Status Pemulihan Bekalan Air di Daerah Petaling, Hulu Langat,Sepang,Kuala Langat dan Kuala Lumpur

by - 6:30:00 am

Status Pemulihan Bekalan Air di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Lumpur | Update status pemulihan dan bekalan air di sekitar kawasan terbabit. Merujuk kepada kenyataan media bertarikh 9 Oktober 2016 (Ahad), bekalan air di daerah Petaling, Sepang dan Kuala Langat ekoran Penutupan Loji Rawatan Air Sg Semenyih telah pulih sepenuhnya mulai jam 7 petang (9 Oktober 2016).



Walau bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan air di daerah Hulu Langat masih dalam proses pemulihan kerana tekanan air rendah. 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah:
• Bandar Tasik Kesuma Fasa 1 hingga 9

• Seksyen 2 dan 4 Bandar Baru Bangi
• Taman Hieow Piow
• Taman Bangi Jaya
• Taman Desa Kenanga
• Taman Bukit Semenyih
• Taman Dusun Jaya
Kajang Utama
• Apartmen Baiduri
• Desa Mewah
• Bandar Sunway Semenyih


Bagi kawasan-kawasan di daerah Kuala Lumpur dan Hulu Langat yang terlibat dengan Penutupan Loji Rawatan Air Sg Langat dan Cheras Batu 11,  pelan pemulihan berjadual masih diteruskan mengikut zon yang telah ditetapkan. Sila KLIK untuk rujukan jadual.


Pemulihan bekalan air ke kawasan-kawasan ini akan terus dipantau dari masa ke semasa sehingga bekalan pulih sepenuhnya. Bantuan bekalan air akan dihantar dengan lori tangki  hanya ke kawasan dalam zon yang sepatutnya mendapat bekalan air.


Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati memuat turun aplikasi telefon pintar “mySYABAS” atau layari laman web www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.



*SUMBER : www.syabas.com.my




*NOTA :
Kawasan Kajang Utama pun termasuk sekali dalam senarai yang masih dalam proses pemulihan. Semoga cepatlah hendaknya permasalahan ni selesai. Hari2 kerisauan bimbang kot2 tiba2 tak ada air. Aduh, jenuh laaa kalau air tangki habis sebelum proses pemulihan selesai.. Huhu~ T_T||


You May Also Like

2 Shaklee Lovers Visit

  1. Alhamdulillah dh ok kan...senang skit nak berpantang ye x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far kat sini takde efek sangat sebab ada air tangki.. Cuma risau air tangki kering dulu sebelum proses pemulihan selesai.. Huhu.. MD dah habis pantang dah.. Alhamdulillah.. ^_^

      Delete