Loji Rawatan Air Semenyih Ditutup Buat Kali Ke-4.. Punca DikenalPasti

by - 8:45:00 pm

Loji Rawatan Air Semenyih Ditutup Buat Kali Ke-4.. Punca Dikenal Pasti | Bermula jam 10.00 pagi tadi, loji rawatan air Semenyih sekali lagi ditutup buat kali ke-4. Penutupan loji adalah berikutan pencemaran bau di Sungai Semenyih yang  berlaku lagi pada pukul 11:00 malam semalam (3 Oktober 2016) di Sg. Semenyih. 


Punca pencemaran telah dikenal pasti daripada premis yang terletak di Batu 22 1/4, Jalan Sg. Lalang, Semenyih. Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang masing-masing akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha tersebut.


Dukacita dimaklumkan bahawa loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 pada pukul 10.00 pagi tadi akibat pencemaran bau ini. Bekalan air akan pulih secara berperingkat apabila loji rawatan air beroperasi semula.


Daerah dan kawasan persekitaran yang akan mengalami gangguan bekalan air adalah seperti berikut.
  • Daerah Hulu Langat meliputi Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching.
  • Daerah Kuala Langat meliputi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Teluk Panglima Garang.
  • Daerah Petaling termasuk mereka yang tinggal di USJ 1 – 27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang.
  • Daerah Sepang meliputi Putrajaya,  Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sg Merab.

Bantuan air kecemasan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air. Pengguna diminta supaya mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my. Sila SMS alamat premis ke 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air kecemasan.








NOTA : 
Berita paling tak seronok didengar seminggu dua ni. Inilah jadi bila ada spesies manusia tak bertanggungjawab. Patut disita je premis yang tak bertanggungjawab tu. Menyusahkan rakyat marhaen lain je.. -..-||




You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit