Blogger templates

Friday, 24 February 2017

SUPLEMEN OMEGA-3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN BAYI

SUPLEMEN OMEGA-3 PENTING UNTUK PERKEMBANGAN BAYI | Banyak penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 dalam pemakanan pada bayi memberikan banyak manfaat terutama dalam perkembangan awal mereka. Dalam penyelidikan yang terbaru menunjukkan bahawa manfaat yang sama dapat diberikan kepada bayi yang masih berada di dalam rahim dan bayi yang baru dilahirkan jika ibu yang hamil mengambil Omega-3 sebagai suplemen tambahan mereka setiap hari.


Ini kerana Omega-3 yang mengandungi DHA memainkan peranan penting dalam perkembangan otak bayi, terutama dalam tempoh 2 tahun pertama kehidupan mereka. Otak dan sistem saraf memerlukan DHA dari Omega-3 yang banyak.


Dalam kajian yang dilakukan, tempoh 6 bulan pertama dalam kehidupan, bayi-bayi yang ibu mereka mengamalkan suplemen Omega-3 ketika hamil, mempunyai tahap perkembangan kognitif 2 bulan lebih ke hadapan berbanding dengan bayi yang lain. Bayi yang lahir dari ibu-ibu yang mengamalkan suplemen Omega-3 mempunyai penglihatan dan pengamatan yang lebih baik sehingga mereka berumur 2 tahun.


DHA yang terkandung di dalam Omega-3 boleh didapati secara semulajadi di dalam susu ibu dan kini boleh juga didapati dari susu formula dan beberapa makanan bayi. Ia juga boleh didapati dari ikan salmon, ikan tuna dan ikan kod.

Oleh itu dinasihatkan agar wanita yang hamil supaya mengamalkan suplemen Omega-3 dalam dos antara 600-1000mg sehari.


OmegaGuard™ Shaklee  Bergred Farmaseutikal Tulen

Omega-3 Shaklee, OmegaGuard, Kenapa Ibu Hamil Perlu Ambil Asid Lemak Omega-3

OmegaGuard™ membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada 7 komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Ia dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

#NotaDiamonds : Satu sajian OmegaGuard membekalkan 905mg asid lemak Omega-3!





Read More

Thursday, 23 February 2017

RUTIN PICIT JARI 5 MINIT BANTU ATASI MASALAH KESIHATAN

RUTIN PICIT JARI 5 MINIT BANTU ATASI MASALAH KESIHATAN | Cuba jadikan memicit jari-jari tangan sebagai rutin setiap hari. Haa, kalau korang nak tau, hanya dengan rutin memicit jari-jari tangan selama 5 minit, pelbagai gangguan pada kesihatan tubuh badan kita boleh dihadapi secara cepat dan efektif. Nak tau bagaimana caranya? Jom ikuti langkah-langkah di bawah! ^_^

6 CARA MEMICIT PADA JARI-JARI TANGAN, YANG MAMPU KEMBALI MENYIHATKAN TUBUH DENGAN CEPAT DAN MUDAH

Picit Jari, Urut Jari, Tekan Jari
Image Extracted From Google

1. Memicit Jari Telunjuk Tangan 
Berdasarkan hasil penelitian yang ada di University of Minnesota, menunjukkan bahawa jari telunjuk merupakan anggota tubuh yang berhubungan dengan kesihatan ginjal.

Bilamana anda merasa ngilu otot, maka picitlah pada bahagian jari ini. Dengan memicit jari telunjuk ini, boleh mengurangkan ngilu otot, rasa takut, dan baik untuk kesihatan ginjal. Seeloknya amalkan memicit pada bahagian jari telunjuk ini sekurang-kurangnya 5 minit sehari secara rutin, hingga rasa sakit akibat ngilu pada otot mula berkurangan.


2. Memicit Ibu Jari Tangan
Ibu jari tangan merupakan anggota tubuh yang diyakini berhubungkait dengan organ limpa serta perut. Bahkan ibu jari juga berpengaruh pada tahap kecemasan dan stres yang ada pada diri seseorang.

