Kisah Tomato

by - 9:00:00 am

Kisah Tomato | Dapat cerita pasal tomato ni dari PD melalui whatsapp.. Bagus untuk dikongsikan dengan pembaca blog MD ni untuk dijadikan tauladan. Jom sama2 baca & ambil pelajaran.. ^_^

Image Extracted From Google

Seorang guru meminta pelajar-pelajarnya untuk membawa beberapa tomato dalam beg plastik ke sekolah.

Tiap tomato ini diberi nama orang yang dibenci oleh pelajar2 tersebut. 

Jadi, bilangan tomato akan sama dengan bilangan orang yang mereka benci.

Pada hari yg ditetapkan, semua kanak-kanak membawa tomato mereka.. Ada yg memiliki dua, sesetengahnya memiliki tiga dan sesetengahnya memiliki lima, beberapa bahkan mempunyai 20 tomato mengikut bilangan orang yang dibenci mereka.

Guru tersebut kemudian memberitahu, mereka terpaksa membawa tomato dengan mereka kemana-mana mereka pergi selama dua minggu.

Hari-hari berlalu, pelajar2 mula mengadu tentang bau reput dan busuk tomato tersebut.

Pelajar2 yang banyak tomato mengadu ia adalah sangat berat untuk dipikul dan bau terlalu busuk.

Selepas seminggu, guru bertanya kepada para pelajar, "Bagaimana anda rasa minggu ini?".

Pelajar2 mengadu bau busuk dan seksa yang amat sangat sebab berat daripada tomato, terutama orang-orang yang membawa banyak tomato.

Guru berkata, "Ini adalah amat serupa dengan apa yang anda bawa dalam hati anda apabila anda tidak suka kepada sesetengah orang.. Kebencian membuat hati tidak tenang dan tidak sihat, dan anda membawa kebencian itu ke mana-mana.. Jika anda tidak boleh tahan bau tomato rosak selama seminggu, bayangkan kesan kepahitan hati anda kerana anda membawanya setiap hari.."


*Moral Of The Story :
Hati ialah sebuah taman indah yang memerlukan pembersihan daripada rumpai yang tidak diingini. Maafkan orang-orang yang telah menimbulkan kemarahan dan kebencian anda. Ini akan memberi ruang kepada jati kita untuk menyimpan perkara yg baik2.. Ianya lebih baik dan tidak pahit..



SEMOGA KITA DAPAT MANFAAT DARIPADA KISAH DI ATAS. ADA HIKMAH DAN PELAJARAN BERGUNA DARIPADANYA..


FEEL FREE TO SHARE.. ^__^




You May Also Like

4 Silent Hunter's Footprints

  1. This is a really nice sharing entry. ingat yer maafkan orang yang buat kita marah. hehe

    salam singgah dari arepnakbebel.com

    ReplyDelete
  2. https://belogs.blogspot.my/ singgah dari Segmen Nak URL Blog #26

    ReplyDelete
  3. ada pengajarannya.... kisah ni

    pssttt.. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #26

    Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/10/senarai-url-blog-26.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  4. Jgn ada benci mcm lagu casey tu 😉

    ReplyDelete