Blogger templates

Monday, 23 January 2017

10 Kesilapan Yang Boleh Menggagalkan Niat Menyusukan Bayi SecaraEksklusif

10 Kesilapan Yang Boleh Menggagalkan Niat Menyusukan Bayi Secara Eksklusif | Nampak mudah tetapi hakikatnya bila sudah melalui pengalaman sendiri, barulah tahu keinginan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif tidak semudah yang disangka.

Image result for breastfeeding

Banyak halangan dan dugaan yang boleh mengagalkan niat asal ibu. Ia boleh sahaja berlaku sejak hari pertama melahirkan bayi lagi. Cuba periksa, ada tak salah satu daripada kesilapan berikut pernah anda alami atau lakukan?
1. Terpisah Dengan Bayi Selepas Melahirkan
Sebaik-baiknya, bayi yang baru dilahirkan hendaklah diletakkan di atas dada ibu supaya dia dapat mendengar degup jantung dan merasakan kehangatan kulit ibu untuk bayi berasa selamat dan tenang.

Selepas itu proses menyusukan bayi menjadi lebih mudah dan ibu boleh menyusukan bayi bila-bila masa mengikut isyarat bayi. Jika ibu diasingkan daripada bayi, ia berisiko mengurangkan permintaan penyusuan daripada si kecil.


2. Bayi Tidak Melekap Dengan Betul
Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan wanita yang baru pertama kali bergelar ibu ialah tidak tahu cara betul pelekapan mulut bayi pada payudara ibu. Gaya macam betul, hakikatnya mulut bayi tidak masuk betul untuk menghisap areola ibu. Ini menyebabkan bayi menangis dan marah kerana tidak dapat menyusu dengan betul.

3. Terlalu banyak do's & don'ts
Campur tangan daripada orang sekeliling yang banyak memberikan petua itu dan ini dan pantang larang yang boleh dan tak boleh dilakukan semasa menyusukan bayi kadangkala membuatkan ibu jadi keliru dan akibatnya tertekan untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

4. Tiada Sokongan Suami
Suami mestilah menjadi orang pertama yang menyokong niat isteri untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Jika suami sendiri pun buat tak tahu dan tidak membantu usaha isteri bagaimana mungkin penyusuan susu ibu boleh berjalan dengan lancar.

5. Terlalu Awal Perkenal Puting Tiruan
Adakalanya yang baru bergelar ibu dan ayah menjadi kurang sabar mendengar tangisan bayi baru lahir. Risau anak apa-apa, segera sahaja mengikut cadangan orang sekeliling yang mencadangkan anak diberi puting tiruan.

Kononnya ia untuk membantu anak mudah tidur dan kurang merengek. Hakikatnya ia boleh membantutkan proses penyusuan susu ibu secara eksklusif.


6. Ibu Terlalu Stres
Bergelar ibu satu tanggungjawab yang berat. Bagi yang baru pertama kali menjadi ibu tentu sahaja masih belum terbiasa dengan pelbagai tugas yang mesti dilaksanakan. Kurang tidur, letih, sakit badan, tak sempat dan bermacam lagi tekanan yang dihadapi boleh mengganggu kelancaran penyusuan susu ibu.

7. Silap Posisi
Tanpa disedari kesilapan mudah ketika menyusukan bayi boleh menyebabkan si kecil tidak puas. Posisi semasa menyusukan bayi memainkan peranan penting mengekalkan bayi selesa semasa menyusu. Apabila bayi asyik menangis dan tidak puas menyusu, ia akan mengakibatkan dia menolak penyusuan susu ibu.

8. Tidak Membuat Stok Susu
Ada ibu yang tidak tahu atau 'malas' untuk membuat stok susu ibu perahan semasa dalam tempoh berpantang. Sebenarnya ketika inilah, ibu perlu menggunakan banyak masa yang ada bagi membuat stok susu. Selain itu ketika pantang juga, kuantiti susu ibu sangat banyak kerana ibu kurang tertekan dan banyak menghabiskan masa dengan bayi.

9. Malas Mengepam Di Pejabat
Bukan mudah mengekalkan momentum mengepam susu secara konsisten semasa sudah kembali bekerja. Kesibukan tugas di pejabat dan kekangan masa membuatkan ada ibu yang semakin malas hendak mengepam susu. Itu belum ditambah lagi dengan keperluan membawa banyak beg aksesori pam payudara.

10. Kurang Yakin Dengan Susu Ibu
Pertanyaan pada diri sendiri seperti "Kenyangkah anak aku ni?", "Kenapa baby asyik merengek dan hendak menyusu 24 jam sahaja ni?" atau "Nak kena topup dengan susu formula tak ni?" pasti boleh menggugat keyakinan anda terhadap susu ibu.

Jangan keliru dan hilang keyakinan. Memang anda tidak dapat menyukat kuantiti susu ibu yang sudah dihisap oleh bayi seperti susu formula. Tetapi percayalah bayi yang minum susu ibu secara eksklusif tahu berapa jumlah yang diperlukan dalam satu-satu masa dan mereka akan membesar sihat dan ceria.

Tak percaya tunggulah lepas anda habis tempoh berpantang. Badan bayi anda semakin montel!


Tak perlu tergugat dengan kata-kata negatif daripada orang lain. Sentiasa percaya susu ibu itu dicipta untuk anak anda dan ia cukup untuk keperluan si manja.

*SUMBER : Majalah Pa&Ma


No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com