Blogger templates

Sunday, 22 January 2017

KENAPA IBU BERPANTANG DILARANG MEMAKAN LAKSA?

KENAPA IBU BERPANTANG DILARANG MEMAKAN LAKSA? | Orang melayu ni banyak pantang larangnya. Pernah dengar tak tentang pantang makan laksa bagi ibu2 yang melahirkan anak? Selalu dengar kan? Orang tua2 kata nak tubuh kembali sihat seperti sediakala, kena jaga pantang betul2. MD pon sampai sekarang masih berpantang laksa, pulut, & ais. Cuma air sejuk dari peti tu balun jugak kekadang.. Huhu~ Orang suruh pantang, kita pon pantanglah.. Tapi tak tau pon sebab musabab kenapa disuruh berpantang.. Betul tak? Hehe.. So hari ni MD nak share dengan korang semua tentang KENAPA IBU BERSALIN DILARANG MEMAKAN LAKSA. Tapi sebelum tu MD nak share dari mana datangnya asal-usul pantang laksa ni.

Pantang makan laksa sangat popular di kalangan wanita berpantang yang berasal dari negeri-negeri di sebelah utara. Namun kini, ia telah menjadi ikutan masyarakat berpantang yang menetap di beberapa buah negeri lain. Ada yang sanggup berpantang makan laksa sehingga setahun dan tiga tahun lamanya. Semuanya kerana bimbang ia memudaratkan kesihatan setelah usia meningkat. Namun sejauh mana ia relevan dengan fakta yang sebenarnya?

Kalau kita kaji tentang laksa ni, bahan utama untuk membuat mi laksa terdiri daripada tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, air panas dan air sejuk. Manakala pembuatan mi laksa pula melibatkan langkah menuangkan sedikit air panas ke dalam tepung gandum, tepung beras dan tepung ubi. Kemudian, ia digaul sebati dan dicampurkan dengan air sejuk. Dengan menggunakan acuan muruku, adunan ditekan ke dalam periuk iaitu di atas api yang berisi air mendidih. Apabila mi laksa sudah terapung, ia diangkat dan ditoskan. Akhir sekali ia direndam ke dalam air sejuk dan ditos sekali lagi sebelum dihidangkan.


Jika dilihat dari aspek ramuan bahan mentah dan cara pembuatan laksa pula, kita tidak menemui apa-apa kekurangan makanan ini. Ia sama seperti makanan lain seperti bihun, kuey tiow atau mi kuning yang perlu melalui proses mengadun doh, terapan dan pendidihan dalam proses penghasilannya.


Jadi, mengapa laksa begitu popular mendapat tegahan daripada dijamah oleh orang-orang selepas bersalin? Mungkin ini antara alasannya.



KENAPA IBU BERPANTANG DILARANG MEMAKAN LAKSA?
  1. MI LAKSA DIMASAK 2 KALI - Antara tegahan yang popular adalah kerana laksa dikatakan SEJUK dan BERANGIN. Hal ini kerana proses memasak 2 kali membuatkan ia dimasuki angin dan memakannya dikhuatiri menyebabkan wanita selepas berpantang mengalami SAKIT URAT.
  2. SAYURAN "SEJUK" - TIMUN & NENAS yang terdapat sebagai bahan sampingan di dalam laksa boleh menyebabkan SAKIT URAT dan MENJEJASKAN KESIHATAN BADAN.
  3. ULAMAN  YANG BOLEH MENYEBABKAN ANGIN - Salah satu bahan dalam laksa yang dikatakan 'BERBISA' untuk wanita dalam pantang adalah BUNGA KANTAN dan DAUN KESUM. Ia dipercayai tidak elok dan boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.
  4. KUAH - Pilihan ikan yang dikisar sebagai kuah laksa juga tidak boleh sembarangan. IKAN KEMBUNG dikatakan akan menyebabkan KEGATALAN. DAUN KESUM yang dimasukkan dalam kuah juga dikatakan akan memberikan kesan terhadap tubuh badan ibu berpantang.


Haa, sekarang dah tau kenapa dilarang berpantang laksa ni kan? So, bagi ibu2 yang sedang berpantang tu, berpantanglah betul2 tau.. Jangan lupa amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE supaya badan kita cepat sembuh & bertenaga sepanjang tempoh berpantang.


Pssst! MD sendiri pon masih lagi berpantang laksa, ais, & pulut tau.. Tubuh kita nak pakai lama saiyanggg.. Jaga elok2 naa..


No comments:

Post a Comment

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com