Jika anda merasa bad mood atau letih, cuba picit bahagian ibu jari selama 5 minit hingga rasa lelah, bad mood, dan stres yang anda alami berkurang dengan baik. Dengan begitu, keadaan selesa pada tubuh akan kembali pulih.


3. Memicit Jari Manis Tangan
Fungsi memicit bahagian jari manis di tangan boleh digunakan untuk mengatasi rasa resah, risau, dan permasalahan pada sistem pencernaan. Hal demikian kerana dengan memicit bahagian jari manis di tangan,  diyakini boleh mengembalikan suasana tenang pada hati yang sedang resah, gelisah, mahupun risau.

Rutin ini juga boleh membantu memperbaiki proses pencernaan supaya berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, memicit bahagian jari manis ini juga boleh digunakan untuk menyihatkan pernafasan. 


4. Memicit Jari Tengah Tangan
Bilamana diri terasa letih atau sering marah, cuba picit bahagian jari tengah di tangan sebagai pusat refleksi untuk mengatasinya. Hal ini kerana memicit bahagian jari tengah di tangan, akan boleh mengurangkan tahap emosi negatif. Jadikan rutin memicit jari tengah di tangan selama 5 minit sehari sehingga rasa marah, sakit hati boleh dikawal dengan mudah. Selain itu, memicit bahagian jari tengah ini, juga membantu menyihatkan organ hati di dalam tubuh.


5. Memicit Bahagian Tapak Tangan
Dengan memberi sedikit picitan/tekanan pada bahagian telapak tangan, dapat membantu tubuh meredakan cirit birit, rasa mual, dan sembelit


6. Memicit Jari Kelingking Tangan
Kesan kepada memicit jari bahagian kelingking dapat membantu mengatasi rasa gementar dan gugup. Di mana dengan memicit jari kelingking ini, akan memberikan rasa nyaman dan terhindar dari kegelisahan, serta gementar yang dialami. Secara tidak langsung dengan memberikan tekanan/picitan reflek pada bahagian jari kelingking ini juga dapat membantu meningkatkan rasa percaya dan yakin diri.



*NotaDiamonds : Ketika sedang memberi picitan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas, lakukanlah dengan pernafasan yang teratur iaitu tetap dalam keadaan rehat. Dengan begitu, ianya boleh memberikan hasil yang maksima dalam menyihatkan keadaan kesihatan tubuh badan, baik dari segi mental mahupun permasalahan tubuh lain. Selamat mencuba! ^_~



Read More

Tuesday, 21 February 2017

4 TIPS KURANGKAN RISIKO SIDS TERHADAP BAYI

4 TIPS KURANGKAN RISIKO SIDS TERHADAP BAYI | SIDS ataupun dikenali sebagai sindrom kematian bayi secara mengejut biasanya terjadi pada bayi yang berumur kurang daripada setahun, ia tidak dikira sebagai penyakit, sebaliknya merupakan satu diagnosis yang diberikan apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu. Biasanya terjadi ketika bayi sedang tidur.

Image Extracted From Google

Sesetengah pakar berpendapat bahawa SIDS terjadi kerana berlakunya ketidaknormalan sebahagaian otak bayi yang mengawal pernafasan dan bangun ketika tidur yang menyebabkan kematian. Oleh kerana SIDS terjadi tanpa sebarang sebab atau faktor tertentu, beberapa langkah pencegahan boleh dilakukan untuk mengelakkan risiko berlakunya SIDS pada bayi.


