Blogger templates

Thursday, 3 November 2016

Kenali Tumbuhan Alfalfa & Alfalfa Complex Shaklee!

Kenali Tumbuhan Alfalfa & Alfalfa Complex Shaklee! | Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Bersempena dengan promosi Shaklee bulan ni yang salah satu produknya adalah Alfalfa Complex, so MD rasa suka untuk berkongsi tentang tumbuhan yang menjadi asas penghasilan produk hebat ni iaitu tumbuhan Alfalfa! Nak consume satu2 produk tu terutamanya produk kesihatan macam ni kenalah kenal dulu asal usul kejadiannya, ye tak? Jangan main telan je. 


So, hari ni MD kongsikan tentang bahan utama dalam produk Alfalfa Complex ni supaya korang tak ragu2 lagi untuk mengamalkannya sebagai suplemen harian korang okay! ^_~


Kenali Tumbuhan Alfalfa

Kenali Tumbuhan Alfalfa, Alfalfa Complex Shaklee
*Sumber : Online Botany

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa L  adalah sejenis tumbuhan dalam kategori rumput yang memiliki beberapa ciri seperti mempunyai akar tunjang, batang merayap atau menjalar tegak dari pangkal kayu, dan tingginya adalah sekitar 30-120 cm. Ia mempunyai jenis daun tersusun tiga. Tangkai daunnya agak berbulu dan berukuran 5-30 mm. Bunganya kecil berwarna ungu dan tersusun pada jambak yang padat.


Tumbuhan ini mengambil masa selama 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencecah sehingga 20 kaki (2-4 meter) ke dalam tanah. Ini membolehkan ia menyerap pelbagai nutrisi penting yang terdapat di dalam tanah yang menjadikannya tumbuhan yang penuh dengan khasiat penting untuk kesihatan sejagat.


Alfalfa Complex Shaklee, Apakah Kandungan Alfalfa Complex Shaklee?
Image Extracted From Google

Alfalfa juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan’ kerana khasiatnya yang kaya dengan segala nutrien. Dalam banyak kajian, dilaporkan bahawa rumput ini mampu hidup sehingga 30 tahun bergantung pada keadaan persekitarannya.


Dari segi sejarah pula, tumbuhan ini dikatakan berasal dari tinggalan tumbuhan alfalfa yang berusia 6,000 tahun yang telah ditemukan di Iran dan negara Mediteranean. Terdapat bukti tulisan tertua menggunakan rumput alfalfa pada tahun 1,300 sebelum masihi di Turki. Tanaman ini ditanam di beberapa negara tropika termasuk di Malaysia oleh penternak memandangkan khasiatnya sebagai sumber makanan berkhasiat. Ia memiliki kandungan protein, vitamin, dan kandungam mineral yang tinggi yang diperlukan oleh haiwan ternakan untuk membesar. (*SUMBER : Anim Agro Technology)



Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Complex Shaklee sebenarnya bukanlah produk baru. In fact, Alfalfa telah dibangunkan oleh Dr. C Forrest Shaklee sejak tahun 1950an dan merupakan satu produk Formulasi Signature Shaklee.  Alfalfa Complex Shaklee diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa L) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia.


Daun Alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan. 


Alfalfa Complex Kaya Dengan Vitamin Dan Mineral. Antaranya:
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Vitamin U (S-methylmethionine)
  • Vitamin B6
  • Vitamin K
  • Vitamin D
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Mangan
  • Potassium
  • Fosforus
  • Klorin
  • Sodium
  • Silikon magnesium 

Selain itu, Alfalfa juga kaya dengan protein di mana kandungan proteinnya 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu, dan 13.1% berbanding telur. 


Apakah khasiat dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee & siapakah yang memerlukannya? Okay, yang ni nanti MD kongsikan dalam entri yang lain ye. Sampai di sini dulu perkongsian MD untuk hari ini. Diharap dapat memberi manfaat buat semua terutamanya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Jumpa dalam next entri In Shaa Allah..^_^



1 comment:

  1. I just dropped by and i found a lovely profile photo.

    ReplyDelete

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com