AWET MUDA DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

by - 11:19:00 pm

AWET MUDA DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS | Assalamualaikum semua! Amboi MD macam chipsmore pula kejap muncul kejap hilang. Biasalah, sekarang ni waktu tunggang langgang sikit dengan si kenit 2,3 menjak ni asyik nak mengempeng je. Ibu pon dah serupa zombie dah dengan tak cukup tidur, tak cukup rehat, makan pon tak ikut waktu dah.. Bila macam ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada kulit wajah MD. Yelah, bila tak cukup rehat, tak cukup tidur, sel2 badan kita pon jadi stress. Hasilnya kuit muka nampak lebih tua dari sepatutnya. Tapi Alhamdulillah, MD berpeluang untuk mencuba satu jenis produk ni. 

3D GOLD STEMCELL SERUM, MY BEAUTY HERBS

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS! Yezza! Inilah produknya. Selepas bersalin bulan Ogos lepas, kulit MD sedikit kusam & nampak kurang berseri dengan kulit yang kering & kusam, tona kulit yang tak sekata & lingkaran gelap di bawah mata (kesan tak cukup tidur). Tapi Alhamdulillah, sejak MD diberi peluang untuk menggunakan 3D GOLD STEMCELL SERUM ni, MD dapat rasakan perubahan pada kulit wajah MD.. Apa yang MD suka, serum ni tekstur dia sangat ringan & mudah menyerap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak. Lepas apply tu rasa kulit macam tak pakai apa2 pon sebab teksturnya yang sangat ringan. Kulit pon terasa lembap je.. ^_^


Antara perubahan yang MD alami sendiri selepas hampir 3 minggu menggunakan 3D GOLD STEMCELL SERUM ni ialah :-

  • Kulit wajah yang kering & kusam kembali lembap.
  • Tona kulit semakin sekata.
  • Jerawat halus & kesan parut jerawat semakin pudar.
  • Kulit tampak lebih sihat berseri.

Haa, itu antara perubahan yang MD alami. Cuma lingkaran lebam bawah mata tu buat masa ni memang susah sikit nak hilang kot sebabnya setiap malam berjaga menyusukan si kenit. Kadang2 bila mood rajin datang, malam2  masa menyusukan baby tu MD ambil 3D GOLD STEMCELL SERUM ni & sapu bawah mata. So esoknya tak adalah teruks sangat lebamnya. Okay, itu antara kesan yang MD sendiri alamilah ye. Tapi sebenarnya banyak lagi kelebihan serum dari My Beauty Herbs ni. Nak tau apa lagi kebaikannya? Baca terus ke bawah k!^_~


Sebelum tu suka MD kongsikan dengan korang semua bahan2 yang terkandung di dalam 3D GOLD STEMCELL SERUM yang menjadikannya istimewa & membantu MD untuk mendapatkan kulit wajah awet muda!^_^
3D GOLD STEMCELL SERUM mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


APAKAH KELEBIHAN 3D GOLD STEMCELL SERUM TERHADAP KULIT WAJAH ANDA?
  • Hilangkan parut hitam 
  • Hilangkan dan cegah jeragat
  • Mencegah luka jerawat
  • Menutupi liang pori
  • Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  • Lembapkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Mengawal minyak pada wajah
  • Mencerahkan kulit    
  • Menegangkan kerutan dimata
  • Pudarkan gelap bawah mata
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Mengalakkan penghasilan kolagen
  • Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten.
3D Gold Stemcell Serum By My Beauty Herbs, Testimoni 3D Gold Stemcell Serum
Gambar Sebelum & Selepas 3 Minggu Penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM


Ehem, kalau MD tak bagitau usia sebenar MD ni agak2 korang berapa umur MD berdasarkan gambar sebelum dan selepas penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM di atas? Terasa awet muda sangat tau.. Baru rasa kembali yakin nak berselfie.. Heee~ Apa2 pon MD nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur giveaway (mialiana.com) & pihak My Beauty Herbs kerana memberi peluang kepada MD untuk mencuba produk hebat ini! ^__^






Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



You May Also Like

9 Silent Hunter's Footprints

  1. all the best..dari segmen yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear.. All the best juga!^_^

      Delete
  2. Salam Miza..Singgah dari Giveaway Review yang sama http://www.akifimtiyaz.com/2016/10/kulit-wajah-flawless-hanya-dengan-3d.html

    semoga berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dear.. Thanks.. Good luck to you too! ^^,

      Delete
  3. Slm daripada Fiza. Semoga berjaya.. Singgah BW dr segmen yang sama.. http://ourmemoria.blogspot.my/2016/10/wajah-menawan-dengan-3d-gold-stemcell.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam fiza.. Thank you sudi singgah sini.. All the best to u too! ^_~

      Delete
  4. Replies
    1. Hehe.. Thank you dear! Dah 3 series dah dik..😄

      Delete
  5. Salam. Terima kasih hantar entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    ReplyDelete