4 TIPS KURANGKAN RISIKO SIDS TERHADAP BAYI

1. Tidurkan bayi dalam keadaan menelentang.

Tidur secara melentang adalah lebih baik dan selamat buat bayi. Ini adalah perkara paling utama yang anda boleh lakukan untuk melindungi bayi anda. Jika bayi ditidurkan secara menelentang ia tidak akan mudah tercekik. Ketika usia bayi kira-kira 5 atau 6 bulan, mereka akan mula bergolek, dan pada usia ini risiko kematian SIDS akan berkurangan dan waktu ini selamat untuk anda membiarkan bayi mencari sendiri posisi tidur yang selesa & selamat baginya dan. Jangan biarkan bayi tidur secara tertiarap kerana akan menggangu pernafasannya.


2. Jauhkan bayi daripada sebarang objek yang boleh meningkatkan risiko SIDS.

Bayi akan mudah terperangkap, lemas, atau tercekik daripada tempat tidur jika persekitaran tidurnya tidak selamat. Bantal, toto (comforter), pelapik bampar, dan barang mainan boleh menyebabkan bayi anda lemas. Kajian berpendapat mengatakan peralatan tersebut meningkatkan risiko seperti lemas, tercekik, atau terperangkap kerana bayi tidak mempunyai kemahiran motor atau kekuatan untuk memusingkan kepala mereka sekiranya mereka berpusing ke arah sesuatu yang menghalang mereka untuk bernafas.


3. Tidurkan bayi anda di bilik yang sama di mana anda tidur tetapi bukan sekatil.

Pastikan anda sentiasa alert dengan bayi anda untuk mengelak sebarang bahaya kepada bayi ketika anda tidur bersamanya. Simpan tempat tidur bayi berdekatan dengan anda supaya anda senang nak untuk mencapainya apabila hendak meyusukan atau sebagainya.


4. Susukan bayi sebanyak mana yang mungkin.

Kajian menunjukkan bahawa menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko SIDS terhadap bayi. Ini kerana susu ibu mempunyai khasiat yang dapat membantu bayi dalam perkembangannya.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepafa semua terutamanya newbie parents. ^_^







Read More

Saturday, 4 February 2017

Jom Bercuti Ke Port Dickson!

Jom Bercuti Ke Port Dickson! | Hi korang! MD tau ramai di kalangan reader blog ni yang kaki jalan kan? Nak bercuti tak perlu tunggu sampai ke oversea.. Kat Malaysia ni pon ada banyak tempat2 menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah Port Dickson, Negeri Sembilan.  So hari ni MD nak cerita sikit antara hotel atau resort menarik di Port Dickson yang kaki holiday seperti korang boleh kunjungi. Sebelum tu jom kita kenal2 dulu tempatnya iaitu Port Dickson.


Port Dickson ialah sebuah bandar pinggir pantai terkenal yang terletak di Negeri Sembilan. Ia terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala LumpurPort Dickson menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa cuti kerana ia merupakan tempat peranginan yang sesuai untuk berkelah, melakukan aktiviti air dan sebagainya. Tidak dilupakan variasi makanan laut yang cukup menyelerakan di sekitar bandar Port Dickson ini disamping kepelbagaian hasil seni tempatan yang boleh dibeli dan dijadikan cenderamata.


Antara tempat yang boleh dilawati di Port Dickson ini adalah Alive 3D Art Gallery, PD Ostrich Show Farm, Rumah Api Tanjung Tuan dan PD Waterfront. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai yang sesuai dikunjungi pada hujung minggu mahu pun ketika bercuti bersama keluarga seperti Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado. If ada planning nak ke sini, korang bolehlah layari https://www.traveloka.com/en-my untuk mengetahui promosi hotel-hotel yang terdapat di sekitar Port Dickson. Lepas tu bolehlah menempah hotel murah di Port Dickson ni.. ^_^


Sekarang MD nak share beberapa hotel Port Dickson yang sering dikunjungi para pelancong sebagai lokasi percutian mereka.



