Blogger templates

Monday, 23 January 2017

10 Kesilapan Yang Boleh Menggagalkan Niat Menyusukan Bayi SecaraEksklusif

10 Kesilapan Yang Boleh Menggagalkan Niat Menyusukan Bayi Secara Eksklusif | Nampak mudah tetapi hakikatnya bila sudah melalui pengalaman sendiri, barulah tahu keinginan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif tidak semudah yang disangka.

Image result for breastfeeding

Banyak halangan dan dugaan yang boleh mengagalkan niat asal ibu. Ia boleh sahaja berlaku sejak hari pertama melahirkan bayi lagi. Cuba periksa, ada tak salah satu daripada kesilapan berikut pernah anda alami atau lakukan?
1. Terpisah Dengan Bayi Selepas Melahirkan
Sebaik-baiknya, bayi yang baru dilahirkan hendaklah diletakkan di atas dada ibu supaya dia dapat mendengar degup jantung dan merasakan kehangatan kulit ibu untuk bayi berasa selamat dan tenang.

Selepas itu proses menyusukan bayi menjadi lebih mudah dan ibu boleh menyusukan bayi bila-bila masa mengikut isyarat bayi. Jika ibu diasingkan daripada bayi, ia berisiko mengurangkan permintaan penyusuan daripada si kecil.


2. Bayi Tidak Melekap Dengan Betul
Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan wanita yang baru pertama kali bergelar ibu ialah tidak tahu cara betul pelekapan mulut bayi pada payudara ibu. Gaya macam betul, hakikatnya mulut bayi tidak masuk betul untuk menghisap areola ibu. Ini menyebabkan bayi menangis dan marah kerana tidak dapat menyusu dengan betul.

3. Terlalu banyak do's & don'ts
Campur tangan daripada orang sekeliling yang banyak memberikan petua itu dan ini dan pantang larang yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa menyusukan bayi kadangkala membuatkan ibu jadi keliru dan akibatnya tertekan untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

4. Tiada Sokongan Suami
Suami mestilah menjadi orang pertama yang menyokong niat isteri untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Jika suami sendiri pun buat tak tahu dan tidak membantu usaha isteri bagaimana mungkin penyusuan susu ibu boleh berjalan dengan lancar.

5. Terlalu Awal Perkenal Puting Tiruan
Adakalanya yang baru bergelar ibu dan ayah menjadi kurang sabar mendengar tangisan bayi baru lahir. Risau anak apa-apa, segera sahaja mengikut cadangan orang sekeliling yang mencadangkan anak diberi puting tiruan.

Kononnya ia untuk membantu anak mudah tidur dan kurang merengek. Hakikatnya ia boleh membantutkan proses penyusuan susu ibu secara eksklusif.


6. Ibu Terlalu Stres
Bergelar ibu satu tanggungjawab yang berat. Bagi yang baru pertama kali menjadi ibu tentu sahaja masih belum terbiasa dengan pelbagai tugas yang mesti dilaksanakan. Kurang tidur, letih, sakit badan, tak sempat dan bermacam lagi tekanan yang dihadapi boleh mengganggu kelancaran penyusuan susu ibu.

7. Silap Posisi
Tanpa disedari kesilapan mudah ketika menyusukan bayi boleh menyebabkan si kecil tidak puas. Posisi semasa menyusukan bayi memainkan peranan penting mengekalkan bayi selesa semasa menyusu. Apabila bayi asyik menangis dan tidak puas menyusu, ia akan mengakibatkan dia menolak penyusuan susu ibu.

8. Tidak Membuat Stok Susu
Ada ibu yang tidak tahu atau 'malas' untuk membuat stok susu ibu perahan semasa dalam tempoh berpantang. Sebenarnya ketika inilah, ibu perlu menggunakan banyak masa yang ada bagi membuat stok susu. Selain itu ketika pantang juga, kuantiti susu ibu sangat banyak kerana ibu kurang tertekan dan banyak menghabiskan masa dengan bayi.

9. Malas Mengepam Di Pejabat
Bukan mudah mengekalkan momentum mengepam susu secara konsisten semasa sudah kembali bekerja. Kesibukan tugas di pejabat dan kekangan masa membuatkan ada ibu yang semakin malas hendak mengepam susu. Itu belum ditambah lagi dengan keperluan membawa banyak beg aksesori pam payudara.

10. Kurang Yakin Dengan Susu Ibu
Pertanyaan pada diri sendiri seperti "Kenyangkah anak aku ni?", "Kenapa baby asyik merengek dan hendak menyusu 24 jam sahaja ni?" atau "Nak kena topup dengan susu formula tak ni?" pasti boleh menggugat keyakinan anda terhadap susu ibu.

