Demam Bengkak Susu!

by - 6:26:00 pm

Demam Bengkak Susu! | Al kisah, pagi Ahad baru2 ni sedang MD bersemangat memposter untuk promosi bulan Oktober, tiba2 terasa seram sejuk badan.. Terus telan VITAMIN C 2 biji then tidur.. Gigil2 berselimut..


Dalam sejuk2 gigil2 tu beberapa kali juga bangun susukan si putera kenit.. Bab tukar pampers semua past kat PD.. Memang tak larat dah.. Tapi tak cek suhu lagi.. Sambung tidur sebab dah start rasa lemau badan.. Petang tu terasa hangat mata, muka semua.. Cek suhu tengok tudiaaa 39.5 darjah celcius!


Bagitau kat PD, terus laju2 bawa pergi klinik.. Rupanya demam gara2 bengkak susu.. Memang lain macam sikit sakitnya kali ni.. Tapi tahan gitu jela dengan harapan cepatlah surut hendaknya. Nak makan ubat bimbang efek kat si kenit.. Tapi doktor kata tak mengapa, boleh makan sebab demam ni kalau tak kebah nanti berjangkit kat anak. Huhu~


Dalam perjalanan balik tu rasa tak larat sungguh dah. Rasa panas habis dah satu badan. Sempat singgah beli sate buat alas perut sebelum makan ubat. Sampai rumah lalu makan 2 cucuk je satenya. Terus telan ubat & tidur. Tapi tetap bangun untuk susukan si putera kenit.


Dalam pukul 10 malam macam tu rasa kurang sikit panas badan.. Cek suhu dah turun 38.9 darjah celcius. Baru terasa lapar tapi tak makan pon sate tu. Makan biskut & minum air masak je. Setelkan anak, tukar pampers semua then sambung berehat. Tengah malam tu bangun lagi untuk makan ubat.. Alhamdulillah, suhu dah turun ke 37.2 darjah celcius.. Baru rasa segar sikit badan.


Setiap 6 jam sekali MD bangun untuk makan ubat. Pagi esoknya cek suhu lagi sekali dah naik balik ke 38.7 darjah celcius. Tapi badan boleh tolerate lagi dengan suhu begitu. Masih boleh uruskan anak macam biasa. Selera pon dah kembali normal, dah lalu nak makan. Lepas mandi siapkan anak semua sambung berehat. Dah tak cek suhu sebab rasa macam dah sihat & bertenaga balik dah. Sampailah ke hari ni. Dah stop ambil ubat demam. Cuma continue double up dose VITAMIN C, LECITHIN & OMEGA. ESP MD stop sementara sebab nak bagi bengkak surut dulu. 


So far hari ni rasa dah sihat sepenuhnya even masih terasa sakit kat tempat bengkak tu. Tapi continue je susukan anak macam biasa. Sakit tu memang sakitla. Tapi tahankan jela sampai hilang sakit. Petang ni rasa dah kurang sikit sakitnya. Harapnya hilang teruslah lepas ni. Kalau sakit tapi tak demam ok lagi, tapi bila demam tu yang melemau habis satu badan. Kesian kat anak la. Bila ibu demam, memang tak larat nak uruskan anak. Huhu~


Siapa pernah ada pengalaman demam bengkak susu macam MD? Sengsara kan? Huhu~





You May Also Like

0 Silent Hunter's Footprints