Primaland Port Dickson Resort


Traveloka, Tempat-Tempat Menarik Di Port Dickson, Hotel Murah Di Port Dickson

Primaland Port dickson merupakan sebuah hotel di Pasir Panjang, Port Dickson. Dengan harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal, hotel ini merupakan pilihan terbaik jika korang ingin membawa keluarga dan rakan-rakan bercuti bersama. Bilik yang disediakan sangat luas dan selesa. So, korang tak perlu risau dengan saiz bilik kat sini, memang nice untuk mereka yang datang berkeluarga.


Apa yang menarik tentang hotel ini adalah mereka ada waterpark yang tersendiri. Waterpark kat sini sangat menarik tau. Ada pelbagai permainan yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk meluangkan masa seharian di sini. Tetapi harus diingat, waterpark ini bukanlah percuma ye, so make sure korang check dulu rate untuk masuk ke waterpark ini. Poolnya pula teramat lah besar. If korang bawa kanak2, make sure selalu pantau anak2 korang k.. ^_~


Satu lagi, suasana di sini sangat mendamaikan kerana kawasannya yang lapang dan tidak terlalu sesak. Selain itu, terdapat juga game room untuk yang jenis suka melepak dan kaki game tu. Game room ni sama konsep dia macam arcade yang selalunya ada kat mall-mall tu. Ada macam2 jenis permainan yang korang boleh cuba di sini. Jadi, jangan lupa ke Primaland untuk nikmati hari cuti kalian! ^_^



Ancasa Residence

Traveloka, Cuti-Cuti Malaysia, Tempat-Tempat Menarik Di Port Dickson, Hotel Murah Di Port Dickson

Ancasa Residence merupakan antara serviced apartment yang terkenal di Port Dickson. Dari apartment ni, korang hanya perlu berjalan kaki kira-kira 5 minit untuk sampai ke pantai. Apa yang bestnya kat sini adalah privasi! Hotel di sini sangat tenang walaupun ianya terletak di sebelah jalan utama. Jadi, MD suggest, sesiapa yang ingin menenangkan fikiran dan lari dari hiruk pikuk kota, inilah tempatnya! ^^,


Selain itu, ianya juga sesuai bagi mereka yang datang untuk berbulan madu. Terdapat 3 pilihan jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu 1 bedroom suites, 2 bedroom suites and 3 bedroom suites. So korang bolehlah decide.. Kalau korang datang berdua, 1 bedroom sudah mencukupi tetapi if korang datang dengan rakan atau satu keluarga besar, pilihlah 2 atau 3 bedroom suites.


Ruang dalam hotel ini sememangnya luas dan selesa. Yang best kat sini ialah korang boleh bersantai dan mandi di pool yang telah disediakan. Selain itu, terdapat juga bilik massage! So, kalau korang rasa lenguh-lenguh badan setelah seharian berjalan ke tempat2 menarik di Port Dickson, korang bolehlah request untuk buat massage di kaunter pendaftaran.


Kawasan apartment di sini juga ada menyediakan banyak pondok-pondok kecil untuk korang bersantai bersama keluarga tersayang sambil menikmati suasana ala-ala garden. And for those yang kaki futsal tu, jangan risau, apartment ni ada menyediakan court futsal untuk korang bersukan. Haa, siapa cakap pergi bercuti tak boleh bersukan? Boleh je kalau korang tau tempat bercuti yang ada sediakan kemudahan macam ni.. Pada sebelah petang pula, korang bolehlah luangkan masa berjalan ke arah pantai untuk menikmati makanan dan minuman yang dijual oleh penduduk tempatan di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang jalan. ^_^


Malaysia ni penuh dengan tempat2 percutian menarik sebenarnya tau. Cuma kita kena rajin google & survey. Dah survey tu, cepat2 semak rate di Traveloka untuk ketahui hotel2 yang sedang promosi. Bolehlah dapat harga murah! Percutian pon jadi lebih seronok! Gittuuuu.. ^^,





Read More

Friday, 3 February 2017

OSTEMATRIX™ – Formula Komprehensif, Mudah Ditelan

OSTEMATRIX™ – Formula Komprehensif, Mudah Ditelan | Lindungi tulang anda dengan OsteMatrix™! Ia padat dengan nutrien termasuk KALSIUM, VITAMIN D, MAGNESIUM dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Kesemua nutrien yang terkandung di dalam OsteMatrix™ sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan 99% penyerapan di dalam badan kita. Berbeza dengan sesetengah kalsium yang berada di pasaran, kandungan nutrien di dalam OsteMatrix™ turut menghalang endapan sesetengah mineral.

Kebaikan Ostematrix Shaklee, Manfaat OsteMatrix Shaklee, Siapa Yang Memerlukan Ostematrix

Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan

Ostematrix™ merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Pengambilan hanya 2 tablet sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam tempoh 12 jam. 

Namun, syor pengambilan harian ialah 4 kaplet sehari. Untuk kesan terbaik, ambil 2 kaplet 2 kali sehari beserta makanan.


Membentuk Tulang Dan Gigi Yang Kuat!

4 kaplet OsteMatrix™ membekalkan :-

  • 1,000mg (100% DV) elemen Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
  • 400mg (100% DV) Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • 400 IU (100% DV) Vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.



Apakah Manfaat Dan Kebaikan OsteMatrix™?
  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf.
  • Ia juga boleh membantu memeperbaiki struktur tulang yang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah.
  • Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan OsteMatrix™ sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kejang, sakit sendi dan juga artristis.
  • Mengurangkan stress, di mana OsteMatrix™ membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala.
  • Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, ia akan meringankan sakit semasa waktu haid dan membantu pembuangan air kecil.
  • Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik.
  • Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah.


Siapa Yang Memerlukan OsteMatrix™?
  • Individu yang mengalami sakit pinggang, sakit lutut dan sendi.
  • Individu yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam.
  • Ibu-ibu mengandung, terutamanya yang sering mengalami kebas kaki.
  • Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi.
  • Individu yang sering keletihan dan kerap bekerja di luar kawasan, di mana kalsium membantu mengurangkan keletihan. 


Kod Item : 10128
Kandungan : 120 kaplet
Harga : RM61.00




Untuk penjimatan dan harga yang jauh lebih murah, dapatkan OsteMatrix™ sepanjang Februari 2017 ini bersempena promosi bulanan Shaklee!


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Your Shaklee Health & Beauty Consultant,
MommyDiamonds 019.532.7438 


Read More

Thursday, 2 February 2017

PROMOSI FEBRUARI 2017!










Your Shaklee Health & Beauty Consultant,
MommyDiamonds 019.532.7438




Read More

Wednesday, 1 February 2017

ANAK SIHAT, ANAK PINTAR!

ANAK SIHAT, ANAK PINTAR! | Sebagai ibu bapa, kita mesti mahukan anak2 kita membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang genius atau bijak.  Sebenarnya kebijaksanaan si kecil boleh dipupuk sejak mereka kecil lagi. Ada beberapa kaedah untuk merangsang kebijaksanaan anak2 kita sejak kecil. Salah satunya ialah dengan MENINGKATKAN KESIHATAN mereka. 


Beberapa KAJIAN telah membuktikan bahawa tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pembelajarannya di sekolah. Kanak-kanak yang sihat akan aktif di sekolah. Tahap kesihatan yang baik juga dapat meningkatkan KEYAKINAN DIRI anak2 kita. Apabila tubuh badan anak2 kita SIHAT, maka mereka akan sentiasa CERGAS & BERSEMANGAT serta dapat memupuk sifat KEPIMPINAN dalam diri mereka.



Justeru, tingkatkan kesihatan anak2 kita dengan amalan GAYA HIDUP yang sihat di samping memberikan MAKANAN YANG BERKHASIAT untuk si kecil. Namun tidak semua kanak2 gemar memakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk tubuh mereka. Para ibu perlu sentiasa kreatif dalam menyediakan hidangan untuk si kecil bagi menarik perhatian mereka untuk makan makanan berkhasiat. 


Ibu bapa juga disarankan supaya membekalkan SUPLEMEN khusus untuk anak2 demi memastikan kesihatan mereka sentiasa berada pada tahap optimum. Dan sudah semestinya juga tidak mudah untuk memujuk anak2 supaya menhambil vitamin kerana bagi mereka vitamin adalah sama seperti ubat yang rasanya tidaklah selazat gula2 mahupun coklat.


VITA-LEA® FOR CHILDREN

MULTIVITAMIN dengan formula serba baharu yang dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun. Ia bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. 

8 INFO MENARIK TENTANG VITA-LEA® FOR CHILDREN :-

  1. Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak.
  2. Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  3. Memberi 100% nilai harian Vitamin C.
  4. Meyediakan 8 jenis Vitamin B lengkap yang menyokong fungsi sebenar tubuh manusia.
  5. Berasaskan fitonutrien semulajadi.
  6. Manisan semulajadi (xylitol) yang tidak menyebabkan kaviti pada gigi.
  7. Kaya dengan sum,ber nutrien antioksidan.
  8. Diperkaya dengan buah oren, anggur, dan campuran perisa beri.



Your Shaklee Health & Beauty Consultant,
MommyDiamonds 019.532.7438



Read More

4 MEKANISME PENUAAN SEL

MEKANISME PENUAAN SEL | Saban hari tubuh kita mengalami penuaan dan kemusnahan sel. Semakin banyak sel yang rosak, maka semakin tinggi risiko untuk kita mendapat penyakit2 kronik yang membahayakan kesihatan. Penyakit2 kronik seperti KANSER, SAKIT JANTUNG, DIABETES dan lain2 adalah 'pembunuh senyap' yang sering menyerang individu berusia. Namun, gaya hidup moden & pemakanan zaman sekarang telah mengundang penyakit senyap ini di kalangan orang2 muda bahkan ia turut menyerang remaja.


KETAHUI 4 MEKANISME PENUAAN SEL
1. CELL DAMAGE / KEMUSNAHAN SEL

Setiap hari berjuta DNA SEL akan mengalami kerosakan/musnah. Semakin banyak DNA pada sel yang rosak, maka semakin TINGGI RISIKO untuk mendapat PENYAKIT2 KRONIK seperti SAKIT JANTUNG, DIABETES, KANSER dan sebagainya.


ADAKAH DNA PENTING?

YA! DNA adalah sangat penting. Ia adalah kod yang menentukan characteristic sesuatu organisma. Jika kita uraikan strand DNA di dalam badan kita, panjangnya adalah 2 meter!


FAKTA TENTANG DNA!

1 gram DNA memegang info sebanyak 1 trilion CD. Semakin tua seseorang individu, semakin ringan DNA, maka semakin kurang info yang dipegang! Sebab itu, adalah sangat penting untuk kita menjaga kesihatan & melindunginya diperingkat DNA.


2. REDUCE CELL PERFORMANCE / MEMPERLAHANKAN AKTIVITI SEL


Penuaan sel akan menyebabkan aktiviti sel menjadi kurang efisien dan berlakunya penghasilan AGE PROTEINAGE atau Advanced Glycation End-Products adalah protein yang MERBAHAYA pada badan kita. Ia boleh terhasil melalui 2 cara :-

  1. PEMAKANAN – Makanan yang mengandungi TINGGI BAHAN PENGAWET/PEWARNA, makanan BERGORENG, FAST FOOD (banyak preservative), dll.
  2. LEBIHAN KARBO/GULA – Apabila karbo di dalam badan tidak digunakan & bertemu dengan lemak, ia akan bergabung membentuk PROTEIN AGE!

BAHAYA PROTEIN AGE!!

Ia boleh memberi kesan kepada organ seperti OTAKBanyak KAJIAN menunjukkan AGE dikaitkan dengan penyakit2 seperti :-

  • ALZHEIMER
  • BUAH PINGGANG
  • JANTUNG
  • STROK
  • KENCING MANIS dsb.