Jangan keliru dan hilang keyakinan. Memang anda tidak dapat menyukat kuantiti susu ibu yang sudah dihisap oleh bayi seperti susu formula. Tetapi percayalah bayi yang minum susu ibu secara eksklusif tahu berapa jumlah yang diperlukan dalam satu-satu masa dan mereka akan membesar sihat dan ceria.

Tak percaya tunggulah lepas anda habis tempoh berpantang. Badan bayi anda semakin montel!


Tak perlu tergugat dengan kata-kata negatif daripada orang lain. Sentiasa percaya susu ibu itu dicipta untuk anak anda dan ia cukup untuk keperluan si manja.

*SUMBER : Majalah Pa&Ma


Read More

Sunday, 22 January 2017

KENAPA IBU BERPANTANG DILARANG MEMAKAN LAKSA?

KENAPA IBU BERPANTANG DILARANG MEMAKAN LAKSA? | Orang melayu ni banyak pantang larangnya. Pernah dengar tak tentang pantang makan laksa bagi ibu2 yang melahirkan anak? Selalu dengar kan? Orang tua2 kata nak tubuh kembali sihat seperti sediakala, kena jaga pantang betul2. MD pon sampai sekarang masih berpantang laksa, pulut, & ais. Cuma air sejuk dari peti tu balun jugak kekadang.. Huhu~ Orang suruh pantang, kita pon pantanglah.. Tapi tak tau pon sebab musabab kenapa disuruh berpantang.. Betul tak? Hehe.. So hari ni MD nak share dengan korang semua tentang KENAPA IBU BERSALIN DILARANG MEMAKAN LAKSA. Tapi sebelum tu MD nak share dari mana datangnya asal-usul pantang laksa ni.

Pantang makan laksa sangat popular di kalangan wanita berpantang yang berasal dari negeri-negeri di sebelah utara. Namun kini, ia telah menjadi ikutan masyarakat berpantang yang menetap di beberapa buah negeri lain. Ada yang sanggup berpantang makan laksa sehingga setahun dan tiga tahun lamanya. Semuanya kerana bimbang ia memudaratkan kesihatan setelah usia meningkat. Namun sejauh mana ia relevan dengan fakta yang sebenarnya?

Kalau kita kaji tentang laksa ni, bahan utama untuk membuat mi laksa terdiri daripada tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, air panas dan air sejuk. Manakala pembuatan mi laksa pula melibatkan langkah menuangkan sedikit air panas ke dalam tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. Kemudian, ia digaul sebati dan dicampurkan dengan air sejuk. Dengan menggunakan acuan muruku, adunan ditekan ke dalam periuk iaitu di atas api yang berisi air mendidih. Apabila mi laksa sudah terapung, ia diangkat dan ditoskan. Akhir sekali ia direndam ke dalam air sejuk dan ditos sekali lagi sebelum dihidangkan.


Jika dilihat dari aspek ramuan bahan mentah dan cara pembuatan laksa pula, kita tidak menemui apa-apa kekurangan makanan ini. Ia sama seperti makanan lain seperti bihun, kuey tiow atau mi kuning yang perlu melalui proses mengadun doh, terapan dan pendidihan dalam proses penghasilannya.


Jadi, mengapa laksa begitu popular mendapat tegahan daripada dijamah oleh orang-orang selepas bersalin? Mungkin ini antara alasannya.



KENAPA IBU BERPANTANG DILARANG MEMAKAN LAKSA?
  1. MI LAKSA DIMASAK 2 KALI - Antara tegahan yang popular adalah kerana laksa dikatakan SEJUK dan BERANGIN. Hal ini kerana proses memasak 2 kali membuatkan ia dimasuki angin dan memakannya dikhuatiri menyebabkan wanita selepas berpantang mengalami SAKIT URAT.
  2. SAYURAN "SEJUK" - TIMUN & NENAS yang terdapat sebagai bahan sampingan di dalam laksa boleh menyebabkan SAKIT URAT dan MENJEJASKAN KESIHATAN BADAN.
  3. ULAMAN  YANG BOLEH MENYEBABKAN ANGIN - Salah satu bahan dalam laksa yang dikatakan 'BERBISA' untuk wanita dalam pantang adalah BUNGA KANTAN dan DAUN KESUM. Ia dipercayai tidak elok dan boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.
  4. KUAH - Pilihan ikan yang dikisar sebagai kuah laksa juga tidak boleh sembarangan. IKAN KEMBUNG dikatakan akan menyebabkan KEGATALAN. DAUN KESUM yang dimasukkan dalam kuah juga dikatakan akan memberikan kesan terhadap tubuh badan ibu berpantang.


