Blogger templates

Tuesday, 8 November 2016

3rd Trimester Pregnancy? Memang Macam Ni.. Berbeza Dengan Pengalaman Pertamaku..

3rd Trimester Pregnancy? Memang Macam Ni.. Berbeza Dengan Pengalaman Pertamaku.. | Putera soleh MD dah nak masuk 3 bulan dah lagi beberapa hari. Sekejap je rasa masa berlalu. Masa tengah struggle hamilkan dia pada trimester ke-3 dulu memang tak dapat lupa. Banyak sangat pengalaman & kenangan. Tak boleh tidur malam sedang encik suami kemain enak berdengkur kat sebelah itu biasa dah.. Jelesnya time tu rasa nak main drum je tengah malam atau sengaja buat2 kocak tin biskut konon2 lapar supaya encik suami terjaga & join MD berjaga malam sekali.. Dengki sangattt tauuu.. ^^,"


Jalan serupa penguin itu juga biasa. Penat tahu kite cuba nak catwalk supaya berjenis sikit kejadiannya bila berjalan tapi memang impian jela kau nak acah2 santun bila dah sarat sebegitu.. Memang gaya penguinwalk je paling sesuai. Kadang encik suami gelakkan jua. Tapi MD bolayan je. Malas nak layan. Bila badan terlebih penat, perut mengeras. Bila dah kena false alarm macam tu maka mohonlah berehat. Bila tengah rileks pula baby mula aktif. Perut kau umpama lautan bergelora dibuatnya. Haha! Lain2 pengalaman yang normal, kain baju makin sendat.. Kerap ulang-alik ke tandas. Itu semua akan dialami oleh ibu2 mengandung di trimester ke-3 kehamilan. 


Tapi MD ni special kes sikit. MD ada masalah placenta previa type 3-4. Tak boleh berjalan sangat. Tak boleh buat kerja berat even kerja2 rumah biasa pon tak dibenarkan. Memang kena bedrest betul2 sebab risau bleeding. Kena tahan wad awal even masa tu still sihat walafiat & tak ada tanda2 nak bersalin. Elok check in wad petang tu, pagi esoknya dalam pukul 2.40 am bleeding teruk. Tengah sedap tidur tiba2 terasa basah. Ingatkan air ketuban pecah ke apa. Rupanya berdarah! Allah! Memang panik habis masa tu even tak sakit pon. Sebab melencun habis kena katil. Masa tu tak risau lain dah, cuma risaukan bayi dalam kandungan. Huhu.. Hari tu saja MD kena tukar uniform spital sampai 4 kali sebab bleeding banyak sampai habis melencun uniform & alas katil. Tapi mujurlah tak berlarutan. Mujur jugakla MD check in masuk petang tu. Ikut hati nak mengelat lagi tu. Nak check in esoknya je. Tapi percaturan Allah itu Maha Hebat. Digerakkan hati MD supaya check in cepat. Kalau tidak, tak taulah apa jadi kalau bleeding masa kat rumah or masa on the way ke hospital. Na'uzubillah.. 


Lepas kejadian bleeding tu MD terus tak dibenarkan bergerak sangat. Apetah lagi nak berjalan even nak ke toilet pon. Doktor suruh mintak tolong nurse tolak dengan wheelchair kalau nak mandi atau nak buang air. Tapi MD degil, tetap pergi toilet sendiri. Weyh, kite tengah sarat2 macam gitu kerjanya asyikla nak ke tandas mengucil. Takkan la setiap kali tu nak mintak tolong nurse. Tak sampai hatiku. Kesian kat nurse even memang tanggungjawab diorang. Macam tak ada kerja lain lah pulak kang asyik nak mengadap muka ni je tolak ke tandas 4,5,6 ploh kali sehari.. Hahah! Mujurlah tak ada continuos  bleeding lepas tu. But still tak dibenarkan pulang ke rumah. Kena jadi pemastautin kat dalam tu sampailah selamat bersalin. 


Kalau ikutkan, MD kena stay kat dalam wad lebih kurang sebulan. Sebab kondisi MD masa tu dah okay. Dah tak ada pendarahan. Cuma still kena pantau sehingga selamat bersalin. Sampailah satu hari tu. MD & the gang (siap ada geng dah kau dalam tu.. Kihkih!) curi2 keluar pergi kedai runcit cari kudapan & bahan bacaan buat penghilang bosan. Tak adalah jauh mana pon. Dalam kawasan hospital lagi, cuma memang terasa jugaklah penat dia.  Sekali balik tu terus diserang rasa sakit pinggang ya amat. Lepas tu rasa sakit perut memulas. Allah, panik lagi sekali! Takut kena marah dengan nurse sebab gatal sangat pergi berjalan dah orang pesan jangan berjalan. Huhuhu~ So MD diam2 je sembunyi dalam surau tahan sakit. Sampai prang nak datang melawat pon MD tak bagi. Mujurlah tak berlarutan. Kalau tak, masaklah telinga nak kena tadah bebelan nurse. Huhuhu~ 


2 minggu dalam wad, semua nurse dah kenal dah dengan MD. Siap kena gelar 'ketua darjah' lagi sebab MD la paling lama kat dalam tu masa tu. Orang lain, masuk hari ni esok dah keluar bawak anak. Aku tak beranak2 kat dalam tu. Tapi tak sampai sebulan pon MD kena tahan sebab dalam minggu kedua tu jugaklah MD kena emergency operate sebab contraction dah kerap even MD sendiri macam tak perasan sangat pon rasa cobtraction tu. Hahah! So dipendekkan cerita pada tarikh 15 OGOS 2016, maka selamatlah seorang putera dilahirkan secara ceaseran. Lahir tak cukup bulan which is at 36 weeks dengan berat 2.2 kg. Hari pertama lahir MD tak sempat jumpa pon putera hati MD sebab still lalok ubat bius. MD special kes, kena bius penuh. So memang tak tau apa berlaku masa lahirkan putera sulong MD ni. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.


Sekarang tuan putera dah makin membesar. Berat dah bertambah2. Dukung lama2 pon dah terasa lenguh tangan ibu ni. Pengalaman hamil & melahirkan kali ni memang sangat memberi kenangan. Harapannya, jika masih dikurniakan rezeki untuk hamil kali kedua biarlah semuanya normal & bersalin pon secara normal. Aminnn.. ^_^




1 comment:

  1. Setiap org ada pgalaman mgndung y tersendiri kan.. syukur...smuanya dh selamat..

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com