3. DECLINING CELLULAR ENERGY PRODUCTION / PENURUNAN PENGHASILAN TENAGA SEL



APA ITU MITOCHONDRIA?

Mitochondria adalah organel yang penting untuk sel. Ia berperanan membantu menjana kuasa tenaga. Dalam 1 sel, terdapat banyak mitochondria. Ia menukarkan nutrien menjadi tenaga dalam bentuk ATP. Semakin meningkat usia kita, semakin kurang bilangan mitochondria di dalam sel badan kita. Tenaga pada sel semakin berkurangan akibat bilangan MITOCHONDRIA yang semakin berkurang.


KENAPA PENTINGNYA MITOCHONDRIA?


Sel memerlukan tenaga untuk melakukan sebarang proses di dalam badan (cth: proses duplikasi sel, nak bagi signal pada sel, untuk maintenance pertumbuhan sel, cell cycle etc.) Jika penuaan badan berlaku dengan cepat, tenaga sel menjadi makin berkurangan.



4. SHORTENING OF TELOMERE / PEMENDEKAN TELOMERE


APA ITU TELOMERE?

Ia berada di bahagian kromosom iaitu di hujung kromosom untuk MELINDUNGI DNA. Dikenali juga sebagai "Protective Cap"!

Semakin bertambah usia, semakin pendek TELOMERE! Maka semakin kurang perlindungan terhadap DNA sel badan.


Lindungi dan peliharalah kesihatan tubuh badan kita di peringkat sel agar kesihatan kita sentiasa berada di tahap optimum!



Your Shaklee Health & Beauty Consultant,
MommyDiamonds 019.532.7438


Read More

Labels

Advanced Joint Health Tablet Advertorial Affiliate Alfalfa Complex Anti-Aging B Complex Berpantang Cinch Energy Tea Mix Collagen Powder Cyst Depression Detox Energizing Soy Protein ESP GLA Complex Healthy Nutrition Healthy Recipes Info Sihat Kehamilan Kesihatan Kesihatan Kanak-Kanak Kuih Raya 2016 Lazada Lecithin Lifestyle Masalah Lemah Pundi Kencing Motherhood Journey My Pregnancy Journey NON-GMO Nutriferon Obesiti Omega Guard OsteMatrix Parenting Penuaan Performance Drink Personal Placenta Previa Postnatal Pregnancy Pregnancy Tips Prenatal Quotes & Motivations SAARA SAARA Aisyah SAARA Amani SAARA Ariana SAARA Lorea Ombre SAARA Medina Sakit Gigi SEDD Senggugut Set "Milk Booster" Shaklee Set Berpantang Shaklee Set Detox Shaklee Set Energy Booster Set Imune Booster Set Kecantikan Shaklee Set Kehamilan Set Kekal Langsing Set Kencing Tak Lawas Set Kesihatan Sendi Shaklee Set Kulit Cantik Set Mengandung Set Mighty 3 Gems Set Prenatal Set Ramadhan Set Senggugut Set Tenaga Shaklee Shaklee Effect Shaklee Issue Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) Sustained Release Vita-C Plus Sustained Release Vita-C Plus™ (500mg) Tempahan Kuih Raya 2016 Tentang Shaklee Testimoni Testimoni Alfalfa Testimoni B Complex Testimoni Enfuselle Hydrating Moisturizer Testimoni ESP Testimoni GLA Complex Testimoni Set Alergik/Resdung Testimoni Set Berpantang Shaklee Testimoni Sustained Release Vita C Testimoni Vitamin C Testimoni Vivix Tip Keibubapaan Tip Penyusuan Tips & Info Kesihatan Tips Dan Petua Tips Kesihatan TIPS RUMAHTANGGA TTC TTCians Vita E Complex Vita-Lea For Children Vitamin E Complex Vivix Vivix®

Copyright © RosmizaAli.Com™ Made with ❤ by azhafizah.com