Haa, sekarang dah tau kenapa dilarang berpantang laksa ni kan? So, bagi ibu2 yang sedang berpantang tu, berpantanglah betul2 tau.. Jangan lupa amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE supaya badan kita cepat sembuh & bertenaga sepanjang tempoh berpantang.


Pssst! MD sendiri pon masih lagi berpantang laksa, ais, & pulut tau.. Tubuh kita nak pakai lama saiyanggg.. Jaga elok2 naa..


Read More

Wednesday, 4 January 2017

KENALI KOMPONEN UTAMA VIVIX® – RESVERATROL DAN KEBAIKANNYA

KENALI KOMPONEN UTAMA VIVIX® – RESVERATROL DAN KEBAIKANNYA | Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  


Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang. Kulit anggur merah mengandungi konsentrasi Resveratrol yang paling tinggi. Ia bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kebaikan Resveratrol Di Dalam Vivix Shaklee


Kesan-Kesan Utama Resveratrol :-
  1. Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
  2. Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalah neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardiovaskular. Apabila gen Sirtuin 1 dirangsangkan oleh Resveratrol, ia akan mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat serta mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  3. Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
  4. Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria di dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.
  5. Membina daya ketahanan terhadap kanser melalui 3 fasa :-
  • Fasa Pertama - Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.  
  • Fasa Pertumbuhan - Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. 
  • Fasa Pertumbuhan Pesat - Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.



Kebaikan-Kebaikan Lain:- 
  1. Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel.
  2. Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson.
  3. Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit Diabetes.
  4. Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah.




Jangan Lupa FOLLOW & LIKE :-


Read More

Tuesday, 3 January 2017

10 MANFAAT DAN KEBAIKAN VIVIX® SHAKLEE!

10 MANFAAT DAN KEBAIKAN VIVIX® SHAKLEE! | Hai angels! Okay hari MD just nak share tentang manfaat dan kebaikan yang kita boleh dapati dengan mengamalkan Vivix® Shaklee secara konsisten. So jom tengok apakah 10 MANFAAT & KEBAIKAN VIVIX® SHAKLEE terhadap kesihatan tubuh badan kita!


10  MANFAAT & KEBAIKAN VIVIX® SHAKLEE :-

  1. Menggalakkan PENUAAN yang sihat – awet muda dan anti-penuaan.
  2. Membantu mengelakkan KANSER – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius.
  3. Mengurangkan risiko PENYAKIT JANTUNG – melindungi jantung.
  4. Mengurangkan kompilasi DIABETES / KENCING MANIS.
  5. Meningkatkan kesihatan ARTHRITIS dan menyokong kesihatan SENDI – melindungi saraf.
  6. Mengurangkan risiko penyakit NYANYUK - merawat ALZHEIMER.
  7. Membantu mengurangkan penyakit PARKINSON.
  8. Membantu memulihkan penyakit STROK / ANGIN AHMAR.
  9. Meningkatkan kesihatan IMUN badan.
  10. Menggalakkan KESIHATAN OPTIMUM dan menyeluruh.




Jangan Lupa FOLLOW & LIKE :-

Read More

Sunday, 1 January 2017

JANUARY '17 SHAKLEE PROMOTION!!!

JANUARY '17 SHAKLEE PROMOTION!!! | Yeay! Promosi kembali lagi! Alhamdulillah, 2016 berakhir dengan baik sekali.. Hari ni bermulalah pengembaraan kita semua dalam tahun baru 2017. Sebagai pembukaan tahun baru yang In Shaa Allah akan jadi tahun yang cemerlang buat kita semua ni, MD nak war2kan promosi Shaklee untuk bulan Januari 2017 ni.


Promosi bulan ni ialah tak lain tak bukan, tentunya raja segala suplemen iaitu VIVIX®! Terasa seperti sebuah reward untuk diri sendiri setelah berhempas pulas sepanjang Disember 2016 yang lepas dengan promosi SAARA & juga promosi Shaklee sendiri iaitu Shaklee Collagen Powder. Lagi satu produk yang tengah promo bulan ni ialah VITA-LEA® FOR CHILDREN

Raja Segala Suplemen, Kebaikan Vivix Shaklee, Manfaat Vivix Shaklee, Siapa Yang Memerlukan Vivix Shaklee?, Kenapa Perlu Ambil Vivix


Bagaimana kita menjaga kesihatan tubuh kita? Terpulang kepada individu.. Bagi MD, pengambilan suplemen tambahan adalah penting memandangkan pemakanan & gaya hidup kita pada zaman serba maju ni semakin lama semakin kurang sihat. Selain tu, sebaiknya rajin2lah bersenam. Berjalan pon merupakan salah satu jenis senaman. Jom amalkan gaya hidup sihat!





Jangan Lupa FOLLOW & LIKE :-




Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com