Shaklee kalau nak tau. Dan inilah sebabnya kenapa MD pilih produk ni sebagai sumber makanan tambahan Omega 3 MD di rumah.


Seperti yang MD ada sebut di atas tadi, memang ada baaanyakk sangat produk minyak ikan Omega 3 yang berada di pasaran sekarang. Terpulang kepada pilihan masing2. Cuma pesan MD berhati2lah dalam memilih minyak ikan Omega 3 anda kerana kemungkinan tahap kandungan merkuri yang terkandung di dalamnya adalah tinggi. Keberkesanannya pun belum tentu terjamin. Jadi, pilihlah dengan bijak! ^_~



Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com